Monday, December 19, 2011

Adlin Aman Ramli Lancar Perang Cyber Terhadap Chef Wan!


Gua ni takda la minat sangat untuk menyekodeng gosip-gosip artis malaywood ni, tapi hari ni tetiba tertarik dengan beberapa statement yang keluar daripada seorang selebriti yang terkenal dengan kritikan-kritikan pedasnya dalam rancangan realiti tv, Adlin Aman Ramli.Kenapa?Gara-gara kena tembak dengan Chef Wan la apa lagi..

Adlin merupakan salah seorang peserta yang terkeluar dari rancangan lawak favourite gua yang juga sedang menjadi fenomena sekarang ini, Maharaja Lawak Mega.Rasanya semua orang pun tahu yang kedua-dua selebriti ini mempunyai mulut yang lancang dan laser dalam mengeluarkan pendapat dan kritikan.Mungkin tidak boleh menerima kritikan yang diberikan oleh Chef Wan, Adlin telah mengeluarkan statement 'pengisytiran perang' terhadap Chef Wan di dunia cyber.Berikut adalah print screen daripada fan page kedua-dua selebriti tersebut.Gua pun malas mau cakap banyak, lu olang baca sendiri la....






Get the story?Dua-dua pun kepala hotak batu punya, masing-masing tak mahu kalah...

Personally, gua bersetuju dengan Chef Wan.Bro Adlin, walaupun gua minat lu tapi lu memang tak lawak la bro, ada lagi baik la lu teruskan kerja lu sebagai pengkritik dan pelakon.Dah berapa minggu gua tengok lu buat lawak, takda satupun rasanya yang benar-benar buat gua tergelak sampai bumbung runtuh.Macam lawak syok sendiri ja gua tengok.Lawak is a talent, a gift, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat..

Memang benar seperti kata pepatah, "Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang"

P/S : Dua-dua pun mulut lancang, cakap tak bertapis.Padan la muka, dua-dua pun tak pernah pikir perasaan orang lain kan waktu mengkritik?Kali ni jumpa la buku dengan ruas.Ayam sudah masuk gelanggang.Mari kita tengok siapa yang kena!
(^___^)




6comments:

Lee'ssaid...

Yang pasti~~ dua2 pun guna bahasa rojak. kekekekeke

Legasi Piston Pecahsaid...

siapa yang mulakan?

Unknownsaid...

@icyme memang rojak pun, manglish lebih tepat..hehe ;)

@Legasi Piston Pecah tak tau la sapa yg mulakn dulu bro..rasanya Adlin kot, tp x taula..pndi2 la dorg..lawak punya pasal pn boleh jd perang...

GKAsaid...

mmmm,pasal nie pon nak gaduh

Unknownsaid...

@GKA tu lah pasal..hal kecik pn nk gadoh..mcm budak2...ni lah jdnya bila dua2 x boleh terima kritikan...

agak masalahsaid...

kisahnya adlin buat lawak. chef wan sentap. dah sentap update status. nape x cakap depan aje. so siapa yang x professional? jeng jeng jeng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!