Tuesday, April 16, 2013

Tips Bagaimana Untuk Mengesksploit Traffic Secara Drastik Ke Blog


Mempunyai capaian traffic yang tinggi sememangnya merupakan impian setiap orang yang memiliki blog/website.Kali ni gua ingin berkongsi sedikit tips yang pada pandangan gua boleh memberikan impak yang besar kepada aliran traffic di sesebuah blog atau website.Cara ini telah gua praktikkan sendiri diblog ini dan ternyata impaknya AMATLAH efektif dan telah berjaya melonjakkan traffic blog gua ke tahap yang boleh gua banggakan...Hnshnshns..Bangga nih..(Dengan lobang idung yang kembang hehe).

Baiklah, berikut gua kongsikan 2 cara yang gua maksudkan itu.Semoga bermanfaat.


Tajuk
Tajuk posting merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menjana traffic ke blog.Penulis blog harus pandai mengeksploitasi 'minda pembaca' bagi tujuan ini.Tajuk yang menarik dan dapat menimbulkan 'curiosity tinggi' pasti akan dapat menarik jumlah capaian traffic yang baik untuk satu-satu posting itu.Contohnya..

Printscreen diatas di ambil dari blog gua sendiri.Perhatikan bagaimana tajuk Pelacur.Blogspot.Com telah berjaya menjana traffic yang agak baik (1652 view) hanya dalam tempoh 3 hari sahaja.Padahal isi kandungan posting tu sebenarnya tidaklah menceritakan tentang apa yang difikirkan oleh pembaca ketika membaca tajuk tersebut, cuma menceritakan tentang keyword saja hewhew.Tajuk yang menimbulkan 'curiosity tinggi' semestinya akan dapat mengeksploit traffic yang baik, namun berhati-hati agar tidak memberi tajuk yang jauh manyimpang dari topik asal dan 'misleading', kerana tindakan sebegini boleh membuatkan pembaca menjadi meluat dan lari meninggalkan blog anda.Sekali-sekala takpa kot hehe...

Tajuk yang 'tergantung' dan kontroversi juga adalah satu cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca.Namun jangan lupa untuk meletakkan tanda soal (?) dipenghujung tajuk agar tajuk itu tidak dilihat sebagai satu tuduhan kepada pihak yang anda tulis.Contohnya : "Merong Mahawangsa Disaman?".Tajuk ini pernah gua lihat pada satu tulisan blog tidak lama dahulu.Tajuk ini sememangnya telah menarik perhatian gua untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang terjadi dengan 'Merong Mahawangsa'.Ingatkan ada kaitan dengan KRU Studio, sebab KRU Studio kan pernah terbitkan filem Merong Mahawangsa.Rupa-rupanya kes saman sebuah syarikat yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan filem tersebut.Syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd!

Lihat bagaimana tajuk yang dieksploitasi boleh menarik audience/pembaca untuk menjadi 'curious' dengan satu-satu artikel tulisan itu.Terpulang kepada kebijaksanaan anda sebagai penulis untuk menggunakan cara ini bagi menarik perhatian pembaca agar 'tersangkut dengan umpan yang anda tabur'..


Trend/Isu Semasa
Trend/Isu semasa juga merupakan salah satu lagi cara terbaik untuk mendatangkan traffic yang tinggi kepada sesebuah blog.Bagi tujuan ini, penulis blog haruslah sentiasa peka dengan keadaan semasa persekitaran, sosio, ekonomi, politik etc jika ingin menggunakan cara ini.Contoh dibawah membuktikan bagaimana faktor trend/isu semasa merupakan salah satu cara terbaik bagi menjana traffic yang tinggi ke blog...


Keputusan gua untuk menulis artikel mengenai isu semasa sosio-politik negara berkenaan kejadian pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu merupakan salah satu keputusan terbaik yang pernah gua lakukan untuk blog ini kerana posting tersebut telah berjaya melonjakkan traffic blog ini melebihi 100% dan berjaya menarik dan memperkenalkan blog ini kepada pembaca-pembaca baru.Sehingga posting ini ditulis, posting Kisah Pencerobohan Bersenjata Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah telah berjaya mencapai hit/view sebanyak 25060 kali dan merupakan antara salah satu artikel yang memiliki capaian traffic tertinggi dalam sejarah blog ini.

Berikut beberapa lagi contoh posting gua berkaitan trend/isu semasa yang berjaya mencatat hit/vew yang baik.


(Artikel analisis ini sepatutnya mencatat hit yang tinggi jika tidak diplagiat/dicopy-paste oleh mangkuk hayun yang tidak bertanggungjawab.Amat menyakitkan hati bila melihat artikel yang ditulis 100% oleh anda berada di 'page' orang lain dengan capaian traffic yang tinggi berserta pelbagai ulasan, manakala si mangkuk hayun memperlakukannya seolah-olah dia adalah pemilik artikel tersebut. Atas sebab itu, gua telah mengambil keputusan untuk mengharamkan sebarang aktiviti plagiat terhadap sebarang artikel/tulisan gua didalam blog ini.Adalah diingatkan, faktor plagiat/copy-paste juga memainkan peranan dalam mempengaruhi jumlah traffic ke sesebuah blog itu)

Amaran : sila berhati-hati sekiranya ingin menggunakant trend/isu semasa (terutama sekali yang berkaitan dengan soal sosio-politik) dalam topik penulisan kerana jika tersilap info atau fakta, maka potensi anda untuk menerima surat saman daripada pihak tertentu amatlah tinggi.Elakkan menulis sesuatu yang berbaur fitnah kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan daripada pihak yang anda tulis dan jika hal itu berlaku, maka bersedialah untuk mengupah peguam...Tak dapek den nak nolong eh....

..................................................

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menjana traffic ke sesebuah blog.Antaranya seperti SEO(Search Engine Optimization), pengunaan permalink, ping entry, blog contest dan pelbagai lagi.Untuk cara-cara yang itu, kepada yang tidak mengetahui, sila google :).Bagi pemilik blog yang sudah sedia terkenal seperti dari golongan artis, ahli politik dan sebagainya, mereka mungkin tidak memerlukan cara-cara yang gua sebutkan ini namun bagi blogger baru dan mereka yang masih tercari-cari cara bagaimana untuk melonjakkan traffic blog, cara-cara yang gua sebutkan ini adalah sesuatu yang boleh anda cuba dan fikirkan.

 Sekadar perkongsian saja der.Bukan untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menunjuk pandai.Sama-sama kita berkongsi sedikit ilmu.Semoga dapat dimanfaatkan.Good luck!


Wassalam.





*Gambar printscreen agak kabur kerana telah diperbesarkan beberapa kali ganda agar dapat dilihat.Kepada yang kurang jelas, sila gunakan kanta atau mikroskop hehe...




Update ~ Lihat bagaimana satu lagi 'letupan traffic' berjaya dilakukan apabila faktor trend/isu semasa berjaya dieksploitasi dengan baik.Posting mengenai senarai calon PRU13 BN pada hari ini (16 April 2013) telah berjaya meletupkan traffic blog ini sehingga berjaya menarik pengunjung melebihi 6000 page view & UV (Unique Visitor) melebihi 3000 hit/view hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.Lihat printscreen dibawah..


So, jika ingin melihat blog anda mencapai traffic hit/view yang baik, pandai-pandailah untuk mengeksploitasi tips & perkara yang telah gua beritahu diatas.

Adioss! :)




Rujukan & Kredit : Blogspot Control Panel & Google Image

11comments:

SysOpsaid...

Bhai Hardy...

Tahniah atas trafik yang tinggi...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Unknownsaid...

ty bro..xda la tinggi manapun..sekadar tips.... :)

AFTERDARKsaid...

terima kasih kerana berkongsi maklumat.. blogger seperti saya yang blog saya entah apa-apa dan tak ramai visitor memang memerlukan tips sebegini..

Unknownsaid...

cehh bro...kembang hidung yg tak paham tuh...
ohhh patutlah suka buat tajuk yg "mengancam"...kih kih kih...berguna tips ni bro... :P

Unknownsaid...

@AFTERDARK sama2 bro..sebenarnya blog ni pn xdala tgi manapun visitornya..cuma pada masa2 tertentu,jika kena dgn timing, traffic boleh meletup scra tiba2 jika tips2 ni digunapakai..cabaran sebenar adalah bgmna nk mantain traffic tu..apapn semoga bermanfaat,sama2 kita berkongsi :)

Unknownsaid...

@ckk huehehe..saja je tuh kasi eksesais sikit lobang idung ekeke...

pasal tu la tajuk posting bro kekadang nampak pelik..pelik ada makna tu hehe.. :)

Unknownsaid...

nampa juga bah EL Hardy..hehe

uii tinggi-tinggi baitu..yg Lahad Datu tu meletop..tahniah El Hardy dan tq entry ni..

Unknownsaid...

@MaMa Rey punsikou ki.semoga bermanfaat :)

Latifahzainalsaid...

tq sharing...btw congratz trafic tinggi..

Unknownsaid...

@latifah zainal thanks.xdala tgi mana pn sbnrnya... :)

paridahsaid...

assalam tip yg sgt baik...menulis blog jgn lari dari fakta sebenar jd kena rajin buat telaah juga yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!