Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, WELCOME ABOARD 2011!!!


Sedar tak sedar hari ni dah masuk 31 Disember 2010, cepat betul masa berlalu.Macam2 story epilog monolog sepilok yang berlaku sepanjang tahun ni huhuhu..Lurus bengkok tunggang terbalik semua pun ada..Seperti adanya Eiffel Tower di Paris, seperti berdirinya Piramid Giza di Mesir...Kisah sedih, sesedih unta yang dahagakan seteguk air di padang pasir..(beberapa kehilangan, AL-FATIHAH ke atas roh mereka telah pergi).Kisah gembira, segembira ikan yang sentiasa berada dalam laut, kecuali kalau diorang kena pancing & pindah masuk dalam aquarium...Story crazy, secrazy Chris Tucker..Kisah misteri, semisteri Lee Harvey Oswald.. (HOI APA YANG KAU MERAPU NI)

Untuk menyenangkan pemahaman korang tentang apa yang aku maksudkan, bagaimana biulnya kepala hotak aku sepanjang tahun ni, silalah mem'pening'kan diri melihat gambar2 di bawah....

love hurts...love scars....love wounds...and mars...lalalalala.....
uuuhhhhh love hurts - lagu Nazareth la apa la korang... ;)


Bila X2(19) = (33X4) + 67/33(98) maka akan terhasillah :
a) dekoder astro
b) sos cili
c) polis angkasa gaban
d) katil hospital bukit padang


Gara2 terlalu enak menikmati cup cake sampai jadi camni....ish ish ish...


Aku bunuh orang?dalam mimpi ada la...tapi kalau hampir nak bunuh orang tu,
macam sipi2 la jugak huhu


Mau cerita banyak pun tak guna, pendek kata short bicara, harapan dan azam yang tak tercapai tahun 2010, INSYAALLAH akan di carry forward ke 2011..Azam baru x payah mau cerita la, sendiri punya NAWAITU, sendiri tau cukupla..Semoga yang mungkar akan tertinggal di sana, semoga yang ma'aruf akan terbawa bersama..WELCOME ABOARD 2011, hopefully tahun baru ni akan memberikan satu tenaga dan enigma yang lebih berstigma untuk beranjak ke paradigma baru di dalam dunia yang penuh 'magma' ini...HAPPY NEW YEAR 2011 PIPOL!!!



*Photo from google image
Read more ...

Thursday, December 30, 2010

Garuda Patah Sayap!!!


Mesti semua penyokong Malaysia puas hati, buah pinggang, limpa, usus, sum2 dan yang sewaktunya dengannya sebab kita menang piala AFF.Tapi, mesti kamurang semua tertanya-tanya apakah faktor kemenangan utama Malaysia?Sebenarnya masa indon dapat penalti mula2 tu, si Khairul Fahmi telah bertukar menjadi ultraman, tu yang senang2 ja dia safee tendangan tu.Tak caya?Ini buktinya..

Syabas Khairul Fahmi kerana berjaya mem'fire' bola itu daripada masuk ke pintu gol 
Selain daripada tu, beberapa faktor lain juga dikenalpasti sebagai penyumbang utama kekalahan indon di tangan Harimau Malaya.Antaranya:
1. Kegagalan pasukan indon memanfaatkan kelebihan bau 'Bungkag' (ketiak) yang dimiliki oleh pemain2 mereka seperti Okto.Jika mereka memanfaatkan sebaiknya kelebihan itu, kemungkinan mereka untuk kalah dengan jaringan yang lebih besar akan bertambah tinggi huahaha...
2. Serangan psikologi yang mereka gunakan telah mem'fire' mereka semula.Banner mereka yang berbunyi "Raja Gombal, di Jakarta kami hancurrr" telah menjadi kenyataan.Memang, syabas kerana telah berjaya menghancurkan diri anda sendiri ;)
Apapun syabas setinggi mountain daik bercabang 12 diucapkan kepada HARIMAU MALAYA kerana berjaya mematahkan sayap sang garuda & langsung meng'convert'kannya menjadi burung pipit hahaha.Dengar cerita ada sahabat blogger cakap hackers indon nak launch cyber attack pada Malaysia sebab tak boleh terima kekalahan.Oi, kalau da kalah tu buat la cara kalah, memang sudah adat pertandingan macam tu ada menang ada kalah.Tapi kalau kau still tak boleh terima kekalahan, peduli ku sana...ada aku kesah...Apapun, Tahniah HARIMAU MALAYA!!!!

*Bungkag = bahasa tempatan Sabah yg bermaksud bau ketiak melampau tahap gaban yang boleh membuatkan anda dimasukkan ke wad ICU sekiranya terhidu ;-D
Read more ...

Sunday, December 26, 2010

Tutorial : Bagaimana untuk membuka "blocked websites"

Anda mengalami masalah untuk meng'access' websites kegemaran anda seperti facebook, youtube, skype etc di tempat2 tertentu seperti di office, sekolah, universiti dan sebagainya?Jangan bimbang, ada penyelesaiannya!Memperkenalkan..... (macam buat direct selling la palek hehehe) Rilek bro2 & girl2, rilek...Tutorial ini akan memberikan anda jalan keluar kepada masalah ini.Tetapi sebelum itu, anda harus mengetahui bahawasanya (jeng jeng jeng) : Tindakan ente mengubah setting komputer ente adalah menjadi tanggungjawab ente sendiri.Ana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap ente sekiranya ente dikesan dan dihukum oleh bos @ pensyarah ente kerana melayari laman web yang tidak sepatutnya.DO AT YOUR OWN RISK, OK. ;)

VPN (Virtual Private Network) adalah solution terbaik kepada masalah ini.VPN boleh ditakrifkan sebagai sebuah rangkaian (network) yang "melapisi" rangkaian yang sedia ada.Melalui VPN, data yang bergerak melaluinya secara umumnya tidak akan dapat dikesan atau di "backtrack" oleh rangkaian yang mendasarinya (ISP-Internet Service Provider).VPN connection boleh dibayangkan sebagai sebuah "paip yang berada di dalam paip",dengan paip luar merupakan sambungan/connection asas yang akan membawa data kepada sumber yang seterusnya akan melakukan pemindahan data secara 'secure' di dalam network tersebut.Anda akan menjadi 'anonymous' kerana I.P address anda akan menjadi 'hidden' selepas anda mengaktifkan VPN...Bingung?aku pun,bingung jugak hahaha...ala senang cakap macam ni ja,VPN ni akan melapisi rangkaian/network yang sedia ada di dalam komputer anda untuk menjadikan anda 'hidden' dalam network tersebut dan seterusnya membolehkan anda melayari website dan servis yang anda mahukan...No Virus,no malware,totally safe..telah di terai test diatas platform Windows 7 Ultimate Operating System dan hasilnya memang....mantops!!!hehehe...;)

Namun begitu, kebanyakan VPN servis yang wujud ketika ini adalah merupakan servis berbayar, malah ada yang lebih mahal daripada bayaran bulanan broadband anda!(huhuhu) Walaupun demikian, demi untuk ente pembaca2 ku yang ku chentai sekalian, ana telah bersusah payah tunggang tebalik untuk mencari beberapa sumber VPN PERCUMA yang boleh di download tanpa was2.Berikut adalah beberapa sumber percuma VPN yang boleh anda cuba: (sila klik pada link dan anda akan di'redirect'kan ke download website)

Hotspot Shield

Hotspot Shield protects your entire web surfing session; securing your connection at both your home Internet network & Public Internet networks (both wired and wireless). Hotspot Shield protects your identity by ensuring that all web transactions (shopping, filling out forms, downloads) are secured through HTTPS. Hotspot Shieldalso makes you private online making your identity invisible to third party websites and ISP’s. Unless you choose to sign into a certain site, you will be anonymous for your entire web session with Hotspot Shield

Free VPN

It’s free and no need to register, but has forced URL redirect for ads display.FreeVPN has servers all around the world. If you want advertisements free and higher speed, you can pay for the premium servers.

proXPN

proXPN is a way to secure your internet connection for free. Your privacy and security are protected with their military-grade VPN featuring. It’s free of charge and has no ads.You have to register a user account in their website, and then you can download proXPN with your e-mail address and password.

VPNTool

VPNTool provides L2TP VPN tunnel for Windows 2000 and IPSEC VPN tunnel for Windows XP/Windows 7, both are secure and reliable. You can sign up an account from VPNTool website, download the VPN client and login with the account you have registered.Each account will be valid for one-month, and you can register new ones after expired.
Selamat meng'hacking' network komputer office dan kolej anda!!! ;)

P/S : Tutorial ini hanya bertujuan untuk perkongsian sahaja.Sekali lagi diingatkan, segala tindakan dan proses peng'installation' yang dilakukan oleh pembaca adalah diatas tanggungjawab anda sendiri.Sindri mau ingat haa....Tutorial ini juga adalah untuk menjawab pertanyaan seorang bro tentang bagaimana untuk melakukan muat turun sekiranya P2P services diharamkan di Malaysia.Well bro, this is the answer for your question....Sebarang pertanyaan sila drop di comment box.Selamat menerai ;)
Read more ...

Friday, December 24, 2010

Discomgoogolation ~ adakah anda seorang daripadanya?

Discomgoogolation, apa tu?Mau terbelit lidah menyebutnya..Perkataan yang mungkin membuatkan anda malas untuk membaca post ini, nampak macam 'nerd' ja topik ni.TAPI, mungkin anda adalah salah seorang yang menghidap 'penyakit merbahaya' ini (bahaya?biar betul..) Jadi, teruskan membaca untuk mem'brain-storming'kan minda anda...

Adakah anda merasa seperti tidak keruan, stress, tidak tenang, moody, dijangkiti demam panas, demam kepialu, demam malarindu dan sebagainya,(yang 3 terakhir tu saja aku tambah untuk menyedapkan masakan hehe) bila berjauhan dari....INTERNET?? Adakah aktiviti otak dan tekanan darah anda meningkat dengan drastik seolah-olah mendapat tenaga seperti gaban dan ultraman bila anda online?Jika jawapan anda adalah 'YA' untuk kedua-dua soalan di atas, maka dengan rasminya saya mengumumkan anda adalah seorang penghidap sindrom DISCOMGOOGOLATION!



Disebut sebagai 'dis-kom-google-lation', sindrom ini sebenarnya dialami oleh kebanyakan kaki online, terutama mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai 'online-gamerer','facebooker','twiterer','bloggerer','yahoorer','googlerer' dan pelbagai lagi 'rer' yang sewaktu dengannya.Di ambil dari kata dasar 'Discombulate' yang bermaksud 'bingung/keliru' (confuse), frust/kecewa (frustration) yang digabungkan dengan perkataan 'Google'.Menurut Dr. David Lewis (seorang psychologist),"when unable to get online, discomgoogolation take over".Bermakna, seseorang yang sentiasa dan sudah terbiasa menggunakan internet dalam kehidupan sehariannya akan mengalami sindrom ini sekira terputus hubungan dengan dunia internet.Ini boleh dibuktikan dengan melalui komen-komen anda, anda, anda dan saya sendiri juga (hehe) dalam facebook, twitter dan pelbagai social networking yang lain sekiranya line internet anda terputus mahupun bila broadband anda bergerak selaju siput gondang emas.Akan muncullah status di facebook @ twitter yang berbunyi seperti (contoh) "tuuut punya line,bikin panas","tuuut punya broadband, siput sedut belakang rumah aku lagi laju...tuuut", ataupun status melalui text message "oh tidak, karan rumah aku abis cas" dan pelbagai lagi status & komen yang secara tidak langsung membukti anda-anda dan saya sendiri adalah penghidap discomgoogolation...


contoh penghidap discomgoogolation tahap gaban ;)

Dalam kes-kes tertentu (yang kronik la, boleh tahan suda teruk diorang ni), sesetengah penghidap sindrom ni berpendapat adalah lebih baik rumah mereka tidak mempunyai karan (electricity) daripada tidak mempunyai perkhidmatan internet (tapi macamana mau connect to internet kalau takda karan?bengap betul juga orang yang cakap tu) malah ada yang sampai memberikan perhatian yang lebih kepada aktiviti online berbanding dengan 'aktiviti' dengan pasangan mereka sendiri.(gila ka apa,memang kronik tahap gaban suda ni)

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, boy-boy dan girl-girl pembacaku yang dihormati sekalian, bagaimanakah untuk menghindarkan diri kita daripada menjadi salah seorang penghidap sindrom ini?Salah satu jalan yang terbaik buat masa ini adalah, silalah pergi ke pusat internet service provider yang terdekat dengan anda dan mulalah melanggan pakej-pakej broadband dan talian tetap yang berlambak di pasaran sekarang hahaha..Untuk pengetahuan semua, sindrom ini memang tidak ada pengubatnya, so terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk mengawal ketagihan dan ketaksuban terhadap internet.Meminimakan aktiviti di internet mungkin salah satu jalan terbaik untuk menangani masalah ini (minima?jangan nak mengarut la hahaha).Kepada yang dah tersampuk sindrom discomgooglotion ni, tak dapek den nak nolong, sindri mau ingat la k....Pandai-pandailah kita meng'googolation'kan diri masing-masing okeyyy....tata ;)

 

P/S ~ bayangkan, sedang korang khusyuk meng'googolation'kan diri, tiba-tiba terjumpa page di atas ni...hahaha...kita fikirlah sama-sama...bye ;)
Read more ...

Wednesday, December 22, 2010

Mind Test


Saja ja mau test lu orang punya 'brain detection'..kalau yang jenis 'otak kuning' tu gerenti nampak benda lain...Benda lain, benda apa ah?Tu cuma LAMPU la....kenapa, lu orang nampak apa???mrgreen


Read more ...

Tuesday, December 21, 2010

Hanis Zalikha ~ The Next Big Thing???

Hanis Zalikha..sapa ni?Loyer, dokter, ahli mujik??Aku dah lama dengar nama ni, tapi tak pernah plak tengok wajahnya.Terus terang cakap, memang tak kenai la..(memang pun dia tak kenal aku).Tapi sekali nampak, adoi dogo mau bedarah hidung di buatnya...

Sedikit info tentang si gorjes ini : Hanis Zalikha Binti Zainal Rashid, lahir pada 9 October 1990 di Selangor.Seorang model, hot girl dekat Twitter www.twitter.com/haniszalikha & pelakon (filem Momok, tapi aku tak pernah tengok lagi??!).Pernah menang 2nd runner up dalam pertandingan Malaysian Dream Girl (rancangan realiti 8tv kalau tak silap, ala-ala American Next Top Model.Info lanjut sila rajinkan diri anda untuk menggoogle.Kalau malas mau menggoogle silalah menyibuk ke facebook fan page beliau di sini  atau belognya di sinun.Untuk melihat resume Hanis Zalikha dekat Nuffnang klik sini).Aku sebenarnya secara tak sengaja telah tereksiden masuk ke dalam blognya http://www.inibelogsaya.blogspot.com/ dan mak aih..Blog dia ni tercalon dalam kategori Nuffnang Asia Pasific Blog Awards - Best Celebrity Blog.


Siapa, dimana, bagaimana??Enjin Carian Google juga turut mencatatkan nama beliau sebagai selebriti yang menghuni carta top 10 (No.6) dalam carian google Malaysia, mengalahkan citibank di tangga ke-9...Ops salah, Siti Nurhaliza.Tak caya?Tengok carta di bawah.


Hebat betul si gorjes ni kan..dah la hebat, cantik gila bro..gila pun tak cantik macam dia...nak tengok gambar?nah hambik...



         Mak aih...ble kena resdung kalau tenung lama-lama...         

Want some more?Nak lagi?korang google la sendiri...lepas tengok gambar-gambar si gorjes ni,aku terasa macam mau nyanyi sikit la..hadoi....tak sanggup lagi aku, melihat gambar itu....lama2...nanti abis semua darah keluar, dari hidung ku..(nyanyi pakai melodi lagu awie-tragedi oktober ok ahahaha). Apa yang pasti tentang gadis ini, dia telah membuatkan aku terkedu seketika dengan gaya penulisan dalam blognya.Superb, 2 thumbs up!!! Mungkin itu adalah salah satu faktor utama yang mengangkat namanya dalam Google search dan menjadikannya antara 'the fastest rising people', ditambah lagi dengan pakej kecantikan yang dimilikinya...itu sudah pasti bro...

Apapun good luck kepada si jelita pemilik nama Hanis Zalikha, mungkin anda adalah "The Next Big Thing" dalam industri hiburan Malaysia.Cuma mungkin tak lama lagi, berduyun-duyunlah VVIP cari nombor Henpon engkau ni...Just be careful of "crocodile land" out there, okey dear...chowcinci...... ;)

Read more ...

Thursday, December 16, 2010

RM1 lagi pergi mana???


Konpius betul kepala hotak hamba memikirkannya.Anda bagaimana? Renung-renungkan dan selamat beramal.;-)
Read more ...

Wednesday, December 15, 2010

Upgrading continues...

Read more ...

Tuesday, December 14, 2010

SURAT CINTA TIPAH

Tipah budak kampung,tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal-usul. Pakaian seksi maut,
bercinta pula dengan lelaki mat saleh. ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksen si Tipah, sehingga satu hari dia ternampak boyfriendnya tadi dengan wanita yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tipah menangis 3 hari 3 malam. Pada malam ke empat, Tipah mengambil sehelai kertas dan mula menulis untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki dgn mat saleh yang baru sebulan dikenalinya.

Beginilah bunyi surat yang ditulis oleh Tipah Binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri"...

......................................................................................................

Dear Mike,
I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself.
You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood tree. First-first I think my friend lie me. But now I know you
correct-correct play wood tree.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result is very correct,
because you love her very high from me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver...
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tipah


Moral of the story ~ think cook-cook before kapel with men white..mwahahaha lols ;-D

Read more ...

Sunday, November 28, 2010

P2P (Peer-To-Peer) Download bakal diharamkan di Malaysia?

SYABAS!! Setelah sekian lama kita 'dinikmatkan' dengan muat turun 'haram' percuma, akhirnya Akta Liabiliti ISP akan di bentangkan di Parlimen Malaysia bulan depan bagi menghalang muat turun haram di internet.(berita buruk kepada para kaki illegal download sebenarnya huhu).Akta yang bakal diperkenalkan ini akan memberi tekanan @ dalam bahasa kasarnya 'memaksa' pihak ISP (Internet Service Provider-Penyedia Rangkaian Internet seperti TM, DiGi, Maxis,Wimax etc) untuk mengenakan tindakan samada mendenda @ menamatkan / menyenarai hitamkan akaun pengguna yang melakukan aktiviti muat turun haram melalui P2P.Apa barang P2P ni? P2P (Peer-To-Peer) dalam bahasa mudahnya adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna internet di seluruh dunia berkongsi segala isi benda yang ada di dalam cakera keras (hard disk) komputer pengguna,yang mana pada ketika ini kebanyakan pengguna P2P lebih bertumpu kepada perkongsian muzik, video & installer(software). Di antara aplikasi P2P yang popular digunakan oleh para kaki download di Malaysia (di seluruh dunia sebenarnya) adalah seperti Ares, LimeWire,U-Torrent, Bitcommet, aMule, FrostWire, Allpeers dan banyak lagi.Selepas Napster berkubur beberapa tahun yang lalu di zaman dial-up 56 Kbps, (kaki download otai memang tahu la apa benda Napster ni) P2P merupakan merupakan cara paling popular untuk memuat turun bahan secara PERCUMA dari internet.


Gambar menunjukkan bagaimana P2P file sharing berfungsi

Melalui P2P, kelajuan download sesuatu bahan itu ditentukan berdasarkan bilangan pengguna yang berkongsi  file yang hendak kita download itu.Semakin ramai yang berkongsi file itu (seeder),maka semakin lajulah kelajuan download tersebut & begitu juga sebaliknya sekira kurang pengguna yang berkongsi file tersebut,maka slow la kelajuan download itu.Tapi terus terang cakap, aplikasi P2P ini akan bakal membuatkan talian internet anda berjalan seperti kura-kura yang sakit kaki..Disebabkan oleh sebab itu maka pihak ISP seluruh dunia termasuk di Malaysia menghadkan tahap kelajuan P2P kerana talian internet akan terbeban secara mendadak apabila pengguna memulakan proses download melalui aplikasi P2P.Antara enjin carian yang popular dalam mencari file untuk di download bagi aplikasi P2P adalah seperti mininova www.mininova.org & piratebay http://thepiratebay.org/  (ada banyak lagi sebenarnya, ni yang aku selalu guna hehe).

Berbalik kepada Akta Liabilliti ISP, sekiranya akta ini diluluskan untuk digunapakai di Malaysia, maka  berakhirlah  zaman  'free download' para kaki download seMalaysia (ya ka?rasanya...oren haha).Untuk pengetahuan anda, muat turun P2P & 'direct download' adalah dua benda dan cara yang berbeza.Jadi, seandainya P2P download di haramkan di Malaysia,apa akan terjadi dengan 'direct download'?Bagaimana pula dengan VPN, tflux, seedbox? Saya tidak akan mengulas @ menunjukkan bagaimana caranya, kerana yang 'illegal' tetap  'illegal' walau bagaimanapun caranya.Kemajuan teknologi,terutama 'Open Source Tech' adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka.Bak kata seorang sahabat online, "They always one step ahead".Anda fikirkan sendiri.Rajin meng'google' tangga kejayaan ;) 


Read more ...

Monday, September 6, 2010

Archive : Yahudi Zionist, Freemason, Illuminati

Ini cerita lama,tapi mgkin ada di antara kita yg trlepas pandang.Gua secara x sengaja tergoogle benda ni..ni cover album dewa19, album Laskar Cinta...what do u see?Sekali pandang, xda apa2 kn, cuma bintang 8 bucu saja..now, go to d next photo...




Dan ini adalah khaligrafi kalimah 'ALLAH'.kalimah yg dibulatkan dnamakan sbg 'LAFDHUL JALALAH' yg juga membawa maksud 'ALLAH'.skrg,bandingkan khaligrafi yg dibulatkan dengan lambang bintang dlm album laskar cinta dewa19.what do you see now?belum abis lagi, go to the next photo...



DAN ini, gambar Ahmad Dhani & the geng tengah konsert sambil memijak2 khaligrafi kalimah 
'LAFDHUL JALALAH' yg si dhani bangang tu cipta & jadikan hamparan di pentas untuk diorg pijak2...what do you think now???!!


Sikalang a kawan,apa macam..masih mau minat sma itu ahmad dhani punya group ka?haiya, minat pun susa..tak minat pun susa..pasal diorang punya music best ma huhu...gua pun manyak minat sama ini group, tapi sindri mau ingat la a...



World Cup 'Jabulani' ball freemason illuminati conspiracy theory~Kajian Teknologi Islam terhadap bola 'Jabulani',pembabitan freemason illuminati dlm penghasilan bola 'Jabulani' (Jahbulon)



World Cup 'Jabulani' ball freemason illuminati conspiracy theory
~ maksud 'Jabulani'(Jahbulon) dalam perbendaharaan yahudi.
Jah berasal dari bahasa Kaldea ertinya ‘Tuhan’ dan di dalam bahasa Yahudi berarti ‘kehendak Tuhan yang tidak terbatas kehendak-Nya’. Kata jah menunjukkan kekuatan yang nyata, harapan masa depan, dan sifat abadi (external existence of the most high).
Bul berasal dari bahasa Syiria artinya ‘Tuhan yang mutlak disembah karena mempunyai kekuatan dalam segala hal’.
On diambil dari kebiasaan masyarakat Mesir kuno, yang artinya ‘bapak kami yang berada di surga’. Sehingga gabungan dari ketiga komponen bahasa tersebut, Jah-bul-on adalah ‘Tuhan yang Mahakuasa dalam segala hal, yang patut disembah karena kekuasaannya tersebut’.
Akan tetapi, ditafsirkan pula bahwa jah artinya ‘Yahweh’(YHWH). Bul berasal dari ‘baal’ dan on mempunyai makna sama dengan Osiris (dewa Mesir kuno) bapak dari Horus. Jadi, Jahbulon adalah gabungan kata antara: yahweh, baal, dan Osiris yang juga merupakan kekuatan dari Tuhan Jehovah.For more info click here

Logo rasmi sukan Olimpik London 2012..menatang apa 1 mata ni??well, pikir sndiri la a....


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata (bermata satu), ia datang dengan membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya syurga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.” (Shahih Muslim No.5227)




Setelah no. 2012 yg trdpt pd badan '1 eye mascott' sukan Olimpik London ditunggang terbalikkn,maka terzahirlah prkataan 'ZION'.
2012 = 2102 = ZION = ZION + IS = ZIONIS ISRAEL

For more info, watch youtube at this link Secret Olympic Symbol 2012 & also search youtube for this keyword 'protocol of zion', anda akan terkejut melihat bagaimana semua tanda2 ini bercantum perlahan2 mnjadi konspirasi (@ fakta!!) yg menakutkan!!!

New World Order



Read more ...

Saturday, August 28, 2010

Apa GANYANG2 HAH!!!

Blog aku ni sebenarnya masih belum siap sepenuhnya lg,tp apa yg berlaku semenjak 2 menjak ni membuatkn aku terpanggil utk menulis sesuatu.Rasanya semua org tau apa yg aku mksudkan..apa lg kalau bukan kisah kebiadapan masyarakat tidak bertamadun negara seberang yang sesuka hati menghina JALUR GEMILANG malah melontar najis manusia ke arah kedutaan kita di sana!rasanya tidak ada seorang pun di antara kita yg lahir di bumi MALAYSIA ini yg tidak terbakar melihat tindak tanduk biadap binatang2 lahanat bangsa yg tidak tahu bersyukur dan berterima kasih itu!!

Huh, hatiku memang amat panas dan terbakar melihat insiden itu.Rasa seperti mau meletup dada ini menahan kemarahan melihat tindakan tidak waras kumpulan yg menggelarkan diri mereka kononnya sbg BENDERA JAHANAM itu.Memang dasar bangsa tidak tahu bersyukur, tidak pndai mghargai jasa org!Rakyat mereka berjuta org yg kita beri mkn di sini, malah ramai yg hidup lebih selesa berbanding di negara asal mereka itu.Di Sabah shj entah sudah berapa ramai mereka ini yg 'merompak' taraf kewarganegaraan penduduk peribumi Sabah....Masalah sosial, perompak, pencuri, perogol,dan bermacam2 'per' lagi, bangsa dari negara mana yg byk menyumbang dan mendatangkan masalah kpd kita di Malaysia ini??bukankah  lahanat2 dari seberang ini yang banyak mengotorkan negara kita??Apa yg kerajaan kita buat sebenarnya, sejauh mana ketegasan penguasa kita dlm menangani situasi ini?Org sudah baling taik kpd kita, tp kita hanya baling kertas (memo bantahan) sj kpd mereka...adakah itu cukup utk membuatkan mereka berhenti daripada mengulangi perbuatan biadap mereka itu???

Pendedahan dalam buletin utama bahawa kumpulan bendera yg mencetuskan situasi biadap itu sebenarnya diupah utk menimbulkan provokasi tersebut menimbulkan tanda tnya bg aku,adakah info itu benar @pun hanya sekadar ingin menyejukkan hati rakyat yg sedang panas membara ketika ini?Mmg ada relevannya tindakan utk meredakan keadaan itu, tp sampai bilakah kerajaan kita harus berlembut dgn kelakuan biadap rakyat negara seberang...aku tidak menyarankan sebarang tindakan ekstrem seperti yg dilakukan oleh mereka2 yg tidak bertamadun di negara seberang itu, tetapi perlihatkanlah ketegasan yg dlm cara menangani situasi ini.Perundingan antara menteri luar kita dgn mereka pada 6 september ini mungkin boleh dipercepatkan lg kerana bagi aku perkara ini adalah sesuatu yg perlu disegerakan kerana ianya membabitkan 'national security' kedua2 buah negara.keputusan dari pertemuan itu adalah amat penting dalam menentukan halatuju krisis antara kita dgn negara seberang itu,dan mempercepatkannya adalah satu tindakan yg bijak...

Konvensyen Geneva ada menyebutkan bahawasanya tanah yg dimiliki oleh sesebuah kedutaan itu adalah di anggap sebagai sebuah negara.Ini bermakna tanah kedutaan kita yg dilontar najis itu adalah sebahagian tanah air Malaysia.Menceroboh dan menduduki tanah berkenaan adalah sama juga dengan menceroboh kedaulatan Malaysia.Adakah fakta ini masih tidak cukup utk menggambarkan bagaimana kedaulatan negara kita telah dihina, dicabul dan diperlekehkan?Seandainya situasi ini berlaku di antara Korea Selatan dan Korea Utara, rasanya peperangan mungkin telah tercetus serta merta antara mereka.Tragedi sebegitu tidak mustahil boleh berlaku di antara kita & negara seberang itu,jika krisis ini tidak diselesaikan dengan cara baik dan bijak oleh penguasa kita..

Berikut adalah beberapa cadangan yg muncul dalam kepala hotak aku jika Malaysia ingin memperlihatkan ketegasan dalam menangani krisis ini :
1. Hentikan pengambilan pekerja asing dari indonesia SERTA MERTA.Jika perlu jg mengambil pekerja asing, pergi ke negara lain utk mndapatkn tenaga kerja itu.TIMOR LESTE adalah satu pilihan.
2. Panggil pulang semua pelajar2 kita di sana dan tempatkan mereka semula di IPTA/S kita sendiri utk menamatkn pengajian mereka. Rasanya jumlah 6 ribu pelajar kita di indonesia itu tidak telalu besar utk kita tangani dan serapkan kembali di institusi kita.
3. Panggil pulang semua golongan professional kita yg bekerja di seluruh sektor di republik itu. Biarkan indonesia sendiri yg menyediakan org mereka utk melakukn pekerjaan mereka. Tidak perlulah kita membantu lg mereka yg tidak bertamadun ini dlm tenaga professional, dan pada masa yg sma kita dapat menarik kembali guna tenaga professional utk kembali memberi sumbangan kpd prtumbuhan ekonomi negara.
4. Bagi media pula, gantung @ batalkan terus hak penyiaran semua rancangan televisyen dan filem yg berasal dari republik itu.Artis2 mereka jg perlu digantung @ dilarang sama sekali daripada memasuki Malaysia utk mengadakan konsert, promosi mahupun penjualan album.Boikot semua produk muzik dan perfileman mereka yg sudah sedia berada di Malaysia.Kenakan syarat ketat kpd mereka jika masih ingin mengadakan apa2 acara di masa akan datang di tempat kita sebagaimana yg mereka lakukan terhadap kita di negara mereka. 

Mereka perlu di berikan pengajaran yg setimpal di atas kebiadapan mereka itu.Bangsa kita bangsa MERDEKA, bumi MALAYSIA ini bumi BERDAULAT!!!Inilah masanya kita semua bersatu utk menentang petualang yg menghina bangsa dan tanah air kita tanpa mengira aliran politik yg kita anuti.Tidak kira apa bangsa anda, melayu india cina bajau dusun kadazan iban melanau dayak etc..Tidak kira apa agama anda,Negara MALAYSIA ini adalah negara kita semua...MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!! Merdekakan DIRI, merdekakan PERTIWI, merdekakan MINDA..Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-53 utk semua rakyat Malaysia, semoga kita semua akan menjadi lebih gagah dan perkasa utk mempertahankan maruah kita selepas peristiwa ini.MERDEKA!!!salam ramadhan utk yg muslim, dan salam sejahtera utk semua....



Read more ...

Tuesday, August 17, 2010

Long TIME!!

I'M BACK!! 1st of all, aslmkm wbt & salam ramadan buat semua.17 ogos 2010 bersamaan 7 Ramadan 1431 hijrah.Hari yang panas terik, tekak pun dah kering kontang da ni.x pa, sabar.Dugaan di bulan ramadan....

     Lama betul x menulis..Bukan apa,malas 1 hal, x da topik yg interesting untuk diperkatakan lg 1 hal..Hari ni ntah knapa tetiba plak siurang tergerak untuk menulis, tp x tau mo tulis apa....politik?aku malas da mo ckp pasal politik, p *#^@&$ la kamurang sna.(censored, bln puasa x leh mncarut hehe).Makanan?emm, topik paling best utk di'liur'kan masa bulan puasa ni, tp nti air liur meleleh la pla..lmbt lg waktu sungkai ni..Bola?ala, Chelsea da menang BPL opening game, drogba score hatrik, final score menang 6-0..nk ckp apa lg?Chelsea is the best team in the entire universe huehuehew....

    Hah, aku pn da blur ni, x tau mo tulis apa..maybe by next post la aku fikirkan sesuatu utk di'hentam', di'liur' @ di'perkritik'kan ok..anyway, aku rasa aku selesa dgn style penulisan sebegini, sempoi dan x formal, no protocol, no boundaries...& i think from now onward aku akan mula menulis dlm style penulisan sebegini..Ok la, i think thats all for now..Selamat berpuasa kpd semua saudara2 seIslamku,semoga kita akan beroleh manfaat dan pahala yg berlipat kali ganda di bulan rahmat ini..& kpd sahabat2 yg lain serta semua yang membaca coretan di blog ini, have a nice day to all of ya!see no evil,speak no evil,hear no evil..Mo pg cari sungkaian dulu, chowcinci....salam.....




Read more ...

Friday, August 13, 2010

UNDER MAINTENANCE..

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!