Tuesday, October 18, 2011

Amaran Kepada Ibu Bapa Di Seluruh Dunia!!


Seperti yang disiarkan oleh buletin utama semalam (17 March 2011), satu kemalangan yang menyayatkan hati melibatkan seorang anak kecil telah berlaku di China.Entah dimana hilangnya perikemanusian manusia2 yang berada di kawasan kemalangan itu, sanggup membiarkan anak kecil yang terlantar kesakitan akibat dilanggar dua buah kenderaan di tepi jalan tanpa diberikan sebarang pertolongan.Bagaimana sekiranya perkara sebegini berlaku kepada anak & keluarga anda?Dan kepada 18 orang manusia berhati binatang yang sekadar berlalu di kawasan tersebut tanpa berbuat apa-apa, semoga musibah yang sama akan menimpa anda..Kecik-kecik tak nak mampos, sudah besar menyakitkan hati...Bagus di tembak dengan senapang gajah...Huh,aku marah ni!!      

Saksikanlah sendiri bagaimana kebejatan moral manusia-manusia yang sanggup membiarkan anak kecil tersebut.Semoga anak kecil itu dapat diselamatkan..


Kepada semua ibu-bapa, jangan sesekali membiarkan anak kecil anda terlepas dari jagaan walau dimanapun anda berada kerana anda tidak akan tahu bilakah musibah seumpamanya datang menimpa, sesal kemudian tidak berguna.Semoga video diatas memberi pengajaran kepada semua!




Photo credit : rimbundahan.org

0comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!