Orang tua-tua kata, kalau kita ambik balik barang yang kita sudah bagi dekat orang, nanti buruk siku.Itu orang tua kata.Orang sekarang pulak kata, buruk siku ka buruk lutut ka, yang penting gua dapat balik apa yang gua mau & bagi dekat orang yang gua suka lantak la nak buruk apa...
Hal salah kira, salah audit itu sebenarnya satu perkara normal dan lumrah kepada semua orang.Mana ada orang tak buat salah.Tetapi sekiranya kesilapan itu boleh mengaib dan memalukan orang lain, itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan si pelaku harus mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan!Permohonan maaf saja tidak mencukupi, kerana 'the damage has been done', dan kerosakan yang berlaku akibat kesilapan itu adalah sesuatu yang total, bersifat kekal dan memberi implikasi buruk kepada sesuatu lapangan atau industri.Kredibiliti dan maruah sesuatu anugerah atau acara itu perlu dipertahankan melebihi kepentingan peribadi mereka-mereka yang berkenaan, sekiranya ingin melihat sesuatu event itu kekal relevan.Rasanya anda semua faham apa yang gua maksudkan...
Mungkin isu ni dah berlalu bagi sesetengah orang, tapi gua masih nak memperkatakan tentang hal ni kerana pada pendapat gua perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku terhadap platform yang diangkat sebagai "kemuncak segala-galanya" di dalam industri muzik Malaysia.Penarikan balik trofi yang telah dianugerahkan kepada penyanyi dan komposer Yunalis Zarai untuk diberikan kepada Anuar Zain bersama komposer Edry Abdul Halim dilihat sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada industri muzik Malaysia.Kesilapan audit dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan ini.Tidakkah mereka-mereka yang terlibat dengan keputusan ini sedar, yang tindakan mereka itu sebenarnya sedang ditertawakan oleh orang-orang industri muzik negara lain..Muzik Malaysia ke persada dunia?Teruskanlah bermimpi kerana muzik kita tidak akan kemana-mana sekiranya perkara bodoh seperti ini terus berlaku kepada golongan pengkarya muzik di Malaysia..
Satu hal yang menarik perhatian gua sebenarnya, bagaimana wujudnya 'conflict of interest' di antara orang kuat penganjuran anugerah tersebut dengan mereka yang diberikan dengan 'anugerah second hand' berkenaan selepas penarikan trofi dari pemenang terdahulu.Tidak perlu menyebut nama, kerana rasanya semua orang sudah sedia maklum dengan siapa yang gua maksudkan.Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan dan nama yang besar di dalam industri hiburan negara, orang yang dimaksudkan ini sepatutnya mengelakkan diri daripada terlibat kontroversi yang mencetuskan konflik kepentingan.Entahlah, susah nak cakap sebenarnya..Dulu gua sangat respek dan memandang tinggi kepada orang ini diatas kemampuan dan pencapaian yang beliau perolehi selama terlibat dalam bidang hiburan tanah air.Gua melihat beliau sebagai salah seorang anak tempatan melayu bumiputera yang perlu dicontohi jika ingin berjaya dalam bidang perniagaan..Namun itu dulu, sekarang gua sudah mula muak dengan kebanyakan tindakan yang dibuat oleh orang ini, unsur-unsur politik yang tidak perlu sudah mula kelihatan dalam kebanyakan tindakannya.Lantak engkaulah sebenarnya nak berpolitik macamana sekalipun, tapi sekiranya engkau seorang yang berkredibiliti dan merasa bertanggungjawab untuk menjaga nama baik industri, engkau sepatutnya mengambil tanggungjawab seperti 'melepaskan' kepentingan dalam persatuan yang engkau naungi itu.You know what i mean..Tapi rasanya susah untuk orang-orang seperti mereka ini untuk melepaskan kerusi empuk mereka, lantaklah apa orang nak kata.KLCC takkan runtuh jika dibaling batu kerikil katanya...
P/S : Thats why gua benci politik dan politician.Nak main politik pergilah ke landasan yang betul, jangan menyemak dan jadi makhluk perosak ditempat yang tidak sepatutnya.Industri hiburan Malaysia ni kecik ja, kita tidak akan kemana-mana sekiranya perkara seperti ini terus berlaku.Baru dekat tempat sendiri pun dah macam-macam hal, nak pergi International?Mimpila engkau..Tiap kali buat anugerah pun nak buat kontroversi..Haik ptuiih...Min Siam dah mula nak mencarut..Cukuplah tu, benci I..hehe.Kepada yang terasa, peace yaww (^__^)V.Adioss...

0comments:
Post a Comment