Friday, March 1, 2013

Situasi Terkini Pertempuran Di Lahad Datu


FOTO & SITUASI TERKINI 01.03.2013 (*Akan di update dari masa ke semasa)

Suasana Lahad Datu sekarang..Askar berkampung di tengah bandar..Banyak kedai tutup..
Sekolah petang cuti..Orang awam di suruh balik ke rumah..Kenderaan awam tak dibenarkan masuk ke bandar.. info-info lain mcm nda boleh share.. Setakat ini sahaja untuk info kawan-kawan... Doakan kami.


Situasi di Hospital Lahad Datu ~ Kita sama-sama doakan, pejuang kita yang tercedera ini selamat dan cepat sembuh. Tahniah atas keberanian mereka

Shop, bank, school Closed. Ambulance rushed to hospital. Army cars rushing. MAS wing flights suspended. Local people said many military flights flew in this morning. Police told town people to lock gates/doors. Many people have gone home.Askar berkampung di tengah bandar, orang awam di suruh balik ke rumah jadi traffic jam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke bandar.


Suasana di Pantai Timur Sabah (Sandakan). Suasana panik melanda ibubapa skstp1 (Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1) yg hendak mengambil anak2 pulang gara2 khabar dr seberang 'LD'..moga x ada perkara dasyat brlaku d SDK pula...

......................................................

Dikhabarkan, bermula jam 2 petang tadi kenderaan mula dilarang untuk keluar masuk ke bandar Lahad Datu.Rumours mula beredar mengatakan perintah berkurung akan dikeluarkan bermula jam 4 petang ini di Lahad Datu.

Update terkini dari twitter TV3 ~ 2 komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, lokasi pencerobohan warga Filipina di sini hari ini.

AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006 INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006, semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman...

............................................................


UPDATE 1900 ( 07:00 PM )


Kenyataan Rasmi PDRM menerusi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib : 2 anggota Komando TERKORBAN, 3 CEDERA & 12 orang Penceroboh MAUT. TIADA PERINTAH BERKURUNG DIKELUAKAN DI LAHAD DATU. Cuma langkah berjaga-jaga.

Suasana sekitar bandar Lahad Datu pada petang tadi, lengang.



#Lets Pray For Lahad Datu...



TERKINI 2230 @ 10:30 PM 

Rumours mengatakan korban ketiga anggota keselamatan Malaysia adalah TIDAK BENAR.Hal ini disahkan oleh bapa saudara kepada anggota yang dikatakan terkorban itu.Hj. Madun Bin Buyong, pakcik kepada Kpl. Azman Ampong menyatakan KEKESALAN seluruh keluarga mereka terhadap laporan yang menyatakan anak saudaranya Kpl. Azman Ampong telah terkorban adalah TIDAK BENAR. Bermakna, hanya 2 anggota Keselamatan Negara (Komando) yang terkorban.Alhamdulillah... ~ via Ares Arapa



UPDATE 02.03.2013



Terkini dari Lahad Datu ~  dikhabarkan hospital Lahad Datu ketika ini mengalami situasi kekurangan bekalan bank darah.Kepada yang ingin menderma, anda boleh melakukannya di hospital terdekat yang kemudiannya nanti akan disalurkan ke hospital Lahad Datu. ~ via @mariahdoksil




UPDATE 1100 @ 11:00 AM
Terdapat satu video yang telah disebarkan melalui laman sosial yang dikatakan sebagai rakaman situasi pertempuran yang berlaku semalam.Anda dinasihatkan agar TIDAK MEMPERCAYAI ataupun MENYEBARKAN video tersebut kerana video tersebut adalah rakaman yang dibuat DITEMPAT LAIN (dipercayai berlaku di Selatan Filipina) dan bukannya gambaran pertempuran yang berlaku semalam.Sila berhati-hati dengan maklumat yang anda post di blog & laman-laman sosial kerana unit IT PDRM sedang memantau maklumat dan khabar angin yang sengaja ingin memburukkan keadaan. ~ via Rozza Rothman


#Keep Praying For Lahad Datu




UPDATE 03.03.2013 @ 09:40 AM





Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.


Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.- Bernama







Sumber : Facebook, Twitter & Maklumat langsung dari rakan-rakan di Lahad Datu

9comments:

azieyanzsaid...

uishhh bahaya betul la..
Al-fatihah untuk mereka berdua..

p/s : perlu ke sampai nak berperang macam ni?

cik kaki ketawesaid...

bro sy memang tunggu bro update pasal ni..sy doakan warga sabah dan semua anggota yg terlibat selamat...kasihan sebab keluarga mereka yg terkorban masih punya anak kecil..apa-apa pun tabik hormat kepada mereka...

#doakan juga ayah sy selamat pulang ke semenanjung...dia ada di lahad datu sejak 3 hari lepas..

cik kaki ketawesaid...

bro sy memang tunggu bro update pasal ni..sy doakan warga sabah dan semua anggota yg terlibat selamat...kasihan sebab keluarga mereka yg terkorban masih punya anak kecil..apa-apa pun tabik hormat kepada mereka...

#doakan juga ayah sy selamat pulang ke semenanjung...dia ada di lahad datu sejak 3 hari lepas..

ezlan mohdsaid...

Bro tlg update news latest..serang jela geng2 sulu ni..nak tunggu smpai bile..xkan nak ade lg rakyat kite yg terkorban..

El Hardysaid...

@azieyanz nk buat macamana, peluang dah diberikan pd penceroboh ni utk beredar dgn aman..doakan pasukan keselamatan kita disana...


@cik kaki ketawe semoga anggota keselamatan kita yg terkorban itu diterima sbg SYAHID disisi yg Maha Esa...

Ayah CKK wat apa sana, dia anggota keselamatan gak ke?semoga ayah CKK blk dengan selamat amin...


@ezlan mohd akan diupdate dr masa ke semasa...





ira kireinasaid...

Sedihnya...perwira negara terkorban. Apalah tujuan diorang ceroboh kat sini...harap semuanya selamat n xde lg rakyat Malaysiamyg terkorban... :-(

El Hardysaid...

ada sebab n tujuan kenapa dorg ceroboh..boleh rujuk tulisan sy terdahulu ttg spekulasi yg timbul berkaitan kisah ni...mudah2an tidak ada lg anngota keselamatan kita yg terkorban..InsyaALLAH..amin

Irwan Syah@ Waksaid...

takziah di ucapkan kepada keluarga wira2 Malaysia yang terkorban.Semoga Allah mencucurirahmat ke atas roh mereka...

El Hardysaid...

InsyaALLAH..mudah2an roh mereka diterima sbg SYAHID disisiNYA amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!