Saturday, December 24, 2011

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Menambahkan Kelajuan Broadband Yang Telah Sampai Limit


Cara ni aku temui pada sebuah blog, dan ternyata tutorial yang memang berkesan dan sangat berguna buat pengguna broadband macam aku.Terima kasih kepada orang yang menemui dan berkongsi cara ni..

Nak tahu caranya?Tunggu dulu..Sabar itu separuh dari iman... heehe..

Ok penerangan ringkas.Cara ini telah aku ekperimenkan pada maxis broadband, dan memang memberikan hasil seperti yang aku harapkan.Walaupun begitu, cara ini tidak akan berhasil pada setiap masa.Biasalah, line tenet ni adakalanya macam siput sedut tengah melintas walaupun quota penggunaan korang belum melebihi had.Namun demikian, pada masa talian bagus korang boleh mencuba cara ini dan lihat sendiri hasilnya..(Disarankan untuk broadband yang telah sampai limit penggunaan/quota.Kalau belum sampai x payah la, bagi habis la dulu quota tu...)

Untuk promosi terkini maxis, klik SINI

Baiklah tanpa membuang masa, korang pun aku rasa dah x sabar nak tahu macamana kan.Ikuti langkah-langkah yang aku berikan dibawah.

1. Klik 'Start' dan taip 'Run' pada ruangan 'search program and files'

2. Kemudian taip 'cmd' dan tekan enter.Command prompt screen hitam akan keluar

3. Kemudian pada comand prompt tersebut, taipkan perkataan berikut, 'ipconfig/all' dan tekan enter.
Maka akan keluar semua info berkaitan dengan ip, subnet, gateway dan dns korang.

5.Sekarang important part.Fokus untuk mencari dan identify description connection korang.Pastikan korang memilih description connection yang betul.Sebagai contoh, sekiranya korang pengguna maxis broadband, korang akan menemui perkataan 'maxis' pada connection tersebut.Setelah menemui connection tersebut, sila identify dan copy nombor gateway yang tertera pada pada connection tersebut.(sekiranya gateway korang hanya mencatatkan nombor 0, sila gunakan nombor yang terdapat pada ipv4 address korang)

6. Setelah berjaya menemui nombor gateway atau ipv4 yang korang gunakan, pada command prompt tersebut sila taip 'ping' kemudian diikuti oleh nombor gateway atau ipv4 korang diikuti dengan huruf '-t' dipenghujungnya dan tekan enter.Contoh 'ping 113.211.21.33 -t' (sila pasti terdapat jarak antara perkataan 'ping' dan nombor gateway/ipv4 serta dipenghujung sebelum huruf '-t')


7.Sekiranya berhasil, korang akan melihat proses 'ping' yang berulang-ulang pada comand prompt tersebut.Apa yang aku faham, melalui proses ini packet data yang dihantar ke talian korang akan dicukupkan dan disebabkan itulah kelajuan network korang akan bertambah.Selebihnya sila rujuk pada yang pakar..hehe..

 Minimizekan kotak command prompt itu ke task bar dan biarkan proses 'ping' tersebut berterusan selama mana korang online.JANGAN close kotak command prompt itu, dan korang bolehlah mencuba keberkesanan cara tersebut.Buka youtube, ataupun try download sesuatu file yang bersaiz besar dari file sharing website seperti movie...

Korang boleh praktikkan cara ni setipa kali korang online.Pada aku cara ini memang berkesan 200%..Selamat mencuba.Dan pada yang masih kabur atau masih kurang faham, sila drop pertanyaan pada comment box.Jangan bimbang, aku akan cuba membantu korang ok...Adioss..


P/S : Just finished download movie Mission Impossible Ghost Protocol.Jap lagi mau sambung download movie lain..Ongbak Rindu atau Sherlock Homes??Heehe (^___^)V





Credit : pemaniskata.blogspot.com & google image

12comments:

Nafisah Ruslansaid...

pening jugak ni.. huhu

Mr. Hardysaid...

@Nafisah Ruslan tang mana yg pening tu,cuba g tau sket...klu dpt tlg sy tlg... ;)

Karbon Kopiesaid...

kalau guna berokband obesi boleh tak?

Mr. Hardysaid...

@Karbon Kopie natang apa berokband obesi tu?berokband tu tau la, tp yg obesi tu x faham la hehe ;)..cuba bg specific sket...

Kaizen Shinobi.comsaid...

hurm... macam xde beze je?

Maxis-broadband-user.

Mr. Hardysaid...

Kaizen Shinobi.com try refresh/restart line tenet tu bro..mcm yg wa ckp,adakalanya cara ni x berkesan klu line tgh down...kena cuba berulang kali..tp btul x tipu,mmg berkesan klu kena masanya...smlm wa dpt download muvie dgn data lebih dr 2gb, quota bulanan dah lama abis..speed average 200kbps++....

N's.said...

Kenapa dia cakap request timed out?

Mr. Hardysaid...

@N's mungkin ada silap masa masukkan ip address tu yang, cuba double cek (^__^)

mohd hafissaid...

gempak la

Mr. Hardysaid...

mmg gempak klu jadik bro..kena sabar dan cuba berulang-ulang...klu kena masa dia sangkut mmg cantek wa ckp lu ;)

z@R!fsaid...

dah buat dah smua langkah2 tu..tp awad slow jgakk

El-Hardysaid...

mcm da x bole la skrg bro..ISP da detect cara ni kot...nti klu ada cra bru gua update ok....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!