Sunday, April 28, 2013

Norman Abdul Halim VS Faizal Tahir


I'll let the photo speak for itself..

Gua sebenarnya adalah seorang yang bersikap 'non-partisan' dalam politik.In fact, gua adalah seorang yang 'sedang dalam perjalanan' untuk menjadi 'penentang' kepada sistem demokrasi ini.Itu akan datang, jika diizinkan Allah.Tapi yang ni memang gua tertarik.Kenyataan yang dikeluarkan 2 orang anak seni yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.Norman Abdul Halim Vs Faizal Tahir.Kedua-duanya merupakan nama yang gua kagumi dalam persada seni Malaysia.Kedua-duanya mempunyai karisma tersendiri.



Terus terang cakap, Norman Abdul Halim sebenarnya merupakan salah seorang anak seni Malaysia yang amat gua kagumi.Senang cakap, gua ingin menjadi seperti dia.Kejayaan yang dia capai bersama adik beradiknya dalam membawa nama KRU sehingga menjadi satu nama sangat besar pada hari ini sememangnya gua sanjung tinggi.Respect.Tapi dengan kenyataan yang yang beliau keluarkan ini telah membuatkan gua mula merasa 'jengkel' terhadap beliau.Dia seolah-olah lupa dengan kenyataan "rezeki itu datangnya dari Allah".Gua bukan hendak memenangkan mana-mana parti politik disini, tapi gua rasa tindakan Norman mengeluarkan statement sebegini memperlihatkan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai nama sebesar beliau.Sesuatu yang kelihatan jahil.Sesuatu yang kelihatan tidak berpaksikan ilmu.Gua tak cakap gua ni seorang yang berilmu, siapalah gua untuk berkata sedemikian.Ilmu cuma seciput didada.Persoalannya cuma : adakah patut statement sebegitu hadir daripada seorang Islam yang mempunyai nama dan pengaruh disisi masyarakat?Hanya kerana hendak memenangkan pihak yang disebelahinya sehingga sanggup menyuarakan pendapat sebegitu rupa?Apapun, bak kata pepatah Nabil, "lu pikirlah sendiri".

At the end of the day, the fact is : sistem demokrasi membenarkan setiap orang yang hidup didalamnya untuk menyatakan pendapat masing-masing.Ayat keramat "ini adalah negara demokrasi" akan terus berkumandang selagi sistem itu sendiri masih terus berdiri.Sekularisme, dualisme, liberalisme, dan pelbagai lagi 'isme' yang berada didalamnya, who care?Yang penting, kebebasan bersuara!

Ada otak fikir, ada akal pakai.


#RespectFaizalTahir


Wassalam.

"Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" ~ Imam Syafie



Sumber : Twitter

16comments:

Carlos Santiagosaid...

itulah bezanya mereka yg berfikiran liberal dan tidak liberal.

Siti Rohaida Yusofsaid...

rakyat boleh fikir mana yang baik..yang mana boleh diikuti tanpa rasa sedikit pun terdesak..

El Hardysaid...

@Carlos Santiago liberalis yg takut dgn bayang2 sendiri...

El Hardysaid...

@Siti Rohaida Yusof absolutely..semoga smua org tau menilai yg mana kebenaran n yg mna kebatilan...

Mohd Ridzwan Abdullahsaid...

Kebanyakkan org mmg ikut sedap hati ja nak keluarkan apa2 statement. Aku pun jadik x suka plak ngan statement Norman tu. Ntah betul ke idak but sblm nak cakap apa2 better pikir la, rezeki Allah yg bg...bukan depends kat pemerintah...Even aku bkn la ahli fanatik politik, tp aku rs tak patut kuarkan ayat mcm tuh. Siapalah kita kalau mati nanti jika nak pertikaikan hal ni. Isk3...thanks bro atas perkongsian. Hopefully org luar sana terbuka minda...biar kita tak pandai sekolah, tp skrg-krgnya jgn lupa Allah Tuhan kita.

Mohd Selim Zainalsaid...

Assalammualaikum...

mselim3 ada baca gak kat blog lain pasal nie.... entahlah, tak baik gaduh2... tapi mselim3 terpana dengan kata2 imam syafie tu....

mselim3

pls: salah satu perkara yang mengurangi ilmu ialah berdebat dengan orang yang tidak ilmu..

El Hardysaid...

@Mohd Ridzwan Abdullah tu la pasal bro..gua pn selalu x faham dgn org2 yg jenis mcm ni, x fikir pjg sblm nak buat satu2 statement.sgup buat apa sj utk menangkn pihak yg disokong..ni lah jdnya bila dibutakn dgn kemewahan dunia, smpi lupa siapa sebenarnya yg benar2 HAK terhadap dunia yg dipinjamkn ni...

ni lah yg jd bila sekular & liberalisme dibiarkan bermaharajalela...

El Hardysaid...

@mselim3 walaikumsalam tn..

sy sbnrnya x brapa suka nk buat posting yg menghentam seseorg..tp terus tr ckp sy mmg x suka dgn apa yg si Norman ni ckp..dan rupa2nya bkn sy seorang sj, benda ni dah pn jd viral di laman sosial..drpd apa yg sy baca disana sini teruk jg dia kena hentam gara2 statement dia ni...

sesungguhnya kata2 imam Syafie itu amat dalam mksud & kebenarannya...

cik kaki ketawesaid...

salam bro..ohh..sy peminat faizal Tahir...kih kih... tak minat si adik bradik KRU..sbb tak hensemm..

p/s: bab politik tak mau komenn...hehe

onn Lajersaid...

david teoh pun cakap rezeki itu tuhan yang beri. gua pun jengkel apa

AFTERDARKsaid...

Viral kat internet pasal benda ni.. Haha..Tapi, waypa apa diaorang nak bertekak sangat?? Meh aku jadi referee..

KEPUTUSANNYA IALAH FAIZAL TAHIR YANG BETUL.

Apabila Pakatan memerintah, Liberalisme, Pluralisme dan LBGT akan dilegalisasikan. Oleh itu tiada sekatan kepada semua bentuk hasil seni sepertimana yang berlaku di USA sekarang. Oleh itu lagu rap, black metal, satanic songs dan entah apa-apa lagi semuanya akan LEGAL atas dasar kebebasan bersuara. Begitu juga di layar perak, semua scene pun legal tak kira bercium ke, beromen ke, telanjang ke, pendek kata semua scene boleh. Apa? Korang sangka scene "True Blood" yang ditayangkan di Malaysia selama ni sama ke dengan scene "True Blood" kat US? Kata sana scene "True Blood" banyak adegan sex bogel habis wooooo...

So kerisauan Norman bahawa kerajaan Pakatan akan bertindak seperti Taliban di Afghanistan mengharamkan semua bentuk seni adalah tidak berasas sama sekali sebab hakikatnya PAS yang dikeldaikan oleh DAP/PKR tidak akan boleh menghalang dasar Liberalisme, Pluralisme dan LBGT oleh Kerajaan Pakatan.

Cuma Faizal Tahir slack sedikit saja apabila memberi indikasi bahawa rezeki seni dibawah Kerajaan Pakatan adalah rezeki yang dirahmati Allah kerana ia lebih kepada perkara opposite. Anyway, at least Faizal Tahir masih bercakap perkara yang betul. Congrats pada Faizal Tahir yang mungkin lebih memahami bahawa industri seni muzik dan filem itu adalah salah satu senjata utama Luciferians di akhir zaman ini.

Oleh itu sukacita sekiranya Norman Halim mengaku kalah saja pada Faizal Tahir dan membuat kenyataan terbuka bahawa industri filem (termasuk porno) dan muzik (termasuk muzik tidak bermoral) akan lebih berkembang di zaman pemerintahan Pakatan.

P/S: Bro admin, aku tumpang menyibuk kat sini yek.. :)

El Hardysaid...

ckk minat pasal ensem je ke?apolah ekeke :)

El Hardysaid...

@onn lajer hmm..bila pemikiran dah di'brainwash' dgn kemewahan duniawi semata, ni lah jdnya...

apapun,marilah kita jengkel bersama2..hehe

El Hardysaid...

@AFTERDARK haha..gua suka dgn kenyataan "Oleh itu sukacita sekiranya Norman Halim mengaku kalah saja pada Faizal Tahir dan membuat kenyataan terbuka bahawa industri filem (termasuk porno) dan muzik (termasuk muzik tidak bermoral) akan lebih berkembang di zaman pemerintahan Pakatan".kemungkinan utk prkra ini berlaku mmg x boleh dinafikan.

apapn, kita jg x boleh menyangkal yg unsur liberalisme, pluralisme, even unsur2 syirik spt fahaman syiah smmgnya wujud dikedua2 belah pihak,baik pakatan mahupn current gvmnt/BN..persoalannya cuma, skiranya PR berjaya menakluki tampuk pemerintahan adakah keadaan akan menjadi bertambah teruk (?) spt yg kita sangkakn ataupun sebaliknya?adakah PAS akan berjaya melepaskn diri drpd terus menjadi kuda tunggangan dlm PR dan seterusnya berjaya memartabatkn pemerintahan Islam melalui sistem demokrasi?(mcm pelik bunyinya hehe).adakah perubahan kerajaan akan mempercepatkan kejatuhan sistem ciptaan dajjal ini?sama2 kita tgu dan lihat.

*bg gua, lg cepat sistem ini jatuh, maka akan lg cptlah 'kebangkitan' yg kita nantikan itu akan hadir...wallahualam bissawab

no hal bro, sma2 kita berkongsi pdpt yg kerdil ini (^__^)V

Dkna Abzasaid...

kadang kala dalam keadaan macam nie lebih baik kita berdiam.. 5 mei berindak :)

El Hardysaid...

@Dkna Abza yes, absolutely!salah satu jawapan yg brilliant. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!