Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu, 5 Percenters & Illuminati

Salam blogger.Lama tak asah pedang cyber.Hari ni gua mau kasi hantam ini minah yang memang bengong punya olang..Sungguh berani dia langgar ini tempat, dia talak tau ka ini tempat Min Siam yang punya?Suka hati mak tiri belah bapa saudara dia saja mau langgar a..hehe..Merapu lg...Ok serius.Min Siam mau cakap pasal hal serius kali ni.Pasal artis yang terpaksa batal konsert tu, Erykah Badu.

Baiklah, isu yang sangat sensitif.Itu yang boleh gua katakan.Pembatalan konsert Erykah Badu hari ini sememangnya mendapat respon yang pelbagai.Ada yang setuju, ada yang tidak.Relevan atau tidak pembatalan konsert tersebut?Bagi gua ya, memang patut dan relevan.Sebabnya?Mempersendakan dan menganggap agama seperti bahan yang boleh diabstrak atau dipertontonkan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Gua terbaca beberapa posting dalam fb mengenai hal si Erykah Badu ni.Ada diantaranya mempertikaikan, "pasal tatoo saja pun kena ban ka?".Hello, walaupun negara Malaysia ni negara Islam yang boleh dikatakan hanya pada nama saja, tapi Islam tetap agama 'PERSEKUTUAN' negara ini dan penduduk Islam juga adalah penghuni majoriti negara ini.Sensitiviti dan kesucian agama Islam perlu dijaga dan dipertahankan.Tidak ada satu pun agama yang wujud di atas muka bumi ni tidak kiralah samada Islam, Kristian, Buddha dan yang lainnya yang sanggup melihat agama masing-masing dicemar atau dipersenda seperti bahan permainan.Gua tidak tahu tentang agama lain, tapi Islam memang tidak dapat bertoleransi dengan tindakan mempersenda dan memprovokasi kesucian agama Islam.Dan bagi gua sendiri, untuk Islam gua sanggup mempertahankannya dengan apa yang gua ada, hatta dengan nyawa sekalipun!

Logo yang terdapat pada website fahaman 5 percenters...
Baiklah.Berbalik kepada Erykah Badu.Menurut beberapa sumber dan carian yang gua lakukan sendiri, penyanyi yang berasal dari US ini adalah pengikut ajaran '5 Percenters' iaitu kumpulan 'serpihan Islam' yang dianuti oleh ramai golongan kulit hitam terutamanya 'Rapper' yang berpusat di New York.Fahaman ini juga mengangkat 'ALLAH' sebagai tuhan, TAPI dalam bentuk dan sifat yang jauh bertentangan dengan kepercayaan Islam yang dianuti oleh majoriti komuniti Islam dunia.Fahaman ini mempunyai maksud dan terjemahan sendiri mengenai akronim ALLAH itu sendiri.Bagi mereka, akronim ALLAH adalah mewakili perkataan "Arm, Leg, Leg, Arm, Head".(Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang agama dan rujuk link/sumber yang diberikan dibawah, gua disini cuma ingin memberikan info dan berkongsi gambaran asas berdasarkan apa yang gua baca saja)

WALLAHUALAM!.Terkejut?Pada mulanya gua memang terkejut dengan apa yang gua baca tentang kelompok yang menganuti fahaman ini.Mungkin atas dasar fahaman inilah, Erykah Badu sanggup mentatookan badannya dengan kalimah ALLAH..Namun itu tidak dapat menjustifikasikan tindakannya, kerana tatoo itu sendiri haram pada ajaran Islam yang sebenar dan tindakan pembatalan konsertnya di Malaysia adalah satu tindakan yang tepat.Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan insiden dan isu sebegini kerana ini bukan pertama kali artis antarabangsa datang ke Malaysia dan menyinggung sensitiviti masyarakat Islam disini.Satu garis panduan yang lebih jelas seharusnya diwujudkan oleh pihak berwajib sebagai guideline kepada artis-artis antarabangsa yang ingin datang untuk membuat persembahan di Malaysia.

Untuk tiket percuma ke konsert Jessie J live in KL, klik SINI
Untuk update konsert terkini artis antarabangsa di Malaysia, klik di SINI

Illuminati
Kenapa gua mengaitkan Erykah Badu dengan pertubuhan sulit ultra-zionis ini?Kepada yang mengikuti dan memahami simbol-simbol sulit pertubuhan tentera dajjal ini, sudah pasti akan dapat mengagak dengan serta merta apa yang gua maksudkan.Bagi yang kurang faham, sila perhatikan lambang berikut, dan bandingkan dengan tatoo piramid yang tercacah pada tengah-tengah dada penyanyi tersebut...




Get the point?Terang lagi bersuluh bukan?Buka mata buka minda, tanda ada dimana-mana bagi mereka yang mahu mengkaji dan berfikir..Gua sebenarnya heran, kenapa sejak akhir-akhir ini Islam diserang dengan begitu hebat sekali oleh 'musuh-musuh gelap dan terang' ini?Lihatlah dimana-mana, Islam ditindas dan diperangi secara halus dan sulit oleh golongan kafir dan pasukan tentera dajjal ini.Adakah mereka takut dengan kebangkitan Islam?InsyaALLAH, janji ALLAH itu pasti.Panji-panji Islam akan berkibar semula di akhir zaman..Dan rasanya masa itu semakin hampir.....As-Salam...





Read more ...

Monday, February 20, 2012

Persamaan Antara Corporate & Keparat


Dua terma yang hampir sama bunyi, tapi berbeza maksud.Namun pada hakikatnya, dua-dua pun sama ja 2x5.Golongan corporate = golongan elit yang berkedudukan tinggi dalam hierarki kekayaan dunia.Manakala golongan keparat pula?Kebanyakannya terdiri daripada golongan corporate.Golongan makan duit rakyat, perah titik peluh orang lain untuk memenuhkan kantung sendiri.Siapa setuju angkat jari?Senang cerita tekan 'like' aja la kan....

Pakaian branded, makan restoran 5 star, main golf, kereta mewah etc adalah life style golongan corporate.Golongan keparat pula?Pun sama jugak, takda beza.Untouchable, tidak boleh dikritik, sikap double standard, talam 14 muka dan bermacam-macam lagi adalah kriteria yang melengkapkan ciri-ciri seorang manusia untuk bergelar orang corporate , yang sebenarnya lebih senang untuk disebut sebagai keparat..Setuju lagi?bagusss.....Kamurang memang best....

Kenapa gua tetiba mencarut tentang hal ni?Sebab menyampah?Memang betul.Selalu sangat terjumpa dengan orang-orang keparat ni menyebabkab medula oblongata gua sering tidak stabil.Salah satu golongan yang sering gua nak tembak dengan senapang gajah.Hey bro, gua tak kisah la banyak manapun harta lu ada, tinggi manapun pangkat yang lu pegang, tu semua Allah pinjamkan saja untuk lu, bila-bila masa ja Dia boleh ambik balik...Ingat boleh bawak masuk kubur ka semua tu?Lagi-lagi kalau cara lu dapatkan semua tu dengan cara  taik, jawab la nanti dalam kamar 7 kaki dalam tu...

Bugatti Veyron.Harga sebijik?1.7 Million USD.Perrgghh gua cakap lu...
Siapa orang Malaysia yang ada kereta ni?Tanya encik Google (^__^)
Untuk sesuatu yang lebih hebat daripada Bugatti Veyron, tekan sini


Gua tak ambik port sangat dengan kekayaan dan pangkat ni, serius.Namun kalau diberikan peluang dan rezeki untuk pergi ke arah itu, kenapa tidak dicuba..Tak gitu?Tapi rasanya gua tak perlukan semua itu.I just want to live as an ordinary men, living in an ordinary world.That's it.Simple..Tak payah pening kepala pikir pasal kereta Bugatti Veyron yang road taxnya 24k setahun kena calar atau kena rompak, tak payah pikir macamana nak larikan diri dari LHDN yang sentiasa kejar orang-orang keparat yang tak mau bayar income tax, dan tak payah pening kepala cari proksi untuk letak nama orang lain atas rumah mahligai berjuta ringgit semata-mata nak lari dari SPRM.Bersyukurlah dengan apa yang ada..


Off topic pula.Baiklah, back to the topic.Gua sebenarnya hairan dan pelik, apasal golongan elit dan corporate ni perangai banyak yang macam taik ha?Memang bukan semua, ada jugak yang baik sebenarnya tapi kebanyakannya memang memiliki perangai keparat.Berjalan hidung tinggi, cakap tinggi melangit.Kalau tak berlagak memang tak sah.Eksen mengalahkan mangkuk tingkat.Engkau pergi la berkawan dengan spesies macam kau juga k, gua tak pakai dan tak minat untuk join dan ikut cara taik lu.Gua tak heran dengan status dan duit yang lu ada.Gua lagi selesa dengan kedai mamak daripada restoran 5 bintang lu.Pigi mampos.Go to hell & burn yourself.Chaiss haik ptuih.Hambik kau Min Siam mencarut..

Tu ja lah.Sakit hati dan menyampah ni kalau nak diceritakan berminggu-minggu pun takkan habis.Pendek kata, sabar saja la labu..Lumrah dunia memang begitu.Manusia tiada yang sempurna.Dan ketidaksempurnaan itulah yang mencorakkan dunia sebenarnya.Salam...




Photo Credit : Google Images

Read more ...

Wednesday, February 8, 2012

Kakiku Di Bibirmu

"Bro, lu ada pulus ka sekarang ni?Kalau ada bagi wa pakai dulu sikit, nanti wa dapat duit wa ganti balik duit lu.Amacam, ok ka?" "Ok ba kalau kau bro, takda hal..Nah pakai la dulu".

Sebulan kemudian, terserempak di suatu lokasi....

"Aik bro laju ja jalan.Sibuk ka?" "Ya bro sibuk ni mau cepat.Lain kali kita cerita bro....." 

Aik???Buat-buat lupa pulak???

Gua bengang betul la dengan perangai mangkuk macam ni.Waktu minta tolong bukan main lagi merayu itu ini, buat muka seposen..Sudah ditolong buat-buat lupa la pulak.Macam sial punya perangai..Kecik-kecik tak nak mampos, sudah besar menyusahkan orang.Kalau gua ni ada pencetak duit boleh cetak balik bila duit habis takpa juga, ini sama jugak macam lu ada masa masyuk ada masa kempis...kalau setakat 2 3 ringgit takpa jugak, ini boleh setel belanja dapur sebulan..Asbestos jengkreng kongkeng punya kawan betul la lu ni bro...


Tapi takpa la, kalau lu tak mau bayar dan terus buat-buat lupa takpa..Tapi lain kali kalau lu datang lagi nak minta tolong dengan gua, kirim salam.Gua simple ja, sekali lu break my trust, sampai mati gua akan ingat perangai taik lu.Sekali kena takpa, tapi untuk kali kedua sorry.Jujur gua cakap, gua memang teringiiiiiiin sangat untuk menyampaikan kaki gua ke bibir lu macam yang Bruce Lee buat ni tapi takpalah, lu teruskan ja lah dengan perangai sial lu.Nanti satu masa akan ada juga tangan atau kaki yang mencium bibir lu, dan gua harap-harap bukan pedang la yang naik ke leher lu...Ok....

Sekian luahan hati Min Siam.Huh, bikin panas betul la dapat member macam ni.Haprak punya kawan...Tak di tolong member, sudah di tolong buat taik la pulak....Lu memang sial punya kawan la bro...Pui.Nasib la apa boleh buat.....Hmmm...


P/S : Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis?Sendiri mau ingat.Jangan salah pilih kawan, nanti kena kena kencing macam gua huhu....Salam...




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!