Underground dan mainstream.Dua terma yang mempunyai analogi dan halatuju yang sangat jauh berbeza, umpama langit dan bumi.Dari segi pengertian bahasa, underground bermaksud 'bawah tanah' manakala mainstream pula membawa maksud 'arus perdana'.Jika dilihat dari istilah pula, underground diterjemahkan sebagai 'melawan arus, rebel dan anti-establishment', manakala mainstream pula lebih bersifat 'mengikut aliran semasa, trendy dan menjadi tatapan umum'.
Baiklah.Entry aku kali ini akan melihat sudut pandangan kedua-dua terma tersebut dalam bidang muzik.Jika dilihat secara halus, kebanyakan pemuzik / penyanyi / peminat yang mengikuti aliran underground sangat membenci aliran mainstream.Sekitar tahun 90an sehingga awal millenium, rata-rata pemuzik aliran underground sangat anti kepada aliran arus perdana kerana golongan mainstream dan 'pihak Yang Berkenaan' melihat pengikut aliran underground sebagai mereka yang rosak akhlak dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti terlarang (drug, seks bebas, alkohol etc) padahal underground sebenarnya hanyalah satu medium untuk mengekspresikan diri melalui muzik.Memang benar, terdapat juga kewujudan unsur-unsur negatif seperti yang dinyatakan, tetapi jika difikirkan secara logik, dunia mainstream juga mempunyai situasi dan masalah yang sama, cuma tidak di'highlight'kan sepertimana dengan scene underground..
Butterfinggers, salah sebuah kumpulan muzik yang dulu kuat berjuang melawan arus
Butterfinggers, salah sebuah kumpulan muzik yang dulu kuat berjuang melawan arus
perdana di dunia underground.Walaupun semakin terapung ke permukaan mainstream,
namun tetap memegang erat ideologi independant bersama mereka..
Untuk makluman kepada mereka yang kurang jelas tentang definisi muzik underground, sebenarnya ia tidak terbatas kepada muzik rock sahaja.Semua genre muzik boleh tergolong dalam terma underground.Pop, Jazz, Fusion, HipHop etc juga mempunyai scene underground mereka yang tersendiri.Sesebuah kumpulan muzik/penyanyi/pengkarya itu dikategorikan sebagai undergound sekiranya mepunyai ciri-ciri D.I.Y (Do It Yourself) ~ mencipta & menyanyikan lagu sendiri, memasarkan lagu demo tape/cd/digital sendiri tanpa melalui mana-mana label rakaman, bersifat bebas (independant) serta mencari inisiatif sendiri untuk bermain/membuat persembahan dalam gig-gig dan mini konsert.Ada juga yang sekadar berkarya untuk suka-suka disebabkan minat, bukannya untuk mengejar wang ringgit atau glamour.Istilah 'Indie' (independant) yang digunakan oleh kebanyakan kumpulan muzik/penyanyi sekarang sebenarnya bermula daripada istilah underground.Cuma diubah sedikit supaya boleh diterima umum, kerana diakui memang istilah underground agak 'kasar' dan memang wujud kelompok pemuzik 'rebel' di dalam dunia muzik underground.Contoh pemuzik rebel underground Malaysia, kumpulan A.C.A.B.Memang rebel gila babas diorang ni, tak caya dengar lagu ni...(A.C.A.B itu sendiri membawa maksud All C*ps Are Bastard..)
Beberapa faktor lain kenapa pemuzik/pengkarya underground membenci dunia mainstream :
- Kebebasan untuk berkarya terbatas.Kebanyakan mereka enggan untuk berkerjasama dengan recording company walaupun dijanjikan habuan lumayan.Ini adalah kerana label rakaman akan menapis hasil karya mereka & hanya karya yang 'boleh jual' sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dirakamkan/dipasarkan.
-Sikap label yang rata-rata mementingkan wang ringgit daripada kualiti karya.Kebanyakan pemuzik underground berkarya untuk kepuasan dan mengekspresikan diri mereka melalui muzik, bukannya untuk wang ringgit.Kreativiti mereka dalam penghasilan lagu akan terbatas kerana perlu menuruti kehendak label yang berpaksikan kepada keuntungan tanpa memperdulikan kualiti karya.
Dayang Nurfaizah, salah seorang penyanyi Pop R&B Malaysia yang
sangat aku respek dan minati kerana berjaya berdiri segah nama
sangat aku respek dan minati kerana berjaya berdiri segah nama
besar lain walaupun bergerak secara independant...
Mainstream pula, seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, adalah aliran arus perdana yang yang sentiasa memaparkan trend dan ikutan terkini, tidak kira dari segi muzik, berita, fesyen dan sebagainya.Jika dilihat dari sudut muzik, wang ringggit dan glamourous adalah paksi utama mereka.Seseorang artis/kumpulan muzik itu akan dieksploitasi sehabis mungkin sekiranya mempunyai potensi untuk mendatangkan keuntungan!Apa lagi sekiranya si artis itu mempunyai pakej wajah yang cantik/hensem, maka syarikat rakaman akan mengunakannya sebaik mungkin untuk menjana keuntungan, walaupun si artis bersuara seperti burung bangau.Teknologi canggih masakini memungkinkan si artis bersuara bangau bertukar suara selunak Siti Nurhaliza walaupun pada realitinya, bangau pun pengsan kalau mendengarnya.Contoh?Ah carila sendiri, melambak penyanyi bersuara bangau sekarang ni...
Kesimpulan?Don't judge a book by its cover.Both side mempunyai baik buruk, pro & kontranya yang tersendiri.Terpulang kepada kita sebagai pendengar untuk menilai dan menetapkan batas diri kita supaya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.Kepada bebudak yang baru nak kenal dunia, ambik muzik sebagai hiburan saja, jangan pulak kau memandai jadikan anutan dan landasan hidup.Underground dan Mainstream itu cuma platform untuk mengekspresikan diri saja.Ok.Entry ini datang sepenuhnya dari kepala hotak aku tanpa rujukan dari mana-mana artikel, kerana aku sendiri pernah berada dalam kelompok rebel yang mengikuti perkembangan dan mengekspresikan diri melalui muzik underground.Entry ini juga sebenarnya adalah untuk menjawab pertanyaan dari sorang sahabat yang tak faham-faham dengan maksud sebenar terma underground.Sekarang aku dah tak ikut perkembangan dunia underground, penat dah nak rebel-rebel sekarang ni.Tapi ada lagi tak istilah underground ni sekarang?Masih ada kot, cuma dalam bentuk yang berbeza...Rasanyalah. Ok, tu ja lah..Wassalam....Adioss.....

Photo Credit : Google Images
0comments:
Post a Comment