Seperti yang dunia sedia maklum, riwayat mantan presiden Libya Allahyarham Muammar Gaddafi telah berakhir selepas dibunuh oleh tentera pemberontak Libya yang merupakan proksi kepada kuasa barat.Dengan kematian ini maka berakhirlah zaman pemerintahan rejimnya yang berusia lebih 4 dekad, dan bermulalah era penjajahan baru dunia barat terutama Amerika Syarikat dan NATO ke atas hasil minyak Libya yang selama ini memang di idam-idamkan oleh mereka.
Pembunuhan Gaddafi sememangnya telah lama dirancang oleh pihak perisikan barat, terutamanya CIA dan MI5.Menurut satu sumber daripada salah seorang bekas pegawai perisikan MI5 British David Shayler, pada awal 90an, beliau sendiri pernah membayar lebih daripada 100 ribu dollar kepada sel Al-Qaeda di Libya untuk membunuh Gaddafi dengan meletakkan bom ke dalam kenderaan yang dinaikinya, namun percubaan ini gagal.Kemudian pada tahun 1996, MI5 melalui pegawai perisikannya sekali lagi telah berkerjasama dengan sebuah kumpulan radikal tempatan Libya dalam percubaan untuk membunuh Gaddafi namun usaha ini tetap gagal.
CIA pula, dalam misi untuk merealisasikan matlamat pembunuhan Gaddafi ini telah melantik seorang mantan pegawai tentera Gaddafi, Khalifa Hifter untuk mengetuai tentera pemberontak Libya dalam menjatuhkan Gaddafi.Hifter adalah seorang pegawai CIA yang direkrut untuk dengan matlamat asal yang sebenarnya cuma 1, iaitu menyingkirkan Gaddafi dengan membunuhnya!
Pada awal tahun ini sekitar bulan March, presiden AS Barack Obama telah menandatangani satu perintah sulit (secret order) yang dinamakan sebagai 'finding' yang berfungsi sebagai satu perintah 'direct order' presiden Obama kepada CIA untuk melancarkan operasi sulit mereka.Kemudian, melalui satu wawancara dengan sebuah stesen tv, Obama telah berkata tujuan utama operasi sokongan kepada pemberontak Libya diadakan adalah untuk memaksa Gaddafi supaya "ULTIMATELY steps down" dari pemerintahan rejimnya yang berlangsung lebih 4 dekad itu.Sudah terang lagi bersuluh, yang kata-kata Obama itu sememangnya telah menggambarkan dengan jelas apakah sasaran akhir tentera pakatan penceroboh di Libya, iaitu memusnahkan kerajaan dan membunuh Gaddafi!

MI5 British Intelligent |

Pembabitan CIA dalam operasi-operasi sulit yang membabitkan percubaan atau pembunuhan terancang pemimpin-pemimpin dunia bukanlah perkara baru.Hanya mengambil beberapa contoh, percubaan pembunuhan seorang diplomat dan perdana menteri pertama China Chou En-Lai pada tahun 1955, percubaan bunuh terhadap diktator Cuba Fidel Castro dan penglibatan dalam percubaan untuk membunuh mantan presiden Indonesia Sukarno pada tahun 1975 adalah diantara ribuan operasi sulit yang dilancarkan oleh CIA diseluruh dunia.Berbalik kepada Gaddafi, sebenarnya terdapat berdozen operasi untuk membunuh beliau telah dijalankan oleh seteru-seteru beliau, dan antara operasi yang tekenal adalah pada 14 April 1986, iaitu pengeboman ke atas Benghazi dan Tripoli atas arahan presiden AS ketika itu Ronald Reagen.Pengeboman tersebut telah meragut nyawa seorang anak angkat Gaddafi dan turut mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang (ada sumber yang menyebut 100 orang).
Mossad, sebuah lagi agensi perisikan milik Israel semestinya turut terlibat dalam merealisasikan plot pembunuhan terancang terhadap Gaddafi.CIA & Mossad adalah umpama adik beradik yang saling bantu membantu dalam melaksanakan agenda dan operasi sulit Zionis.Berakhirnya riwayat Gaddafi ditangan mereka, maka bermulalah era kolonialis barat terhadap hasil minyak Libya.Rasanya nasib Libya tidak akan jauh berbeza dengan Iraq, yang juga telah berada dibawah penguasaan AS dan sekutunya.
Walaupun dianggap sebagai diktator kejam oleh barat & seterunya, dunia akan tetap mengingati Gaddafi sebagai seorang pemimpin berani yang tidak tunduk kepada telunjuk kuasa barat di sepanjang hayatnya.Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Sumber & rujukan : Mediafreedominternational, Libya360, telegraph.co.uk, wikipedia.com, infowars.com,
wsws.org, thirdworldtraveller.com, malaysiakini.com, google images & youtube.com
wsws.org, thirdworldtraveller.com, malaysiakini.com, google images & youtube.com
4comments:
Muhammad Arif Aiman Isa betul tu bro..media dekat malaysia ni x tau la nk ckp mcmna...sbg manusia biasa dia memang ada buat salah, tp gua tetap melihat Gaddafi sebagai seorang yg berani melawan arus n tidak tunduk kpd agenda barat yg berproksikan zionis..
tuh laa.. kita yg dduk kt malaysia ni.. rata2 kena tipu dgn media.. cerita sebenar entah mcm mana.. apa2pun,, bersangka buruk itu bukan sifat yang baik.. so, harap di ditempatkan di tempat orang beriman..
iya, dan itu adalah salah satu sebab kenapa dia dimusuhi oleh barat utk sekian lamanya......
btl ke gadaffi x iut telunjuk barat...
Post a Comment