Malam tadi masa lepak makan2 dengan member dekat satu gerai berhampiran dengan sebuah padang, gua tetiba terlihat satu adegan 'wayang' yang tengah dimainkan di tengah padang oleh si pelakonnya dengan begitu khusyuk dan penuh penghayatan.Adegan-adegan bersilih ganti, kadang kala sejuk, kadang kala panasss..Kadang kala suam2 kuku, dan adakalanya sangat membosankan..Tapi dah wayang free, tengok ja la kan.Tak payah bayar tiket pun...hmmm...
Lupa nak bagitau, itu semua dalam imaginasi gua saja (yang lu otak kuning fikir bukan2 apasal hoho). Sebenarnya gua terimbas memori dolu-dolu zaman kanak-kanak, masa tengok wayang gambar free di tengah padang, ataupun lebih dikenali sebagai 'wayang pacak'.Lewat 80an dan awal 90an, jabatan penerangan sering mendatangi kawasan-kawasan kejiranan dan memberikan tayangan wayang gambar percuma kepada penduduk setempat.Masa tu syarikat satelit anti-hujan (astro la apa lagi) masih belum wujud lagi.Kepada mereka yang lahir pada era 90an, rasanya anda tidak berkesempatan untuk menyaksikan acara wayang percuma ini kerana acara ni dah x wujud lagi sekarang.Kalau ada pun situasinya dah x sama macam dulu..
Contoh skrin putih yang digunakan untuk tayangan gambar. Tapi yang ni kecil, dulu punya lagi besau dari ni.. |
Generator set, projector dan skrin putih gergasi digunakan untuk menayangkan filem-filem percuma ini.Menurut Wikipedia, aktiviti ini sebenarnya bermula sekitar tahun 60an lagi.Pada awalnya, acara ni diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang bahaya ideologi komunis, disamping memberikan hiburan percuma kepada masyarakat setempat (sebab masa tu orang yang ada tv boleh dikira dengan jari).Memasuki penghujung era 80an, acara ini akhirnya berubah menjadi acara hiburan cum medium propaganda mereka-mereka 'yang berkenaan'.Opps sori, gua tak nak campur agenda lu orang ok, lantak korang la..
Berbalik kepada cerita wayang pacak, suasana ketika menonton wayang gambar ketika tu memang cukup santai.Beratapkan langit, ada yang siap bawa tikar dan bantal lagi sambil menikmati tayangan percuma masa tu.Tayangan biasanya bermula pada pukul 8 atau 9 malam.Antara filem-filem yang gua masih ingat yang sering ditayangkan adalah Bukit Kepong, Fenomena (atau Isabella, sori gua pun dah lupa yang mana satu) dan adalah beberapa filem negara seberang.Gua masa tu yang masih budak lagi memang seronok gila, selagi wayang tak habis tak nak pulang rumah..Ya lah, channel TV yang ada masa tu cuma TV1 & TV2 ja, sapa yang dapat TV3 masa tu memang beruntung la sebab dapat tengok cerita tv best sikit...
Gambar dolu-dolu dapat dari google.Lebih kurang camnilah suasana masa tengok wayang free.Happening gua cakap lu...;) |
Dengar cerita acara ni akan diwujudkan semula, tapi dengan nama Layar Bestari.Tapi rasanya suasana takkan sama macam dulu lagi.Lagipun, sekarang ni dah masuk zaman mukabuku, zaman buah apple...Masyarakat dulu datang berpusu-pusu nak tengok, sebab masa tu teknologi belum berkembang lagi.Orang sekarang nak datang tengok?"Kalaupun xda dekat astro nanti aku download je la guna torrent",haha.Budak-budak muda pula mungkin akan datang, tapi kebanyakannya dengan niat yang menyimpang, nak buat maksiat.Kalau sekadar menambahkan keparahan penyakit sosial masyarakat, baik tak payah buat.Lagi satu, kalau nak jadikan acara ni sebagai pentas propaganda kempen politik, lupakanlah niat tu.Menghabiskan duit rakyat.Tengok tv dekat rumah lagi bagus.Tak pun bloging, ada lagi faedah....Adioss.....
5comments:
@55b8db3ad49128476ad76fa0d5d079b5 thanks for stopping by k ;)
nice to meet u in KB..hope to see each other in each others blog pasnih.. salam perkenalan dari FM ya.. ;]
siti nor sabikah memang best kak yong..tp klu buat blk skrg rasanya x sma mcm dulu kot...skrg kn da ada astro..org da x kisah sgt kot klu anjur wayang pacak ni skrg... ;)
@7d3b6a6d89820141c71e66986c22bd84 dekat kedai mkn tu x best la, ada bumbung...yg ni free air,siap bawak tikar lagi lepak dkt padang...hehe ^0^
dekat sekolah dapat lah tengok macam ni.. tapi dulu lah..sekarang ni dah canggih..
kalau nak tengok pun ade dekat kedai2 makan yang berkenaan.. :)
nak buat balik?hehe ade org layan ke...tapi kak yong nak try gak dulu tak dpt tgk mcm ni...hehe
Post a Comment