Friday, November 18, 2011

Malaysia Vs Indonesia : Sejarah Yang Digelapkan!


Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara berjiran, yang banyak mempunyai persamaan dalam pelbagai aspek, tidak kira dari segi sosial ataupun budaya, mahupun pertalian dan susur galur keturunan.Untuk sekian kalinya setelah peristiwa konfrontasi antara Malaysia-Indonesia berakhir, hubungan antara Malaysia dan negara seberang itu kembali tegang.Pelbagai faktor menjadi punca ketegangan, dari isu sempadan, pemilikan pulau, isu budaya, lagu tradisi malahan asal-usul makanan pun telah menjadi isu besar yang telah menyebabkan hubungan akrab antara dua buah negara ini tercalar. 

Sukan SEA yang sedang berlangsung sekarang ini di Indonesia semakin menyerlahkan lagi situasi anti-Malaysia dikalangan warga Indonesia.Layanan buruk yang diterima oleh kontinjen Malaysia menjelaskan segala-galanya, ditambah lagi dengan kekalahan skuad bolasepak sukan SEA tuan rumah ditangan pasukan Malaysia semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sentimen anti-Malaysia dilihat begitu memuncak ketika ini sehinggakan skuad bolasepak Malaysia terpaksa dibawa keluar dari stadium Gelora Bung Karno semalam dengan menggunakan Baracuda-kenderaan anti rusuhan.(Tapi tak mengapa, yang penting korang menang.Syabas!!)

Baiklah.Lupakan dulu pasal bola buat seketika, sekarang aku nak cakap pasal video yang aku post dibawah ni.Video ini memaparkan tentang penjelasan seorang warga Indonesia sendiri tentang originaliti beberapa buah lagu yang sebelum ini di'claim' oleh beberapa pihak di Indonesia sebagai hak milik mereka.Tontoni video ini sehingga habis untuk mengetahui sendiri kebenarannya..

 

Antara yang dijelaskan oleh seorang pemanggil warga Indonesia dalam video ini adalah:

a) asal-usul lagu "Keroncong dan Burung Kakak Tua" yang sebenarnya berasal dari Portugis bukan dari Indonesia.
b) lagu-lagu laras Jawa Selindro juga sebenarnya asal dari China (Selindro di China 200 SM, 800 M Selindro di Buro Bodur). Ia bukan kepunyaan Indonesia asli.
c) Pengaruh Melayu sehingga tahun 1950 secara keseluruhannya adalah Melayu. Yang ada di Indonesia, hingga tahun 1970 - Organisasi Dangdut masih memakai istilah PAMI (Persatuan Artis Musik Melayu). Ertinya kita (Indonesia) memang dipengaruhi dengan hiburan Melayu. Tokoh yang paling terkenal hingga tahun 1950 adalah (Allahyarham) P. Ramlee.
__________________________________

Selepas beberapa penjelasan, moderator itu mencelah: "Jadi, Melayu ini maksudnya Malaysia?"

Pemanggil itu lantas menjawap : "Malaysia. Dulu kita sebut Melayu itu juga semenanjung."

Moderator mencelah lagi : "Jadi kita mencuri juga dari Malaysia?"

Pemanggil: "Ya...jadi aneh jika kita sekarang menuduh-nuduh gitu kan..."

Hadirin ketawa kecil (malu-malu)


(Jadi sekarang bagaimana, masih mau menuduh kami mencuri dari kalian?Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh warga kamu sendiri yang mengetahui sejarah kamu dengan baik, dan kamu harus menerima hakikat bahawasanya ada di antara claim yang kamu buat itu tidak berasas...)

_________________________________


Baiklah, sekarang off topic.Berbalik kepada acara bolasepak sukan SEA, walaupun team negara kita menang semalam, tapi sesungguhnya aku teramat marah dengan dengan sikap biadap hampir 100 ribu warga Indonesia di stadium Gelora Bung Karno yang langsung tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia semasa perlawanan bolasepak sukan SEA malam tadi.Namun kita harus bersifat realistik, kerana tidak semua warga Indonesia bersifat sedemikian.Namun pihak berwajib negara seberang itu sepatutnya melakukan sesuatu untuk menangani perkara seperti itu daripada berlaku, dan bukannya mengambil pendirian 'menyimbah minyak pada api yang sedang marak' semata-mata untuk memenangi sesuatu acara sukan itu.Bagaimana sekiranya pasukan kamu datang ke mari (Malaysia) dan kami memperlakukan lagu kebangsaan negara kamu seperti itu?Pasti kamu akan marah bukan?Jadi gunakanlah otak yang dikurniakan Ilahi untuk bertindak secara wajar dan bukannya bertindak membabi-buta seperti orang yang tidak bertamadun.

Kesimpulan

Kita harus merenungi sedalam-dalamnya mengapa ketegangan antara Malaysia dan negara seberang ini berlaku.Aku disini ingin mengambil pendekatan neutral dan tidak akan menyalahkan mana-mana pihak, baik Indonesia mahupun negara kita Malaysia.Ketahuilah sesungguhnya ada anasir jahat yang sedang melaga-lagakan dua buah negara berjiran ini, kerana mereka sebenarnya sedar bahawasa sekiranya kedua buah negara serumpun ini bersatu dan bermuafakat, 'mereka' yang dimaksudkan ini akan mengalami kesukaran untuk menyuntik 'jarum halus' mereka terhadap budaya, sosio ekonomi dan agama kita!Dan mereka inilah "The Hidden Hand"(golongan Illuminati, Yahudi Zionis) yang bercita-cita untuk memerintah dan menguasai dunia ini dibawah satu pemerintahan baru dunia (New World Order) yang boleh mereka kawal dan mengikut telunjuk mereka dalam apa jua perkara.Mereka sesungguhnya bimbang, sekiranya dua buah negara yang mempunyai bilangan penduduk Islam tertinggi di dunia ini bersatu, maka cita-cita mereka untuk menguasai minda dan ekonomi masyarakat di nusantara ini terutamanya umat Islam akan tergendala.Timur Tengah dan Asia barat telah hampir sepenuhnya mereka kuasai, dan sekarang mereka sedang cuba untuk menembusi tembok Asia Tenggara dengan menjadikan Malaysia dan Indonesia sebagai pintu masuk mereka untuk menguasai wilayah nusantara pula.Logik atau tidak, sama-sama kita fikirkan.Wallahualam.



P/S : Komen dan pendapat dari pembaca Indonesia adalah amat dialu-alukan.Tetapi adalah dingatkan terlebih dahulu dengan sekeras-kerasnya, komen yang mencarut, memaki hamun dan tidak bertamadun akan di delete serta merta.Blog ini bukan tempat untuk anda yang tidak bertamadun mencarut sesuka hati.Aku tak suka mencarut, tapi aku boleh bertukar menjadi pencarut dan pencaci maki paling dahsyat jika kamu paksa aku.Kalau kamu datang dengan baik, aku akan layan kamu dengan baik dan begitulah juga sebaliknya ok..Ada paham...Adioss....






Credit to : Aku-macjay.blogspot.com, wikipedia, youtube dan google images

21comments:

riesaid...

wah..panjang :D. oke, gue udh tarik inti dr perkataan2 km. perihal palembang sbg tuan rmh, gue pribadi sdh melakukan maksimal yg gue bisa sbg warga sipil palembang utk menjamu tetamu negara2 shbt. eh ternyata msh bnyk pihak yg melayan tamu dg tdk sepatutnya. krn itu diluar kapasitas gue tanggung sendirilah akibatnya! pihak berwenang tak akan biarkan lg palembang jd host jikalau terlalu bnyk komplain kan?  ttg sepakbola itu, police yg tdk mumpuni dn suporter yg teramat bengal itulah pendapat gue. gue jg geleng2 kepala pas menyaksikan kelakuan suporter di gelora Bung Karno pas lagu kebangsaan msia dikumandangkan. sedih membayangkan perasaan abg angkat gue-seorang tentara/askar dr johor..terlebih lg gue sedih klu terbayang gimana merahpadam muka calon suami gue di msia sana. so gue paham perasaan km diperlakukan sebegitu rupa, dan silahkan luahkan saja. gue ga mau merembet mslh ke mana2(budaya,tki,dll) krn spt gue blg td bukan kapasitas gue. ada pihak yg lbh kompeten yaitu pemerintah. gue percayakan sajalah pd mereka utk menyelesaikan sengketa yg ada dg win-win solution. tugas gue adlh menyebarkan damai seluas-luasnya. gue percaya msh bnyk org2 neutral spt kt ini di indonesia dn msia. salam serumpun!

hardy_hunt2said...

ehh, kamu perempuan rupanya..maafkan gue ya hehe....ya seperti yg kamu katakan, pihak berwajib negara kita sepatutnya lebih arif dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul....mudah2an saja persengketaan dan salah faham yg berlaku bisa dicari jln penyelesaian yg terbaik utk kebaikan kedua-dua belah pihak....

hardy_hunt2said...

Terima kasih diatas komennya saudara @6d438bab98ebefe41d75d402c8b191a7 .Sememangnya sy jg bersetuju dgn pendapat anda bahwasanya provokasi media menjadi faktor utama dalam mengembangkan senimen anti-Malaysia di negara anda.Namun apa yg kami kesalkan disini adalah bagaimana cara kami dilayan, dan ini jelas kelihatan semasa temasya sukan SEA berlangsung di negara anda.dlm hampir semua acara, atlit kami dilayan dgn cara yg tidak sepatutnya oleh pihak penganjur, yakni tuan rumah iaitu negara anda.Perkataan 'kebanyakan' yg sy gunakan disini sebenarnya merujuk kepada apa yg sy lihat semasa sukan SEA sedang berlangsung..Lihat saja apa yg berlaku di stadium Gelora Bung Karno pada acara bolasepak semasa tim kami bertemu dgn timnas kamu, bagaimana pemain2 kami di provoke, dimaki, terpaksa naik barracuda, malahan lagu Kebangsaan negara kami juga turut dihina oleh para penyokong kamu!terima kasih sekiranya anda bukan salah seorang daripadanya, tapi apa yg berlaku itu amat kami kesalkan dan sesungguhnya kami tidak boleh menerima penghinaan sebegitu rupa!Bagaimana sekiranya kami melakukan perkara yg sama terhadap kamu disni, membakar bendera negara kamu, menghina lagu kebangsaan negara kamu, tentu kamu juga akan marah bukan???
Sy cuba utk tidak bersikap emosi dlm memperkatakn persoalan ini, namun tindakan yg dilakukan oleh 'segelintir' orang ditempat anda itu bisa membuatkan darah naik ke kepala jika diingat dan difikir2kn!adalah menjadi harapan kami disini, supaya org2 yg mengetahui dan bersikap neutral seperti anda dpt mengambil tggjawab utk menerang & menjelaskan perkara sebenar kpd masyarakat di tempat anda yg telah terpengaruh oleh provokasi dan laporan media yg tidak betul ttg situasi yg berlaku ini.Perkara2 yg berbangkit sebelum ini seperti isu sempadan, budaya etc sebenarnya mempunyai jln penyelesaian sekiranya diperhalusi dan diselesaikan melalui cara dan saluran yg betul.Rasanya tidak ada 1 org pn warga kami kami yg bersetuju dgn penghinaan yg telah kami terima selama ini, sabar kami ada batasnya!cuma mudah-mudahan, segala kekalutan ini akan dapat dijernihkan semula sebelum ianya menjadi 'barah yg tidak boleh diubati'.terima kasih diatas kunjungan anda ke blog ini, dan terima kasih sekali lagi untuk komen bertamadun anda..Semoga kita boleh menjadi sahabat!

riesaid...

klu dikata "kebanyakan" indonesia, well gue ga setuju. dr 250juta penduduk indonesia bahkan tdk seperempatnya yg memprovokasi anti-malaysia. hanya sebagian kecil, namun yg sebagian inilah yg diekspos berlebihan terutama oleh media. yg benci jadi makin benci yg awam blh terprovokasi. gue live in palembang dan benar adanya diskriminasi penyokong tuan rmh thd atlit msia.. tapiii benar adanya jg bhwa dikampung gue(pusat bandar palembang) ada ramai students malaysia mostly melayu n india dn kami hidup harmonis. dua-dua perkara ini realita tp apesnya media lbh sukakan ekspos yg buruk. gue pribadi tdk akan terprovokasi oleh sentimen anti-malaysia or anti-indonesia.

hardy_hunt2said...

absolutely rite bro..dats y ramai rakyat diorg yg dtg tmpt kita tak nak pulg kesana..kalau pulg pn sebab kena tgkp pasal takda pass, ataupun pulg bercuti jenguk kuarga.Pastu konfem diorg akan dtg balik..sebab mereka sedar, kehidupan mereka di Malaysia jauh lebih baik berbanding dgn tempat asal mereka...entah berapa juta rakyat mereka disini yg kita bagi makan, malahan ramai yang hidup senang lenang n sudah mnjadi 'warganegara'...tapi mereka masih tidak berterima kasih, malahan menuduh kita macam2......mmg betul2 menyakitkan hati!sampai  bila nak sabar tak tau la...

Aida Hemohemosaid...

saya pon tau la sampai bila isu ganyang ni akan berakhir... adakah sampai membawa pertumpahan darah? kes negara kita ni dah serius..buktinya sukan sea. nampak sangat...dorang anti ngan kita. tak selamat lagi ke malaysia?

Sahasaid...

isu ganyang ni, sampai bila pun tak akan habis, selagi Indonesia tak dapat "menjajah" Malaysia. Sebenarnya isu mencuri hak mereka tu adalah isu lapuk. Mereka sebenarnya dengki, irihati, cemburu melihat kekayaan , kemakmuran yang kita kecapi.
Cuba bayangkan, hidup di Indonesia gajinya 6 ringgit sehari, hidup di Malaysia gajinya 80 ringgit sehari. Yang mana jadi pilihan?

hardy_hunt2said...

tak taula macamana nak cakap...bg sy ni semua adalah tugas mereka 'Yang Berkenaan' utk memperbetulkan persepsi diorang...tp sampai sekarang tidak ada satu tindakan yg benar2 efektif dari pihak 'Yang Berkenaan' dalam menangani isu ni...mereka seolah-olah mengambil mudah situasi yang berlaku sekarang..kita sbg rakyat cuma dapat memainkan peranan kecil saja, selebihnya adalah tanggung jawab diorg....entah sampai bila kita kena bersabar dengan karenah orang seberang ni....

hardy_hunt2said...

agree with u  @ddbc73f56d794d768f7d51c477a0de28 mentaliti kebanyakan org2 seberang ni byk yang dah diracuni oleh pelbagai perkara yang berlaku kebelakangan ni..ditambah lagi dengan propaganda media2 mereka..time will tell samada perselisihan ini akan dapat diselesaikan atau sebaliknya...

citie...said...

ur thought really awesome...saye pun fikirkan bende yg same...tp rasenye susah nk ubah mentaliti anti-malaysia mereka...

hardy_hunt2said...

emm rasanya memang camtulah wani..game bola mmg camtu, juara kumpulan akan jumpa naib juara kumpulan yg satu lg...tp tak tahu la plak kalau diorg ada wat benda lain yg kita x tahu....tp tak boleh nak heran sgtlah, diorg mmg anti dekat kita, sampai rendang pun nak claim diorg punya...apa nak jadi aku pn x tahu la....pasal makan pn boleh wat isu nak gaduh....hmmm...

amoiMiyaSyasaid...

really ? okayh . baru tau . btw, ayah wani cakap , sukan sea kali ni Indonesia buat undang-undang sndri . contoh . sepatut esok Indonesia vs Myanmar , tapi kenapa game  Malaysia  pulak ? ishk2

lang areelsaid...

Saya percaya bukan semua rakyat Indonesia bersikap anti malaysia. Bahkan ramai yang mengambil sikap suka bersahabat dengan kita berbanding mereka yang anti malaysia. Kita juga tidak boleh keterlaluan menyalahkan mereka kerana ada segelintir rakyat malaysia bersikap tidak bermoral dan beretika memberikan komen-komen yang biadap seperti menghina negara tetangga kita ini ditimpa musibah alam. Kita perlu sedar mereka bukan sahaja saudara kita dalam rumpun bangsa bahkan juga agama. Mudah-mudahan jernihlah kembali hubungan Malaysia-Indonesia. Sekian Terima Kasih.

Unknownsaid...

@lang areel sgt bersetuju dgn komen saudara.jika dilihat dr sudut yg realistik, situasi ini sebenarnya tidaklah seteruk mana sekiranya tidak dimanipulasi oleh unsur2 lain terutamanya media.medialah yg sebenarnya byk memainkn peranan dlm membangkitkan situasi yg kurg menyenangkn ini.sifat persaudaraan serumpun itu memang masih wujud, cuma terpulang kpd pihak berwajib kita dn negara seberang utk mencari jln bagaimana utk memadamkn api persengketaan yg sengaja diwujudkn oleh golongan berkepentingan ini...

Malaya FreeSpiritsaid...

sebenarnya xde nye curi budaya ke ape ke...kita semua brasal dari kepulauan Melayu, brmakne kita semua brasal dari rumpun Melayu..x kira la Jawa ke,Bugis ke,Aceh ke,Batak,Moro, Champa,Iban,Bidayuh klu dipanggil secara general adalah bangsa Melayu.. sebab 2 kita ade prsamaan dari segi bhasa,budaya,mkanan, sng cite tamadun kita sama...oleh itu jgn la kita tuduh org curi budaya ke ape la.. sebab kita sume bangsa Melayu,sbaliknye kita brsatu sebagai bangsa Melayu..kembalikan zaman kegemilangan org Melayu!!!

Unknownsaid...

saya orang melayu malaysia dan saya tiada apa apa masalah dengan orang indonesia, beza cuma sempadan negara sebagai kekangan yang sengaja dibuat oleh pihak yang nak memusnahkan keharmonian kita, lagi elok kalau wilayah nusantara dipimpin oleh satu kerajaan besar seperti zaman dahulu.

Unknownsaid...

@Ahmad Kamil Ahmad Rafiq setuju dgn pndapat kamu bro.semua ras yg ada di Nusantara ni asalnya adalah satu.MALA-YU, ataupn Melayu sprti yg kita sebut skrg.pd mulanya sy sendiri kurg prcya dgn klaim ini.ttp stlh melakukn kajian sendiri, persepsi sy mengenai kbnrn asal usul ras2 dn bgsa d Nusantara kini berubah.kpd yg x prcya @ x yakin dgn kata2 sy, anda dipersilaksn utk mbuat kajian sendiri...


@Zahiruddin bin Mohamad Nusantara dipimpin oleh satu kerajaan besar spt zaman krjn SriVijaya dulu?satu idea n kemungkinan yg menarik,ttp utk merealisasikannya mgkn agak sukar.'The Hidden Hand' x akan mmbiarkn umat Nusantara terutama Melayu yg beragama Islam ini utk bersatu krn mrka sedar, sekira Islam d Nusantara ni bersatu maka akan hncurlah perancangan mrk utk mewujudkn '1 World Government' yg dikawal sepenuhnya oleh mrka.apapn 'Kebangkitan Dari Timur' pasti akan berlaku.bila dan bagaimana, hnya masa yg bakal menentukn...

Unknownsaid...

Tak semua orang indonesia jahat terhadap malaysia..banyak orang indonesia yg bangga dg malaysia dan sebaliknya banyak jg oarang malaysia bangga dg indonesia..jadi bagi kita yang sadar akan keadaan ini agar dapat meredam agar tidak salah menilai terhadap negara indonesia dan kerajaan malaysia

Unknownsaid...

Saya sangat setuju dengan anda, tidak semua orang indonesia benci malaysia bahkan banyak yang senang dengan malaysia begitu juga banyak orang malaysia yang bangga dengan indonesia, kita harus menyadari bahwa mereka itu hanya oknum yang tidak berfikir secara benar, kita harus menyadari bahwa kita dulu satu rumpun satu agama, satu iman yang satu sama lain tidak boleh menyakiti indonesia ataupun malaysia

kechik fly_flysaid...

maaf.. sye xstuju ngan komen kamu.. kamu kte kamu bgi mkan rakyat indon... cuba kita fikir jga... mngpon kita ni bnyak kturunan sne(indon) lain lah klw ngan org asli semcam kt pahang tu... kita pon kena trima kasih ngan pati dari mnepon kususnya dri indon.. sbab apa??? sbab pati lah negara kita ni(msia) boleh maju.. kenapa?? kerna org melayu kita ni bnyak yng (maaf)pmlas bekeje... mlayu kita ni nk gaji besar kje senang.. betol x warga msia?? bettoool.... so, kita pon kena hargai pati terutma from indon... sye pon org tua asal sne.. mak org jawa bpak aku org minang(padang, sumatra) hehe okay kita ni serumpun yng cuba dipecahkan untuk kpentingan yahudi.... kata yng indah antara kita adal "tetap bersatu wahai nusantar" ok fine take note.. slam dri sg.boloh selangor.. kechik

Unknownsaid...

satu bangsa besar yg terpecah menjadi dua negara.. kedua negara ini "sebenarnya" rukun tapi terlihat "bermusuhan". Ibarat kakak beradik, sekali massa bertengkar...

kalau mau lihat bagaimana sikap kami yg sebenarnya datang lah sini. lihat sendiri, rasai sendiri, dan simpulkan sendiri bagaimama budi pekerti kami yg sebenarnya yg tidak akan tuan lihat dr media.

media memang terkadang terlalu melebih-lebihkan perkara.

jayalah nusantara.. salam dr tanah seberang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!