Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Tips Bagaimana Untuk Mengesksploit Traffic Secara Drastik Ke Blog


Mempunyai capaian traffic yang tinggi sememangnya merupakan impian setiap orang yang memiliki blog/website.Kali ni gua ingin berkongsi sedikit tips yang pada pandangan gua boleh memberikan impak yang besar kepada aliran traffic di sesebuah blog atau website.Cara ini telah gua praktikkan sendiri diblog ini dan ternyata impaknya AMATLAH efektif dan telah berjaya melonjakkan traffic blog gua ke tahap yang boleh gua banggakan...Hnshnshns..Bangga nih..(Dengan lobang idung yang kembang hehe).

Baiklah, berikut gua kongsikan 2 cara yang gua maksudkan itu.Semoga bermanfaat.


Tajuk
Tajuk posting merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menjana traffic ke blog.Penulis blog harus pandai mengeksploitasi 'minda pembaca' bagi tujuan ini.Tajuk yang menarik dan dapat menimbulkan 'curiosity tinggi' pasti akan dapat menarik jumlah capaian traffic yang baik untuk satu-satu posting itu.Contohnya..

Printscreen diatas di ambil dari blog gua sendiri.Perhatikan bagaimana tajuk Pelacur.Blogspot.Com telah berjaya menjana traffic yang agak baik (1652 view) hanya dalam tempoh 3 hari sahaja.Padahal isi kandungan posting tu sebenarnya tidaklah menceritakan tentang apa yang difikirkan oleh pembaca ketika membaca tajuk tersebut, cuma menceritakan tentang keyword saja hewhew.Tajuk yang menimbulkan 'curiosity tinggi' semestinya akan dapat mengeksploit traffic yang baik, namun berhati-hati agar tidak memberi tajuk yang jauh manyimpang dari topik asal dan 'misleading', kerana tindakan sebegini boleh membuatkan pembaca menjadi meluat dan lari meninggalkan blog anda.Sekali-sekala takpa kot hehe...

Tajuk yang 'tergantung' dan kontroversi juga adalah satu cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca.Namun jangan lupa untuk meletakkan tanda soal (?) dipenghujung tajuk agar tajuk itu tidak dilihat sebagai satu tuduhan kepada pihak yang anda tulis.Contohnya : "Merong Mahawangsa Disaman?".Tajuk ini pernah gua lihat pada satu tulisan blog tidak lama dahulu.Tajuk ini sememangnya telah menarik perhatian gua untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang terjadi dengan 'Merong Mahawangsa'.Ingatkan ada kaitan dengan KRU Studio, sebab KRU Studio kan pernah terbitkan filem Merong Mahawangsa.Rupa-rupanya kes saman sebuah syarikat yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan filem tersebut.Syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd!

Lihat bagaimana tajuk yang dieksploitasi boleh menarik audience/pembaca untuk menjadi 'curious' dengan satu-satu artikel tulisan itu.Terpulang kepada kebijaksanaan anda sebagai penulis untuk menggunakan cara ini bagi menarik perhatian pembaca agar 'tersangkut dengan umpan yang anda tabur'..


Trend/Isu Semasa
Trend/Isu semasa juga merupakan salah satu lagi cara terbaik untuk mendatangkan traffic yang tinggi kepada sesebuah blog.Bagi tujuan ini, penulis blog haruslah sentiasa peka dengan keadaan semasa persekitaran, sosio, ekonomi, politik etc jika ingin menggunakan cara ini.Contoh dibawah membuktikan bagaimana faktor trend/isu semasa merupakan salah satu cara terbaik bagi menjana traffic yang tinggi ke blog...


Keputusan gua untuk menulis artikel mengenai isu semasa sosio-politik negara berkenaan kejadian pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu merupakan salah satu keputusan terbaik yang pernah gua lakukan untuk blog ini kerana posting tersebut telah berjaya melonjakkan traffic blog ini melebihi 100% dan berjaya menarik dan memperkenalkan blog ini kepada pembaca-pembaca baru.Sehingga posting ini ditulis, posting Kisah Pencerobohan Bersenjata Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah telah berjaya mencapai hit/view sebanyak 25060 kali dan merupakan antara salah satu artikel yang memiliki capaian traffic tertinggi dalam sejarah blog ini.

Berikut beberapa lagi contoh posting gua berkaitan trend/isu semasa yang berjaya mencatat hit/vew yang baik.


(Artikel analisis ini sepatutnya mencatat hit yang tinggi jika tidak diplagiat/dicopy-paste oleh mangkuk hayun yang tidak bertanggungjawab.Amat menyakitkan hati bila melihat artikel yang ditulis 100% oleh anda berada di 'page' orang lain dengan capaian traffic yang tinggi berserta pelbagai ulasan, manakala si mangkuk hayun memperlakukannya seolah-olah dia adalah pemilik artikel tersebut. Atas sebab itu, gua telah mengambil keputusan untuk mengharamkan sebarang aktiviti plagiat terhadap sebarang artikel/tulisan gua didalam blog ini.Adalah diingatkan, faktor plagiat/copy-paste juga memainkan peranan dalam mempengaruhi jumlah traffic ke sesebuah blog itu)

Amaran : sila berhati-hati sekiranya ingin menggunakant trend/isu semasa (terutama sekali yang berkaitan dengan soal sosio-politik) dalam topik penulisan kerana jika tersilap info atau fakta, maka potensi anda untuk menerima surat saman daripada pihak tertentu amatlah tinggi.Elakkan menulis sesuatu yang berbaur fitnah kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan daripada pihak yang anda tulis dan jika hal itu berlaku, maka bersedialah untuk mengupah peguam...Tak dapek den nak nolong eh....

..................................................

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menjana traffic ke sesebuah blog.Antaranya seperti SEO(Search Engine Optimization), pengunaan permalink, ping entry, blog contest dan pelbagai lagi.Untuk cara-cara yang itu, kepada yang tidak mengetahui, sila google :).Bagi pemilik blog yang sudah sedia terkenal seperti dari golongan artis, ahli politik dan sebagainya, mereka mungkin tidak memerlukan cara-cara yang gua sebutkan ini namun bagi blogger baru dan mereka yang masih tercari-cari cara bagaimana untuk melonjakkan traffic blog, cara-cara yang gua sebutkan ini adalah sesuatu yang boleh anda cuba dan fikirkan.

 Sekadar perkongsian saja der.Bukan untuk mendabik dada, jauh sekali untuk menunjuk pandai.Sama-sama kita berkongsi sedikit ilmu.Semoga dapat dimanfaatkan.Good luck!


Wassalam.





*Gambar printscreen agak kabur kerana telah diperbesarkan beberapa kali ganda agar dapat dilihat.Kepada yang kurang jelas, sila gunakan kanta atau mikroskop hehe...




Update ~ Lihat bagaimana satu lagi 'letupan traffic' berjaya dilakukan apabila faktor trend/isu semasa berjaya dieksploitasi dengan baik.Posting mengenai senarai calon PRU13 BN pada hari ini (16 April 2013) telah berjaya meletupkan traffic blog ini sehingga berjaya menarik pengunjung melebihi 6000 page view & UV (Unique Visitor) melebihi 3000 hit/view hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja.Lihat printscreen dibawah..


So, jika ingin melihat blog anda mencapai traffic hit/view yang baik, pandai-pandailah untuk mengeksploitasi tips & perkara yang telah gua beritahu diatas.

Adioss! :)




Rujukan & Kredit : Blogspot Control Panel & Google Image

Read more ...

Sunday, November 20, 2011

Blogger & Kredibiliti


Blogger & kredibiliti adalah satu perkara yang tidak datang dalam satu pakej.Semua orang boleh menjadi blogger, tapi tidak semua orang boleh menjadi seorang blogger yang berkualiti dan berkredibiliti.Senang cakap, semua orang boleh jadi penulis, tapi untuk menjadi penulis yang baik dan berkaliber, aspek dan ciri-ciri tertentu diperlukan untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti dan memberi impak kepada pembaca.Out of the box, sempoi dan simple (detail pun ok jugak, bergantung dengan topic penulisan) adalah beberapa ciri yang boleh membuatkan orang jatuh chenta' dengan gaya penulisan seseorang blogger itu.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri blog yang pada pandangan aku kurang berkredibiliti & aku tak berapa suka nak datang :

1. Blog copy-paste.100% ambik content dari blog/website lain pastu langsung x bagi kredit kat penulis asal.Tu mencuri namanya..Kesian dekat penulis asal, dia penat-penat perah otak nak tulis artikel yang baik, engko senang-senang je nak curik & tampal dekat blog tanpa bagi apa-apa kredit..Bagi pelempang sekali baru tau....
2. Ambik berita dari blog/portal berita yang melambak kat dunia maya ni, pastu paste bulat-bulat kat blog sebijik macam yang ditulis dekat portal berita tu.Ada baiknya engko gi apply kerja terus dekat portal berita tu.Kalau dibuat modifikasi sedikit seperti memasukkan pendapat dan perspektif sendiri tentang berita tu ok, aku tabik tapi kalau setakat copy paste..baik tak payah la..Kadang-kadang naik menyampah aku asyik baca berita yang sama, dah tu sebijik macam dari sumber asal....hmm..
3. Personal blog yang merapu.Kalau tulis setakat pasal hal-hal biasa (lifestyle, makanan, travel, pengalaman hidup etc) ok itu memang cool dan aku memang follow banyak blog yang jenis macam ni.Contoh personal blog yang aku tabik adalah seperti blog cik Biqahatmin (kak yong..hehe), blog cik Nameebro Ben, cik Hamis dan banyak lagilah (sekadar menyebut beberapa nama).Tapi kalau dah sampai membuka pekung dan kain sendiri tu tak boleh nak cakap apa dah.Janganlah membuka cerita dalam kelambu tu dik, nanti yang menanggung aib diri sendiri jugak.Mak bapak pun ikut malu sekali nanti..Contoh blog?Cari sendirilah, aku tak suka nak aibkan orang.Semoga mereka yang aku maksudkan terbaca tulisan ni..
4. Blog kurang ajar.Ah yang ni memang aku cuma akan datang sekali ja, lepas tu sorry jangan harap aku nak datang lagi.Blogger jenis yang ni memang langsung TIDAK BERKREDIBILITI.Contoh paling banyak, blog negara seberang.Walaupun ada jugak yang bersifat neutral, tapi yang jenis kurang ajar memang melambak.Memangla, blog korang & suka hati korang nak tulis apa, tapi janganla sampai mencarut dan memaki hamun orang lain.Macam ringan ja rasa kaki ni nak bagi penyepak kat muka bila terbaca tulisan diorang...chaissss....
5. Blog yang berat, terlalu banyak widget.Yang ni aspek teknikal sebenarnya, boleh diperbetulkan.Lagu dan video yang dimainkan secara 'auto-play' juga salah satu faktor jugak.Bukannya aku tak suka dengan blog yang ada lagu dan video autoplay ni, tapi adakalanya bila line tengah mogok, loading blog tu pun ikut mogok sekali..Jadi paham-paham sendiri la k, kalau aku dah follow tapi jarang datang dekat blog korang, mungkin faktor ni yang menjadi penyebabnya..

Ini adalah antara beberapa pandangan dan pendapat peribadi aku tentang blog-blog yang kurang dan tidak berkredibiliti .Bak kata pepatah, siapa makan cili dia rasa pedas & kepada sesiapa yang terasa, aku minta maaf banyak-banyak sebab buat engko terasa.Ini cuma pandangan peribadi dan teguran ikhlas dari seorang blogger picisan.Aku tak pernah kata aku ni bagus, aku pun masih banyak kekurangan dan still belajar lagi.Ok, rasanya tu ja lah carutan aku kali ni...Thats all folks.Adiosss....


P/S : Aku sendiripun ada jugak copy paste artikel dari blog/website orang lain, tapi aku takkan lupa untuk bagi kredit pada sumber asal artikel tu.Tak baik ambil kesempatan atas hasil kerja orang lain, mencurik tu dosa besar, Allah marah..Ok.Peace yaww (^__^)V






Read more ...

Wednesday, October 12, 2011

Bagaimana Untuk Meningkatkan Traffic Secara Drastik Ke blog Anda


Mempunyai traffic yang tinggi sememangnya menjadi impian setiap blogger & pemilik website di dalam dunia maya digital ini.Semakin tinggi traffic yang masuk, semakin masyuuukk la juga kocek si empunya blog atau website.Traffic yang tinggi ke sesebuah website atau blog boleh dijana oleh beberapa faktor.Antaranya  faktor kekemasan dan susun atur blog, topik penulisan, malahan sikap si pemilik blog yang mesra alam juga memainkan peranan dalam menarik pengunjung.Namun terdapat satu cara yang dapat menarik pengunjung untuk datang secara drastik ke blog atau website anda.Nak tahu caranya?Keep on reading...

Cara ini hanya memerlukan 3 langkah mudah.Perhatikan gambar berikut untuk mengetahui caranya..




Hahahaha...Jangan marahkan gua sebab gua pun terkono jugak...Wa sula kena beb..Pesanan penaja rancangan ~ jangan suka main shortcut, usaha itu tangga kejahatan....ehh silap, kejayaan...Tapi sekali-sekala main shortcut takpa kot...hahaha...Adios amigosss.........





*Gambar di atas tidak dimiliki oleh blog ini.Kepada tuan empunya gambar, sila komen & berikan link blog anda sekiranya   
  anda terlihat posting ini untuk diberikan kredit.Wa takda bookmark lu punya blog bro,  & bila wa cari balik wa tak jumpa  
  sori...

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!