Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Tips Bagaimana Untuk Mengesksploit Traffic Secara Drastik Ke Blog


Mempunyai capaian traffic yang tinggi sememangnya merupakan impian setiap orang yang memiliki blog/website.Kali ni gua ingin berkongsi sedikit tips yang pada pandangan gua boleh memberikan impak yang besar kepada aliran traffic di sesebuah blog atau website.Cara ini telah gua praktikkan sendiri diblog ini dan ternyata impaknya AMATLAH efektif dan telah berjaya melonjakkan traffic blog gua ke tahap yang boleh gua banggakan...Hnshnshns..Bangga nih..(Dengan lobang idung yang kembang hehe).

Baiklah, berikut gua kongsikan 2 cara yang gua maksudkan itu.Semoga bermanfaat.


Tajuk
Tajuk posting merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menjana traffic ke blog.Penulis blog harus pandai mengeksploitasi 'minda pembaca' bagi tujuan ini.Tajuk yang menarik dan dapat menimbulkan 'curiosity tinggi' pasti akan dapat menarik jumlah capaian traffic yang baik untuk satu-satu posting itu.Contohnya..

Printscreen diatas di ambil dari blog gua sendiri.Perhatikan bagaimana tajuk Pelacur.Blogspot.Com telah berjaya menjana traffic yang agak baik (1652 view) hanya dalam tempoh 3 hari sahaja.Padahal isi kandungan posting tu sebenarnya tidaklah menceritakan tentang apa yang difikirkan oleh pembaca ketika membaca tajuk tersebut, cuma menceritakan tentang keyword saja hewhew.Tajuk yang menimbulkan 'curiosity tinggi' semestinya akan dapat mengeksploit traffic yang baik, namun berhati-hati agar tidak memberi tajuk yang jauh manyimpang dari topik asal dan 'misleading', kerana tindakan sebegini boleh membuatkan pembaca menjadi meluat dan lari meninggalkan blog anda.Sekali-sekala takpa kot hehe...

Tajuk yang 'tergantung' dan kontroversi juga adalah satu cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca.Namun jangan lupa untuk meletakkan tanda soal (?) dipenghujung tajuk agar tajuk itu tidak dilihat sebagai satu tuduhan kepada pihak yang anda tulis.Contohnya : "Merong Mahawangsa Disaman?".Tajuk ini pernah gua lihat pada satu tulisan blog tidak lama dahulu.Tajuk ini sememangnya telah menarik perhatian gua untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang terjadi dengan 'Merong Mahawangsa'.Ingatkan ada kaitan dengan KRU Studio, sebab KRU Studio kan pernah terbitkan filem Merong Mahawangsa.Rupa-rupanya kes saman sebuah syarikat yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan filem tersebut.Syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd!

Lihat bagaimana tajuk yang dieksploitasi boleh menarik audience/pembaca untuk menjadi 'curious' dengan satu-satu artikel tulisan itu.Terpulang kepada kebijaksanaan anda sebagai penulis untuk menggunakan cara ini bagi menarik perhatian pembaca agar 'tersangkut dengan umpan yang anda tabur'..


Trend/Isu Semasa
Trend/Isu semasa juga merupakan salah satu lagi cara terbaik untuk mendatangkan traffic yang tinggi kepada sesebuah blog.Bagi tujuan ini, penulis blog haruslah sentiasa peka dengan keadaan semasa persekitaran, sosio, ekonomi, politik etc jika ingin menggunakan cara ini.Contoh dibawah membuktikan bagaimana faktor trend/isu semasa merupakan salah satu cara terbaik bagi menjana traffic yang tinggi ke blog...


Keputusan gua untuk menulis artikel mengenai isu semasa sosio-politik negara berkenaan kejadian pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu merupakan salah satu keputusan terbaik yang pernah gua lakukan untuk blog ini kerana posting tersebut telah berjaya melonjakkan traffic blog ini melebihi 100% dan berjaya menarik dan memperkenalkan blog ini kepada pembaca-pembaca baru.Sehingga posting ini ditulis, posting Kisah Pencerobohan Bersenjata Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah telah berjaya mencapai hit/view sebanyak 25060 kali dan merupakan antara salah satu artikel yang memiliki capaian traffic tertinggi dalam sejarah blog ini.

Berikut beberapa lagi contoh posting gua berkaitan trend/isu semasa yang berjaya mencatat hit/vew yang baik.


(Artikel analisis ini sepatutnya mencatat hit yang tinggi jika tidak diplagiat/dicopy-paste oleh mangkuk hayun yang tidak bertanggungjawab.Amat menyakitkan hati bila melihat artikel yang ditulis 100% oleh anda berada di 'page' orang lain dengan capaian traffic yang tinggi berserta pelbagai ulasan, manakala si mangkuk hayun memperlakukannya seolah-olah dia adalah pemilik artikel tersebut. Atas sebab itu, gua telah mengambil keputusan untuk mengharamkan sebarang aktiviti plagiat terhadap sebarang artikel/tulisan gua didalam blog ini.Adalah diingatkan, faktor plagiat/copy-paste juga memainkan peranan dalam mempengaruhi jumlah traffic ke sesebuah blog itu)

Amaran : sila berhati-hati sekiranya ingin menggunakant trend/isu semasa (terutama sekali yang berkaitan dengan soal sosio-politik) dalam topik penulisan kerana jika tersilap info atau fakta, maka potensi anda untuk menerima surat saman daripada pihak tertentu amatlah tinggi.Elakkan menulis sesuatu yang berbaur fitnah kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan daripada pihak yang anda tulis dan jika hal itu berlaku, maka bersedialah untuk mengupah peguam...Tak dapek den nak nolong eh....

..................................................

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menjana traffic ke sesebuah blog.Antaranya seperti SEO(Search Engine Optimization), pengunaan permalink, ping entry, blog contest dan pelbagai lagi.Untuk cara-cara yang itu, kepada yang tidak mengetahui, sila google :).Bagi pemilik blog yang sudah sedia terkenal seperti dari golongan artis, ahli politik dan sebagainya, mereka mungkin tidak memerlukan cara-cara yang gua sebutkan ini namun bagi blogger baru dan mereka yang masih tercari-cari cara bagaimana untuk melonjakkan traffic blog, cara-cara yang gua sebutkan ini adalah sesuatu yang boleh anda cuba dan fikirkan.

 Sekadar perkongsian saja der.Bukan untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menunjuk pandai.Sama-sama kita berkongsi sedikit ilmu.Semoga dapat dimanfaatkan.Good luck!


Wassalam.





*Gambar printscreen agak kabur kerana telah diperbesarkan beberapa kali ganda agar dapat dilihat.Kepada yang kurang jelas, sila gunakan kanta atau mikroskop hehe...




Update ~ Lihat bagaimana satu lagi 'letupan traffic' berjaya dilakukan apabila faktor trend/isu semasa berjaya dieksploitasi dengan baik.Posting mengenai senarai calon PRU13 BN pada hari ini (16 April 2013) telah berjaya meletupkan traffic blog ini sehingga berjaya menarik pengunjung melebihi 6000 page view & UV (Unique Visitor) melebihi 3000 hit/view hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.Lihat printscreen dibawah..


So, jika ingin melihat blog anda mencapai traffic hit/view yang baik, pandai-pandailah untuk mengeksploitasi tips & perkara yang telah gua beritahu diatas.

Adioss! :)




Rujukan & Kredit : Blogspot Control Panel & Google Image

Read more ...

Friday, March 22, 2013

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Mengaktifkan Fungsi 'Disable Copy-Paste Forever' Pada Blog & Website


Salam.

Gua rasa mo berenti dulu la dari buat artikel pasal Lahad Datu.Penat der asyik tulis pasal benda serius ja.Muka pun rasa ketat semacam, rasa macam jadi hakim mahkamah agung pun ada, asyik serius memanjang.Lagipun dah ada banyak reporter bertauliah & tak bertauliah yang buat liputan tentang kes Lahad Datu ni, rasanya cukuplah role yang gua mainkan dalam menulis berita, kisah & analisis berkaitan standoff tu...Apapun, kalau ada maklumat dan kisah terbaru yang 'terlepas'(?) dari liputan mainstream media & para reporter, nanti akan gua update ok...

Kali ni, gua akan berkongsi satu tutorial dengan lu olang semua tentang bagaimana untuk mengelakkan tulisan & artikel blog anda daripada di copy-paste oleh mangkuk hayun yang suka mengambil kesempatan dan menjadikan tulisan kita sebagai hak milik mereka sesuka hati tanpa memberi kredit.Atau dalam ertikata sebenar, MENCURI hasil tulisan dan idea orang lain.Lembu punya susu, sapi dapat nama.Gua memang sangat bebulu dengan jenis-jenis mangkuk seperti ini, yang hanya tau mengambil jalan mudah.Amat menyakitkan hati bilamana melihat hasil tulisan kita terpapar pada blog/page orang lain yang mana mangkuk tersebut langsung tidak memberi kredit kepada kita selaku penulis asal dan tuan punya idea dan memperlakukan tulisan itu seolah-olah dimiliki oleh si mangkuk tersebut.Kepada para mangkuk-mangkuk yang dimaksudkan, you know who you are, dan tulisan ini ditujukan khas untuk anda..The mangkuk's!!!


Baiklah.Mungkin ramai antara kita yang mengetahui tentang bagaimana untuk membuatkan blog atau website mempunyai function 'disable right click'.Namun demikian, function 'disable right click' ni sebenarnya sangat mudah untuk dipatahkan, hanya dengan mematikan function 'javascript' pada browser yang anda gunakan dan walla!Function 'disable right click' yang telah anda enforce kan pada blog anda akan di'deactivate'kan serta merta dan proses 'right-click' & 'copy-paste' akan kembali seperti sediakala.

Apapun, terdapat satu cara yang akan membuatkan blog atau website anda akan menjadi 'copy-paste disable forever'.Bagi yang kurang percaya, anda dipersilakan mencubanya pada blog ini.Mati function javascript pada browser yang anda gunakan, cuba refreshkan blog ini dan lihat apa yang akan anda temui...blog ini hilang/blank white bukan?Cubalah berapa kali pun, anda pasti tidak akan melihat blog ini selagi tidak mengaktifkan semula javascript pada browser yang anda gunakan...

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengaplikasikan function ini pada blog/website anda, boleh, namun terdapat beberapa syarat perlu anda patuhi sebelum function ini dapat di'enforce'kan pada blog/website anda kerana function ini bukan sekadar meletakkan javascript pada template blog/website...

Berikut adalah diantara syarat yang perlu anda patuhi semasa melakukan proses installation tersebut :

1. Buka browser.
2. Logon ke account blogger/website anda
3. Sediakan seekor ayam kampung dan pulut kuning satu periuk.
4. Sebotol 100 Plus mungkin diperlukan untuk menghilangkan dahaga ketika berhadapan dengan jin javascript ini.
5. Hahahaha..... :)


Relax, gua merapu ja tu.Just simply go ke alamat INI untuk tutorial penuh.Gua malas mau tulis disini, kalau tulis pun bukannya korang dapat copy pun script tu sebab gua dah enforcekan pada blog ni.Segalanya ada diterangkan pada tutorial di alamat tersebut okay.Selamat mencuba.



Adios amigos.





*Berbalik kepada isu Lahad Datu kejap (sikit ja k), sebenarnya gua ada beberapa maklumat yang tidak pernah didedahkan oleh mainstream media dan blog.Gua dah cek & google berkenaan dengan maklumat tu, memang tidak ada didedahkan dimana-mana.Samada maklumat tersebut tidak sampai kepada media, ataupun tidak boleh didedahkan.Gua sendiri memilih untuk tidak mendedahkan apa-apa, kerana dibimbangi kelak maklumat itu boleh menjejaskan sebarang tindakan oleh pihak keselamatan kita.(Nantilah, tunggu keadaan dah betul-betul clear dan settle, baru gua update pasal ni ok).Apapun gua tinggalkan korang dengan ayat keramat, "semoga kehidupan anda diselubungi..MISTERI".Hohoho...

(^__^)


Credit : Google Images & Dickeymaru.com 

Read more ...

Friday, December 28, 2012

Tutorial : Bagaimana Untuk Mengesan Lokasi Telefon Bimbit (GPS Tracker) Cara CIA



Sedikit penerangan :
~ Cara ini di'ímplemented'kan daripada teknologi satelite yang digunakan oleh CIA & FBI untuk mengesan lokasi penjenayah melalui talian selular.
~ Anda boleh mengesan sesiapa saja dengan menggunakan teknologi ini.Cara ini telah dipermudahkan oleh developernya untuk memendekkan masa carian.
~ Teknologi ini dibangunkan oleh sebuah syarikat kontraktor ketenteraan yang mengkhusus kepada pembangunan perisikan dan satelite di Amerika.

~ Hanya pilih negara dan masukkan no telefon selular / bimbit yang ingin anda cari dimulai dengan kod negara.
Contoh : 6012-XXXXXXX

Anda boleh mencuba sendiri teknologi ini di SINI.Semoga berjaya menjejaki talian yang hilang.Good luck!


Warning : Aku tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang penyalahgunaan dan perlanggaran undeng-undeng akibat daripada penggunaan teknologi ini.Kepada sesiapa yang ingin mencubanya, try at your own risk.

(Anda digalakkan untuk memberi komen dan berkongsi pengalaman setelah menggunakan perkhidmatan ini)



















Read more ...

Saturday, December 24, 2011

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Menambahkan Kelajuan Broadband Yang Telah Sampai Limit


Cara ni aku temui pada sebuah blog, dan ternyata tutorial yang memang berkesan dan sangat berguna buat pengguna broadband macam aku.Terima kasih kepada orang yang menemui dan berkongsi cara ni..

Nak tahu caranya?Tunggu dulu..Sabar itu separuh dari iman... heehe..

Ok penerangan ringkas.Cara ini telah aku ekperimenkan pada maxis broadband, dan memang memberikan hasil seperti yang aku harapkan.Walaupun begitu, cara ini tidak akan berhasil pada setiap masa.Biasalah, line tenet ni adakalanya macam siput sedut tengah melintas walaupun quota penggunaan korang belum melebihi had.Namun demikian, pada masa talian bagus korang boleh mencuba cara ini dan lihat sendiri hasilnya..(Disarankan untuk broadband yang telah sampai limit penggunaan/quota.Kalau belum sampai x payah la, bagi habis la dulu quota tu...)

Untuk promosi terkini maxis, klik SINI

Baiklah tanpa membuang masa, korang pun aku rasa dah x sabar nak tahu macamana kan.Ikuti langkah-langkah yang aku berikan dibawah.

1. Klik 'Start' dan taip 'Run' pada ruangan 'search program and files'

2. Kemudian taip 'cmd' dan tekan enter.Command prompt screen hitam akan keluar

3. Kemudian pada comand prompt tersebut, taipkan perkataan berikut, 'ipconfig/all' dan tekan enter.
Maka akan keluar semua info berkaitan dengan ip, subnet, gateway dan dns korang.

5.Sekarang important part.Fokus untuk mencari dan identify description connection korang.Pastikan korang memilih description connection yang betul.Sebagai contoh, sekiranya korang pengguna maxis broadband, korang akan menemui perkataan 'maxis' pada connection tersebut.Setelah menemui connection tersebut, sila identify dan copy nombor gateway yang tertera pada pada connection tersebut.(sekiranya gateway korang hanya mencatatkan nombor 0, sila gunakan nombor yang terdapat pada ipv4 address korang)

6. Setelah berjaya menemui nombor gateway atau ipv4 yang korang gunakan, pada command prompt tersebut sila taip 'ping' kemudian diikuti oleh nombor gateway atau ipv4 korang diikuti dengan huruf '-t' dipenghujungnya dan tekan enter.Contoh 'ping 113.211.21.33 -t' (sila pasti terdapat jarak antara perkataan 'ping' dan nombor gateway/ipv4 serta dipenghujung sebelum huruf '-t')


7.Sekiranya berhasil, korang akan melihat proses 'ping' yang berulang-ulang pada comand prompt tersebut.Apa yang aku faham, melalui proses ini packet data yang dihantar ke talian korang akan dicukupkan dan disebabkan itulah kelajuan network korang akan bertambah.Selebihnya sila rujuk pada yang pakar..hehe..

 Minimizekan kotak command prompt itu ke task bar dan biarkan proses 'ping' tersebut berterusan selama mana korang online.JANGAN close kotak command prompt itu, dan korang bolehlah mencuba keberkesanan cara tersebut.Buka youtube, ataupun try download sesuatu file yang bersaiz besar dari file sharing website seperti movie...

Korang boleh praktikkan cara ni setipa kali korang online.Pada aku cara ini memang berkesan 200%..Selamat mencuba.Dan pada yang masih kabur atau masih kurang faham, sila drop pertanyaan pada comment box.Jangan bimbang, aku akan cuba membantu korang ok...Adioss..


P/S : Just finished download movie Mission Impossible Ghost Protocol.Jap lagi mau sambung download movie lain..Ongbak Rindu atau Sherlock Homes??Heehe (^___^)V





Credit : pemaniskata.blogspot.com & google image

Read more ...

Monday, November 7, 2011

Bagaimana Untuk Melindungi Data Peribadi Anda

Lama tak buat tutorial.Malam ni tetiba gua rajin nak berkongsi.Baiklah, kali ni gua nak sharing bagaimana untuk melindungi data peribadi daripada di access oleh mereka yang tidak berkenaan.Ramai orang tidak menyedari tentang kepentingan menjaga data peribadi yang tersimpan di dalam hard disk, pendrive mahupun external hard disk.Sebenarnya terdapat satu cara mudah untuk melindungi data peribadi anda.Teruskan pembacaan untuk mengetahui caranya..


Hanya dapatkan pendrive seperti dalam gambar diatas dan data anda dijamin selamat tanpa boleh di access oleh sesiapapun selain anda..Hahaha sorry gua berlawak saja.Ok seriously, memang terdapat cara untuk melindungi file peribadi anda dengan password protected.Safeguard Private Crypto adalah salah satu software yang boleh anda gunakan untuk melindungi data peribadi anda.Mudah digunakan dan user-friendly, pengguna hanya perlu melakukan right-click kepada file yang ingin anda letakkan password, dan software ini akan melakukan untuk anda.



Main Features :
- Advanced security algorithms (AES128 and AES256)
- No infrastructure changes, for lower IT costs
- Ease of use; no training required
-Key generated from user-entered passphrase
- Create self-extracting encrypted files for recipient convenience (.EXE)
-Prevents “brute force” attacks by increasing time-out after incorrect password
- File compression (similar to WinZip)
- Secure “Wipe File” functionality removes all traces of original file

Anda boleh mendapatkan software tersebut secara percuma di SINI.
(Jika terdapat masalah pada link download ataupun installer tidak berfungsi, sila maklumkan kepada gua supaya gua boleh memberikan alternatif link.)Adios amigoss..




Rujukan & Kredit : www.sopho.com & google images

Read more ...

Wednesday, October 12, 2011

Bagaimana Untuk Meningkatkan Traffic Secara Drastik Ke blog Anda


Mempunyai traffic yang tinggi sememangnya menjadi impian setiap blogger & pemilik website di dalam dunia maya digital ini.Semakin tinggi traffic yang masuk, semakin masyuuukk la juga kocek si empunya blog atau website.Traffic yang tinggi ke sesebuah website atau blog boleh dijana oleh beberapa faktor.Antaranya  faktor kekemasan dan susun atur blog, topik penulisan, malahan sikap si pemilik blog yang mesra alam juga memainkan peranan dalam menarik pengunjung.Namun terdapat satu cara yang dapat menarik pengunjung untuk datang secara drastik ke blog atau website anda.Nak tahu caranya?Keep on reading...

Cara ini hanya memerlukan 3 langkah mudah.Perhatikan gambar berikut untuk mengetahui caranya..




Hahahaha...Jangan marahkan gua sebab gua pun terkono jugak...Wa sula kena beb..Pesanan penaja rancangan ~ jangan suka main shortcut, usaha itu tangga kejahatan....ehh silap, kejayaan...Tapi sekali-sekala main shortcut takpa kot...hahaha...Adios amigosss.........





*Gambar di atas tidak dimiliki oleh blog ini.Kepada tuan empunya gambar, sila komen & berikan link blog anda sekiranya   
  anda terlihat posting ini untuk diberikan kredit.Wa takda bookmark lu punya blog bro,  & bila wa cari balik wa tak jumpa  
  sori...

Read more ...

Tuesday, October 11, 2011

Tutorial : Bagaimana Membuat Unit Iklan Bergerak


Iklan sememangnya satu elemen terpenting di dalam sesebuah website atau blog.Itu sudah pasti, kerana rata-rata blogger mensasarkan traffic yang tinggi ke atas blog mereka atas tujuan, IKLAN & INCOME!Takda iklan takda duit lor..Nuffnang, Churpchurp, Advertlets, Innity adalah antara syarikat pengiklanan blog yang menjadi buruan para blogger di Malaysia untuk mencari sumber pendapatan melalui iklan.(Innity tak payah sebut la, kalau traffic ciput jgn berangan nak makan buah berangan)Buah berangan rebus isinya manis..Ehh apa kau merapu ni mangkuk...

Ok serious.Untuk tutorial kali ini gua akan berkongsi tentang bagaimana untuk meletakkan iklan bergerak seperti yang terdapat pada blog ini.Caranya mudah saja sebenarnnya, anda boleh meletakkan apa saja iklan yang anda inginkan pada unit iklan bergerak tersebut tanpa melakukan sebarang 'hack' pada template.Hanya login ke account blogger anda, kemudian pergi ke Design >> Page Element >> Add Gadget >> HTML/Javascript dan seterusnya masukkan kod berikut :

<div title="AYAT YANG INGIN ANDA PAPARKAN SEMASA CURSOR BERHENTI DI ATAS IKLAN">
<blockquote></blockquote><marquee scrolldelay="-5" behavior="scroll" direction="left" onmouseover="this.stop();" onmouseout="this.start();">

<a href="LINK IKLAN ANDA" target="_blank"><img src="LINK IMAGE IKLAN ANDA" width="120" height="120" /></a>

<a href="LINK IKLAN ANDA" target="_blank"><img src="LINK IMAGE IKLAN ANDA" width="120" height="120" /></a>

<a href="LINK IKLAN ANDA" target="_blank"><img src="LINK IMAGE IKLAN ANDA" width="120" height="120" /></a></marquee></div>


dan seterusnya....

Hanya tukarkan value yang telah diwarnakan dengan ayat, link & image yang ingin anda paparkan pada unit iklan bergerak anda.Namun demikian, pastikan (penting!) perkataan yang diwarnakan dengan dengan warna biru berada dipenghujung keseluruhan iklan anda seperti yang terpapar diatas.Untuk menambah bilangan iklan, hanya copy kod tersebut ke baris berikutnya untuk memasukkan iklan anda yang seterusnya.Anda juga boleh mengubah arah pergerakan unit iklan tadi.Hanya tukarkan perkataan "left" yang diwarnakan dengan warna merah kepada "right" sekiranya anda ingin unit iklan anda bergerak dari arah kiri ke kanan, ataupun up/down untuk pergerakkan ke atas atau ke bawah.Begitu juga dengan size iklan, hanya tukarkan nombor pada value width & height mengikut kesesuaian iklan anda.

Save unit iklan tersebut, letakkan ke lokasi yang anda inginkan, preview, dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat melihat unit iklan tersebut pada blog anda.Sharing is caring, happy blogging!

Read more ...

Monday, October 3, 2011

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Mengembalikan Old Facebook Profile Layout


Sekiranya anda telah dengan sengaja atau accidently 'ter'migrate facebook profile anda kepada new TIMELINE profile, anda  berkemungkinan merasa sangat menyampah dan ingin menyepak muka Mark Zuckerberg & Co kerana melakukan update yang hilang pedoman & biul.Berita baik untuk anda yang tidak menyukai update tersebut, terdapat cara untuk mengembalikan semula old facebook profile layout anda kepada keadaan asal.Namun demikian, sekiranya anda menyukai dan selesa dengan profile TIMELINE anda, sila abaikan tutorial ini.

Bagaimana caranya?Mudah sahaja sebenarnya..
Officially, menurut pengumuman yang dibuat oleh Facebook Help center [facebook.com/help/?faq=19409] “You will not be able to switch back to the old design after upgrading”.Oleh yang demikian, sekiranya anda ragu-ragu dan tidak menyukai facebook new TIMELINE layout profile, DO NOT ATTEMPT TO UPGRADE!Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk rollback semula upgrading process tersebut. Anda hanya perlu DEACTIVATE facebook account anda untuk sekitar 10 -15 minit dan facebook profile layout anda akan mendapat semula pedomannya & kembali ke pangkal jalan (Peringatan : make sure anda hanya DEACTIVATE Facebook account anda and not DELETE it – be careful!Gua tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda melakukan kesilapan sehingga menyebabkan account anda terpadam permanently)

Procedure to deactivate : Account >> Account Setting >> Security >> Deactivate Your Account & tick "This is temporary.I'll be back"
& you're done.Good luck!


Read more ...

Saturday, October 1, 2011

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Mencipta 'Flash Animated Label Cloud' (Cumulus Tag) Pada Blogger

Seorang rakan blogger bertanyakan tentang bagaimana untuk membuat flash animated label cloud (Cumulus Tag) seperti yang terdapat pada blog ini.Untuk tidak menghampakan, berikut adalah tutorial bagaimana untuk mencipta Cumulus Tag pada blogger.



(Widget ini adalah lebih mudah di pasang pada wordpress berbanding dengan blogger.Kemahiran HTML adalah diperlukan untuk memastikan proses installation berjaya)


Langkah 1 :
Back up your template 
(Penting!Jika proses installation jahanam, anda cuma perlu restore template anda)


Langkah 2 :
Selepas itu pergi ke Layout >> Edit HTML dan check 'Expand Widget Templates Box'
Seterusnya Find (Control F) dan cari kod berikut (atau yang hampir serupa)

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

Dan tampal kod berikutnya immediately Selepas kod tadi

<b:widget id='Label99' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>
<h2><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>
<script src='http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/swfobject.js' type='text/javascript'/>
<div id='flashcontent'>Blogumulus by <a href='http://www.roytanck.com/'>Roy Tanck</a> and <a href='http://www.bloggerbuster.com'>Amanda Fazani</a></div>
<script type='text/javascript'>
var so = new SWFObject(&quot;http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/tagcloud.swf&quot;, &quot;tagcloud&quot;, &quot;240&quot;, &quot;300&quot;, &quot;7&quot;, &quot;#ffffff&quot;);
// uncomment next line to enable transparency
//so.addParam(&quot;wmode&quot;, &quot;transparent&quot;);
so.addVariable(&quot;tcolor&quot;, &quot;0x333333&quot;);
so.addVariable(&quot;mode&quot;, &quot;tags&quot;);
so.addVariable(&quot;distr&quot;, &quot;true&quot;);
so.addVariable(&quot;tspeed&quot;, &quot;100&quot;);
so.addVariable(&quot;tagcloud&quot;, &quot;<tags><b:loop values='data:labels' var='label'><a expr:href='data:label.url' style='12'><data:label.name/></a></b:loop></tags>&quot;);
so.addParam(&quot;allowScriptAccess&quot;, &quot;always&quot;);
so.write(&quot;flashcontent&quot;);
</script>
<b:include name='quickedit'/>
</div>
</b:includable>
</b:widget>

Langkah 3 :
Preview template.Sekiranya anda meletakkan kod tersebut pada tempat yang betul, anda akan dapat melihat preview widget tersebut di sebelah kanan blog anda.Save template (Diingatkan sekali lagi : back up template anda sebelum melakukan sebarang perubahan!) sekiranya anda telah melihat Cumulus Tag Widget pada blog anda .Anda boleh memindahkan lokasi widget tersebut kemudian.Hanya pergi ke Design >> Page Element locate Cumulus Tag Widget yang telah anda pasang dan anda boleh meletakkannya di mana yang anda mahu.

Customizing Cumulus Tag
Anda boleh mengubah ciri-ciri pada cumulus tag yang telah anda install mengikut citarasa anda.Hanya locate kod berikut pada HTML yang telah anda pasang dan ubah kod yang telah diwarnakan dengan warna merah

var so = new SWFObject("http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/tagcloud.swf", "tagcloud", "240", "300", "7", "#ffffff");

*240 bermaksud lebar (width)
   300 bermaksud tinggi (height), manakala
#ffffff pula mewakili backgroud color

Untuk mengubah size font pula, locate kod berikut
so.addVariable("tagcloud", "<tags><b:loop values='data:labels' var='label'><a expr:href='data:label.url' style='12'><data:label.name/></a></b:loop></tags>");

Hanya ubah nombor yang berwarna merah dan size tulisan pada Cumulus Tag akan berubah.Setelah selesai, preview template anda dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat melihat perubahan yang telah anda buat pada Tag anda.Save template, dan nikmati flash animated label cloud anda!






*Sekiranya anda telah melakukan terlalu banyak perubahan/customizing pada template blog anda, anda berkemungkinan tidak akan menemui kod pada template seperti yang tercatat pada langkah ke-2.Jika perkara tersebut berlaku, anda perlu melakukan experiment sendiri untuk meletakkan widget ini pada tempat yang betul dalam template anda.Untuk maklumat lanjut dan tutorial lengkap, sila ke Bloggerbuster.com


*Updated ~ Untuk menukar color pada font, anda cuma perlu locate line ini pada template
so.addVariable(&quot;tcolor&quot;, &quot;0x333333&quot;);
dan tukarkan value pada nombor 333333 dengan code warna html yang anda inginkan.Anda boleh memilih warna yang anda inginkan di  http://www.computerhope.com







Read more ...

Saturday, September 24, 2011

The New Facebook #F8 : Introducing TIMELINE

I let the photo speaks for you....






Sedikit sneak-peek photo about the New Facebook #F8 release.
Aku sendiri pun x tahu sama ada suka @ tidak dengan New Facebook ni, belum test lagi.

Nak lagi lebih?Watch this video


Katanya coming soon...Tapi sebenarnya dah available on developer mode (Beta).Nak cuba?Go to this link for the tutorial, aku malas mau copy paste..Sapa yang dah cuba tu, please let me know macamana mukabukubiru baru ni berfungsi, best atau tidak.Kalau tambah haprak humban laptop ke laut...xda kena mengena laptop jadi mangsa haha..
Ok la, thats all.Happy SabtuDay
(^__^)
Read more ...

Monday, September 12, 2011

Tutorial : Energy Saving Mode Untuk Websites & Blog


Gua secara tak sengaja terjumpa beberapa blog yang menggunakan 'energy saving mode' semasa blogwalking.Sememangnya satu inisiatif menarik yang diwujudkan oleh onlineleaf.com dalam meminimakan penggunaan tenaga elektrik.Go green, save the environtment online,katanya.Tapi ok juga,cool.

The standby engine is a project developed to reduce power consumption, when generating and displaying a website, without changing user experience while using the website. This is done by covering the site in a stationary, black color, which hides visual effects making the visitor's computer use less energy generating and displaying these.It might not seem like a lot of difference, but after all every little bit does count.

Senang cerita, plug-in ini berfungsi lebih kurang seperti fungsi 'sleep button' pada komputer anda.Apabila anda x menggunakan @ x berada pada blog anda untuk beberapa ketika, blog anda akan berada dalam 'saving mode' condition dan akan kembali pada keadaan asal hanya dengan menggerakkan mouse anda.kewl..

Cara Install

Senang saja.Untuk pengguna wordpress self-hosted, anda boleh download plug-in untuk blog anda di sini
dan pada anda yang menggunakan blogger, anda boleh masukkan code dibawah sebelum tag <head> .


design - edit html - expand template - find (control f) -  taip <head> dan copypaste code dibawah SEBELUM tag <head>


<script language="javascript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js"></script>

make sure anda back-up terlebih dahulu template anda sebelum melakukan apa2 modifikasi, nanti x pasal2 hancus satu blog kalau silap letak.Save template anda, dan untuk mengetahui samada jadi atau tidak, tinggalkan blog anda selama 1 @ 2 minit, dan sekiranya anda melihat skrin pada blog anda berubah seperti gambar dibawah, maka jadilah tu..

sorry background hitam,yang nampak hanya perkataan aja la


Thats all folks.Go green, save our environment,online!!
For more info, visit onlineleaf.com



Read more ...

Monday, August 1, 2011

Tutorial : Bagaimana untuk mengembalikan "Old Facebook Chatbox" sidebar

What the heck!facebook new chat box feature memang membingungkan..


Seperti yang kebanyakan anda sedia maklum, facebook chatbox sidebar yang baru memang menyusahkan, kerana kita tidak akan dapat melihat kesemua rakan yang sedang online dan membuka chatbox, tidak seperti chatbox yang terdahulu sebelum di update oleh jurutera2 biul facebook.Mark Zuckerberg memang suka menyusahkan orang...

Namun demikian, there is a solution to this problem, & it work 110%!!Walaupun begitu, method ini hanya akan berfungsi dengan menggunakan web browser Google Chrome, Opera dan Firefox sahaja.Sekiranya anda tetap setia bercinta dengan Internet Explorer (IE), lupakan saja niat anda kerana extension ini tidak akan berfungsi pada IE.



Untuk pengguna Chrome, sila pergi ke alamat berikut untuk mendapatkan extension anda https://chrome.google.com/webstore/detail/bfipfkeoidmndggnnpobeenlamiclald# manakala untuk pengguna Firefox pula, sila ke https://addons.mozilla.org/en/firefox/addon/fb-chat-sidebar-disabler/ dan untuk pengguna Opera web browser sila ke https://addons.opera.com/addons/extensions/details/facebook-chat-sidebar-disabler/?display=en Hanya install extension tersebut pada web browser anda, refresh dan voila!!anda akan mendapat semula old facebook chatbox seperti yang anda inginkan.Sharing is caring, sebarkan..bukan buat salah sampai batal puasa pun.Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua saudara seagamaku, semoga puasa tahun ni lebih baik daripada yang sebelumnya...Jangan memandai tukar nama ke 'bryan' atau 'wong' pula time bulan puasa ni pok dapat makan siang...Salam 1 Ramadhan (^_^)V


Read more ...

Sunday, January 9, 2011

Microsoft Security Essential 2 : Perisian Antivirus Percuma Untuk Komputer Anda!

Aku rasa macam sangat bermurah hati la hari ni.Memandangkan kemurahan hatiku berada di tahap cheap sale discount 100%, maka dengan murah hatinya aku ingin berkongsi sesuatu yang PERCUMA untuk anda semua pada entri kali ni.Siapa yang tak mau benda percuma, kan.Free wa cakap lu.Kepada yang tidak mengetahui apakah menatang yang dinamakan sebagai Microsoft Security Essential (MSE) ni, berikut adalah deskripsi ringkas mengenai perisian ini :
- Merupakan Antivirus yang dibangunkan sepenuhnya oleh Microsoft Corporation.Selamat, mudah digunakan & user friendly.Alternatif kepada perisian antivirus yang sedia ada.
- Ringan (hanya menggunakan 4MB RAM resources semasa scanning proses) serta installation package yang kecil (7Mb - bergantung dengan jenis operating system yang digunakan)
- Memiliki daya pengesanan virus (detection level) yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan perisian antivirus percuma (Avast contohnya) yang wujud pada hari ini.
- BOLEH diinstall bersama2 dengan antivirus sedia anda di komputer anda tanpa sebarang komplikasi.


Microsoft Security Essentials provides real-time protection for your home PC that guards against viruses, spyware, and other malicious software


Perisian ini diberikan secara percuma oleh Microsoft khas kepada pengguna Windows Operating System (Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) DENGAN SYARAT....(free bersyarat sebenarnya hahaha) Operating System yang anda gunakan adalah ditanggung HALAL, LEGAL & disahkan GENUINE oleh Microsoft Validation Centre.Dalam ertikata lain, sekiranya operating system yang anda gunakan adalah tidak halal ataupun lebih tepat disebut sebagai 'crack version windows' (pirated / cetak rompak la senang cerita), maka anda secara automatik telah melayakkan komputer anda untuk disenarai-skrin-hitam-kan oleh Microsoft sekiranya anda bertebiat untuk mencuba proses Genuine Validation tersebut.Senang story,kalau rasa2 version windows yang anda gunakan itu bukannya genuine, maka janganlah gatal tangan untuk mencuba proses validation tersebut dan perisian percuma ini bukannya untuk anda huhuhu. (Sebenarnya there is a way to by-pass the windows genuine validation process, tapi bukan sekarang la, maybe akan aku revealkan caranya in the next tutorial ok.tungguuu ;P)
Ok,mari kita teruskan.Kepada sesiapa yang rasa2 komputernya cukup 'akil baligh' untuk melepasi proses windows genuine validation, berikut adalah minimum requirement yang diperlukan oleh komputer anda untuk perisian percuma ini :
  • Seperti yang telah dinyatakan di atas, operating system yang diperlukan adalah Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) yang BERJAYA melepasi windows validation process.
  • Bagi pengguna Sistem Operasi Windows Vista & 7, komputer anda perlu dilengkapi dengan kelajuan CPU 1.0 GHz (atau lebih), serta minimum 1GB RAM (atau lebih).
  • Manakala bagi pengguna Windows XP pula, komputer anda perlu mempunyai kemampuan minimum kelajuan CPU 500 MHz serta 256 MB RAM atau lebih.
  • Free hard disk space sekurang-kurangnya 140MB
  • Internet connection untuk proses validation & muat turun database/definition update, serta
  • web browser (sudah semestinya!kalau takda web browser camana mau baca carutan ni & download perisian ni kan) - Internet Explorer 8, Mozilla Firefox @ Google Chrome recommended.
Selamat mencuba!!!Eh lupa pula, ini link download ok Microsoft Security Essential.Sila pilih language anda sebelum memulakan proses muat turun, nanti terdownload dalam bahasa Bulgaria kang habis haru-biru haha.Selamat!!!
mrgreen


Read more ...

Sunday, December 26, 2010

Tutorial : Bagaimana untuk membuka "blocked websites"

Anda mengalami masalah untuk meng'access' websites kegemaran anda seperti facebook, youtube, skype etc di tempat2 tertentu seperti di office, sekolah, universiti dan sebagainya?Jangan bimbang, ada penyelesaiannya!Memperkenalkan..... (macam buat direct selling la palek hehehe) Rilek bro2 & girl2, rilek...Tutorial ini akan memberikan anda jalan keluar kepada masalah ini.Tetapi sebelum itu, anda harus mengetahui bahawasanya (jeng jeng jeng) : Tindakan ente mengubah setting komputer ente adalah menjadi tanggungjawab ente sendiri.Ana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap ente sekiranya ente dikesan dan dihukum oleh bos @ pensyarah ente kerana melayari laman web yang tidak sepatutnya.DO AT YOUR OWN RISK, OK. ;)

VPN (Virtual Private Network) adalah solution terbaik kepada masalah ini.VPN boleh ditakrifkan sebagai sebuah rangkaian (network) yang "melapisi" rangkaian yang sedia ada.Melalui VPN, data yang bergerak melaluinya secara umumnya tidak akan dapat dikesan atau di "backtrack" oleh rangkaian yang mendasarinya (ISP-Internet Service Provider).VPN connection boleh dibayangkan sebagai sebuah "paip yang berada di dalam paip",dengan paip luar merupakan sambungan/connection asas yang akan membawa data kepada sumber yang seterusnya akan melakukan pemindahan data secara 'secure' di dalam network tersebut.Anda akan menjadi 'anonymous' kerana I.P address anda akan menjadi 'hidden' selepas anda mengaktifkan VPN...Bingung?aku pun,bingung jugak hahaha...ala senang cakap macam ni ja,VPN ni akan melapisi rangkaian/network yang sedia ada di dalam komputer anda untuk menjadikan anda 'hidden' dalam network tersebut dan seterusnya membolehkan anda melayari website dan servis yang anda mahukan...No Virus,no malware,totally safe..telah di terai test diatas platform Windows 7 Ultimate Operating System dan hasilnya memang....mantops!!!hehehe...;)

Namun begitu, kebanyakan VPN servis yang wujud ketika ini adalah merupakan servis berbayar, malah ada yang lebih mahal daripada bayaran bulanan broadband anda!(huhuhu) Walaupun demikian, demi untuk ente pembaca2 ku yang ku chentai sekalian, ana telah bersusah payah tunggang tebalik untuk mencari beberapa sumber VPN PERCUMA yang boleh di download tanpa was2.Berikut adalah beberapa sumber percuma VPN yang boleh anda cuba: (sila klik pada link dan anda akan di'redirect'kan ke download website)

Hotspot Shield

Hotspot Shield protects your entire web surfing session; securing your connection at both your home Internet network & Public Internet networks (both wired and wireless). Hotspot Shield protects your identity by ensuring that all web transactions (shopping, filling out forms, downloads) are secured through HTTPS. Hotspot Shieldalso makes you private online making your identity invisible to third party websites and ISP’s. Unless you choose to sign into a certain site, you will be anonymous for your entire web session with Hotspot Shield

Free VPN

It’s free and no need to register, but has forced URL redirect for ads display.FreeVPN has servers all around the world. If you want advertisements free and higher speed, you can pay for the premium servers.

proXPN

proXPN is a way to secure your internet connection for free. Your privacy and security are protected with their military-grade VPN featuring. It’s free of charge and has no ads.You have to register a user account in their website, and then you can download proXPN with your e-mail address and password.

VPNTool

VPNTool provides L2TP VPN tunnel for Windows 2000 and IPSEC VPN tunnel for Windows XP/Windows 7, both are secure and reliable. You can sign up an account from VPNTool website, download the VPN client and login with the account you have registered.Each account will be valid for one-month, and you can register new ones after expired.
Selamat meng'hacking' network komputer office dan kolej anda!!! ;)

P/S : Tutorial ini hanya bertujuan untuk perkongsian sahaja.Sekali lagi diingatkan, segala tindakan dan proses peng'installation' yang dilakukan oleh pembaca adalah diatas tanggungjawab anda sendiri.Sindri mau ingat haa....Tutorial ini juga adalah untuk menjawab pertanyaan seorang bro tentang bagaimana untuk melakukan muat turun sekiranya P2P services diharamkan di Malaysia.Well bro, this is the answer for your question....Sebarang pertanyaan sila drop di comment box.Selamat menerai ;)
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!