Friday, March 8, 2013

Tuntutan 'Kesultanan Sulu' Ke Atas Sabah

*Artikel ini ditujukan kepada mereka-mereka yang buta sejarah, mereka-mereka yang suka membuat provokasi, PENGKHIANAT BANGSA serta ORANG LUAR yang suka menyibuk dengan hal orang lain.

Kepada mereka-mereka yang di'mention'kan di atas, BACA, MAKAN DAN TELAN.

.................................................


Tuntutan Sulu ke atas Sabah adalah PALSU kerana Kesultanan Sulu tidak diiktiraf oleh Filipina. Istana Malacanang melalui Memorandum Order No. 427 telah membatalkan sah taraf Kesultanan Sulu yang dipegang oleh Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Tuntutan "tentera Sulu" ke atas Sabah kini lebih bersifat Pelarian Ekonomi memandangkan Sabah lebih kaya berbanding Filipina. Lagipon pembayaran Cession Money sebanyak USD 5000 setahun kepada waris Sulu bererti waris Sultan Sulu telah menerima hakikat bahawa Sabah telah diserahkan kepada Malaya. Suruhanjaya Cobbolt tahun 1963 telah menyatakan hasil bancian majoriti penduduk Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak...Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah. Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?



Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02


8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.



10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini. Justeru amat jelas, tuntutan Sulu terhadap Sabah adalah mengarut.






Rujukan & Credit to : NavyTheBest.blogspot.com

6comments:

cik kaki ketawesaid...

bro sy setuju dengan post bro ni...so sy sarankan orang luar yg buat statement entah hape2...mohon baca dan kaji semula sejarah...dan sy tak sabar nak dengar berita pengganas2 ni kena korek2,kerat2 mcm yg mereka buat pada anggota polis negara kita...


#err,mohon maaf pasal komen box kat blog sy...hoho

El Hardysaid...

bro tau n sedar, org luar yg xda kena mengena ni sbnrnya saja ja ingin menangguk di air yg keruh n menyulitkn keadaan..minta maaf ja la k, gua x akan terperangkap dgn cara n permainan bodoh anda.ur presence is not belong here.negara sndiri pn x terjaga,ada hati nk jg tepi kain org...

klu bg bro,bkn setakat kerat n penggal,ikutkn hati mau saja ku cincang bg hncur terus jd abu..tp sebagai org islam yg bertamadun, kita tidak akan sesekali jd spt mereka ni..pengganas yg berkiblatkn syaitan..sanggup mengotorkn tangan dgn darah saudara seagama sendiri semata2 ingin memuaskn nafsu serakah dgn kuasa n duniawi...

semoga ALLAH akan sentiasa melindungi para pejuang kita d sana drpd bala bencana...amin



*btw,apahal x leh nk komen blog CKK tu,skrg dah ok ka? :)

AzieYanz Rahimsaid...

yup,dorang kena tahu sejarah betul2 dan kalau tak tahu pun, buat la kajian skit jangan main hentam je..kalau tak nanti buat andaian dan kondem orang sesuka hati padahal diri sendiri pun tak tahu apa2..

sebenarnya sedih jugak sebab dorang orang islam dan ramai yang mempertikaikan negara kita tak patut memerangi mereka.kita dah takde jalan lain kan?

moga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik.genjatan senjata yang diminta oleh pihak mereka pun tidak dilayan sebab mereka tidak mahu lagi ada nyawa yang jadi korban jadi,dorang patut faham2 sendiri la kan.menyerah diri. settle masalah..

El Hardysaid...

mereka telah diberikan peluang..dan mereka jg yg memulakan semua ini.mereka yg memulakan pertumpahan darah..jd apa yg dilakukan oleh pasukan keselamatan kita ketika ini adalah suatu tindakan yg benar sebenar benarnya,demi mempertahankan kedaulatan tanah dan bumi kita...

pasal org yg buta sejarah,terpulanglah pd dorg samada mau buta utk selama-lamanya atau mula utk bljr menerima sesuatu yg telah diangkat sbg fakta utk sekian lamanya.u choose!!!

sue ziedsaid...

awak berhujah bersama fakta,akta n undang2...post awak mnarik..bole awak post mna2 yg baik ka...sharing is caring...nk membuka mata msyrkt bkn senang...siram ngn air pun blum tentu tetbngun..nk bngunkn org dr tidur ada caranya...mnjerit x ble...apatah mmukul...mesti ada caranya...bgtu juga ngan persembhan post anda ni
..cukup mnarik...ada tujukan kat pm ka..

El Hardysaid...

memang menarik dan bernas bukan?thats y post ini diterbitkan semula disini.segala kredit dan pujian harus diberikan kepada penulis asal artikel ini seperti yg dinyatakan pada rujukan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!