Friday, February 15, 2013

Kisah Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah


Salam.

Ketika post ini ditulis, media sosial dan blog-blog sedang riuh memperkatakan mengenai isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah.Menurut info terkini yang diperolehi daripada beberapa sumber, keadaan ketika ini terkawal dan sedang dipantau dengan rapi oleh pasukan polis dan tentera.Dikhabarkan unit komando GGK juga telah berada di Lahad Datu dan mengikuti rapat situasi pencerobohan itu.


Sehingga saat ini, adalah tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah tujuan dan motif sebenar kumpulan bersenjata ini menceroboh kedaulatan negeri Sabah.Pelbagai spekulasi yang timbul ketika ini masih belum dapat disahkan kebenarannya.

Berikut adalah beberapa kisah dan 'cerita kadai kupi' yang timbul berikutan daripada situasi 'panas' di Sabah ketika ini.Data-data dan spekulasi yang aku paparkan disini datangnya dari pelbagai sumber yang aku kumpulkan sejak daripada peristiwa pencerobohan ini berlaku, disamping sedikit analisis aku sendiri tentang apa yang menyebabkan situasi ini terjadi.


Spekulasi 1
Sekitar 200 orang bersenjata sudah berada di Lahad Datu sejak 3 hari lalu & sekitar 100 orang di Bakungan kecil (Filipina/sempadan Bakungan kecil Sandakan atau 15 minit naik bot dari Nunuyan Laut). Mereka merupakan waris kepada kesultanan sulu bernekad ingin menuntut pampasan dari malaysia yg kononnya mungkir janji. Mereka ingin menyerang sabah melalui Lahad Datu dan Sandakan jika tuntutan tidak dipenuhi Malaysia


Spekulasi 2
(Info ini bertebaran di blog-blog dan social media)
Maklumat dari Ops room KK:
1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan OP DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.


Spekulasi 3
Memancing?
(Ni cerita paling b***h yang aku dengar/baca)



Print screen diatas di ambil dari sebuah group di FB yang membicarakan tentang isu pencerobohan tersebut.Berdasarkan daripada cara tulisan melayu yang berbunyi 'filipina' (orang Sabah pasti boleh menangkap cara penulisan dan percakapan orang Filipina) dan profile FB si pengomen ini, beliau adalah seorang yang berbangsa 'Tausug/Suluk' dan berasal dari selatan Filipina (Sulu/Mindanao).

Memancing?Dengan bersenjata M-16 dan pakaian celoreng?Waina to', kalau itu budaya di Sulu, jangan bawa masuk ke negara orang.Budaya kamu, budaya kamu di negara kamu.Jangan bawa masuk ke Sabah..Orang bilang, kalau mau masuk tempat orang tu bawa otak...bukan senapang!Nampak macam kurang ajar pula tu to'...


Spekulasi 4
Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.Bagaimanapun, seorang pegawai kanan tentera Filipina berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.

"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah." - Malaysiakini


Bah...mana satu suda yang betul ni?Macam-macam versi suda timbul..Tuntutan tanah la pulak.Kalau betul, siapa la haprak yang kasi janji tanah sama dorang ni?Atas sebab apa dorang dibagi tanah?Sebab jayakan 'projek' lagi?I.C 2.0???


Spekulasi 5
Originally Posted by Akulascalper
Baru je terima SMS dari kawan di Sabah.

Sumber:
Dari Media Polis Negeri Sabah:
Harap Maklum.....Jika polis tidak dapat berbincang dengan baik pada kumpulan bersenjata dari Negara Philipin sekarang ini, kemungkinan petang ini akan berlakunya peperangan di Felda Lahad Datu, Sabah.

Polis-polis telah mengawal ketat semua tempat di Felda.Kepada penduduk-penduduk Felda sila bersiap sedia dan berhati-hati, dengar arahan dari pihak berkuasa.TERIMA KASIH.

Ps: Isi kandungan SMS yg saya terima.


Situasi tegang!!Harap-harap tidak berlaku pertumpahan darah...


Spekulasi 6
Sandiwara Politik???
(Lu Pikir Sendiri)

Menurut satu sumber yang pernah aku baca, Bangsamoro ni sebenarnya mendapat latihan dan bantuan persenjataan daripada Malaysia(?).Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.Namun jika info yang aku baca ini benar, adalah tidak mustahil sekiranya ada pihak-pihak yang 'berkepentingan' yang cuba untuk menggunakan dan memanipulasi keadaan yang kononnya 'sengaja dicetuskan' ini untuk digunakan pada situasi-situasi 'tertentu'.Al-maklumlah, PRU sudah semakin hampir tiba ke pintu gerbang...

Maksudnya?lihat print screen di bawah dan nilaikan sendiri...



Aku tidak mengiyakan pendapat ini.Diambil dari sebuah laman web alternatif.Terdapat puluhan lagi komen seperti ini disana.Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca sendiri di website tersebut.Link pada rujukan.

Aku berkecuali dari pendapat/spekulasi ini.Sebab tu aku ambik print screen sebagai bukti.Lu pikir & nilai sendiri okey...



TERKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.


Tidak mahu dihantar pulang ke negara asal?Something fishy here.Kenapa tidak mahu dihantar pulang?Ni mesti kes mo minta kewarganegaraan.Ingat dorang mo tuntut wang pampasan bertrillion lagi, rupanya mo tuntut dari kerajaan Malaysia agar orang Sulu di Sabah diberikan status kewarganegaraan.Dorang tahu yang sekarang ni RCI (Royal Commission Inquiry) sedang berlangsung dan sedar yang orang-orang dorang akan dihantar pulang selepas prosiding RCI berakhir (kalau la).

Sekarang, siapa mau jawab ni?Siapa punya angkara yang bawa dorang masuk dulu?Sekarang memandai-mandai suda mo minta itu ini...Semuanya gara-gara politik.S**t betul la kamu...

Apapun rundingan masih berjalan, dan hal ini masih boleh dianggap sebagai spekulasi.Harap perunding yang dihantar kerajaan dapat menjalankan tugas dengan baik.Dan semoga hasilnya kelak tidak akan disembunyikan dari pengetahuan umum...


.................................................


KESULTANAN SULU DARUL ISLAM


(Sedikit info)
Kesultanan Sulu, sehingga waktu ini dikatakan masih wujud dan masih memiliki 'Sultan'.Menurut satu sumber, baru-baru ini telah berlangsung istiadat 'pertabalan' Sultan Sulu yang ke-37.(?) Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober 2012 baru-baru ini dikatakan telah berjalan dengan lancar.Majlis itu dikhabarkan telah  diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya (Menteri) dalam Rumah Bichara.(Kabinet la kiranya ni)


Dikhabarkan juga, antara tetamu yang hadir semasa majlis pertabalan itu datangnya dari Filipina, Arab Saudi, Indonesia, dan Malaysia sendiri!Menurut sumber ini lagi, Malaysia diwakili oleh oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'.(?)Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat link pada rujukan... 

Berdasarkan sumber ini, terdetik satu persoalan dikepala hotak aku, adakah kerajaan Malaysia ketika ini telah mengiktiraf  kewujudan kesultanan Sulu???Siapa mau jawab tu...


Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah
Sekira anda merasakan bahawa kesultanan Sulu saja yang mengatakan Sabah terletak dibawah wilayahnya, ternyata anda salah!Kerajaan Filipina juga sebenarnya masih menyimpan hajat dan niat terhadap kedaulatan bumi Sabah ini.


Print screen daripada sebuah forum FB diatas adalah salah satu bukti yang orang Filipina sebenarnya masih 'sangat berhajat' terhadap kedaulatan tanah Sabah ini.Kerajaan Filipina dan Wilayah Autonomi Islam  Mindanao/Sulu pada pendapat aku tidak pernah sebulu/sependapat dalam isu tuntutan terhadap Sabah.Masing-masing mereka ini ingin menuntut Sabah, tapi rasanya mereka tidak pernah duduk semeja dan membuat perancangan bersama.Perbezaan fahaman AGAMA merupakan faktor yang menidakkan hubungan dan kerjasama daripada terjalin di antara kedua pihak ini, dan disebabkan faktor agama jugalah masyarakat Islam Mindanao terus-terusan ditindas oleh kerajaan Filipina...

Pernah dengar tentang 'Operasi Merdeka'?Operasi yang dilancarkan oleh Presiden Marcos untuk merampas Sabah dari Malaysia suatu ketika dulu namun berjaya digagalkan oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia).Bagaimana pula dengan 'Operasi Sabah Selamanya'?Black ops ini kononnya dilancarkan oleh kerajaan Malaysia ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir untuk merampas dokumen-dokumen yang melibatkan perjanjian pemilikan Sabah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang mana dokumen ini dikatakan sangat penting kepada kerajaan Filipina dalam menguatkan tuntutannya terhadap Sabah.

Operasi Merdeka?Pernah dengar dan memang wujud.Tapi Operasi Sabah Selamanya?Pelik bunyinya, dan bagi sesetengah orang mungkin ini kali pertama mendengar nama operasi tersebut...

Untuk pencerahan lanjut mengenai Operasi Merdeka & Operasi Sabah Selamanya ini, anda boleh membacanya di link yang terdapat pada rujukan.Sejauh mana kebenarannya, anda nilaikan sendiri...


Kesimpulan
Aku secara peribadi bersimpati dengan nasib yang menimpa umat Islam Mindanao dan Bangsamoro yang tertindas oleh pemerintah Filipina sejak sekian lama.Namun itu tidak bermakna aku bersetuju dengan tindakan mereka yang sesuka hati menceroboh kedaulatan dan terus-terusan menganggap Sabah ini sebagai sebahagian dari wilayah mereka.

Sebagai anak jati Sabah, aku paling pantang bila ada orang luar, tidak kira siapa dan dari mana asal mereka yang datang ke sini dan mula membuat tuntutan itu ini terhadap tanah berdaulat Di Bawah Bayu ini.Siapa kamu untuk menuntut itu ini di bumi kami?Bumi ini milik kami anak jati Sabah dan kamu orang luar tidak ada hak untuk meminta itu ini disini.Kami sanggup mati untuk mempertahankan tanah tumpah darah ini..Jadilah orang yang bertamadun, dan janganlah jadi seperti Zionis Israel yang hanya tahu membunuh sahaja untuk mendapatkan sesuatu.Dan kepada pengkhianat bangsa, yang tidak tahu berterima kasih dengan apa yang dia sendiri sedang kecapi, semoga Allah menurunkan balasan yang setimpal terhadap pengkhianatan kamu terhadap bumi Sabah ini.

Aku amat berharap supaya kerajaan bertegas dalam hal ini agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.Sampai bila kami di Sabah ini akan terus-terusan diceroboh dan dituntut kedaulatannya?Suatu tindakan yang tegas dan berimpak besar harus dilakukan agar dapat mematikan terus tuntutan ini, once and for all.Dan semoga spekulasi-spekulasi yang aku kemukakan di atas itu tidak benar.(Walaupun agak susah untuk menidakkan sebahagian daripadanya)

Wassalam.




11comments:

Unknownsaid...

bro, M 16 tuh...apa yg mereka mahu kan ye bro? sabah kan dah jadi sebahagian malaysia..apa lg yg ada kena mengena dengan sulu ye? sy harap tak ada apa2 akan berlaku di negeri sabah...sy harap negara kita tetap akan aman dan tak ada ancaman...kalau betul memang pihak kita kena ambil tindakan berjaga2..

Unknownsaid...

hmm..bro pn sebenarnya masih kabur lg dgn motif sebenar pencerobohan dorg ni...tp apa yg pasti, jwpnnya ada pd salah satu spekulasi yg bro ckp tu...

klu bg bro, ada lg baik sekiranya kesultanan sulu ni memohon utk menyertai Malaysia drpd terus2 mbuat tuntutan bgni..ingat org sabah rela ke nk jadi sbhgn drpd sulu territory???

mudah2an semuanya dpt diselesaikn dgn aman....

SysOpsaid...

Bhai Tekok...

Nih ader maklumat yang gua listkan dalam blog gua...

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden di Lahad Datu

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Unknownsaid...

teori konspirasi ni bhai...

boleh tahan gak la teori/info/spekulasi lu ni wlupn susah gua nk cerna...apapn nice 1

Anonymoussaid...

situasi yang memang amat merisaukan.... wak tinggal dekat sini pun sememangnya terima hakikat....kawasan yang sering menjadi tumpuan juga.....

Unknownsaid...

ada terbaca jg berita ni..tekejut juga dengar..
harap2 tiada perkara yang buruk berlaku..

Unknownsaid...

@Irwan Syah@Wak semoga keadaan akan pulih spt sediakala.diharap kamu disna berhati2 & sntiasa alert dgn prkmbgn terkini dr pihak berkuasa

@MaMa Rey harap2 bgtulah.smoga enforcement team kita buli menangani situasi ini dgn baik

Unknownsaid...
This comment has been removed by the author.
Unknownsaid...

@King SuperLove wlupn anda meremove komen anda sndiri namun sy masih boleh mmbacanya d dlm email sy dan sy tidak melihat apa2 yg salah pd komen anda itu.tidak perlu takut utk menyuarakn pndpt, krn bg sy selagi pdpt itu disuarakn dgn cara yg bertamadun dn tidak bersifat provokasi melampau, anda sgt dialu2kn utk mnyatakn buah fikiran anda didlm blog ini.terima kasih :)

Unknownsaid...

klu nk sngt jd sultan masuk pulau sulu join malaysia la bro ....kira setel

Unknownsaid...

lu ckp apa ni bro?"masuk pulau sulu join malaysia"???bagi jelas sikit komen tu,ayat berterabur susah nk faham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!