Thursday, April 25, 2013

Pembabitan Unit Khas BlogB4, Freemason & Illuminati Dalam PRU13


PRU13 yang bakal menjelang kurang 2 minggu dari sekarang merupakan salah satu 'upacara' terbesar bagi rakyat Malaysia dalam memilih barisan kepimpinan dan kerajaan baru (?) yang bakal mencorakkan sistem  demokrasi yang ditinggalkan oleh penjajah sebelum mereka berambus pulang ke negara mereka.Tinggalan sejarah yang sangat diagungkan setiap makhluk bernama manusia di bumi Malaysia ...
Rata-rata dari kita yang berkelayakan untuk mengundi begitu excited dan tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab.Tanggungjawab untuk memilih pemimpin.Samada mengekalkan yang sedia ada atau menukarkannya dengan orang baru.Pemimpin.Seseorang yang akan memimpin 'Khalifah', yang bakal mengetuai sesuatu kelompok masyarakat itu dalam memperjuangkan kelangsungan hidup diatas muka bumi ini.

Selepas selesainya hari penamaan calon, maka bermulalah 'perang' diantara mereka-mereka yang terlibat dalam menyuburkan sistem Freemason ini.Macam-macam cara digunakan untuk menarik pengundi agar memberikan undi keramat kepada mereka yang bertanding.Fitnah berleluasa, character assasination mengambil posisi, halal haram tolak tepi, yang penting manang.Dan yang terbaru, letupan bom buatan sendiri semasa ceramah politik di Pulau Pinang.Budaya ganas demokrasi ciptaan Illuminati mula menular di kalangan kita.Siapa yang bertanggungjawab?Siapa tangan hitam yang cuba menyemai bibit keganasan politik di bumi Malaysia ini?Pihak manakah yang menggunakan taktik kotor ini, adakah BN, seterunya PR, ataupun ada pihak ketiga yang cuba menangguk di air yang keruh?Segalanya masih kabur.Apa yang pasti, memang wujud anasir-anasir gelap yang cuba untuk mencetuskan kekacauan pada PRU kali ini.Terdapat satu rumour yang agak menarik perhatian gua berkaitan perkara ini.Teori berkenaan satu unit khas yang diberi gelaran 'blogB4' yang kononnya bertanggungjawab dalam kerja-kerja 'tangan hitam' di Malaysia selama ini.Gua tak berapa nak berani untuk mengulas lanjut berkenaan perkara ini,(memang tak berani pun sebenarnya) sebab apa yang dipaparkan oleh penulis pada blog tersebut kelihatan seperti 'rahsia sulit kerajaan yang dibocorkan'.Untuk mengetahuinya apa yang gua perkatakan, sila lihat link INI.Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam bissawab...



Baiklah.Kita biarkan insiden itu untuk pihak yang berwajib menyiasatnya terlebih dahulu.Beralih kepada sistem yang sedang diraikan ini, demokrasi.Berasal dari kata dasar 'Demos Kratos'.Kebelakangan ini, jika anda sedar, kita sering mendengar media mahupun pemimpin tertentu menyebut perkataan ini, "menyubur dan mendewasakan sistem demokrasi di Malaysia".Persoalannya, adakah sistem demokrasi itu perlu disubur dan didewasakan?Memetik kata-kata terkenal bapa demokrasi Amerika, Abaraham Lincoln mengenai maksud demokrasi iaitu “dari manusia, oleh manusia, dan untuk manusia”(from the people, by the people, for the people).Kata-kata ini jelas sekali menggambarkan demokrasi itu meletakkan manusia sebagai pembuat hukum.Persoalan : Adakah manusia layak untuk mencipta undang-undang dan hukum untuk mentadbir muka bumi ini?Adakah undang-undang dan hukum ciptaan Ilahi yang diturunkan dari langit itu tidak cukup sempurna untuk digunakan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di atas muka bumi ini?

Abraham Lincoln itu sendiri adalah merupakan salah seorang ahli Freemason.Freemason, bagi yang kurang tahu,(Sedikit info.Untuk maklumat lanjut, sila google & buat kajian sendiri) adalah satu pertubuhan ultra-yahudi yang salah satu ciri-ciri didalamnya adalah tidak mengiktiraf atau menerima konsep ketuhanan Islam dalam ideologinya.Jadi secara logik, adakah ahli freemason ini melihat undang-undang dan hukum yang turun dari langit sebagai panduan dalam melentur dan membentuk acuan demokrasi itu?Freemason itu sendiri tidak percaya dengan kewujudan Yang Maha Pencipta, jadi sudah pasti sistem ciptaan mereka juga tidak akan sesekali menjadikan 'undang-undang langit' sebagai panduan.So, sekali lagi persoalannya, adakah ini sistem yang kita mahukan?Adakah PATUT bagi kita untuk turut sama menyubur dan mendewasakan sistem ini???

Memartabatkan Islam melalui sistem demokrasi yang berkiblatkan Illuminati yang secara terang-terangan menolak hukum Allah dalam undang-uadang ciptaan mereka.Adakah itu cara yang betul untuk memperjuangkan dan mengangkat semula Islam?Jika tidak, bagaimanakah cara yang SEBENARNYA untuk memartabatkan semula Islam?Bagaimana untuk kita mengembalikan semula kegemilangan Islam seperti apa yang berlaku di zaman Khulafah Ar-Rasyidin dulu?

Wallahualam.Terlalu banyak persoalan...

Berpindah pula kepada politik Malaysia dan Islam.PAS katanya memperjuangkan Islam.Persoalan : Adakah ideologi dan undang-undang Islam yang sebenar akan dapat dimartabatkan melalui sistem demokrasi?Bagaimana dengan UMNO, yang katanya turut memperjuangkan Islam.Namun apa yang terjadi?Islam hanya pada nama.Itu saja yang mampu dilakukan oleh UMNO selepas lebih 50 tahun ditampuk pemerintahan.PKR pula?Wallahualam.Lambang 'mata' pada benderanya saja cukup menggusarkan.Adakah sekadar kebetulan lambang, atau ianya satu petanda?

Lambang PKR & One Eye Seeing All

Lambang dacing Barisan Nasional

Lambang dacing Freemason

Lambang UMNO & Vatican City


(Gambar sekadar hiasan untuk difikirkan)


Lihat bagaimana doktrin pecah dan perintah (divide & rules) yang merupakan 'mata' di dalam sistem demokrasi ciptaan Freemason ini berkerja untuk memecahkan kelompok Islam dalam masyarakat di negara kita.3 buah parti politik terbesar di Malaysia yang majoritinya dianggotai oleh orang-orang yang beragama Islam.Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh sistem dajjal ini.Perpecahan.Believe me, selagi demokrasi masih mengambil tempat sebagai 'rules of law' dalam sistem pemerintahan sesebuah negara, selagi itulah perpaduan hakiki tidak akan wujud.Dalam konteks yang sebenar, sistem ini sebenarnya menyasarkan penganut Islam secara halus.Menyusup dan mencuci pemikiran umat agar melihat sistem ini sebagai sesuatu yang wajib untuk dimartabat dan diraikan, seolah-olah sistem ini adalah pelengkap kepada kehidupan walhal ia sebenarnya adalah muslihat dan jarum halus yang telah dicipta dengan teliti oleh pengikut dajjal berkurun lamanya.Mind control.Masyarakat yang 'dipecahkan' dan 'diperintah' tanpa sedar.Inilah yang mereka mahukan sebenarnya...

Kenapa barat terutamanya Amerika begitu beria-ia dan sentiasa mencanang diri mereka sebagai pejuang demokrasi?Sebab melalui sistem inilah segala perancangan sulit mereka akan di'execute'.Lihat bagaimana satu persatu negara-negara Arab yang tumbang mula di'demokrasikan' oleh mereka.Segalanya amat jelas, demokrasi adalah sistem yang telah dirancang sekian lama untuk mencapai suatu matlamat akhir mereka, One World Goverment.New World Order.Mencipta satu dunia yang 100% berada dibawah telunjuk dan kawalan mereka.Adakah yang gua katakan ini cuma satu khayalan dan teori mengarut para pengkaji konspirasi?Fikir.

Tanpa mengira pegangan agama dan fahaman politik, rata-rata dari kita menganggap demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan terbaik yang pernah wujud diatas muka bumi ini dan adalah menjadi kewajipan setiap yang berkelayakan untuk meraikan dan mencipta sejarah baru melalui proses pemilihan ini.Mencipta sejarah melalui sistem freemason?Sejarah boleh dicipta melalui apa jua cara, namun ada sesuatu yang amat penting untuk difikirkan ketika ingin mencipta sejarah, iaitu impak daripada sejarah yang bakal tercipta itu.Adakah hasilnya kelak akan menjadi seperti yang diharapkan, padahal akarnya sendiri sudah diketahui datangnya dari proses ciptaan manusia yang mengetepikan Yang Maha Pencipta didalamnya?

Pendapat gua?The whole system is a mess!Gua sendiri belum pasti samada mau pergi mengundi atau tidak kali ni.Pendapat peribadi gua, kalau akarnya rosak, maka seluruh pohon dan hasilnya juga sudah pasti akan rosak!Namun benarkah begitu?Adakah pepohon demokrasi ini adalah sesuatu yang memang telah rosak sejak dari azalinya?Secara peribadi, gua mengiyakan pendapat ini.Apapun terpulanglah kepada pendapat masing-masing.Iqra' dan buatlah kajian sendiri.Ilmu tidak akan datang bergolek tanpa dicari...

Mengharapkan perubahan dan kebaikan melalui proses ini mungkin tidak salah, tapi bagaimana perubahan dan kebaikan itu akan diterjemahkan bakal menjadi persoalan kelak, adakah sistem hukum yang diperkenal dan dicipta manusia akan dapat menandingi undang-undang ciptaan Yang Maha Esa?Dan paling penting, adakah Islam akan dapat dimartabatkan melaluinya?Think tank.

Cukuplah untuk kali ni.Terlalu banyak sangat persoalan yang gua sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.Lagipun, kalau ulas panjang sangat nanti orang tak nak baca pula.Gua taw, isu-isu berat ni orang tak berapa nak layan, kecuali yang betul-betul berminat untuk mengetahui dan berfikir.Apapun, semoga berbaloi untuk kita fikir-fikirkan...

As-salam.




*Gua bukannya nak suruh korang jangan pergi ngundi..Pergi, tunaikan kewajipan anda dalam sistem ni.Apa yang gua tulis ni hanyalah pandangan peribadi dan sekadar satu perkongsian untuk difikir-fikirkan.Tidak lebih dari itu.Adioss...







7comments:

Carlos Santiagosaid...

setakat boleh tau je bro... atasan punya kerja. apa boleh buat. boleh pung pang dlm blog jela.. last sekali akan jadi riot. sebab byk sgt agenda tersembunyi.

El Hardysaid...

hmm gua pn ada firasat bhwa sesuatu lebih besar bakal berlaku..tp x bole nk speculate sgt,tgu n lihat..apa yg mmpu kita buat,doa n tawakal ja la...

salsaid...

Kalola kita berada dalam sistem yg terbaikkkkk dalm dunia..tp dalam negara kemudian dipenuhi oleh org2 jahat..sistem tetap x akan jadi baik.

kita ckp sistem demokrasi x bepa Islamik dan terbaik..tp kalo negara dipenuhi oleh org2 yg baik2 sistem tu akan tetap berjalan baik jugak.betul x??

JAdi kalo nk sistem yg terbaik yang PENTING penduduk2 negara itu perlu dolo jadi umat yg baik2...Baru boleh..

Ni dok salahkan sistem ja..tu x adil lorr

El Hardysaid...

terima kasih atas pndpt saudari..

spt yg sy katakan dipghujung tulisan ini, mgharapkn sesuatu perubahan yg baik dari sistem demokrasi mmmg x salah, namun utk mgharapkn kebaikan & kebenaran hakiki akan muncul melalui sistem ini itu adalah sesuatu kesilapan yg amat bsar pada pdpt sy.sbb, hujah sy : sistem demokrasi itu sendiri adalah ciptaan mrka yg kufur & x prnah mpercayai kekuasaan Allah SWT, jd bgmna kita boleh mgharap sesuatu yg 'benar2 berpaksikn kpd kebenaran hakiki tanpa sbrg agenda tersembunyi' hadir drpd sistem ciptaan manusia ini?freemason itu sendiri adalah agenda dajjal, jd patutkah kita mgharapkn kebaikn hadir drpd institusi pemikiran dajjal ini??

kedua, adalah amat mustahil utk sesebuah negara itu 'dpenuhi oleh org yg baik2 sahaja' krn sdh mnjd lumrah pnciptaan manusia, ada yg baik & ada yg sebaliknya.jd bilamana golongan2 yg 'tidak baik' ini turut terlibat dalam proses memilih & menentukan pemimpin melalui sistem demokrasi ini, sudah pasti golongan org2 yg 'tidak baik' ini jg akan mghantar & memilih wakil/pemimpin yang boleh menjaga kepentingan mereka, spy mereka dpt meneruskn aktiviti 'ketidakbaikan' mrka itu.jd bgmna utk kita mncipta & mewujudkn umat yg baik melalui pemerintahan yg dipilih melalui cara ini, sedangkn cara pemilihan itu sendiri sudah khilaf dr awalnya?

sbg cth, golongan LGBT.pd pdpt saudari adakah mereka ini akan menyokong pemerintahan Islam secara total diwujudkan yakni hukum hudud PAS?sdh pasti mereka akan menentang sekeras2nya bukan, kerana kewujudan hukum ini akan menyekat kebebasan mrka dlm melakukn 'aktiviti' mrk.jd, demi kelangsungan golongan ini, mrka akan mncari wakil yg boleh memperjuangkan hak mereka melalui sistem demokrasi.siapa yg boleh memperjuangkan mereka?well, itu saudari kena cari sendiri, sy tidak ingin menuding jari pada mana2 pihak..jd persoalan disini adalah, dengan merelakan golongan ini memilih wakil/pemimpin utk memperjuangkan hak songsang mereka melalui sistem demokrasi, bagaimana kita boleh mewujudkan negara dan umat yg bersatupadu dan benar dibawah panji2 Islam yg sbnr?

itu baru LGBT, belum lg dicampur dgn 'org2 jahat' yg lain.golongan kapitalis, perasuah, manipulator, pencuri, perompak etc...mereka jg pasti mempunyai wakil mereka sndiri dlm sistem ini demi utk melindungi kptgn mereka.jd apa yg akan terjadi kepada sistem itu nanti?golongan ini mahukn begini, golongan itu mahukan begitu.kesudahannya?salah satunya perpecahan.kbebasan mutlak tnpa batasan, rasuah mnjdi budaya, sistem ekonomi kapitalis mnjd tuhan, riba, dan sebagainya akan brmaharajalela dlm sistem itu sptmana yg kita lihat skrg.& soalan terakhir sy, yg paling menarik diantara semua persoalan : dmana letaknya Islam di dlm sistem itu???hanya pada nama saja.dan itu telah terbukti pada hari ini, d negara kita sendiri...

El Hardysaid...

...(sambungan)..

atas sbb itu, sy mengambil pendirian bhwsanya sistem pemerintahan Islam bercorak khalifah adalah sistem terbaik utk digunapakai jika kita benar2 ingin melihat Islam kembali didaulatkan dan diletakkan ditempat yg sepatutnya.utk pencerahan ttg mengapa sy mengatakan sistem itu sbg yg terbaik utk digunapakai, sy menyarankn saudari Sal utk membuat kajian sendiri tentang bagaimana cara pemilihan sistem khalifah dijalankan, apa yg dimaksudkan dgn majlis syura ulamak dan bgmna ianya berfungsi sbb klu sy nak terangkn disini jd terlalu pjg.skrg ni pn dah pjg dah ni.kena buat 1 artikel baru klu nk terangkn dgn trperinci ttg sistem khalifah ni.
kaji jg ttg organisasi dn kerajaan yg mggunakn sistem khalifah ni pada zaman moden yakni skrg.fokuskn kpd 2 organisasi.yg pertama Illuminati, bgmna cara mereka memilih pemimpin, dan juga the vatican, bgmna mereka menggunakan sistem ‘papal conclave’ dlm memilih ‘pope’.sedikit klue : ’papal conclave’ itu sbnrnya adalah saduran daripada sistem khalifah itu sendiri.semoga saudari Sal akan menperolehi pncerahan yg lebih jelas brkaitan ttg sistem khalifah dgn mklmt & klue yg sy berikan..

Akhir sekali, masa itu akan smpi jua, persoalannya ketika ini cuma bila dan bagaimana.panji2 hitam yg akan membangkitkan semula kegemilangan Islam itu pasti akan tiba, dan sistem khalifah adalah salah satu daripada ‘kuncinya’...

Terima kasih.As-Salam


*sekadar perkongsian dan pdpt peribadi (^__^)

salsaid...

Salam El,

Saya rasa semua kita org Islam di M'sia x akan menolak sistem Islam yg baik jika di laksanakan.

Cuma la ni kita ibarat politik cam keta dankita nk ke 1 tempat..kita cuma ada keta buruk yg kekadang rosak..nk pakai keta Porche..x mampu lagik..jagi guna aja laa keta yg ada dolo daripada nk bejalan kaki....hehehe :)

El Hardysaid...

hehehe..yo la,keta buruk pn keta buruk la kn.siapa pn boleh naik keta buruk tu,xda sapa nk larang.harap2 x molotup tongah jln yo keta tu nti hehe...

apapn mudah2an copek kito dpt nukar n pakai keta baru.pastu upgrade sistem engine keta tu, guna turbo spy copek smpi destinasi dituju..

haha merapu ckp nogori da ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!