Friday, March 22, 2013

Tutorial ~ Bagaimana Untuk Mengaktifkan Fungsi 'Disable Copy-Paste Forever' Pada Blog & Website


Salam.

Gua rasa mo berenti dulu la dari buat artikel pasal Lahad Datu.Penat der asyik tulis pasal benda serius ja.Muka pun rasa ketat semacam, rasa macam jadi hakim mahkamah agung pun ada, asyik serius memanjang.Lagipun dah ada banyak reporter bertauliah & tak bertauliah yang buat liputan tentang kes Lahad Datu ni, rasanya cukuplah role yang gua mainkan dalam menulis berita, kisah & analisis berkaitan standoff tu...Apapun, kalau ada maklumat dan kisah terbaru yang 'terlepas'(?) dari liputan mainstream media & para reporter, nanti akan gua update ok...

Kali ni, gua akan berkongsi satu tutorial dengan lu olang semua tentang bagaimana untuk mengelakkan tulisan & artikel blog anda daripada di copy-paste oleh mangkuk hayun yang suka mengambil kesempatan dan menjadikan tulisan kita sebagai hak milik mereka sesuka hati tanpa memberi kredit.Atau dalam ertikata sebenar, MENCURI hasil tulisan dan idea orang lain.Lembu punya susu, sapi dapat nama.Gua memang sangat bebulu dengan jenis-jenis mangkuk seperti ini, yang hanya tau mengambil jalan mudah.Amat menyakitkan hati bilamana melihat hasil tulisan kita terpapar pada blog/page orang lain yang mana mangkuk tersebut langsung tidak memberi kredit kepada kita selaku penulis asal dan tuan punya idea dan memperlakukan tulisan itu seolah-olah dimiliki oleh si mangkuk tersebut.Kepada para mangkuk-mangkuk yang dimaksudkan, you know who you are, dan tulisan ini ditujukan khas untuk anda..The mangkuk's!!!


Baiklah.Mungkin ramai antara kita yang mengetahui tentang bagaimana untuk membuatkan blog atau website mempunyai function 'disable right click'.Namun demikian, function 'disable right click' ni sebenarnya sangat mudah untuk dipatahkan, hanya dengan mematikan function 'javascript' pada browser yang anda gunakan dan walla!Function 'disable right click' yang telah anda enforce kan pada blog anda akan di'deactivate'kan serta merta dan proses 'right-click' & 'copy-paste' akan kembali seperti sediakala.

Apapun, terdapat satu cara yang akan membuatkan blog atau website anda akan menjadi 'copy-paste disable forever'.Bagi yang kurang percaya, anda dipersilakan mencubanya pada blog ini.Mati function javascript pada browser yang anda gunakan, cuba refreshkan blog ini dan lihat apa yang akan anda temui...blog ini hilang/blank white bukan?Cubalah berapa kali pun, anda pasti tidak akan melihat blog ini selagi tidak mengaktifkan semula javascript pada browser yang anda gunakan...

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengaplikasikan function ini pada blog/website anda, boleh, namun terdapat beberapa syarat perlu anda patuhi sebelum function ini dapat di'enforce'kan pada blog/website anda kerana function ini bukan sekadar meletakkan javascript pada template blog/website...

Berikut adalah diantara syarat yang perlu anda patuhi semasa melakukan proses installation tersebut :

1. Buka browser.
2. Logon ke account blogger/website anda
3. Sediakan seekor ayam kampung dan pulut kuning satu periuk.
4. Sebotol 100 Plus mungkin diperlukan untuk menghilangkan dahaga ketika berhadapan dengan jin javascript ini.
5. Hahahaha..... :)


Relax, gua merapu ja tu.Just simply go ke alamat INI untuk tutorial penuh.Gua malas mau tulis disini, kalau tulis pun bukannya korang dapat copy pun script tu sebab gua dah enforcekan pada blog ni.Segalanya ada diterangkan pada tutorial di alamat tersebut okay.Selamat mencuba.



Adios amigos.





*Berbalik kepada isu Lahad Datu kejap (sikit ja k), sebenarnya gua ada beberapa maklumat yang tidak pernah didedahkan oleh mainstream media dan blog.Gua dah cek & google berkenaan dengan maklumat tu, memang tidak ada didedahkan dimana-mana.Samada maklumat tersebut tidak sampai kepada media, ataupun tidak boleh didedahkan.Gua sendiri memilih untuk tidak mendedahkan apa-apa, kerana dibimbangi kelak maklumat itu boleh menjejaskan sebarang tindakan oleh pihak keselamatan kita.(Nantilah, tunggu keadaan dah betul-betul clear dan settle, baru gua update pasal ni ok).Apapun gua tinggalkan korang dengan ayat keramat, "semoga kehidupan anda diselubungi..MISTERI".Hohoho...

(^__^)


Credit : Google Images & Dickeymaru.com 

6comments:

salsaid...

Sy rasa penah amik artikel anda dan sher ke group.
Cuma niat sekadar nk memberi info pada rakan2 lain utk disebar2kan kerana ada berita2 terkini.

harap maaf kalo jd kemarahan anda. biasa sy selalu letak nama blog utk diperkenalkan pada org lain..tp kalo x terletak tu ..itu terlepas pandang dr kesilapan sy yg kdg2 lalai.

Mohon maaf tuan admin dan minta halal sbb amik dolo baru bgtau arini..

Unknownsaid...

disable copypaste forever? aku dgn yakinnya cakap, takda kod yg mutlak mampu buat mcm tu. tetap ada flaw. yg ni pun ada flaw, sbg cth aku try copy paste aartikel ko ni

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengaplikasikan function ini pada blog/website anda, boleh, namun terdapat beberapa syarat perlu anda patuhi sebelum function ini dapat di'enforce'kan pada blog/website anda kerana function ini bukan sekadar meletakkan javascript pada template blog/website anda

see, senang jer nk copypaste. sbb aku masih mampu view page source selepas javasript dimatikan. siap boleh right click lg. tp at least, menyusahkan sikit utk pengcopy itupun kalau dia noob la

Unknownsaid...

@sal ehh sory klu terasa k..sbnrnya artikel ni saya cuma tujukan kpd pencopy tegar ja,kpd yg beri kredit mcm kamu x termasuk.xpa sy halalkn...hehe...

anyway,klu kmu ada blog, sila berikan link dkt shoutbox spy sng nk bw.sy x dpt nk trace blog melalui nama kmu k..tq :)

Unknownsaid...

@kopi pasta hehehe ya bro gua tau xda script yg boleh buat mmcm tu secara total..n gua pn tahu mcmna nk pecahkn script tu/copy spt mna yg lu buat.mcm yg lu ckp, at least menyukarkn..tu tajuk ja sebenarnya... :)

gua sbnrnya saja buat tjk mcm tu, spy pencopy tegar yg noob terus pts asa klu jmpa site yg apply script tu..tp lu dah pecah lobang la haha.xpala,harap2 the noobers xkn dpt cri jln camana nk pecahkn script ni.lu jgn plak wat tutorial camana nk pecahkn script tu k

:)

salsaid...

Terima kasih El Hardy..buat ms ni x dak blog lagikk.. :)

Unknownsaid...

ok sama2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!