Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Malaysia Vs Indonesia : Sejarah Yang Digelapkan!


Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara berjiran, yang banyak mempunyai persamaan dalam pelbagai aspek, tidak kira dari segi sosial ataupun budaya, mahupun pertalian dan susur galur keturunan.Untuk sekian kalinya setelah peristiwa konfrontasi antara Malaysia-Indonesia berakhir, hubungan antara Malaysia dan negara seberang itu kembali tegang.Pelbagai faktor menjadi punca ketegangan, dari isu sempadan, pemilikan pulau, isu budaya, lagu tradisi malahan asal-usul makanan pun telah menjadi isu besar yang telah menyebabkan hubungan akrab antara dua buah negara ini tercalar. 

Sukan SEA yang sedang berlangsung sekarang ini di Indonesia semakin menyerlahkan lagi situasi anti-Malaysia dikalangan warga Indonesia.Layanan buruk yang diterima oleh kontinjen Malaysia menjelaskan segala-galanya, ditambah lagi dengan kekalahan skuad bolasepak sukan SEA tuan rumah ditangan pasukan Malaysia semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sentimen anti-Malaysia dilihat begitu memuncak ketika ini sehinggakan skuad bolasepak Malaysia terpaksa dibawa keluar dari stadium Gelora Bung Karno semalam dengan menggunakan Baracuda-kenderaan anti rusuhan.(Tapi tak mengapa, yang penting korang menang.Syabas!!)

Baiklah.Lupakan dulu pasal bola buat seketika, sekarang aku nak cakap pasal video yang aku post dibawah ni.Video ini memaparkan tentang penjelasan seorang warga Indonesia sendiri tentang originaliti beberapa buah lagu yang sebelum ini di'claim' oleh beberapa pihak di Indonesia sebagai hak milik mereka.Tontoni video ini sehingga habis untuk mengetahui sendiri kebenarannya..

 

Antara yang dijelaskan oleh seorang pemanggil warga Indonesia dalam video ini adalah:

a) asal-usul lagu "Keroncong dan Burung Kakak Tua" yang sebenarnya berasal dari Portugis bukan dari Indonesia.
b) lagu-lagu laras Jawa Selindro juga sebenarnya asal dari China (Selindro di China 200 SM, 800 M Selindro di Buro Bodur). Ia bukan kepunyaan Indonesia asli.
c) Pengaruh Melayu sehingga tahun 1950 secara keseluruhannya adalah Melayu. Yang ada di Indonesia, hingga tahun 1970 - Organisasi Dangdut masih memakai istilah PAMI (Persatuan Artis Musik Melayu). Ertinya kita (Indonesia) memang dipengaruhi dengan hiburan Melayu. Tokoh yang paling terkenal hingga tahun 1950 adalah (Allahyarham) P. Ramlee.
__________________________________

Selepas beberapa penjelasan, moderator itu mencelah: "Jadi, Melayu ini maksudnya Malaysia?"

Pemanggil itu lantas menjawap : "Malaysia. Dulu kita sebut Melayu itu juga semenanjung."

Moderator mencelah lagi : "Jadi kita mencuri juga dari Malaysia?"

Pemanggil: "Ya...jadi aneh jika kita sekarang menuduh-nuduh gitu kan..."

Hadirin ketawa kecil (malu-malu)


(Jadi sekarang bagaimana, masih mau menuduh kami mencuri dari kalian?Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh warga kamu sendiri yang mengetahui sejarah kamu dengan baik, dan kamu harus menerima hakikat bahawasanya ada di antara claim yang kamu buat itu tidak berasas...)

_________________________________


Baiklah, sekarang off topic.Berbalik kepada acara bolasepak sukan SEA, walaupun team negara kita menang semalam, tapi sesungguhnya aku teramat marah dengan dengan sikap biadap hampir 100 ribu warga Indonesia di stadium Gelora Bung Karno yang langsung tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia semasa perlawanan bolasepak sukan SEA malam tadi.Namun kita harus bersifat realistik, kerana tidak semua warga Indonesia bersifat sedemikian.Namun pihak berwajib negara seberang itu sepatutnya melakukan sesuatu untuk menangani perkara seperti itu daripada berlaku, dan bukannya mengambil pendirian 'menyimbah minyak pada api yang sedang marak' semata-mata untuk memenangi sesuatu acara sukan itu.Bagaimana sekiranya pasukan kamu datang ke mari (Malaysia) dan kami memperlakukan lagu kebangsaan negara kamu seperti itu?Pasti kamu akan marah bukan?Jadi gunakanlah otak yang dikurniakan Ilahi untuk bertindak secara wajar dan bukannya bertindak membabi-buta seperti orang yang tidak bertamadun.

Kesimpulan

Kita harus merenungi sedalam-dalamnya mengapa ketegangan antara Malaysia dan negara seberang ini berlaku.Aku disini ingin mengambil pendekatan neutral dan tidak akan menyalahkan mana-mana pihak, baik Indonesia mahupun negara kita Malaysia.Ketahuilah sesungguhnya ada anasir jahat yang sedang melaga-lagakan dua buah negara berjiran ini, kerana mereka sebenarnya sedar bahawasa sekiranya kedua buah negara serumpun ini bersatu dan bermuafakat, 'mereka' yang dimaksudkan ini akan mengalami kesukaran untuk menyuntik 'jarum halus' mereka terhadap budaya, sosio ekonomi dan agama kita!Dan mereka inilah "The Hidden Hand"(golongan Illuminati, Yahudi Zionis) yang bercita-cita untuk memerintah dan menguasai dunia ini dibawah satu pemerintahan baru dunia (New World Order) yang boleh mereka kawal dan mengikut telunjuk mereka dalam apa jua perkara.Mereka sesungguhnya bimbang, sekiranya dua buah negara yang mempunyai bilangan penduduk Islam tertinggi di dunia ini bersatu, maka cita-cita mereka untuk menguasai minda dan ekonomi masyarakat di nusantara ini terutamanya umat Islam akan tergendala.Timur Tengah dan Asia barat telah hampir sepenuhnya mereka kuasai, dan sekarang mereka sedang cuba untuk menembusi tembok Asia Tenggara dengan menjadikan Malaysia dan Indonesia sebagai pintu masuk mereka untuk menguasai wilayah nusantara pula.Logik atau tidak, sama-sama kita fikirkan.Wallahualam.



P/S : Komen dan pendapat dari pembaca Indonesia adalah amat dialu-alukan.Tetapi adalah dingatkan terlebih dahulu dengan sekeras-kerasnya, komen yang mencarut, memaki hamun dan tidak bertamadun akan di delete serta merta.Blog ini bukan tempat untuk anda yang tidak bertamadun mencarut sesuka hati.Aku tak suka mencarut, tapi aku boleh bertukar menjadi pencarut dan pencaci maki paling dahsyat jika kamu paksa aku.Kalau kamu datang dengan baik, aku akan layan kamu dengan baik dan begitulah juga sebaliknya ok..Ada paham...Adioss....






Credit to : Aku-macjay.blogspot.com, wikipedia, youtube dan google images

Read more ...

Tuesday, August 16, 2011

Indonesian Illuminati : DEWA

Lain yang dicari, lain yang jumpa.Gua sebenarnya cari benda lain dekat youtube, tapi benda ni yang muncul.Dan bagi orang yang sememangnya anti-yahudi zionis macam gua, gua terpanggil untuk membangkitkan isu ini semula walaupun sudah lama berlalu, kerana mungkin ada sesetengah orang yang tidak mengetahui tentang perkara ini, terutama golongan2 muda yang menjadi 'pemuja' kumpulan muzik ini.Sharing is caring.Maka dengan ini, mempersembahkan, Indonesian Illuminati : DEWA.

DEWA, siapa yang tidak kenal dengan kumpulan muzik dari indonesia ini?Dari segi muzikal memang diakui mereka adalah diantara yang terbaik pernah wujud dalam industri muzik negara seberang itu.Lagu2 mereka merentas nusantara malah sangat popular di Malaysia juga.Melodi yang unik, lirik yang puitis dan serta lambang2 yang mempunyai maksud tersirat(?!) sehingga ketua kumpulan ini AHMAD DHANI selaku 'konseptor'nya digelarkan sebagai 'the genius of indonesian music' oleh penggiat dan pengkritik muzik Indonesia.

Ok, cukup dengan puji2an terhadap konsep muzik mereka.Sekarang the actual part, kaitan kumpulan ini dengan yahudi zionis laknatullah.Seperti yang pernah gua sampaikan dalam post terdahulu, beberapa tahun yang lalu kumpulan ini pernah menggemparkan negara Indonesia dengan aksi memijak kalimah 'LAFDHUL JALALAH (ALLAH)' dalam satu konsert 'live' di TransTv Indonesia.(Rujuk http://tekok-beriuh.blogspot.com/2010/09/archive-yahudifreemasonilluminati.html) Peristiwa itu sememangnya telah membuka mata ramai orang tentang siapa sebenarnya Ahmad Dhani dan apakah agenda tersirat yang cuba disampaikannya melalui kumpulan DEWA sehingga munculnya video2 seperti yang terpapar di bawah.

Video 8 episode yang diterbitkan pada penghujung tahun 2010 ini akan memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana kaitan Ahmad Dhani dan kumpulan dewa dengan yahudi zionis.Dokumentari yang mirip kepada konsep video "The Arrivals" yang mengisahkan tentang kedatangan dajjal ini telah dicipta oleh 'Karkoons Film' (kredit untuk mereka kerana bersusah payah menerbitkan dokumentari ini). Nikmati tontonan anda, dan semoga apa yang dipaparkan akan dapat membuka mata kita semua tentang bagaimana konspirasi ciptaan yahudi zionis sedang dilaksanakan dengan halus dan lancar oleh 'Bala2 Dewa' mereka demi merealisasikan matlamat 'New World Order'...

















*Apa yang dipaparkan oleh penulis adalah merupakan satu perkongsian sahaja.Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian dan interpretasi sendiri tentang apa yang cuba disampaikan dalam video tersebut*.Wallahualam.


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!