Sunday, December 14, 2008

AWAS!!ASID BENZOIK TINGGI DALAM MI!!!

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan terdapat mi kuning dan kuetiau yang dijual dalam pasaran mengandungi kandungan asid benzoik yang tinggi.

Kandungan tinggi bahan itu boleh mendedahkan pengguna dengan penyakit asma, rhinitis dan urticaria selain dikaitkan dengan keadaan hiper aktif di kalangan kanak-kanak. Pendedahan kandungan asid itu secara melampau hasil kajian CAP ke atas 30 sampel mi, kuetiau dan hor fun di beberapa pasar di sekitar bandar ini.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris memberitahu, menurut Akta dan Peraturan Makanan 1983 asid itu tidak dibenarkan dalam makanan berupa mi sebaliknya hanya boleh digunakan terhadap proses makanan seperti cili, produk kacang soya, belacan, pati minuman dan jeruk. Katanya, tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang makanan ialah tidak melebihi 1,000 bahagian per juta (ppm).

"Namun, hasil kajian CAP mendapati tahap ppm dalam mi, kuetiau dan hor fun di antara 1,285 hingga 4,912 ppm malah ada yang mencecah sehingga 5,354 ppm," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, asid tersebut dipercayai dicampur oleh peniaga dengan menyembur cecair itu ke atas mi untuk memastikan bahan makanan itu kelihatan segar dan boleh disimpan untuk beberapa hari. S. M. Mohamed memberitahu, dalam satu kajian yang melibatkan sukarelawan yang diuji dengan dos asid benzoik selama beberapa hari mendapati mereka mengalami ketidakselesaan, loya, sakit kepala dan lemah.
Read more ...

Thursday, November 27, 2008

Strok akibat SEKS!!

Seorang wanita berumur 35 tahun dari Illinois, Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang menyamai strok semasa melakukan hubungan seksual.

Kebas separuh muka, pertuturan yang tidak jelas sebutannya dan lengan kiri yang lemah telah membawa wanita itu ke hospital.

Lumpuh muka, pertuturan yang teruk dan lengan kiri yang tidak dapat digerakkan telah memaksa doktor untuk menggunakan ubat lerai darah beku di dalam otaknya dalam cubaan segera untuk menghalang strok daripada menjadi lebih teruk. Ia berkesan.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan peningkatan kesihatan yang cepat, dan simptom strok hampir tidak kelihatan langsung 12 jam selepas prosedur itu.

Doktor memberi perhatian lanjut terhadap kes ini memandangkan wanita berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular - masih muda, tidak merokok dan tiada masalah kesihatan yang serius.

Strok yang diakibatkan seks atau orgasma dikatakan jarang berlaku di kalangan orang muda, tetapi faktor yang bergabung untuk menyebabkannya berlaku bukanlah sesuatu yang baru. Hanya penyatuannya yang menjadikannya unik.

Dan masalah yang dihadapi wanita tadi dikelaskan sebagai gangguan jantung yang dipanggil PFO, di mana bukaan kecil pada dinding jantung antara kedua-dua bahagian atas jantung yang membenarkan darah melintasi jantung dan mengalir terus ke otak.

Moral of the story : agak2 la bro,jgn ingat sedap ja...;-P
Read more ...

Sunday, November 16, 2008

Maut BERDENGKUR!!!

BERDENGKUR mungkin tanda keletihan, tetapi apabila dengkuran itu mengganggu lena teman tidur, ia sebenarnya satu seksaan.
Berdengkur adalah normal. Malah, dalam kajian Synovate Omnibus Jun lalu, 62 peratus mereka sudah berkahwin tidur berdengkur. Daripada jumlah itu, 63 peratus adalah Melayu, membabitkan 66 peratus lelaki.
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang, Dr K Gopalan Nair, berkata dengkuran terjadi apabila udara tidak boleh bebas keluar masuk melalui hidung dan mulut ketika tidur.

Dengkur adalah normal dan lebih banyak di kesan pada lelaki berbanding perempuan.
Bagaimanapun,ada juga kes berdengkur sebenarnya adalah kes obstacle sleep apnea (OSA). OSA adalah masalah dengkuran yang sangat serius dan boleh membawa maut.OSA berbeza dengan dengkuran biasa kerana seseorang itu akan berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih dalam tidurnya.

Punca berdengkur:
1.Faktor fizikal
  • Rahang yang rendah
  • Hidung tersumbat
  • Tonsil bengkak atau anak tekak yang besar
  • Berusia
  • Putus haid
2. Faktor gaya hidup
  • Obes
  • Mengambil alkohol
  • Pengambilan sesetengah jenis ubat
  • Merokok
  • Alahan bermusim seperti selsema dan hidung gatal
Moral of the story : Amalkan gaya hidup sihat

Read more ...

Tuesday, October 28, 2008

AMARAN : UBAT BATUK!!

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan.
Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik.

Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik.

Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE .

Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya.

Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant
Plus Dietary Supplements
Acutrim Maximum Strength
Appetite Control Alka-Seltzer Plus
Children's Cold Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren)
Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
BC Allergy Sinus Cold Powder
BC Sinus Cold Powder
Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
Contac 12 Hour Caplets
Coricidin D Cold, Flu & Sinus
Dexatrim Caffeine Free
Dexatrim Extended Duration
Dexatrim Gelcaps
Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
Dimetapp Elixir
Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
Dimetapp 4 Hour Tablets
Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
Naldecon DX Pediatric Drops
Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
Triaminic DM Cough Relief
Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
Triaminic Syrup Cold & Allergy
Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry
3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda.

Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA CETAK RISALAH INI.

INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS.

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI
AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.


Sumber : Perisik Rakyat
Read more ...

Tuesday, October 21, 2008

Freemason : Dajjal yang memerintah dunia!!!


Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul daripada asal yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Ia kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat. Kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung.
Asal-usul
Kultus kuno
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.
Kesatria TemplarFreemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.

Persatuan tukang batu
Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

Sejarah
Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

Struktur organisasi
Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.

Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Gerakan Freemason
Freemason di Amerika Syarikat
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.

Freemason di Iraq
Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di MalaysiaFreemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemson untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:




Singapura: 3 loji
Kuala Lumpur: 3 loji
Pulau Pinang: 1 loji
lpoh: 1 loji
Kuantan: 1 loji
Kuching: 2 loji
Port Dickson: 1 loji
Port Klang: 1 loji
Taiping: 1 loji
Kota Kinabalu: 1 loji
Bangkok: 3 loji
Pattaya: 1 loji

Israel dan Freemason
Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33 , Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan Setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi / Israel iaitu Freemason . Freemason agalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada tuduhan , ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.
Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya.

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

Kristian dan Freemason
Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer (Iblis) sebagai tuhan.
Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.
WALLAHUALAM








Sumber Asal : Wikipedia

Read more ...

Thursday, September 11, 2008

Kisah setia seorang sahabat di malam raya.....sedih woooo

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. "Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

moral of the story : jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar
~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.
Read more ...

Monday, September 8, 2008

Lemak badan bantu lelaki elak MAUT!!

DORTMUND: Seorang mangsa samun di Jerman terselamat meskipun terkena tembakan selepas peluru itu terlekat pada lemak badannya. Malah, Rolf Mittelhaus, 49, tidak sedar dia ditembak sehinggalah diperiksa selepas melaporkan serangan berkenaan kepada polis, dua hari kemudian. "Penyamun menyerang saya dan saya terdengar letupan kuat tapi saya mabuk dan tidak mengetahui apa berlaku; saya juga tidak berasa sakit," katanya kepada polis di sini.Pegawai perubatan menemui peluru itu terlekat dalam gumpalan lemak pada badan Mittelhaus ketika pemeriksaan mengesan kecederaan.
(Sumber: Berita Agensi)

Moral of the story-simpanlah lemak banyak2 sikit di badan tu,maybe it can help u one day ;-p
Read more ...

Wednesday, September 3, 2008

Puasa Oh Puasa....

MENYAMBUT ketibaan bulan puasa, mungkin tidak keterlaluan jika dianggap sebagai sebahagian daripada perayaan, terutamanya apabila dikaitkan dengan makanan.Pelbagai jenis makanan dan kuih-muih boleh ditemui. Selain itu, kaum lain juga lebih berpeluang untuk mengenali hidangan tradisi masyarakat Melayu yang sukar ditemui melainkan bulan puasa.

'Pesta makanan' ini bukan sahaja boleh dilihat di pasar-pasar malam atau bazar Ramadan yang seakan cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi juga di hotel-hotel mewah yang menawarkan bufet Ramadan yang tidak terkira banyaknya dan tentunya menyelerakan.

Dalam keseronokan kita memenuhi selera, ramai di kalangan kita yang mengalami masalah gangguan sistem pencernaan disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat.Makan secara berlebihan amat lazim berlaku semasa berbuka puasa. Setelah sehari suntuk berpuasa, sesetengah individu tidak dapat menahan rasa lapar dan makan secara tidak terkawal.Perbuatan ini bukan sahaja membebankan dan menjejaskan sistem penghadaman, malah mengakibatkan seseorang itu dibelenggu masalah sistem pencernaan, seperti kembung perut, pedih ulu hati, cirit-birit, sembelit dan sebagainya.

Bazar Ramadan atau gerai-gerai makanan di tepi-tepi jalan dengan makanan yang tidak ditutup akan mendedahkan makanan kepada pencemaran, seterusnya mendedahkan pelanggan kepada risiko keracunan makanan.Terdapat juga di kalangan peniaga yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan dalam proses penyediaan makanan.

Pelanggan mungkin mengalami cirit-birit akibat termakan hidangan yang tidak disediakan dengan cara yang bersih. Jenis makanan yang diambil juga merupakan salah satu faktor penting bagi kesihatan sistem pencernaan.Makanan yang tinggi dengan karbohidrat ringkas dan lemak, tetapi rendah dengan serat boleh mengakibatkan masalah sembelit.

Masalah sembelit biasanya merujuk kepada kesukaran membuang air besar. Kurangnya pengambilan air dan ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal semasa berpuasa akan meningkatkan risiko sembelit.
Selain sembelit, tidak kurang juga yang mengalami masalah kembung perut. Punca utama yang mengakibatkan perut berangin adalah disebabkan oleh penghasilan gas yang berlebihan akibat daripada sistem pencernaan yang kurang baik.Makanan yang tidak sihat turut menjejaskan sistem penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus dan seterusnya menghasilkan angin yang berlebihan.
Di samping itu, cara makan yang gelojoh semasa berbuka puasa juga boleh menyumbang kepada masalah ini dengan kemasukan angin yang berlebihan ke dalam perut.

Usus menjadi habitat kepada berjuta-juta mikroorganisma (flora usus) dan ratusan spesiesnya. Kebanyakan daripada bakteria ini terdiri daripada bakteria bermanfaat dan berfungsi dalam proses sintesis vitamin, perangsang sistem imun dan sistem pertahanan badan terhadap virus dan bakteria berbahaya.
Keseimbangan bakteria berbahaya dengan bakteria bermanfaat perlu dikekalkan bagi membolehkan sistem pencernaan berfungsi secara normal.Namun, keseimbangan ini boleh terganggu disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik yang kerap, penyakit dan juga peningkatan usia.
Untuk menggalakkan sistem usus yang sihat, probiotik iaitu bakteria hidup yang bermanfaat boleh diamalkan di sepanjang tempoh berpuasa bagi menangani masalah pencernaan dan kesihatan usus secara amnya.
Probiotik dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM® dan Bifidobacterium terbukti secara klinikal boleh mengembalikan keseimbangan bakteria usus dengan menambahkan bakteria bermanfaat, sekaligus merangsang sistem pencernaan yang lebih sihat dan mengurangkan masalah cirit-birit, simbelit dan kembung perut.

Dengan sistem usus dan pencernaan yang sihat, daya ketahanan badan akan dipertingkatkan. Antara amalan pemakanan yang boleh diamalkan di sepanjang Ramadan, termasuklah:
* Diet seharusnya lebih ringkas. Ambil makanan yang lambat dicerna seperti bijirin penuh, oat, kekacang dan lentil semasa bersahur.
* Berbuka puasa dengan kurma dan jus buah-buahan untuk tenaga segera.
* Pilihlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan untuk mencegah sembelit dan memudahkan penyingkiran bahan kumuh.
* Elakkan makanan goreng dan pedas untuk mengelak masalah pencernaan dan iritasi perut.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.Mudah2an segala amal kita akan diberkati ALLAH S.W.T. amin


Read more ...

Friday, August 29, 2008

Under construction....

This blog is under construction.please wait for the update,ok....
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!