Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Ekslusif ~ Sumber Asal Ramalan Nostradamus

Salam.


Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, Nostradamus adalah seorang manusia yang hidup di zaman beberapa kurun yang lampau, namun berjaya meramalkan beberapa kejadian besar yang bakal berlaku pada zaman selepasnya.Perang Dunia I & II, Peristiwa 9/11 adalah antara peristiwa besar yang telah diramalkan dengan 'tepat' oleh manusia bernama Nostradamus ini.

Persoalan bagaimana dan darimana Nostradamus mendapat 'visi' dalam ramalannya telah hebat diperdebatkan berabad lamanya.Adakah beliau memang benar-benar seorang 'ahli nujum' yang boleh meramal masa depan, ataupun sebenarnya beliau mendapat semua sumber mengenai ramalannya itu dari.....

Berikut adalah satu pendedahan, darimana sebenarnya sumber asal ramalan yang dibuat oleh yahudi bernama Nostradamus ini.Pendedahan yang tidak akan anda ditemui di History Channel, Discovery Channel atau mana-mana stesen TV dan buku-buku milik 'mereka'.Iqra.

......................................................................

Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan?Atau darimana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan?Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.

Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.

Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi; diantaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."

Beliau berkata lagi,"Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"

Manakala Ali bin Abu Talib karamallahuwajhah berkata pula,"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PEBGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"

Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu. Saya sendiri pernah membaca hadis-hadis ini cuma pada masa yang lain saya akan cuba menurunkan satu dua hadis seperti ini.

Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.

Tidak timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari kata-kata nabi yang sememangnya benar!Jika anda ingin tahu lebih lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah, dari kitab hadis mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara Barat yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung!Yang saya hairankan buku puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau diimport dari Barat (ketika itu saya membacanya di kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa Inggeris yang fasih; di dalam terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu menyatakan bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab!Mereka sudah tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah sejarah.

Dan kita selaku umat Islam. Saya masih sedih dengan segilintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-hadis nabi malah al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada juga yang tergamak berangan-rangan mahu keluar dari Islam (di antaranya di atas nama CINTA suci..huhu..) Orang-orang Barat berlumba-lumba mengkaji hadis dan manuskrip-manuskrip berharga dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran yang penuh rahsia dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang, Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana?Terdapat banyak sumber jika anda ingin cari dan insya Allah saya akan ungkapkan juga dalam artikel-artikel saya yang akan datang. Cukuplah surah al-Anbiya' yang menceritakan tentang Big Bang. Dan Surah Yasin yang kita baca setiap malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya ada mengungkap perihal bananapi petroleum!

Ada kisah tentang seorang menteri berbangsa India (opps maaf, harapnya ini bukan kenyataan berbau sentimen perkauman, cuma kesedaran untuk umat Islam) yang saya tidak boleh sebutkan namanya dan kawasan parlimennya, beliau telah membuat satu lawatan ke satu kawasan di mana beliau telah memberikan ucapannya. Di dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang al-Quran yang tidak ada ada dalamnya perihal jalan raya, lampu jalan mahupun jambatan!!Saya tidak pasti bagaimana mulanya ucapan beliau itu, mungkin mahu menangkis kenyataan-kenyataan dari satu parti orang-orang Melayu yang berorientasikan Islamik. Namun yang sedihnya, orang-orang Melayu disitu yang semestinya beragama Islam terangguk-angguk tersenyum atau ketawa dengan 'jenaka' yang ditimbulkan oleh menteri tersebut. Jika menteri itu tahu (atau sengaja buat tak tahu) atau orang-orang Melayu Islam di situ tahu akan betapa agung, hebat, tepat dan besarnya al-Quran sebagaimana sebahagian sarjana Timur mahupun Barat mengagumi dan membenarkannya, sudah tentu ucapan, senyum mahupun ketawa bodoh yang tersangat cetek tahap pemikiran sebegitu tidak berlaku.

Tetapi biasalah, dunia ini penuh dengan politik....




*Rabu, 8 Ogos 2007, Mistis Organization

Kredit & sumber asal : Mistisfiles (blog ini telah ditutup/dihadkan accessnya atas sebab-sebab tertentu)

Read more ...

Friday, February 15, 2013

Kisah Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu & Kaitannya Dengan Tuntutan Terhadap Sabah


Salam.

Ketika post ini ditulis, media sosial dan blog-blog sedang riuh memperkatakan mengenai isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah.Menurut info terkini yang diperolehi daripada beberapa sumber, keadaan ketika ini terkawal dan sedang dipantau dengan rapi oleh pasukan polis dan tentera.Dikhabarkan unit komando GGK juga telah berada di Lahad Datu dan mengikuti rapat situasi pencerobohan itu.


Sehingga saat ini, adalah tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah tujuan dan motif sebenar kumpulan bersenjata ini menceroboh kedaulatan negeri Sabah.Pelbagai spekulasi yang timbul ketika ini masih belum dapat disahkan kebenarannya.

Berikut adalah beberapa kisah dan 'cerita kadai kupi' yang timbul berikutan daripada situasi 'panas' di Sabah ketika ini.Data-data dan spekulasi yang aku paparkan disini datangnya dari pelbagai sumber yang aku kumpulkan sejak daripada peristiwa pencerobohan ini berlaku, disamping sedikit analisis aku sendiri tentang apa yang menyebabkan situasi ini terjadi.


Spekulasi 1
Sekitar 200 orang bersenjata sudah berada di Lahad Datu sejak 3 hari lalu & sekitar 100 orang di Bakungan kecil (Filipina/sempadan Bakungan kecil Sandakan atau 15 minit naik bot dari Nunuyan Laut). Mereka merupakan waris kepada kesultanan sulu bernekad ingin menuntut pampasan dari malaysia yg kononnya mungkir janji. Mereka ingin menyerang sabah melalui Lahad Datu dan Sandakan jika tuntutan tidak dipenuhi Malaysia


Spekulasi 2
(Info ini bertebaran di blog-blog dan social media)
Maklumat dari Ops room KK:
1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan OP DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.


Spekulasi 3
Memancing?
(Ni cerita paling b***h yang aku dengar/baca)



Print screen diatas di ambil dari sebuah group di FB yang membicarakan tentang isu pencerobohan tersebut.Berdasarkan daripada cara tulisan melayu yang berbunyi 'filipina' (orang Sabah pasti boleh menangkap cara penulisan dan percakapan orang Filipina) dan profile FB si pengomen ini, beliau adalah seorang yang berbangsa 'Tausug/Suluk' dan berasal dari selatan Filipina (Sulu/Mindanao).

Memancing?Dengan bersenjata M-16 dan pakaian celoreng?Waina to', kalau itu budaya di Sulu, jangan bawa masuk ke negara orang.Budaya kamu, budaya kamu di negara kamu.Jangan bawa masuk ke Sabah..Orang bilang, kalau mau masuk tempat orang tu bawa otak...bukan senapang!Nampak macam kurang ajar pula tu to'...


Spekulasi 4
Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.Bagaimanapun, seorang pegawai kanan tentera Filipina berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.

"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah." - Malaysiakini


Bah...mana satu suda yang betul ni?Macam-macam versi suda timbul..Tuntutan tanah la pulak.Kalau betul, siapa la haprak yang kasi janji tanah sama dorang ni?Atas sebab apa dorang dibagi tanah?Sebab jayakan 'projek' lagi?I.C 2.0???


Spekulasi 5
Originally Posted by Akulascalper
Baru je terima SMS dari kawan di Sabah.

Sumber:
Dari Media Polis Negeri Sabah:
Harap Maklum.....Jika polis tidak dapat berbincang dengan baik pada kumpulan bersenjata dari Negara Philipin sekarang ini, kemungkinan petang ini akan berlakunya peperangan di Felda Lahad Datu, Sabah.

Polis-polis telah mengawal ketat semua tempat di Felda.Kepada penduduk-penduduk Felda sila bersiap sedia dan berhati-hati, dengar arahan dari pihak berkuasa.TERIMA KASIH.

Ps: Isi kandungan SMS yg saya terima.


Situasi tegang!!Harap-harap tidak berlaku pertumpahan darah...


Spekulasi 6
Sandiwara Politik???
(Lu Pikir Sendiri)

Menurut satu sumber yang pernah aku baca, Bangsamoro ni sebenarnya mendapat latihan dan bantuan persenjataan daripada Malaysia(?).Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.Namun jika info yang aku baca ini benar, adalah tidak mustahil sekiranya ada pihak-pihak yang 'berkepentingan' yang cuba untuk menggunakan dan memanipulasi keadaan yang kononnya 'sengaja dicetuskan' ini untuk digunakan pada situasi-situasi 'tertentu'.Al-maklumlah, PRU sudah semakin hampir tiba ke pintu gerbang...

Maksudnya?lihat print screen di bawah dan nilaikan sendiri...



Aku tidak mengiyakan pendapat ini.Diambil dari sebuah laman web alternatif.Terdapat puluhan lagi komen seperti ini disana.Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca sendiri di website tersebut.Link pada rujukan.

Aku berkecuali dari pendapat/spekulasi ini.Sebab tu aku ambik print screen sebagai bukti.Lu pikir & nilai sendiri okey...



TERKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.


Tidak mahu dihantar pulang ke negara asal?Something fishy here.Kenapa tidak mahu dihantar pulang?Ni mesti kes mo minta kewarganegaraan.Ingat dorang mo tuntut wang pampasan bertrillion lagi, rupanya mo tuntut dari kerajaan Malaysia agar orang Sulu di Sabah diberikan status kewarganegaraan.Dorang tahu yang sekarang ni RCI (Royal Commission Inquiry) sedang berlangsung dan sedar yang orang-orang dorang akan dihantar pulang selepas prosiding RCI berakhir (kalau la).

Sekarang, siapa mau jawab ni?Siapa punya angkara yang bawa dorang masuk dulu?Sekarang memandai-mandai suda mo minta itu ini...Semuanya gara-gara politik.S**t betul la kamu...

Apapun rundingan masih berjalan, dan hal ini masih boleh dianggap sebagai spekulasi.Harap perunding yang dihantar kerajaan dapat menjalankan tugas dengan baik.Dan semoga hasilnya kelak tidak akan disembunyikan dari pengetahuan umum...


.................................................


KESULTANAN SULU DARUL ISLAM


(Sedikit info)
Kesultanan Sulu, sehingga waktu ini dikatakan masih wujud dan masih memiliki 'Sultan'.Menurut satu sumber, baru-baru ini telah berlangsung istiadat 'pertabalan' Sultan Sulu yang ke-37.(?) Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober 2012 baru-baru ini dikatakan telah berjalan dengan lancar.Majlis itu dikhabarkan telah  diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya (Menteri) dalam Rumah Bichara.(Kabinet la kiranya ni)


Dikhabarkan juga, antara tetamu yang hadir semasa majlis pertabalan itu datangnya dari Filipina, Arab Saudi, Indonesia, dan Malaysia sendiri!Menurut sumber ini lagi, Malaysia diwakili oleh oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'.(?)Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat link pada rujukan... 

Berdasarkan sumber ini, terdetik satu persoalan dikepala hotak aku, adakah kerajaan Malaysia ketika ini telah mengiktiraf  kewujudan kesultanan Sulu???Siapa mau jawab tu...


Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah
Sekira anda merasakan bahawa kesultanan Sulu saja yang mengatakan Sabah terletak dibawah wilayahnya, ternyata anda salah!Kerajaan Filipina juga sebenarnya masih menyimpan hajat dan niat terhadap kedaulatan bumi Sabah ini.


Print screen daripada sebuah forum FB diatas adalah salah satu bukti yang orang Filipina sebenarnya masih 'sangat berhajat' terhadap kedaulatan tanah Sabah ini.Kerajaan Filipina dan Wilayah Autonomi Islam  Mindanao/Sulu pada pendapat aku tidak pernah sebulu/sependapat dalam isu tuntutan terhadap Sabah.Masing-masing mereka ini ingin menuntut Sabah, tapi rasanya mereka tidak pernah duduk semeja dan membuat perancangan bersama.Perbezaan fahaman AGAMA merupakan faktor yang menidakkan hubungan dan kerjasama daripada terjalin di antara kedua pihak ini, dan disebabkan faktor agama jugalah masyarakat Islam Mindanao terus-terusan ditindas oleh kerajaan Filipina...

Pernah dengar tentang 'Operasi Merdeka'?Operasi yang dilancarkan oleh Presiden Marcos untuk merampas Sabah dari Malaysia suatu ketika dulu namun berjaya digagalkan oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia).Bagaimana pula dengan 'Operasi Sabah Selamanya'?Black ops ini kononnya dilancarkan oleh kerajaan Malaysia ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir untuk merampas dokumen-dokumen yang melibatkan perjanjian pemilikan Sabah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang mana dokumen ini dikatakan sangat penting kepada kerajaan Filipina dalam menguatkan tuntutannya terhadap Sabah.

Operasi Merdeka?Pernah dengar dan memang wujud.Tapi Operasi Sabah Selamanya?Pelik bunyinya, dan bagi sesetengah orang mungkin ini kali pertama mendengar nama operasi tersebut...

Untuk pencerahan lanjut mengenai Operasi Merdeka & Operasi Sabah Selamanya ini, anda boleh membacanya di link yang terdapat pada rujukan.Sejauh mana kebenarannya, anda nilaikan sendiri...


Kesimpulan
Aku secara peribadi bersimpati dengan nasib yang menimpa umat Islam Mindanao dan Bangsamoro yang tertindas oleh pemerintah Filipina sejak sekian lama.Namun itu tidak bermakna aku bersetuju dengan tindakan mereka yang sesuka hati menceroboh kedaulatan dan terus-terusan menganggap Sabah ini sebagai sebahagian dari wilayah mereka.

Sebagai anak jati Sabah, aku paling pantang bila ada orang luar, tidak kira siapa dan dari mana asal mereka yang datang ke sini dan mula membuat tuntutan itu ini terhadap tanah berdaulat Di Bawah Bayu ini.Siapa kamu untuk menuntut itu ini di bumi kami?Bumi ini milik kami anak jati Sabah dan kamu orang luar tidak ada hak untuk meminta itu ini disini.Kami sanggup mati untuk mempertahankan tanah tumpah darah ini..Jadilah orang yang bertamadun, dan janganlah jadi seperti Zionis Israel yang hanya tahu membunuh sahaja untuk mendapatkan sesuatu.Dan kepada pengkhianat bangsa, yang tidak tahu berterima kasih dengan apa yang dia sendiri sedang kecapi, semoga Allah menurunkan balasan yang setimpal terhadap pengkhianatan kamu terhadap bumi Sabah ini.

Aku amat berharap supaya kerajaan bertegas dalam hal ini agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.Sampai bila kami di Sabah ini akan terus-terusan diceroboh dan dituntut kedaulatannya?Suatu tindakan yang tegas dan berimpak besar harus dilakukan agar dapat mematikan terus tuntutan ini, once and for all.Dan semoga spekulasi-spekulasi yang aku kemukakan di atas itu tidak benar.(Walaupun agak susah untuk menidakkan sebahagian daripadanya)

Wassalam.




Read more ...

Monday, February 4, 2013

Blogger Kurang Ajar


Salam.

Bila orang bertandang ke rumah kita, pastinya selaku tuan rumah, kita akan menyambut tetamu yang datang itu dengan baik, yang penting si tetamu pun datang dengan niat yang baik juga.Kenal atau tidak bukan masalahnya, selagi si tetamu datang dengan niat baik, pastinya akan dilayan dengan baik.Malahan sikap memuliakan tetamu adalah sangat dituntut dalam Islam, dan rasanya semua agama pun sangat menggalakkan budaya sebegini.

Bana nyia'?alap bana..
(Betul tak?)

Samalah juga ceritanya dengan dunia blogging ni.Bagi aku, para pelawat/pengomen adalah tetamu yang harus dimuliakan dan dilayan dengan baik.Siapa saja, asalkan dia datang dengan cara yang baik ke blog kita, memberi komen tidak kiralah samada positif atau negatif/mengkritik, yang penting dengan cara beradab, seharusnya menerima layanan sebaik mungkin...



Aku sebenarnya bukan apa, aku tengok ada diantara penulis/blogger ni, apa lagi kalau dah femes dan terkenal, menganggap para pelawat/pengomen seolah-olah tidak penting kepada mereka.Terus terang cakap la, aku paling pantang dengan blogger yang berperangai sebegini.Ingat sikit, siapa yang jadikan ko femes dan popular kalau bukan para pembaca dan pengomen.Ini tidak, asal dah femes sikit, mula la keluar perangai malaun begini.Blogger of no-reply.Umpamanya seperti orang datang ke rumah, bagi salam tapi tidak berjawab..Walhal si tuan rumah ada di dalam rumah dan menjemput datang.Namun setelah tetamu datang layanan pula tidak diberikan dan sekadar membiarkan si tetamu termangu-mangu macam orang bodoh...Adakah perangai sebegitu baik?Well, lu pikiaq la sendiri...

Kalau ikut cara aku senang ja, aku akan komen/bagi peluang 3 kali ja dengan blogger macam ni.Lepas tu kalau still juga macam tu, bye2.Jangan harap aku nak datang blog tu lagi.Tak kira la ko femes ka tidak, sebab bagi aku perangai sebegitu sangat 'kuang ajo', & aku tak get a long dengan orang yang 'kuang ajo'.

Kepada yang terasa sorry to say la k, tapi aku memang macam ni.Kalau nak tembak biar straight to the point & bagi kaw2 terus, biar orang yang kena tembakan tu sedar diri sikit.Ala, tembak bukan mati pun.Mungkin panas telinga sikit jer..

Apapun topik ini ditulis secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.That's all folks....

 Adioss


*Tajuk tu saja ja taruk gitu, kasi gempak sket har har...



Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Saturday, February 2, 2013

Rokok Bakal Diharamkan Di Malaysia?

Rokok itu memang nikmat.Bagi seorang perokok tegar (macam gua), asap rokok itu adalah umpama 'nyawa' yang perlu disedut setiap hari.Lebih baik sehari tanpa makanan, daripada sehari tanpa rokok.Hohoho.Kronik...Tanyakan kepada para perokok tegar, pastinya 99% akan mengiyakan kata-kata keramat gua itu.Keramat.Gua suka perkataan itu.Haha.Yang lagi 1%?No comment, merokok sekadar suka-suka saja...

Tak kiralah rokok kedai ka, rokok seludup ka, sigup kirai (rokok daun) ka mahupun rokok karan (elektrik), hasil mahsulnya tetap 1...PENYAKIT.Topik yang 'umpama menampar pipi sendiri'.Well, kepada para semua perokok tegar diluar sana, marilah kita sama-sama 'menampar pipi kita sendiri' dengan fakta-fakta dan hujahan berikut...


Haram

Adakah merokok benar-benar haram dalam Islam?Perkara ini sebenarnya telah menimbulkan banyak perdebatan & percanggahan pendapat dikalangan Ulama'.Namun apa yang pasti, merokok itu memang membahayakan kesihatan.Sure.Lagi banyak lu hisap, lagi besarlah potensi lu untuk kumpul penyakit.

Berikut adalah hujah-hujah tentang hukum menghisap rokok yang aku petik daripada beberapa sumber.Perokok tegar sekalian, mari kita baca dan nilaikan...


Fatwa

Fatwa mengenai pengharaman merokok sebenarnya telah lama dikeluarkan di Malaysia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Hujah-hujah berkenaan Fatwa di atas boleh dibaca di SINI


Hukum Merokok Menurut Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Saya mohon bertanya, apakah hukum merokok? Apakah hukumnya sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu makruh, sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan. Apakah itu dikira haram saya menghisap rokok?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Menurut pendapat MAZHAB SYAFI'I, hukum menghisap rokok itu MAKRUH. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan penyakit, maka hukum makruh itu berubah menjadi hukum HARAM.

Daripada sudut pembaziran pula, ada 2 hukum. Pembaziran yang melampaui batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut di dalam Al-Quran sebagai saudara syaitan. Manakala pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk saudara syaitan.



Hadis (Maudhu')



Hadis di atas adalah salah satu yang dikatakan sebagai hadis Maudhu' (palsu) berkenaan hukum merokok.Gua tidak akan pergi jauh mengenai hal diatas.Argument/hujah-hujah berkenaan hadis 'palsu' ini boleh dibaca di SINI.

............................................

Kesimpulannya?Majoriti ulama' menyimpulkan merokok sebagai HARAM.Tapi, kalau haram, kenapa penjualannya masih dibuat secara terbuka dan mengapa belum ada penguatkuasaan dari Majlis Agama Islam setiap negeri mengenainya?Sekiranya ia dikuatkuasakan kelak, adakah rokok bakal diharamkan kepada umat Islam di Malaysia?Well, gua tinggalkan soalan itu untuk sama-sama kita fikirkan....

Kepada para perokok tegar, tepuk dada tanya iman...
(pianggg!tampar muka sendiri lagi...)

Wassalam


*Dalam kereta masih ada sebungkus rokok yang sudah hampir 2 minggu tak habis-habis lagi.Sedang mencuba untuk berhenti merokok sebenarnya, that's why.Tapi bukan perkara mudah derr...Tapi tidak salah mencuba, kan?Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak gua.Dimana ada kemahuan, disitu ada HIGHWAY.Doakan untuk gua... 

(^___^)








Read more ...

Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu, 5 Percenters & Illuminati

Salam blogger.Lama tak asah pedang cyber.Hari ni gua mau kasi hantam ini minah yang memang bengong punya olang..Sungguh berani dia langgar ini tempat, dia talak tau ka ini tempat Min Siam yang punya?Suka hati mak tiri belah bapa saudara dia saja mau langgar a..hehe..Merapu lg...Ok serius.Min Siam mau cakap pasal hal serius kali ni.Pasal artis yang terpaksa batal konsert tu, Erykah Badu.

Baiklah, isu yang sangat sensitif.Itu yang boleh gua katakan.Pembatalan konsert Erykah Badu hari ini sememangnya mendapat respon yang pelbagai.Ada yang setuju, ada yang tidak.Relevan atau tidak pembatalan konsert tersebut?Bagi gua ya, memang patut dan relevan.Sebabnya?Mempersendakan dan menganggap agama seperti bahan yang boleh diabstrak atau dipertontonkan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Gua terbaca beberapa posting dalam fb mengenai hal si Erykah Badu ni.Ada diantaranya mempertikaikan, "pasal tatoo saja pun kena ban ka?".Hello, walaupun negara Malaysia ni negara Islam yang boleh dikatakan hanya pada nama saja, tapi Islam tetap agama 'PERSEKUTUAN' negara ini dan penduduk Islam juga adalah penghuni majoriti negara ini.Sensitiviti dan kesucian agama Islam perlu dijaga dan dipertahankan.Tidak ada satu pun agama yang wujud di atas muka bumi ni tidak kiralah samada Islam, Kristian, Buddha dan yang lainnya yang sanggup melihat agama masing-masing dicemar atau dipersenda seperti bahan permainan.Gua tidak tahu tentang agama lain, tapi Islam memang tidak dapat bertoleransi dengan tindakan mempersenda dan memprovokasi kesucian agama Islam.Dan bagi gua sendiri, untuk Islam gua sanggup mempertahankannya dengan apa yang gua ada, hatta dengan nyawa sekalipun!

Logo yang terdapat pada website fahaman 5 percenters...
Baiklah.Berbalik kepada Erykah Badu.Menurut beberapa sumber dan carian yang gua lakukan sendiri, penyanyi yang berasal dari US ini adalah pengikut ajaran '5 Percenters' iaitu kumpulan 'serpihan Islam' yang dianuti oleh ramai golongan kulit hitam terutamanya 'Rapper' yang berpusat di New York.Fahaman ini juga mengangkat 'ALLAH' sebagai tuhan, TAPI dalam bentuk dan sifat yang jauh bertentangan dengan kepercayaan Islam yang dianuti oleh majoriti komuniti Islam dunia.Fahaman ini mempunyai maksud dan terjemahan sendiri mengenai akronim ALLAH itu sendiri.Bagi mereka, akronim ALLAH adalah mewakili perkataan "Arm, Leg, Leg, Arm, Head".(Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang agama dan rujuk link/sumber yang diberikan dibawah, gua disini cuma ingin memberikan info dan berkongsi gambaran asas berdasarkan apa yang gua baca saja)

WALLAHUALAM!.Terkejut?Pada mulanya gua memang terkejut dengan apa yang gua baca tentang kelompok yang menganuti fahaman ini.Mungkin atas dasar fahaman inilah, Erykah Badu sanggup mentatookan badannya dengan kalimah ALLAH..Namun itu tidak dapat menjustifikasikan tindakannya, kerana tatoo itu sendiri haram pada ajaran Islam yang sebenar dan tindakan pembatalan konsertnya di Malaysia adalah satu tindakan yang tepat.Pihak berwajib sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan insiden dan isu sebegini kerana ini bukan pertama kali artis antarabangsa datang ke Malaysia dan menyinggung sensitiviti masyarakat Islam disini.Satu garis panduan yang lebih jelas seharusnya diwujudkan oleh pihak berwajib sebagai guideline kepada artis-artis antarabangsa yang ingin datang untuk membuat persembahan di Malaysia.

Untuk tiket percuma ke konsert Jessie J live in KL, klik SINI
Untuk update konsert terkini artis antarabangsa di Malaysia, klik di SINI

Illuminati
Kenapa gua mengaitkan Erykah Badu dengan pertubuhan sulit ultra-zionis ini?Kepada yang mengikuti dan memahami simbol-simbol sulit pertubuhan tentera dajjal ini, sudah pasti akan dapat mengagak dengan serta merta apa yang gua maksudkan.Bagi yang kurang faham, sila perhatikan lambang berikut, dan bandingkan dengan tatoo piramid yang tercacah pada tengah-tengah dada penyanyi tersebut...




Get the point?Terang lagi bersuluh bukan?Buka mata buka minda, tanda ada dimana-mana bagi mereka yang mahu mengkaji dan berfikir..Gua sebenarnya heran, kenapa sejak akhir-akhir ini Islam diserang dengan begitu hebat sekali oleh 'musuh-musuh gelap dan terang' ini?Lihatlah dimana-mana, Islam ditindas dan diperangi secara halus dan sulit oleh golongan kafir dan pasukan tentera dajjal ini.Adakah mereka takut dengan kebangkitan Islam?InsyaALLAH, janji ALLAH itu pasti.Panji-panji Islam akan berkibar semula di akhir zaman..Dan rasanya masa itu semakin hampir.....As-Salam...





Read more ...

Monday, December 5, 2011

Mesej Tersembunyi Disebalik Itanimulli & Blogpot

Perkataan yang pelik.Sejenis makanan?Atau filem terbaru Afdlin Shauki?Jawapannya : salah dan merapu.Takda, bukan apa.Masa gua blogwalking sambil melilau tak tentu arah dalam dunia maya ni tadi cari idea, gua tetiba jumpa perkataan ni dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.Cari punya cari punya cari, akhirnya gua pun dapatlah maksud perkataan ni, 'itanimulli'.Berasal dari perkataan 'Illuminati' yang diterbalikkan.Rasanya ramai yang mengetahui tentang pertubuhan bala tentera dajjal ni, jadi tak perlulah gua kupas dalam-dalam rasanya..


Apa yang menarik perhatian gua sebenarnya ialah, jika perkataan 'itanimulli' ni disambungkan dengan domain .com @ .org dihujungnya, ia akan menghantar kita ke website National Security Agency (NSA ~ www.nsa.gov) Amerika Syarikat!Korang boleh mencubanya sendiri dengan menaip www.itanimulli.com @ www.itanimulli.org di address bar dan enter.Walaupun capaian ke website NSA ni tidak boleh dibuka, tapi memang nampak ada sesuatu yang pelik disini.Teori konpirasi yang menarik untuk difikirkan.Tapi memang tidak boleh dinafikan perkaitan antara pertubuhan sulit zionis ni dengan negara Uncle Sam.Agenda zionis bermakna agenda US juga, maka secara otomatik segala agensi dan pertubuhan yang gelap & terang milik US pasti akan menyokong agenda "shadow goverment" mereka..

Baiklah.Jika teori konpirasi itu kurang menarik, cuba perhatikan yang ini pula.Cuba google perkataan 'blogpot'.Tidak menemui apa-apa?Pelik?Itu baru permulaan.Ok, sekarang Tulis domain blog korang ataupun blog sesiapa saja di address bar, kemudian singkirkan huruf 's' dari perkataan 'blogspot'.Contoh : "tekok-beriuh.blogpot.com" dan tekan enter.Kemana anda akan dihantar?Mengejutkan bukan?Jika korang merasa itu satu ralat, cuba try lagi dengan alamat blog yang lain pula..Jarum dan agenda sulit???Sudah terang lagi bersuluh, "mereka' memang sedang berusaha keras untuk menjahanamkan umat Islam dengan segala yang mereka ada.

Gua pada awalnya terkejut juga apabila diredirectkan ke 'website' itu dan beranggapan yang gua tersalah tulis sesuatu di address bar.Tapi setelah berulang-kali mencuba, sememangnya tidak ada kesilapan yang berlaku dan itu sememangnya sesuatu yang telah dicipta dan dirancang dengan teliti oleh 'mereka'.Sungguh halus permainan mereka...

Gua ni sebenarnya bukan seorang yang baik sangat pun, ilmu agama pun ciput.Tapi sejahil-jahil gua, gua tidak sanggup untuk melihat agama ISLAM dirosakkan oleh 'mereka' ini.Cuma inilah saja cara yang boleh gua lakukan dalam mempertahankan kedaulatan Islam, blogging.Sharing is caring, sebarkan.Mudah-mudahan info ini boleh dimanfaatkan dan dapat menyelamatkan umat Islam daripada jarum halus yang cuba disuntik oleh 'mereka-mereka' ini.Wallahualam.


Sabda Rasulullah SAW :
“Kalian benar-benar akan meniru sunnah (jalan / tata cara) orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai-sampai sekiranya mereka memasuki lubang biawak kalian pun juga turut mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya : ”Apakah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab : ”siapa lagi?” [HR Bukhari, Bab Ma Dzakaro ’an Bani Isra’il 11/272]





Credit : Google image & Illuminati-news.com

Read more ...

Friday, December 2, 2011

Mengapa Indonesia Sering Dilanda Musibah!!!


Zina, seks bebas, sumbang mahram.Semua orang sedia maklum bahawasanya agama Islam melarang keras dan mengutuk umatnya daripada melakukan perkara terkutuk ini.Tapi mengapa sejak akhir-akhir ini, kisah dan kejadian yang berkaitan dengan zina, seks bebas dan sumbang mahram ini dilihat semakin berleluasa tanpa sebarang kawalan dan penguatkuasaan?Mengapa seolah-olah tidak ada satu tindakan drastik dan efektif yang diperlihatkan oleh badan pemerintah kita dalam menangani isu kebejatan moral ini?Ehh apasal lu emo sangat bro, rilek la...

Isu pemerintah yang tidak menjalankan tugasnya, itu kemudian.Apa yang cuba gua perkatakan disini adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima oleh pemikiran normal manusia yang mengaku beragama.Perasaan gua menjadi tidak senang dan gua merasa terpanggil & bertanggungjawab untuk menyebarkan perihal keruntuhan akhlak dan moraliti manusia ini selepas terlihat satu video posting berkaitan dengan kebejatan sosial ni dekat sebuah blog.(Kredit untuk ayusleeping11.blogspot.com untuk video yang dipaparkan) Seolah-olah bangga dengan apa yang telah mereka lakukan, si ibu dan anak kandungnya tanpa segan silu mendedahkan dan mengakui telah melakukan hubungan sumbang mahram dihadapan audience sebuah program TV.Pengakuan berani mati ini telah dipaparkan di sebuah chanel TV negara seberang yakni Indonesia.

Pendedahan yang dibuat oleh stesyen TV ini benar-benar membuatkan tekak gua loya.Mana tidaknya, si anak dan ibunya tanpa berselindung mengakui mereka telah melakukan perkara terkutuk itu, yakni sumbang mahram tanpa terlihat sedikitpun rasa bersalah di raut wajah mereka!Mereka seolah-olah tidak kisah dengan pandangan masyarakat tentang apa yang telah mereka lakukan, seolah-olah dosa pahala itu adalah perkara yang tidak wujud!Si pengacara program itu pula, berkelakuan seperti 'excited' dengan apa yang telah dilakukan oleh 'pasangan' itu.Dan bagi stesyen TV yang menerbitkan program itu, demi untuk mendapatkan rating yang tinggi, mereka sanggup untuk membuka aib manusia tanpa mengambil kira implikasi dan kesan tindakan mereka itu..Keuntungan telah membuatkan mereka menghalalkan keaiban manusia untuk menjadi tontonan umum..MasyaALLAH....

Mungkin inilah antara sebab mengapa negara seberang itu sering dilanda musibah yang dahsyat, tsunami, gempa bumi, letusan gunung berapi.Apa yang mereka lakukan sememangnya adalah sesuatu yang sangat dilaknat & dimurkai oleh ALLAH.Namun begitu kita janganlah hanya memandang dan melihat masalah kebejatan sosial ini kepada mereka di seberang saja, perkara ini juga berlaku ditempat kita sebenarnya.Kepada mereka yang bergelar pemimpin yang mengaku Islam, jalankanlah tugas anda dalam memerangi kebejatan sosial yang semakin menjadi barah ini.Jika benar anda yang bergelar pemimpin mengangkat Islam sebagai agama rasmi dan panduan dalam memerintah negara Malaysia ini, maka laksanakanlah tugas anda seperti yang telah anda perkatakan.Janganlah tunggu sehingga Yang Maha Esa memperlihatkan kemurkaannya barulah kita semua tersedar dari mimpi indah nikmat sementara dunia...

Bukan berniat untuk menambahkan keaiban kepada mereka yang berkenaan, apa yang gua cuba paparkan disini cuma sekadar satu perkongsian.Sama-samalah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, semoga kita semua akan terlindung daripada kemurkaan Illahi.Saksikan sendiri video yang gua maksudkan, dan buatlah penilaian anda sendiri...As-Salam...

"Sabda Nabi Muhammad S.A.W : Sampaikanlah ayatku walaupun sepatah"




"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla." (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya. Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!