Saturday, February 2, 2013

Rokok Bakal Diharamkan Di Malaysia?

Rokok itu memang nikmat.Bagi seorang perokok tegar (macam gua), asap rokok itu adalah umpama 'nyawa' yang perlu disedut setiap hari.Lebih baik sehari tanpa makanan, daripada sehari tanpa rokok.Hohoho.Kronik...Tanyakan kepada para perokok tegar, pastinya 99% akan mengiyakan kata-kata keramat gua itu.Keramat.Gua suka perkataan itu.Haha.Yang lagi 1%?No comment, merokok sekadar suka-suka saja...

Tak kiralah rokok kedai ka, rokok seludup ka, sigup kirai (rokok daun) ka mahupun rokok karan (elektrik), hasil mahsulnya tetap 1...PENYAKIT.Topik yang 'umpama menampar pipi sendiri'.Well, kepada para semua perokok tegar diluar sana, marilah kita sama-sama 'menampar pipi kita sendiri' dengan fakta-fakta dan hujahan berikut...


Haram

Adakah merokok benar-benar haram dalam Islam?Perkara ini sebenarnya telah menimbulkan banyak perdebatan & percanggahan pendapat dikalangan Ulama'.Namun apa yang pasti, merokok itu memang membahayakan kesihatan.Sure.Lagi banyak lu hisap, lagi besarlah potensi lu untuk kumpul penyakit.

Berikut adalah hujah-hujah tentang hukum menghisap rokok yang aku petik daripada beberapa sumber.Perokok tegar sekalian, mari kita baca dan nilaikan...


Fatwa

Fatwa mengenai pengharaman merokok sebenarnya telah lama dikeluarkan di Malaysia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Hujah-hujah berkenaan Fatwa di atas boleh dibaca di SINI


Hukum Merokok Menurut Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Saya mohon bertanya, apakah hukum merokok? Apakah hukumnya sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu makruh, sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan. Apakah itu dikira haram saya menghisap rokok?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Menurut pendapat MAZHAB SYAFI'I, hukum menghisap rokok itu MAKRUH. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan penyakit, maka hukum makruh itu berubah menjadi hukum HARAM.

Daripada sudut pembaziran pula, ada 2 hukum. Pembaziran yang melampaui batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut di dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan. Manakala pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk saudara syaitan.



Hadis (Maudhu')



Hadis di atas adalah salah satu yang dikatakan sebagai hadis Maudhu' (palsu) berkenaan hukum merokok.Gua tidak akan pergi jauh mengenai hal diatas.Argument/hujah-hujah berkenaan hadis 'palsu' ini boleh dibaca di SINI.

............................................

Kesimpulannya?Majoriti ulama' menyimpulkan merokok sebagai HARAM.Tapi, kalau haram, kenapa penjualannya masih dibuat secara terbuka dan mengapa belum ada penguatkuasaan dari Majlis Agama Islam setiap negeri mengenainya?Sekiranya ia dikuatkuasakan kelak, adakah rokok bakal diharamkan kepada umat Islam di Malaysia?Well, gua tinggalkan soalan itu untuk sama-sama kita fikirkan....

Kepada para perokok tegar, tepuk dada tanya iman...
(pianggg!tampar muka sendiri lagi...)

Wassalam


*Dalam kereta masih ada sebungkus rokok yang sudah hampir 2 minggu tak habis-habis lagi.Sedang mencuba untuk berhenti merokok sebenarnya, that's why.Tapi bukan perkara mudah derr...Tapi tidak salah mencuba, kan?Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak gua.Dimana ada kemahuan, disitu ada HIGHWAY.Doakan untuk gua... 

(^___^)








9comments:

Unknownsaid...

kalau pasal hukum hakam...aku bukanlah orang yang layak untuk berhujah...tapi pada aku...kalau kita dah tahu bendaa itu merosakkan dan membahayakan...lebih baik kita elakkan..

#apa pun semoga anda kuat untuk menjayakan misi anda itu...insyaAllah...anda mesti boleh..fihgthing2 =)

Unknownsaid...

harap2 penghisap sigup kirai dan yg seangkatannya boleh berhenti merokok..

kasi sait urang saja ba tu rokok tu..baik berenti..cuba palan2 la berenti

Unknownsaid...

@cik kaki ketawe tima kaceh atas sokongan kamu...rasa cam nk g perang pn ada ni...perang melawan godaan tembakau....huhu


@MaMa Rey sigup kirai AKA marlboro gulung la penyebab sa jd penyigup huhu....


mmg susa utk berenti dr membuat apa telah menjadi rutin harian utk sekian lama..mmg inda buli terus2 berenti...mo slow2 tompinai jg..palan2..harap2 la.....huhuhu

sohoquesaid...

moga bro berjaya berhenti merokok..

Unknownsaid...

oh..tetiba gua rasa sgt tersentuh bro *tears*...hahaha...

gurau bro.anyway thanks for ur support..tp mmg susah la....huhu

Dkna Abzasaid...

good luck :)

Unknownsaid...

@Dkna Abza tima kaceh :)

hasrul yushairi - hysaid...

gua ada 3 kotak rokok yang dah lama gua tak isap. gua ada juga rujuk e-fatwa.gov.my tu tentang isu hukum merokok nih. banyak betul la majlis muzakarah setiap negeri kata kesemuanya haram. perhh..

so, gua nak isap pun dah teragak2.

tapi betul gak lu cakap bro tentang penguatkuasaan penjualan rokok masih lagi belum dilakukan jakim.

aduss... dilema gua bro. kena berhenti jugak nih.

Unknownsaid...

itulah pasal bro...nk berenti isap susah, x nk berenti pn susah....

gua masih mncuba lg huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!