Tuesday, November 15, 2011

Unsur Sabotaj Terhadap Pasukan Malaysia Di Sukan SEA Ke-26


Setakat jam 1.30 tengahari tadi, kontinjen Malaysia telah berjaya memenangi 13 pingat emas dari pelbagai acara sukan yang disertai.Pasal pingat emas, itu kemudian.Sekarang aku nak cakap pasal unsur sabotaj yang dilakukan oleh tuan rumah terhadap kontinjen dan atlit Malaysia.Sangat menyakitkan hati sebenarnya, langsung tidak mencerminkan semangat kesukanan.Salah satu sukan yang menjadi mangsa sabotaj tuan rumah terhadap pasukan Malaysia adalah sepak takraw.


Semalam pasukan sepak takraw Malaysia telah tewas kepada pasukan tuan rumah Indonesia.Kekalahan yang memalukan sebenarnya kerana pasukan Malaysia dahulu adalah pasukan yang amat disegani dan antara yang terkuat di dunia, hanya pasukan Thailand saja yang mampu untuk menumbangkan regu kita.Tapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi pasukan pasukan sepak takraw Malaysia memang jatuh merudum sehingggkan pasukan yang dulunya amat kerdil pun kini tidak mampu untuk kita tewaskan.Prestasi yang sangat mengecewakan sebenarnya, namun perlakuan sabotaj yang dilakukan oleh tuan rumah semasa perlawanan berlangsung memang amat dikesali dan tidak boleh diterima.Menurut salah seorang pegawai pasukan Malaysia semasa ditemuramah oleh channel sukan Astro Arena, tuan rumah menggunakan semua 'kemudahan' yang mereka miliki untuk menganggu mental pasukan Malaysia.Bukan sekadar sorakan dan permainan psikologi saja, malahan P.A sistem pun digunakan untuk menyerang mental para pemain.Kalau nak menang pun biarlah dengan cara baik dan bermaruah, tak perlulah dengan cara kotor.Memang diakui sebenarnya mental para pemain Malaysia tidak kuat untuk menghadapi situasi sebegitu, tetapi tindakan keterlaluan pasukan tuan rumah juga adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam dunia sukan moden.Tapi memang tak boleh nak heran sangat dengan orang-orang seberang ni, kurang ajar memang budaya mereka kot...


Berbeza dengan kontroversi yang tercetus dalam sukan karate pula, coach Malaysia P.Arivalagan mengatakan sabotaj terhadap pasukan Malaysia berpunca dari pegawai pasukan Malaysia sendiri!Entah apa yang terjadi sebenarnya, tapi inilah yang berlaku sekiranya politik dicampur-adukkan dengan sukan.Orang-orang politik sememangnya tidak patut campur tangan dalam pengurusan sukan, biarkan mereka yang arif seperti coach menjalankan tugas mereka.Arivalagan dalam kenyataannya kepada harian metro berkata terdapat dalang daripada pasukan Malaysia sendiri yang bersekongkol dengan pengadil perlawanan bagi memastikan pasukan Malaysia gagal untuk mencapai sasaran 6 pingat emas.
“Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya bagaikan sudah diatur sejak awal lagi,” katanya sebaik pasukan wanita negara tumpas 1-2 di tangan Indonesia pada perlawanan akhir.
Arivalagan yang membimbing skuad negara sejak 2004 bagaimanapun enggan mendedahkan nama dalang itu yang dianggapnya cuba untuk memastikan beliau disingkirkan daripada jawatan itu selepas temasya kali ini.
“Saya amat kecewa dengan pengadil. Mereka tidak mahu memberikan mata kepada peserta negara kerana mereka memutuskan sebegitu. Saya tahu siapa orangnya (dalang yang dimaksudkan) selepas saya sekadar berdiam diri selama ini,” katanya.- Harian Metro


Baiklah, sekarang off topic.Jika bercakap tentang sasaran pingat emas pula, kontinjen Malaysia sebenarnya mempunyai sasaran yang berbeza sekiranya dilihat dari kacamata persatuan-persatuan sukan Malaysia.Majlis Sukan Negara (MSN) tampil dengan sasaran 40-45 pingat emas, manakala Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula dengan sasaran 50-55 pingat emas.Namun yang paling berani adalah pengurus pasukan setiap 39 jenis acara sukan yang akan disertai kontinjen negara apabila ramalan dan harapan mereka agar dapat mencetuskan angka 60 pingat emas.Sesuatu yang menimbulkan persoalan disini adalah, kenapa sasaran yang berbeza ini wujud?Mengapa persatuan-persatuan sukan ini seolah-olah tidak boleh duduk semeja dan berbincang serta mengambil kata sepakat bersama dalam menentukan sasaran sebenar kontinjen Malaysia ke sukan SEA?Dan yang paling penting, dimana dan apakah pendirian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia sebagai badan tertinggi sukan negara dalam situasi ini?KBS sebagai entiti tertinggi sukan negara sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyatukan persatuan-persatuan ini, dan bukannya hanya berdiam diri duduk goyang kaki dikerusi empuk sekadar memerhati persatuan-persatuan ini bertelagah sesama sendiri.Jika beginilah cara mereka dalam menerajui badan-badan sukan kita, nescaya sukan kita tidak akan dapat pergi jauh, dan sasaran pingat emas sukan Olimpik hanya akan menjadi angan-angan mat jenin saja.

Isu-isu sebegini sebenarnya sudah sering dibangkitkan oleh peminat dan pengkritik sukan tanah air, namun ianya tetap berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.Badan-badan sukan Malaysia sepatutnya bersatu jika ingin mengangkat martabat sukan kita ke tahap yang lebih tinggi, bukannya sibuk bermain politik dan mengikut kepala hotak sendiri saja dalam membuat keputusan.KBS sebagai penaung kepada badan-badan sukan negara seharusnya bertindak dengan lebih efesien dan efektif dalam menyatukan badan-badan sukan ini demi survival bidang sukan Malaysia.


P/S ~ 17 haribulan bolasepak Malaysia vs Indon, aku gerenti memang diorang main kotor punyalah.Laser memang confirm punya jadi senjata fanatik diorang.Takpa, let the best team win.GO MALAYSIA!



Rujukan & Kredit : Harian Metro dan Google Images

4comments:

hardy_hunt2said...

...dan Alhamdulillah kebiadapan mereka akhirnya kita balas dengan raungan & tangisan mereka digelanggang sendiri....bukan setakat puas hati,buah pinggang, limpa,usus2 semua pun ikut puas...gimana pak rasanya tewas sekali lagi ditangan Malaysia, enak gak rasanya?hehehe ;)

Aida Hemohemosaid...

.... kalau malaysia menang,, indon akan malu,, kalau indonesia menang,, seluruh rakyatnya bertambah sombong dan bongkak..lagi menjadi2 enjek malaysia... kita  tengok je la..

siti nor sabikahsaid...

yang penting kak yong nak malaysia menang bolasepak..xkesahlah main mcm anak ayam ke lembu ke ape ke yang penting menang.(terutamanya dengan tuan rumah tu) hahaha

hardy_hunt2said...

jgn la main cam lembu plak kak yong..haha...tp min siam rasa mmg bole menang punya lah...jgn diorg guna ilmu sudah.... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!