Friday, February 22, 2013

Situasi Terkini Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu Bhgn 2

Salam.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan bot laju combat boat 90 disekitar perairan Tanjung Labian, Lahad Datu bagi memantau situasi dengan lebih dekat.

Unit Komando PDRM (VAT69) yang ditempatkan disekitar kawasan standoff

Memantau rapi sekitar kawasan pencerobohan
(Untuk foto lanjut, sila lawati link pada rujukan)

Foto-foto diatas diambil oleh seorang jurufoto professional yang mempunyai access untuk mengambil foto di sekitar kawasan pecerobohan.Difahamkan sehingga saat ini, penceroboh bersenjata di kawasan itu masih enggan untuk berundur dan rundingan masih lagi berlangsung.(?)

Jika menurut beberapa laporan media luar negara terutamanya media Indonesia, keadaan ketika ini dilihat 'semakin tegang'.Tapi rasanya tidak perlulah kita berasa terlalu percaya dengan berita yang disiarkan oleh media Indonesia, al-maklum sajalah perangai media negara seberang itu yang sangat suka membuat provokasi melampau apalagi jika sesuatu hal itu berkaitan dengan Malaysia.Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spekulasi yang dibuat oleh media Indonesia, sila google (hehehe...aku malas mau bagi link...melambak tu pandai-pandailah kamurang pilih sendiri mana satu yang kamu mau baca)

Untuk memanaskan lagi keadaan, (jengjejeng) menurut satu sumber dalaman Malaysia pula, dikhabarkan kenderaan canggih 'electronic warfare' kategori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman telahpun dihantar ke kawasan standoff tersebut bagi menghalang komunikasi keluar masuk di kawasan situasi tersebut.Dari mana maklumat ini aku dapat?Silla lihat pada rujukan...

Contoh kenderaan COMMJAM yang dikata tersebut.

Terlalu banyak kisah dan spekulasi yang timbul daripada kejadian yang berlaku ini.Macam-macam ada.Dari kisah Sultan 'jadi-jadian', wang pampasan tahunan sehinggalah pembabitan 'covert operation' CIA.Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu.Naik poneng dah asyik membaca isu heavy ja 2 minggu kebelakangan ni....

Teori Baru
Kejadian yang telah berlarutan hampir 2 minggu ini telah menimbulkan beberapa teori dan kemusykilan baru kepada aku.Antaranya :

1. Kemungkinan penglibatan ahli politik Malaysia (dari sudut pandangan yang berbeza daripada apa yang bermain dalam kepala hotak aku sebelum ni) dalam merancang situasi ini.Aku tak mahu cakap banyak berkenaan politik ni, kisahnya boleh dibaca di SINI.

2. Siapakah waris kesultanan Sulu yang sebenar?Terlalu ramai manusia yang mengakui dirinya sebagai waris kepada kesulatanan itu, dan masing-masing menganggap diri sendiri sebagai pemegang daulat sebenar kerajaan itu.Menurut satu sumber, dikatakan di Filipina saja jumlah mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini adalah tidak kurang daripada 300 orang (punya ramai!!!).Di Sabah pula, dikhabar sekurang-kurangnya sebanyak 3 individu telah mengangkat diri sebagai Sultan Sulu, termasuk 'Sultan Akjan' yang telah mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu di Likas, Kota Kinabalu sekitar tahun 2011 dulu.Dengar cerita, asal ada keturunan 'Datu' di depan nama, boleh sudah klaim untuk jadi Sultan.Kalaulah begitu, ramai betul la pula yang buli klaim jadi Sultan Sulu ni.Hmmm....

3. Keterlibatan kerajaan Filipina (belakang tabir) disebalik konflik ini.

Sesuatu untuk difikirkan..
Kesultanan Sulu itu sendiri masih lagi terjajah oleh Filipina, yang selama ini diperangi oleh mereka (Tausug) sejak berdekad lamanya.Jadi, secara logik, sekiranya tuntutan mereka terhadap Sabah ini berhasil (*palis-palis), bukankah Sabah secara automatiknya akan menjadi sebuah wilayah baru kepada Filipina, dan bukannya Sulu?Sulu itu sendiri masih belum merdeka daripada Filipina, jadi tindakan mereka hanya akan menguntungkan Filipina sebenarnya.

Disinilah aku melihat bagaimana role yang dimainkan oleh Filipina dengan menggunakan 'Sultan Sulu' (dari keturunan yang mengakui dirinya sebagai waris Kiram) untuk membangkitkan semula tuntutan tidak berasas terhadap Sabah.Sekiranya tuntutan tersebut berhasil, yang pastinya akan bertepuk sorak adalah kerajaan Filipina dan bukannya Kesultanan Sulu kerana mereka sebenarnya hanya dipergunakan oleh untuk mencapai matlamat yang telah lama diidamkan oleh Filipina, iaitu kedaulatan Sabah!

Bagaimana dengan teori ini, masuk akal bukan?Fikir.

"Sulu has no claim over Sabah" ~ Ahli Sejarah

..................................................

Kesimpulan
Akhir kalam, sebagai Sabahan tulen, aku berharap situasi tidak menyenangkan ini akan dapat ditangani dengan secepat mungkin oleh pihak berkuasa.Isu yang sudah berlarutan hampir 2 minggu ini sebenarnya pada pendapat aku sedang diperhatikan dengan rapat bukan sahaja oleh orang-orang Sabah, malahan seteru  negara seperti adik bongsu Israel di selatan Malaya juga rasanya sedang mengikuti dengan penuh minat situasi ini.

Aku faham kemungkinan pihak berkuasa cuba untuk mengambil pendekatan 'umpama menarik rambut dari tepung', namun ramai yang berpendapat (terutamanya Sabahan) tindakan kerajaan yang terlalu berlembut ini akan menyebabkan pihak yang menceroboh itu naik kepala.Dan semakin ramai yang menganggap kejadian ini sebagai 'wayang' menjelang PRU13...

Apapun, semoga hal ini akan segera dapat diselesaikan dan keadaan akan dapat dipulihkan seperti sediakala.Sebenarnya ada banyak lagi benda aku nak tulis, tapi memandangkan mata aku dah mengantuk tahap gaban kena buasir, lain kalilah aku sambung...

Wasallam. 





*Palis-palis = bahasa tempatan Sabahan yang membawa maksud 'minta dijauhkan'



17comments:

Md Kamarul Zsaid...

Salam smua kpd rakyat Malaysia terutama di Sabah.Yg sdg mghadapi konflik ini.Sye sbnrnye xlah trlalu minat utk mbincangkan hal ini,krn yakin dngn keupayaan Kerajaan Malaysia dan ATM serta pihak Polis utk menangani isu ini sebaik mungkin.
Tpi akhirnye sye trpanggil jgk atas dasar tanggungjawap sbg warganegara yg brasal dri Sabah.
Sye trtnya-tny nape Sultan Sulu briye-iye sgt utk menuntut Sabah.Sdgkan selama ini ssh sng,hdp mati, rakyat Sabah...tetap sndrian.
Nape stlh puluhan tahun baru lah nk tuntut?nape x dri dulu?Ini trmasuklah buat tuntutan di PBB.
Apakah rakyat Sabah yg dah sebati dng Malaysia mahu menerima Sultan Sulu..?Lg 1,apakah die Sultan yg tulin?sbb trlalu ramai yg ngaku sbg Sultan Sulu.Tpi pabila disiasat dng cara mengikut salasiah Kesultanan Sulu,tiada 1 pun yg bnr(maaf sye tiada bukti).Tpi mesti ada pihak yg blh membuktikannye.Lg pun xkan lah sbg sesebuah Instuti kesultanan tiada pihak yg menguruskannye.
1 lg pertanyaan sye ,apakah rakyat sabah mahu mrk diperintah oleh Sultan Sulu atau philippine.?Sbb wilayah yg dikata "SULU"itu terletak dlm wilayah philippine.Jd secara automatic nye Sabah ini akn jd Philippine jika Sultan Sulu mengambil alih.
Tindakan memasuki Wilayah Malaysia(Sabah)dng membawa senjata bkn lah 1 tindakan yg bretika dan tdk mcerminkan tindakan seseorang Sultan.Dan tindakan sedemikian sbnrnye mencerminkan sikap si pelaku.
Sye memahami keputusan Kerajaan Malaysia yg mau isu pencerobohan ini diselesaikan dng baik tanpa sebarang kekerasan.Sye menghormati keputusan ini sbg rakyat Malaysia.Sye pun xnk sebarang keadaan menjadi teggang.Melainkan keadaan memaksa.
Sape kita utk mendesak supaya pihak berkuasa lbh keras?mungkin yg dimaksudkan adalah halau je.Klu xnk tembak(cam tu ke?)jika kita bnr2 brani,nape masa WW11 smua org kecut perut.Bahkan seluruh Asia.Jd di sini selesaikan secara baik selagi blh.Hari esok masih ada utk generasi yg mendatang.Tembak atau perang dah terbukti bkn pilihan sbg penyelesaian.
Tpi bg sye jika Kerajaan Malaysia mahu melakukannye,itu mmg patut.Lbh2 lg perundingan tlh diadakan dan mrk enggan keluar.wassalam.

Unknownsaid...

suke ayat kat video tu 'sulu has no claim"...kelmarin ada kluar berita bro..tp tak sempat nak dengar...tp mgikut kata org dalam memang adik bongsu israel tu seolah2 tengah menanti peluang untuk menangguk di air yg keruh dalam situasi ni..err,,tp bro sy pon tak tau sahih ke tak..

Unknownsaid...

adik bongsu israel? siapa? singa pura-pura ker? :P komando malaysia dlm gambar tu nmpak sgt bergaya!! ak tertarik dgn komen si kamarul tu. ni mesti ada propa tersemsembunyi, ttiba nak tuntut. smoga kemelut ni selesai cepat..

Mia Kassimsaid...

Bah byklah 'datu' yg mengaku sultan lepas ni....lain cerita bergaya juga komando tu mcm dia tahu2 jak kena gambar...

Unknownsaid...

@Md Kamarul Z waalaikum salam bro,
you get my point..

ada bbrpa prkara lg utk difikirkn..
1.sekiranya pungutan suara dilakukan, rasanya 100% rakyat Sabah (melainkan penyokong n pengikut kesultanan sulu ini) akan berkeras utk kekal dalam dalam gagasan Malaysia.benar kata saudara, tindakan mencerminkan sikap.tidak mungkin rakyat sabah mahu bersultankan individu yg bersikap spt org tidak bertamadun ini, yg cuma tau menggunakan cara kekerasan dalam menuntut sesuatu...

2.sikap diplomasi Malaysia terhadap pencerooboh ketika ini adalah mungkin disebabkan oleh dasar persaudaraan sesama Islam.mana mngkin kita memerangi saudara Islam kita bgitu saja?lagipun, Malaysia adalah negara yg byk mmbantu dlm usaha mndamaikan situasi bergolak di wilayah mereka selama ini.sekiranya ini bukan 'wayang politik', maka tindakan kekerasan hanya dilihat sbg jln terakhir utk menyelesaikn konflik..

3.pihak berkuasa kita jg mungkin mengambil pendekatan bgni atas dasar pendekatan jangka pnjg, tidak mahu prkra buruk berlaku terhadap rkyt Sabah, memandang sememangnya ramai 'org2' mereka ini sdh sedia berada di Sabah utk sekian lama..

4.skdr pendapat,jika kjn enggan bertindak dgn cara kekerasan yg bakal menumpahkan darah,apa kata kjn tangkap saja mereka ini n hantar pulg melalui proses imigresen sedia ada?jumlah 100 org itu bknlah angka yg besar utk ditangani..bukankah begitu?

sy sebenarnya heran betul ba dgn cara kjn menangani isu ni...mcm ada sesuatu...sbb tu sy tidak menolak teori yg mengatakan ini semua ada unsur2 'wayang'...jika wayang, siapa tok dalangnya?wallahualam, masa saja yg dpt mnjawabnya...

apapn diharap kjn akan dpt menangani dan menyelesaikan situasi ini secepat mungkin.kesian dgn org Lahad Datu yg rasanya ketika ini tidak senang tidur disebabkan oleh situasi ini...

Unknownsaid...

@cik kaki ketawe adik bongsu Israel tu mmg camtu..depan ja nmpk baik, tapi blkg mcm sial..tp mmg prangai dajjal dah mcm tu kn,nk buat camno.selama ni pn mmg dorg ni suka buat mcm2 provokasi dgn Malaysia...bro tak heran klu lepas ni makin rancak lg provokasi dorg, dan skrg ni rasanya dorg ni tgh mentertawakn pihak berkuasa kita krna pndekatan berlembut dgn penceroboh Lahad Datu ni....

Unknownsaid...

@kopi pasta siapa lagi bro,mmg dialah tu.singa yg pandai berpura-pura..:P

mmg ada sesuatu yg tersembunyi disebalik semua ni, cuma buat masa skrg ni belum dpt dipastikan mana satu fakta yg betul...byk sgt teori konspirasi yg timbul nih..apapn smoga semuanya cepat selesai

Unknownsaid...

@Mia Kassim tu la pasal..ramai betul urg ada nama 'datu' dipermulaan nama durg di Sabah ni..tah mcmnala durg ni menguruskan isntitusi kesultanan durg ni sebenarnya...

hehe tukang gmbar tu baitu yg campin ambil.fotographer pro kn, tu lah cantik gmbr tu... :)

Veesaid...

Apa ini apa ini?? Whats going on in Sabah bahh?? :O

Unknownsaid...

nothing bah..hehe..just read my old post ok :)

NARDtheNERDsaid...

sekarang dah ok ke?
saya sayang sabah. :))

Unknownsaid...

@NARDtheNERD setakat ni keadaan masih terkawal.dgr2 penceroboh tu mnta tarikh akhir rundingan di extend smpi selasa..tah apa benda lg dorg nk runding pn x tau la.pihak keselamatan khabarnya dah sekat access makanan pd dorg..perang psikologi...

Carlos Santiagosaid...

agak2 rundingan tu bleh ker...or lepas PRU ni..akan jadi isu lagi besar.

Unknownsaid...

@Carlos Santiago susah nk ckp bro...mcm2 teori konspirasi dah kuar skrg pasal hal ni.tgu n lihat, tu ja la yg kita ble buat skrg...tp klu la semua ni btl2 wayang politik spt yg rmai ckp, gua mmg teringin sesangat la nk sepak haramjadah yg mulakn smua ni..

Unknownsaid...

knp pnduduk lahat datu tak sumpit je penceroboh.lg snang la dlm diam blh serang.

Unknownsaid...

ape kata kita santau je penceroboh 2.lagi senang.

Unknownsaid...

@safari pari bro,agak2 la klu nk bg idea tu. kalaulah semudah tu,boleh main santau n sumpit ja utk selesaikn mslh, x perlu anggota polis n army kita turun utk berjuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!