Thursday, March 14, 2013

Analisis ~ Mencari Dalang Sebenar Disebalik Insiden Pencerobohan Bersenjata Lahad Datu

Krisis Lahad Datu yang ketika ini telah berlarutan lebih sebulan telah pun mengorbankan banyak nyawa, baik di pasukan keselamatan Malaysia mahupun di pihak pengganas Sulu.Namun demikian, sehingga kini masih terdapat satu persoalan yang belum terjawab, yang sedang bermain dikepala hotak ramai orang : siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam krisis pencerobohan bersenjata di Lahad Datu ini?Pelbagai teori konspirasi yang muncul berkenaan siapa yang sebenarnya menjadi mastermind dalam krisis ini dan berikut diperincikan beberapa teori konspirasi yang muncul di media-media tempatan & antarabangsa mengenai siapa dalang sebenar kejadian ini, yang telah diolah semula mengikut pandangan aku berserta dengan beberapa lagi teori yang terhasil daripada kepala hotak aku sendiri.Iqra'.


Teori 1 : Anwar Ibrahim

Terdapat satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh 'perisikan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)' yang mengatakan bahawa 'pemimpin utama pembangkang' Malaysia adalah merupakan dalang kepada kejadian yang berlaku di Lahad Datu ini.Tuduhan ini secara tidak langsung menyasarkan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang Malaysia sebagai dalang utama.Menurut sumber ini, satu pertemuan sulit antara Anwar Ibrahim dan salah seorang pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari telah berlangsung beberapa bulan sebelum pencerobohan Lahad Datu berlaku.Sumber itu juga menyebut, seorang pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Kitingan juga terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang yang mengaku sebagai pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.

Menurut sumber ini lagi, pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut 'Sultan Sulu' menuntut hak mereka.


Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.Memetik sumber perisikan Filipina, Inquirer News melaporkan, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia. - Sumber

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, Wallahualam.Anwar Ibrahim sendiri telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan telah memfailkan saman RM100 juta terhadap sebuah stesyen TV (TV3) dan sebuah akhbar berbahasa melayu (Utusan Malaysia) atas tuduhan 'fitnah', manakala Jeffrey Kitingan pula membisu seribu bahasa tanpa sebarang respon.Namun, apa yang menghairankan, kenapa Anwar hanya menyaman media dan TV Malaysia sahaja?Kenapa saman itu tidak diperluaskan kepada media luar negara yang mula-mula mengeluarkan kisah berkenaan 'konspirasi' yang kononnya diwujudkan oleh beliau?Well, kalau mau tau juga, itu LU KENA TANYA DIA SENDIRI...


Teori 2 : Konspirasi UMNO & Kerajaan Malaysia

Tian Chua, ahli Parlimen Batu dan salah seorang pemimpin kanan parti politik PKR, yang ketika ini sedang hangat dikecam dan diganyang depan belakang atas bawah oleh rata-rata rakyat Malaysia termasuklah yang non-partisan, adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya kejadian yang berlaku di Lahad Datu ketika ini adalah satu sandiwara yang sengaja diadakan oleh UMNO dan kerajaan Malaysia untuk 'menakut-nakutkan' rakyat Sabah agar tidak mengundi pembangkang dalam PRU13 yang akan tiba pada bila-bila masa.UMNO kononnya cuba untuk menyampaikan mesej 'separa sedar' kepada rakyat Sabah bahawa hanya kerajaan yang memerintah ketika ini sajalah (Barisan Nasional) yang mampu mempertahankan kedaulatan negeri Sabah ini dan bukannya pembangkang, kerana ketika ini sentimen untuk 'menukar kerajaan' dilihat agak kuat dikalangan rakyat Sabah.Security crisis ini kononnya sengaja dicetuskan untuk memperlihatkan kepada rakyat Sabah 'bayangan' apa yang bakal berlaku sekiranya pembangkang diberikan peluang untuk mentadbir negeri Di Bawah Bayu ini (Kebenarannya?Wallahualam).

Terus terang cakap, pada awalnya aku juga mempunyai sedikit kepercayaan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu itu adalah satu konspirasi yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.Namun setelah pertempuran di antara pihak penceroboh yang ketika ini telahpun digelarkan sebagai pengganas dan pihak keselamatan Malaysia bermula, serta merta teori konspirasi 'sandiwara' itu hilang daripada kepala hotak aku.Dengan jumlah pahlawan-pahlawan ATM & PDRM yang gugur terus meningkat, adalah amat tidak bertanggungjawab kepada sesiapa juga yang mengaku sebagai rakyat Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian yang berlaku itu adalah satu sandiwara semata-mata.Nyawa perwira negara yang gugur itu tiada galang gantinya, dan tindakan PDRM untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang menghina dan memperlekehkan anggota keselamatan negara yang menggadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan Malaysia amat dialu-alukan.

Terbaru, diberitakan 2 orang lagi anggota keselamatan negara telah gugur dalam Ops Daulat Lahad Datu.Semoga roh mereka diterima sebagai Syahid disisi yang maha esa, dan diharap kaum keluarga mereka yang terkorban dapat menerima dan bersabar dengan ketentuan Ilahi...


Teori 3: Covert Operation "THE HIDDEN HAND - CIA"


Kapal Perang USS Guardian America Terkandas
Terdapat satu laporan mengenai sebuah kapal perang Amerika USS Guardian telah 'terkandas'(?) di kawasan terumbu karang Tubbuhata di laut Sulu sejak sejak 17 Januari 2013, 24 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu bermula.Menurut satu sumber, kapal perang tersebut sebenarnya 'sengaja' belayar keluar dari laluan asalnya kerana sememangnya agak pelik bagaimana kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger dikatakan telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah(?). - (info penuh, Sumber)

Persoalan :
~ Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh kapal perang USS Guardian yang terkandas di terumbu karang tersebut?Adakah kapal tersebut benar-benar terkandas ataupun kejadian itu adalah satu perancangan rapi yakni 'covert operation' CIA terhadap Sabah dan Malaysia?
~ Dari manakah Jamalul Kiram III memperolehi sumber kewangan untuk memperlengkapkan 'pasukan pengganasnya' dengan senjata-senjata?Adakah insiden kapal perang 'tersadung' ini sebenarnya hanya satu sandiwara, yang sebenarnya sedang membawa bekalan senjata untuk diberikan kepada kumpulan pengganas kiram?Ini adalah kerana difahamkan Jamalul Kiram III ini sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'sultan yang paling miskin di dunia'.Insiden pencerobohan Lahad Datu ini semestinya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.Adakah Amerika yang bertanggungjawab dalam membiayai pencerobohan pengganas kiram tersebut?


The Next 9/11
"September 11 attack in US occurred just eight months into Bush's first term as president. The Luciferians needed to create a security crisis and a 'terrorist' in order to persuade the American People to accept NWO. So the Luciferians search high and low for the best race to be blamed and the Arab people whom already popularized by Holywood as the most dislike people by white American are the perfect candidate. This look similar with what is happening now because the Tausug (Suluk) people in Sabah are also the most dislike race by the rest of Sabahans. The CIA has funded a few arabs people to carry out terrorize the world to ignite the sentiments and now the CIA is funding 300 tausug militants to be terrorists in Sabah."- SOURCE

("Serangan 11 September di US terjadi hanya selepas 8 bulan George Bush berkuasa dalam penggal pertamanya sebagai presiden.'The Luciferians'(Illuminati/The Hidden Hands) perlu mencipta satu krisis keselamatan dan keganasan untuk 'memujuk' rakyat Amerika supaya menerima NWO (New World Order).Oleh itu mereka mencari bangsa manakah yang patut di'kambing hitam'kan sebagai mangsa, dan mereka melihat orang ARAB sebagai calon yang sangat sesuai memandangkan bangsa Arab adalah bangsa yang paling tidak disukai oleh golongan kulit putih Amerika seperti yang telah dipopularkan melalui filem-filem Holywood mereka.Ini kelihatan serupa dengan apa yang berlaku sekarang memandangkan orang Tausug (Suluk) di Sabah adalah merupakan bangsa yang paling tidak disukai oleh kebanyakan penduduk tempatan Sabah.CIA yang pernah membiayai beberapa orang Arab untuk mencetuskan keganasan dan menyalakan sentimen dan kali ini mereka (CIA) juga telah membiayai 300 militan Tausug ini untuk menjadi terrorist di Sabah(?)")

Ayat terjemahan daripada perenggan english diatas yang diambil daripada tulisan di sebuah blog.Sejauh mana relevan dan kebenarannya, you decide!


Kenapa The Hidden Hand Berminat Dengan Sabah?

1. Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.

Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar 'lawatan biasa', besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk 'covert operation' Lahad Datu ketika ini)

Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.

Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai 'mission impossible', tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi...


2. Perebutan Untuk Penguasaan 'Emas Hitam' Laut Sulu

Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki "simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."

Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan 'emas hitam' di sekitar lautan Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.

Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber 'emas hitam' laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan 'penjajahan terancang' ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka...

Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti 'Kesultanan Sulu' akan dapat dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.


3. Percubaan Untuk Mematahkan 'Kebangkitan Dari Timur'.

Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti 'menyokong sepenuhnya' tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan Filipina 'terlibat dibelakang tabir' dalam kisah pencerobohan ini.Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.

1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed 'Kesultanan Sulu' (Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah 'peperangan' sesama Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat 'senang' sekiranya Malaysia dapat 'membantu' mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat 'mencuci tangan' dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan 'menarik rambut dari tepung' dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.Apa yang diperlukan oleh mereka adalah 'pencetus/trigger' dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya 'bom jangka' yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.

2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)

Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.

3. Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua 'Timur' ini.Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari 'Timur' dan ramai yang beranggapan bahawa 'Timur' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.

Sabda Rasulullah SAW :
"Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."

"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."

(Aku tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)

Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu 'black ops' diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 : 
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”


Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan.Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan 'joint-operation' sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini?Aku tinggalkan persoalan itu kita fikirkan bersama...

Wassalam.




*Mungkin ada diantara pembaca yang memandang sinis dan berpendapat penulis sebagai seorang yang berfikiran 'terlalu jauh di luar kotak', terlalu berimaginasi serta mengarut dalam analisis ini.Tidak mengapa, kerana masing-masing kita punya pendapat & cara tersendiri dalam membuat penilaian mengenai krisis keselamatan & kedaulatan yang sedang melanda Sabah ketika ini.Apa yang cuba dipaparkan oleh penulis hanyalah salah satu sudut pandangan yang cuba untuk mengajak pembaca berfikir secara kritis dan mengaplikasikan cara 'outside the box' dalam membuat penilaian.Relevan atau tidak, anda tentukan!


Rujukan & Kredit : pisau.net, malaysiakini, malaysian insider, tausug-global.blogspot.com, afterdarkwrites.blogspot.com, militaryofmalaysia.net, google, google images & kepala hotak aku

11comments:

Unknownsaid...

Ermm...lps aku baca benda ni...makin kuat andaian aku slama ni yg ada lagi benda hidden yg trlibat disebalik serangan tuh. AMAREKA...perlu berjaga jaga walaupun blum trbukti. Sebab AMAREKA slalunya pakar dlm konspirasi.

Unknownsaid...

AMAREKA derr...mana2 tmpt pn dlm dunia ni ada 'mata n telinga' dorg..aku tulis ni hal ni bkn apa, sekadar nk bagi org bukak minda sikit, spy jgn sekadar melihat sesuatu kjdian tu dr sudut yg tersurat saja...sbb biasanya perkara yg tersurat didepan mata kita hnyalah bayangan kpd sesuatu yg jauh lebih besar...kna sentiasa activatekn 'outside the box thinking'...jgn terpedaya dgn doktrin 'mind control' AMAREKA.....

Unknownsaid...

Betui tuh, bro...aku sokong. :)

Unknownsaid...

TQ bro.sekadar berkongsi pgthuan yg ada...smoga bermanfaat.

Unknownsaid...

Boleh saya mohon kbnaran share d fb...baik untuk minda rakyat...

Unknownsaid...

@sue zied ayat tu 'baik utk minda rakyat'..mcm yb..hehe...anyway dipersilakan :)

Unknownsaid...

xla at least ada sstu tuk djdi pnduan n iktibar...smoga masyrkt bijak mentelaah sesuatu seblum berckp x persoalan pasti...

Unknownsaid...

sebenarnya tulisan ini hanyalah pandangan peribadi sj.sy x memaksa anda atau sesiapa saja yang membaca tulisan ini utk percaya 100% dgn pendapat sy..sy skdr menulis berdasarkn sudut pdgn 'luar kotak', yg cuba uk membuka sisi gelap yg 'tersirat' disebalik kisah yg 'tersurat'.semoga bermanfaat utk difikir2kn :)

~ayusleeping~said...

bagusnya share benda yang macam ni. Panjang nau, sampai nak terlelap baca post nih...hihihi~

Unknownsaid...

~ayusleeping~ smpai nk terlelap baca ke?analisis kn,mmg la pnjg...

anyway thanks for coming back :)

Unknownsaid...

walaupun lambat tapi komen jugak sebab ada search kat sini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/cari.asp?Str=tubbataha&stype=kw&Action=Search&sb=ra

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!