Thursday, December 15, 2011

Blog Paling Kontroversi Di Malaysia 2011


Di antara banyak-banyak blog yang aku pernah jumpa di alam maya digital ni, inilah blog dan tulisan yang paling kontroversi dan merapu sekali yang pernah aku baca.Sorry to say la kalau perkataan yang aku guna ni menyakitkan hati si empunya blog, tapi apa yang ditulis dalam blog tu memang kebanyakannya berbaur kontroversi...dan merapu!

Blog yang aku maksudkan ni milik seorang selebriti tv (?) yang boleh dikatakan agak terkenal jugaklah.Tapi selebriti ni dikenali bukan kerana hasil kerja yang beliau lakukan, beliau lebih dikenali kerana kontroversi yang sering beliau cetuskan.Walaupun kebelakangan ini nama beliau agak tenggelam dari media arus perdana, namun beliau agak aktif dalam bidang penulisan blog.Nak tahu siapa yang aku maksudkan?Keep on reading...Sabar...hehe...

Baiklah, hint.Antara kontroversi yang pernah dicetuskan oleh selebriti ni salah satunya adalah mengenai skandalnya dengan seorang bekas permaisuri diraja (?).Kontroversi ini pernah mendapat liputan meluas media arus perdana satu ketika dulu.Selain itu, aku juga pernah melihat selebriti ini bertengkar mulut dengan salah seorang pakar motivasi terkenal negara iaitu Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam satu rancangan tv gara-gara tidak puas hati dengan kritikan yang diberikan oleh Dato' Haji Fadzilah.Dapat tangkap siapa yang aku maksudkan?

Kalau dah dapat tangkap, bagus.Ok, sekarang kenapa aku cakap tulisan dalam blognya kontroversi dan merapu?Kalau beliau menulis sekadar mengenai gosip dunia artis, si polan bercerai si polan skandal si polan bogel majalah ataupun tulisan berkaitan dengan permainan kotor politik aku tak heran lagi.Apa yang membuatkan aku tergerak untuk memberikan komentar mengenai blog beliau ni adalah tindakannya menulis ramalan-ramalan mimpi beliau sendiri berkaitan dengan selebriti terkenal dan juga golongan atasan yang memang tidak masuk akal dan boleh mencetuskan konflik akidah kepada orang Islam yang membaca ramalan tersebut!


Antara ramalan yang telah beliau buat berdasarkan MIMPINYA sendiri adalah seperti kemalangan dan kematian yang melibatkan selebriti terkenal,  kejatuhan pemimpin dan golongan atasan negara dan pelbagai lagilah perkara yang tidak masuk akal dan sukar untuk diterima oleh pemikiran normal.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah perkara yang telah diramalkan oleh beliau ini, korang boleh melihat dan menyelongkar blog tersebut di SINI ataupun baca terus ramalannya tentang kematian seorang selebriti terkenal Malaysia di SINI

Aku pun tidak pasti apa sebenarnya yang cuba untuk dibuktikan dan diperjuangkan oleh beliau ini.Kalau nak jadi terkenal dan popular pun bukan begini caranya.Aku ni bukannya orang yang arif tentang agama pun, tapi aku rasa apa yang beliau lakukan ni memang tidak betul dan boleh memesongkan akidah para pembaca dan pengikut blog tersebut yang rata-rata beragama Islam.Beliau sebagai seorang yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat sepatutnya menyajikan para penggemar beliau dengan sesuatu yang boleh memberi manfaat, bukannya memberikan sesuatu yang tidak masuk akal dan boleh menggoncang akidah saudara-saudara seagamanya.Nak jadi Nostradamus Melayu agaknya?Wallahualam...

Aku tidak mengatakan yang beliau ini sesat atau cuba menyebarkan sesuatu yang salah.Siapalah aku sebagai manusia biasa untuk menghukum manusia lain sebegitu.Aku cuma ingin mengajak para pembaca yang tidak mengetahui tentang kisah ini untuk berfikir dan memberi pendapat sendiri tentang apa yang aku perkatakan disini.Terpulanglah kepada penilaian dan interpretasi masing-masing untuk membuat kesimpulan sendiri..ok...

Demikian al-kisah, blog paling kontroversi pilihan aku untuk tahun 2011.Pendapat korang bagaimana, bersetuju dengan entry ini?Nyatakan pendapat korang di comment box ok...As-Salam...


P/S : Tak perlulah ramal-meramal nasib orang lain, itu semua kuasa ALLAH.Siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menentukan nasib dan hidup mati seseorang.Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya...





Photo Source : Google Images

13comments:

Qil_H0shisaid...

blog tuh mmg k0ntr0versi.,xmas0k dik akal

dari tadi pagisaid...

bukan kont**besi jak, bikin panas juga kan bos. hehe

Karbon Kopiesaid...

pernah bace sekali blog tu. pasal mimpi2 tu mmg rasa mengarut jek. tapi beliau tulis konfiden jek. sesuke hati nak ramal segala kan.

Mr. Hardysaid...

@Qil Hoshi itu la psala bro..aku pun heran macamna ada jg org yg pcya ngan benda2 mengarut mcm tu...hmm...

Mr. Hardysaid...

@dari tadi pagi mmg bikin panas bos...haha..susa jg mau ckp lebih2..pandai2 dia la kn..kita tingu sja la...

Mr. Hardysaid...

@Karbon Kopie hmm tu la..tak tau la dia nk cari publisiti ka ataupn sja nk buat kontroversi...pastu org2 yg dia ramalkn ni bukn calang2..cuba dia ramal nasib dia sendiri tah boleh ka x... (^__^)

CintaZulaikhasaid...

uishhh, napa ek, dy wat cenggitu.tak berani tau nak tulis perkara2 macam tuh..lebey2 lagi kat belog nih..

Kyuubisaid...

pernh baca blog tu. dia macam gila nk promote diri. haha

p/s: dah reply komen Mr Hardy

Fungsi Reply Komen Untuk Blogspot

Mr. Hardysaid...

@CintaZulaikha entah cik CZ, sy pn x brani nk komen n kritik lebih2..masing2 punya tafsiran la knapa ada org yg smpi wat macam tu..utk popular atau publisiti?x tau nk cakap apa.nk ckp x kuat pgangan agama, siapa kita nk menilai org mcm tu.tiada manusia yg sempurna..biarlah,itu antara dia dgn Yang Maha Esa la kn.yg baik kita ambik, yg x betul kita tolak n jadikn sempadan..Wallahualam...

Mr. Hardysaid...

@kyuubi tak tahu la bro mau ckp macam mana..org cina ckp gila punya olang... ;)

p/s: ok tq bro,nti akan cuba wat lg..

Amoi MiyaSyasaid...

hehe, tak tau nak komen ape . maybe ade certain boleh la nak percaya , ade certain tak masuk akal . yg penting , kita pandai menilai n akidah tak terpesong :)

eVasaid...

dr dulu dah tak suka org tu.. tgk cara dia mmg tak berkenan.. bila tgk dia berdebat dgn doc fadzilah kamsah.. makin menjadi.. so i dont respect him..

Mr. Hardysaid...

@eVa oh eVa pn ada nmpk jg dia gadoh ngan dr Fadzilah tu..nmpk mnjengkelkn sgt perangai dia kn?org yg berilmu mcm dr Fadzilah pn dia x pndang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!