Tuesday, February 19, 2013

Scenario Yang Bakal Berlaku Jika Sabah Diserahkan Kepada Sulu


Salam.

Ok,mari kita main satu political game.Pemikiran macam ni selalu digunakan oleh jenerel-jeneral besar dunia macam Salahuddin Al-Ayyubi sehinggalah oleh Albert Pike.


Senario pertama: Sabah diserahkan kepada Sulu (Jamalul Kiram III)

Katakan secara tiba-tiba Malaysia bermurah hati menyerahkan Sabah kepada Jamalul Kiram III (padahal timur Sabah je yang Sultan Brunei bagi pada Sultan Sulu dulu) Ini kerana tak semena-mena seorang pengikut dia dikatakan ditembak oleh tentera Malaysia (atau ditembak sendiri jeneral Sulu untuk trigger situasi).Lepas tu apa lagi,Malaysia kena pressure antarabangsa .Jadi akibat tekanan pelbagai pihak akhirnya Malaysia melepaskan Sabah kepada Jamalul Kiram III walaupun mendapat tentangan dari The Sabahans

Jamalul Kiram III dan para pengikut bergembira dengan keputusan Malaysia.Sabah sudah mewah di bawah Malaysia jadi tak payah susah-susah.

Next apa jadi?

Filipina akan muncul.Dia akan bukak topeng dia.Nape lak?Sebab Filipina akan tuntut Sabah dari Jamalul Kiram III sebab kata Filipina kununnya pada 12 September 1962, Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I dah sign satu perjanjian bagi haknya ke atas Sabah pada Filipina.Sebab itu Macapagal dulu nak claim Sabah.Tapi sebab Malaysia ni ada prestij dalam hubungan diplomatik dan banyak geng antarabangsa yang simpati kat dia tambahan pula The Sabahans memilih merdeka bersama Malaysia jadi Filipina diamkan je dan sambung balik hubungan baik dengan Malaysia.

Jamalul Kiram III menentang (of course!).Filipina pulak kata Sulu masih bawah kuasa Filipina dan apa jua wilayah yang didapat Sulu automatik bawah Filipina (ini benar sebab masyarakat antarabangsa iktiraf Sulu bawah kedaulatan Filipina).

Next apa jadi?

War.

Jamalul Kiram III akan hire seluruh pasukan Tausug separa tentera dia macam Abu Sayyaf kumpul senjata dan pertahankan Sabah.Agak-agak Filipina nak rilek je?Filipina akan turunkan komando-komando dia malah dibantu oleh Amerika.Nape Amerika?Sebab ini busy-body.Suka sibuk hal orang lain.

Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan macam-macam.Lagi pulak dah develope under Malaysia.Just sambung je.

Sabah akan jadi warzone.Yang menderita ialah...

The Sabahans.


Senario Kedua: Jamalul Kiram III berebut dengan Sultan-sultan Jadian.

Ini terjadi sebelum Filipina masuk campur.Lepas Sabah dapat kat Jamalul Kiram III,secara drastik akan muncul berpuluh-puluh makhluk dari serata Sulu malah dari Kuala Lumpur dan Manila yang akan mengaku haknya ke atas Sabah.Mereka akan mengaku datang dari pelbagai salasilah Kesultanan Sulu.Takde kaitan dengan Sultan Sulu,usaha ada kaitan dengan Sultan Brunei.Takde kaitan dengan raja-raja,usaha ada kaitan dengan kerabat raja ataupun bangsawan macam Datu-datu.Ini termasuk seorang Cina dari Hong Kong yang juga tak segan silu mengaku King of Borneo.

Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan dah develope under Malaysia dulu.

Tiba-tiba salah seorang sultan yang menuntut tadi yang bernama Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan organisasinya telah mendapat kepercayaan rakyat Sulu untuk take over Sabah.Sudah tentu Jamalul Kiram III teramat marah sebab dia yang susah payah ambil Sabah dari Malaysia.Eh,senang2 je ko ambik Sabah dari aku,kata Jamalul Kiram III dengan nada penuh ketidakpuashatian.

Jamalul Kiram cuba memenangi hati rakyat Sulu tapi rakyat Sulu tolak dia sebab dia ni selalu dok Manila,bandar mewah sedangkan rakyat Sulu melonta-lonta kat tanahair sendiri.

Next apa jadi?

Mereka cuba berbincang.Tapi macam biasa ada tuntutan yang tak dipersetujui.Darah Tausug ni memang panas.Mereka antara pejuang terbaik dalam dunia.Kalah gerila Somalia atau Vietcong kalau compare dengan Tausug fighters.

Next....

War.

SSDI kumpulkan para panglima dan syariff mereka.Jamalul Kiram III hire seluruh para pengikut setia dia kumpul tentera dan 'senjata berat'.Kemungkinan Abu Sayyaf turut serta sebab dijanjikan wang dan awek Sabah.

Lokasi perang:Sabah
Masa:siang malam.Tausug fighters tak penah kenal erti penat dalam berjuang.

Yang menderita ialah...

The Sabahans


Senario Ketiga: Gerakan Kemerdekaan Sabah (GKS) 

Ketika rundingan Jamalul Kiram III dengan Malaysia berjalan,ada banyak pihak intai peluang sebenarnya.Filipina sudah pasti.Dia dah sediakan tangguk awal2.Tapi ada satu entiti yang nak menangguk di air keruh gak.

Makhluk ni nama dia GKS (Ini istilah saya).Mereka ni nak wujudkan satu republik nama 'North Borneo' kununnya.

Mereka ni didanai oleh organisasi antarangsa dan gerakan Kristinisasi.Filipina mungkin salah satu 'godfather' mereka selain kartel-kartel missionari Kristian dari Indonesia yang jadi mentor diorang.

Mereka ni dah lama buat kempen 'kesedaran' kepada The Sabahans supaya blah je dari Malaysia.Mereka kata The Sabahans kena tipu dengan Malaysia dan sebagainya.The Sabahans dijanjikan negara sendiri dan boleh tadbir hasilbumi sendiri.Mereka kata Malaysia selama ini sedut kekayaan Sabah.The Sabahans angguk2 je dengar kata GKS.Tetiba je The Sabahans melihat Malaysia ni jahat macam Pol Pot.

Bila Malaysia setuju lepas Sabah,para pemimpin GKS bersorak depan TV.Mereka pun aturkan beberapa langkah.Semua siap dirancang.

Seperti yang dirancang,pergolakan berlaku antara Jamalul Kiram III,Sultan-sultan Jadian dan Filipina.Sabah jadi the warzone.Abu Sayyaf pula makin seronok buat drama penculikan.Malaysia mula menempatkan komando mereka di sempadan.Ada The Sabahans jadi pelarian dan minta perlindungan dari Malaysia.

GKS hantar memorandum pada PBB minta campur tangan.GKS kata mereka mewakili The Sabahans.PBB dengan senang hati campur tangan.Model yang dicontohi oleh GKS adalah Timor Leste.

PBB hantar tentera pengaman.Bila semua pihak senyap,PBB buat pungutan suara.The Sabahans yang dah termakan propaganda GKS memilih merdeka bersama GKS.

Jamalul Kiram III melopong.Sultan jadian melopong.Filipina ternganga.

GKS tadbir Sabah.Tapi rupanya tadbir negara baru ni susah.Lee Kuan Yew senang bangunkan Singapura sebab kecik ciput je tapi Sabah ni berpuluh kali ganda Singapura atau Timor Leste.Tapi Sabah bernasib-baik sikit dari Timor Leste sebab dulu Malaysia memang bangunkan Sabah betul-betul tak macam Indonesia yang terlampau bangunkan Jawa hasil minyak Aceh dan lain-lain propinsi.

GKS mula minta dana dari Vatikan dan dunia Kristian.Amerika pun datang.Ingat Amerika ni 'pious'?Pengikut Jesus sejati?Nope.Tuhan mereka adalah dollar.Segala bagai penyangak ekonomi datang.Sabah terlalu luas dan banyak sukukaum.Tiap kaum nakkan hak samarata.Kadazandusun nakkan hak keistimewaan,Murut nak juga...Bajau pun takpuashati,dia nak juga.Tausug pun lagi takpuashati.Patut Sabah dapat kat orang Sulu pasal apa GKS ni dapat?

Lepas beberapa tahun Sabah makin mundur sebab masalah dalam negara terumbang-ambing dan tak settle lagi.Masing-masing tamak hasilmahsul Sabah.Kadazandusun nak minyak,Bajau lagilah nak sebab mereka 'raja laut'.Murut kata diaorang nak hasilbalak.Melayu Sabah dan Brunei Sabah serta muslim lain (termasuk kaum-kaum Sulu) didiskriminasi.Azan tak boleh dikuatkan.Lastly corong azan kena hala dalam masjid.Sedih.

Yang lost dalam game ini tetap...

The Sabahans

Game over.


*Aku amat berharap yang scenario kajian ini tidak akan berlaku di Sabah.Semoga Sabah akan terus kekal bersama Malaysia sehingga hari kiamat.



Source : Srikandi & Google Image


9comments:

Mia Kassimsaid...

alamak...janganlah pulak jadi macam yang ko bayangkan tu...nda tenang hidup oooo

El Hardysaid...

harap2 la nda..ni worse case scenario jak ni.wlupn ada byk prkra yg perlu dilunaskn oleh kjn persekutuan terhadap sabah, mudah2an smuanya akan diperhalusi dgn cara yg terbaik dan sabah akan terus kekal dlm Malaysia smpi bila2.nda rela aku bersultankan org yg mau berperang aja kjanya...

Irwan Syah@ Waksaid...

harap Sabah kekal terus bersama Malaysia.....
kekal aman damai.....

El Hardysaid...

InsyaALLAH bro..dgn izin Allah, kita akan tetap jd rakyat Sabah & Malaysia sampai bila2, hidup bertamadun dan sntiasa mndahulukn akal dlm melakukn sbrg tindakan serta tidak akan sesekali bertindak spt org gasar yg tidak bertamadun.proud to be Malaysian!

kisah.klassik.comsaid...

Sabah suda kaya raya ka mana buktinya soma harta tanah sabah di bawa ke semenanjung soma suda pakai ktm monoroil lrt sabah apa yg ada ada juga keta sorong hahahahahahaha kasiannnnn dalam perjanjian 20 sabah sabah adala negara bukan negeri tingo la sabah sekarang anak negeri malaysia hahahahhaha kena tipu kamu bodo di sini originalnya hahahahahah

El Hardysaid...

@kisah.klassik.com apa mslh ko ni bro?menulis pn nda betul ada hati mau pong pang itu ini mengajar org..sy tau ba pasal perkara 20 n gagasan Malaysia ni pd asalnya adalah gabungan 4 buah 'negara' sblm singapore keluar..Sabah n Sarawak adalah negara yg kmudiannya telah di'downgrade'kn kpd negeri..sy tau itu semua, bikin malu ja sy jd urg Sabah klu sejarah tanah sendiri pn sy x tau...cuma itu bkn poin tulisan sy ni,jsuh betul menyimpang komen ko ni.ntila klu ko mau sy buat posting utk itu, ko komenlah berabis sana nti a..yg ni ko sala tajuk sd ni..

tu la lain kali sebelum mo komen ttg sesuatu hal, pikir dulu betul2 guna kapala otak bkn kapala lutut..nti klu sy ckp kau bangang pndai jg ko marahkn..

dr cara tulisan ko ni sy dpt tgkp ko ni org apa..wlupn komen ko ni hmpir2 keluar dr tamadun sd tp x apa la,kasi can ko bckp,kesian :)

Irwan Syah@ Waksaid...

bca komen kisah.klassik.com ni....cam bikin panas jak.....agaknya dia senget mgkin.....sembarang jak....

El Hardysaid...

ndapa bro,kasi can dia..urg klu pkai utak yg dikepala lutut mmg camtu...
:)

Webmastersaid...

@kisah.klassik.com - Jangan marah dia.. dia tuh kurang kasih sayang dan memerlukan perhatian orang tua dia. By the way.... memang betullah apa yang bakal terjadi jika Malaysia serahkan Sabah pada Sultan Sulu. Yang menang nanti adalah Philipina. Masa Sabah di Malaysia, Hasil Sabah dapat dinikmati dengan Sabahan tapi kalau Philipine dan US yang pegang. Sabahan akan merempat di negeri sendiri. Jadi kita doakan agar Sabah terus di bawah naungan Malaysia. Biar orang Sabah yang mentadbir negeri Sabah. Bukan Philipine atau raja III suku yang gila nak perang macam raja zaman majapahit dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!