Friday, May 17, 2013

Kenapa Orang Cina Lebih Maju Daripada Orang Melayu


Ini bukan post racist.Diulangi sekali lagi, INI BUKAN POST RACIST.Apa yang aku cuba ceritakan disini tidak sesekali menjurus ke arah racisme atau perkauman, kerana aku sendiri adalah orang anti kepada racisme.Apa yang cuba diketengahkan disini adalah satu perkongsian dan kupasan ringkas, yang perlu diketahui oleh orang melayu/bumiputera (bagi tidak mengetahui) tentang mengapa orang cina lebih maju daripada kita.Post ini cuma mengajak untuk kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri, serta berhenti menuding jari dan menyalahkan orang lain diatas kekurangan dan kekhilafan diri kita sendiri.

Kenapa orang cina lebih maju daripada orang melayu?Bagaimana kaum yang dianggap pendatang dibumi melayu/bumiputera ini berjaya menguasai ekonomi kita disini?Satu persoalan yang selama ini sebenarnya mempunyai jawapan yang berada benar-benar dihadapan mata kita.

Semoga bermanfaat untuk difikir-fikirkan.Salam Jumaat.


1. Pendidikan.
Orang cina sangat mementingkan pendidikan.Seawal usia tadika (4-6 tahun), dikala anak-anak orang melayu sibuk bermain guli, bergelumang dengan lumpur dibawah kolong rumah, melastik burung dan mencuri buah rambutan dikebun Pak Kordi, orang cina sudah mula menghantar anak-anak kecil mereka ke kelas tuisyen.Mereka tidak kisah membelanjakan wang ringgit untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.Matapelajaran yang paling ditekankan oleh mereka kepada anak-anak mereka adalah, MATEMATIK.Bukan nak kata apa, tapi ini adalah realiti : subjek ini rata-ratanya sangat dibenci oleh anak-anak melayu.Tak dapat dinafikan sesiapa.Tanyakan kepada anak-anak melayu, pasti ramai yang mengiyakannya.Mindsetnya mudah : Matematik + Nombor + Susah = MALAS.Tapi tidak kepada orang cina.Mereka sangat mengutamakan kemahiran dalam subjek matematik, kerana mereka sedar melalui penguasaan subjek inilah mereka akan dapat meneruskan legasi perniagaan mereka kepada anak-anak mereka di masa hadapan.

Mereka sedar dan tahu, mereka adalah 'kuasa ekonomi'.Matematik adalah kunci untuk meneruskan kesinambungan penguasaan mereka terhadap ekonomi.Orang Melayu, biarlah mereka yang 'berkhidmat untuk negara'.Perhatikan di jabatan-jabatan awam, bagaimana jurang ras boleh dilihat dengan begitu ketara sekali antara melayu/bumiputera dan orang cina.Mengapa orang cina begitu kurang sekali memasuki perkhidmatan awam?Jawapannya mudah : 'kuasa' mereka bukan disitu.Kuasa mereka dibidang ekonomi, dan disitulah punca 'ong' sebenarnya datang, bukannya dari bidang 'yang menurut perintah & berkhidmat untuk negara'.

Perhatikan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, siapa yang menguasai senarai itu?Well, semua orang tahu jawapannya bukan.Adakah mereka berkerja di jabatan awam?Jawapannya sudah tentu tidak.Jadi kesimpulannya mudah : bagi orang cina, perkara yang akan mendatangkan kekayaan adalah penguasaan ekonomi, yakni perniagaan, dan bukannya melalui jalan 'berkhidmat untuk negara'.Bagaimana untuk menggenggam kuasa ekonomi itu dan ilmu apakah yang perlu dipelajari dan dikuasai supaya ia tidak akan terlepas dari tangan mereka?Jawapannya MATEMATIK.Oleh sebab itulah, anak-anak mereka begitu didedahkan dengan ilmu pengiraan matematik diperingkat awal agar legasi penguasaan ekonomi itu akan dapat dijayakan dengan kesinambungan yang berterusan

Aku sendiri mempunyai sedikit pengalaman di zaman sekolah dahulu tentang bagaimana pentingnya pendidikan kepada mereka.Kisahnya, sewaktu tingkatan 2 dulu, aku telah terpilih memasuki kelas 'A', yakni kelas pelajar-pelajar pintar.Bangga jugalah kerana terpilih memasuki kelas yang rata-rata pelajar didalamnya adalah terdiri daripada mereka yang bijak dan ber'IQ' tinggi.(Hns hns hns bangga gua hahaha poyo).Namun apa yang lebih menarik sebenarnya, yang ingin gua kongsikan adalah, pelajar dari kaum apa yang menguasai kelas tersebut.Rata-ratanya (80%) adalah pelajar cina!Believe it or not, hanya aku seorang sahaja pelajar lelaki Islam dari kaum melayu/bumiputera yang berada di dalam kelas itu.Pelajar perempuan ada lah beberapa orang yang muslim melayu/bumiputera, namun pelajar lelaki memang aku seorang saja.(Sian aku kan huhu)

Walaupun kisah itu sudah lama berlalu, namun aku masih dapat mengingatinya dengan jelas.Setelah zaman persekolahan berakhir dan mula memasuki alam dewasa, barulah aku sedar kenapa situasi tersebut berlaku.Semuanya kerana penekanan yang diberikan oleh orang cina terhadap anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan kepada kesinambungan generasi mereka.Jumlah penguasaan majoriti mereka dalam melahirkan anak-anak yang pintar di sekolah sebenarnya menggambarkan situasi sebenar bagaimana mereka dapat menjadi taikun dan kuasa ekonomi di bumi Malaysia ini.Dan rasanya, situasi ini memang berterusan sehingga hari ini, dimana pelajar cina terus menguasai pencapaian akademik di sekolah-sekolah...

Sesuatu yang patut dicontohi dan diaplikasikan oleh ibu bapa melayu/bumiputera jika ingin melihat anak-anak kita bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak mereka.Penekanan pendidikan perlu diberikan seawal mungkin kepada anak-anak melayu.Minda mereka perlu diasah seawal mungkin agar memberi keutamaan kepada pendidikan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang cina tehadap anak-anak mereka.Persoalannya cuma mahu atau tidak saja.

2. Perniagaan


Cara perniagaan orang cina sangat berbeza dengan cara orang melayu.Peniaga cina tidak akan SESEKALI berniaga secara hutang kepada sesiapapun.No cash, no bussiness.Ini adalah perkara benar.Kalau kurang percaya, boleh cuba sendiri.Pergi ke kedai orang cina yang anda kenal dan tanyakan, "Tauke, ini barang boleh hutang ka?".Sudah tentu jawapan yang akan anda perolehi adalah "Haiya soli a kawan, wa bisnes cuma terima cash only".Tanyakan soalan yang sama kepada peniaga melayu.Anda masih boleh menemui peniaga melayu yang boleh memberikan hutang kepada anda.Entahlah, mungkin atas dasar sifat orang Melayu itu sendiri, yang mewarisi sifat 'murah hati' dalam kehidupan seharian dari generasi terdahulu dan terbawa-bawa dalam perniagaan.Konsep yang sangat salah pada mata peniaga Cina.

Bagi orang cina, bussiness is bussiness.Biar dengan kawan baik sekalipun, mereka tidak akan sesekali membenarkan aktiviti perniagaan secara hutang berlangsung.Tapi anda jangan silap, cara mereka berurusniaga berbeza mengikut 'jenis' orang.Bila mereka berurusniaga dengan orang yang bukan cina,(melayu, bumiputera) mereka akan menggunapakai peraturan 'no hutang, cash only'.Mungkin ada beberapa orang tertentu sahaja dikalangan sahabat melayu mereka yang boleh berurusniaga secara hutang dengan mereka, itupun atas dasar percaya dan mereka benar-benar rapat dengan orang itu.Kalau tidak, jangan harap.Berbeza bila mereka berurusniaga dengan orang mereka sendiri (cina), walaupun orang itu tidak dikenali/rapat, namun sekiranya dia adalah orang cina, maka mereka akan 'membuka jalan' kepada orang tersebut selagi dia adalah orang cina.Semua benda boleh runding, asalkan orang itu adalah orang mereka.

Inilah keistimewaan orang cina berbanding melayu.Bukan setakat hutang, pertolongan lain pun boleh diberikan.Untuk pengetahuan anda, bagi yang tidak tahu, (ini aku nak pecah lobang) harga urusniaga antara orang cina dengan orang cina adalah berbeza dengan urusniaga mereka dengan orang melayu.Of course la dalam urusniaga barangan tertentu dan dalam jumlah yang pukal/besar, takkan jual air oren setin nak bagi lain-lain harga plak.Baik tak payah meniaga kalau macam tu.Ok, sebagai contoh, harga jualan umum sebijik tayar di kedai tayar Chong adalah RM100, mungkin harga selepas diskaun adalah RM95, tapi harga untuk orang cina berkemungkinan sekitar RM80-90 sahaja.Itu contoh.Sudah tentu mereka tidak mewar-warkan harga ini kepada umum, cuma dikalangan mereka saja yang tahu.Dan ini adalah benar, kerana aku sendiri selalu menggunakan kawan-kawan cina aku untuk membeli sesuatu barang dengan harga 'cina sesama cina'.Tak caya, sila buat eksperimen sendiri.

Inilah realitinya.Mereka boleh saling membantu walaupun pada awalnya tidak saling mengenali.'Jambatan tersembunyi' sebenarnya memang sudah sedia terbina antara mereka, dan mereka akan menggunakannya bila diperlukan.Luaran nampak terpecah, tapi zahirnya mereka sebenarnya bersatu.Jika dibandingkan dengan orang melayu, umpama langit dan bumi.Pergilah si melayu kepada melayu yang telah sedikit berjaya dan punya pengaruh untuk meminta pertolongan.Believe me, amatlah sukar untuk menemui melayu yang mahu membantu melayu sebagaimana orang cina membantu kaum mereka.Perangai PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang dimiliki dan tertanam dalam jiwa melayu merupakan satu penyakit yang telah lama menjadi duri dalam daging dikalangan melayu.Pantang berjaya sikit dan mendapat nama dimata mayarakat, mulalah mendabik dada.Sombong tak tentu pasal.Bukannya nak tolong bangsa dia, malahan memperlekeh dan memperkecilkan bangsa sendiri.Malahan ada yang sanggup sampai menjatuhkan dan mencantas bangsa sendiri semata-mata bimbangkan persaingan dan kepentingan periuk nasi tergugat.Ini sangat berbeza dengan orang cina.Orang cina lagi suka semakin ramai orang mereka yang naik dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, kerana itu akan menjadi satu mercu tanda dan penunjuk aras yang rata-rata bangsa mereka adalah orang yang pintar dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.Patut disokong dan dibantu seboleh yang mungkin...

Disinilah kelemahan melayu yang paling ketara sekali.Memang ada juga dikalangan melayu yang telah berjaya yang mahu membantu bangsanya sendiri, tapi boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang benar-benar serius.Selebihnya hanya umpama melepaskan batuk ditangga.Entah bilalah perangai PHD ni akan hilang dari jiwa orang melayu...


3. Sifat Khianat.
Orang cina amat pantang dengan orang yang mengkhianati mereka.Tidak kira dalam hal apa sekalipun, sekali mereka dikhianati, sampai matilah orang itu tidak akan diberikan muka atau dipercayai lagi.Apalagi dalam bidang perniagaan.Sekali tertipu tidak akan ada kedua kalinya.Ini berbeza dengan melayu.Sifat memaafkan sangat diterapkan dalam sanubari orang melayu, kerana ianya sangat dituntut oleh ajaran agama Islam, yang dianuti oleh orang-orang melayu.Memaafkan itu sangat dituntut, malahan ia adalah satu sifat yang amat mulia dalam ajaran mana-manapun agama.

Tapi bagi orang cina, untuk mempercayai semula orang yang pernah mengkhianati mereka adalah satu perkara yang sangat-sangat 'suwey' kepada mereka.Disinilah terlihatnya satu lagi kelemahan orang melayu dimata cina.Sifat memaafkan orang melayu dan suka memberi peluang kedua dianggap sebagai sesuatu kesilapan yang tidak patut dilakukan.Untuk apa memberikan peluang kepada orang yang pernah menipu dan mengkhianati kita?Orang putih bilang, "Everybody deserves a second chance".Believe me, ini tidak terpakai kepada orang cina.Bagi mereka, "once broken, consider sold" lebih terpakai.

Mungkin sudah tiba masa kita orang melayu/bumiputera menggunapakai teori sebegini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita, apalagi jika terlibat dalam bidang perniagaan dan ingin berjaya seperti mereka.Mencontohi dan belajar sifat-sifat baik yang membuatkan mereka berada berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, terutamanya perniagaan.Memang terdapat beberapa sifat-sifat mereka yang tidak patut untuk kita contohi, yakni sifat buruk yang tesembunyi disebalik kejayaan mereka menguasai ekonomi, namun itu tidak akan aku kupas untuk kali ini.Lain kali.Atau mungkin, sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah membaca artikel "The Li Bloodline" untuk pengkisahan yang lebih detail.Mana nak baca tu?Sila google.Artikel yang ditulis oleh Mistisfiles.


Kesimpulan
Inilah sedikit sebanyak maklumat yang dapat aku kongsikan.Sebenarnya ada lagi, tapi nanti jadi terlalu panjang la pulak.Ni pun dah cukup panjang.Macamana aku tau semua ini?Sebab aku berkawan dengan mereka.Aku punya ramai kawan orang cina, dan sepanjang pergaulan dan pengamatan aku terhadap mereka, inilah kesimpulan yang aku dapat tentang bagaimana dan mengapa mereka lebih maju daripada orang kita, yakni melayu/bumiputera.

Aku tulis artikel ini bukanlah untuk menyanjung mereka, jauh sekali untuk memperlekehkan orang melayu/bumiputera bangsaku sendiri, tapi untuk membuka mata dan menyedarkan orang kita terutama generasi muda tentang dimana sebenarnya letaknya kesilapan kita selama ini.Berhentilah dari menuding jari dan menyalahkan orang lain, dan bermuhasabahlah dengan diri sendiri tentang bagaimana untuk meletakkan bangsa kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan mereka.Buanglah sifat-sifat iri dan PHD yang terdapat dalam diri kita, kerana sifat-sifat inilah yang menyebabkan kita ketinggalan jauh dibelakang mereka.

Believe me, selagi sifat PHD masih meracuni jiwa orang-orang melayu/bumiputera, maka selagi itulah nama orang-orang melayu/bumiputera akan terus tercicir dari senarai 'manusia paling kaya di Malaysia'.Renung-renungkan.

Wassalam




Photo credit : encik google

Read more ...

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday #23 ~ MasterChef Terlampau


Keh keh keh...

ROTFL
(^__^)V

Source : Encik Google

Read more ...

Tuesday, May 14, 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013


Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan I
 Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
 Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana menteri
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim
P Waythamoorthy

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Ahmad Maslan 

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan I: Datuk Mary Yap 
Timbalan II: P Kamalanathan 

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Rahim Bakri 

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Luar Negeri
Datuk Anifah Aman 
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Kerja Raya
Datuk Fadhilah Yusof
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 

Menteri Kesihatan
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya

Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin 
Timbalan:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia
Datuk Richard Riot
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Hassan Malek
Timbalan: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Ewon Ebin 
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili 
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal 

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan 
Timbalan: Datuk Halimah Sadique 

Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan

Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun 


Mimpi yang tidak menjadi kenyataan kepada Sabahan & Sarawakian.Walaupun wujud pertambahan portfolio kepada Ahli Parlimen dari Borneo, namun Borneo masih kempunan untuk memegang jawatan paling kanan dalam pentadbiran Persekutuan Malaysia yakni Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Kewangan II seperti yang disebut-sebut sebelum ini.Apapun tahniah kepada yang dilantik, semoga akan dapat berkhidmat dengan lebih baik untuk Malaysia.

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!