Thursday, November 10, 2011

Syaitan Dalam Lagu

Setiap orang pasti mempunyai lagu favourite tersendiri.Masing-masing punya citarasa yang berbeza tentang genre lagu dan muzik yang diminati.Kau minat jiwang karat, aku minat rock kapak.Dalam bilik, dalam kereta, dalam karaoke, dalam tandas dan di dalam apa sekalipun, pelbagai jenis lagu sentiasa berkumandang tidak kira waktu dan masa.Namun berhati-hati dengan apa yang anda nyanyikan dan dengari, kerana mungkin apa yang sedang anda nyanyikan dan dengari itu adalah satu bentuk pemujaan halus satanic(?) tanpa anda sedari!!

Sekadar gambar hiasan.Diulang sekali lagi, SEKADAR 
GAMBAR HIASAN!Sori bro FT (^_^)V
Berdasarkan beberapa research dan rujukan yang aku jalankan di internet, terdapat segelintir lagu hits masakini yang dinyanyikan oleh artis barat mempunyai unsur pemujaan halus satanic!!Message rahsia secara 'bawah sedar' (subliminal message) disampaikan melalui lagu yang mereka nyanyikan tanpa disedari oleh majoriti pendengar melalui satu teknik yang dinamakan sebagai 'backmasking' (backward masking).Menurut Wikipedia, teknik ini didefinisikan sebagai satu cara untuk menyampaikan sesuatu 'message atau bunyi melalui cara menterbalikkan (reversible) sesuatu lagu itu dari belakang ke depan'.Pada kondisi normal, pendengar hanya akan mendengar sesebuah lagu itu seperti biasa, namun selepas diterbalikkan, anda akan mendengar sesuatu yang lain sekiranya lagu tersebut mempunyai message tersirat!


Teknik backmasking ini dipopularkan oleh kumpulan lagenda barat The Beatles melalui album "Revolver" mereka yang diterbitkan pada tahun 1966.Pada masa itu, antara message backmasking yang menjadi kontroversi adalah berkaitan dengan kematian salah seorang anggota band tersebut Paul McCartney.Sejak dari itu teknik ini menjadi popular dikalangan pencipta lagu/lirik barat dalam menyelitkan message-message rahsia.Namun isu berkaitan dengan message pemujaan syaitan hanya muncul dan menjadi kontroversi besar selepas lagu "Stairway To Heaven" nyanyian kumpulan Led Zeppelin diterbitkan pada era 80an.Terdapat part dalam lagu ini yang mana lirik lagu tersebut jika didengar pada kondisi normal berbunyi seperti berikut :
“If there’s a bustle in your hedgerow, don’t be alarmed now
It’s just a spring clean for the May queen
Yes, there are two paths you can go by, but in the long run
There’s still time to change the road you’re on”
Manakala jika dimainkan secara backmasking, lirik lagu tersebut akan kedengaran seperti berikut :
“Oh here’s to my sweet satan.
The one whose little path would make me sad, whose power is satan.
He will give those with him 666.
There was a little tool shed where he made us suffer, sad satan.”

Berikut adalah versi backmasking dan versi asal lagu tersebut.Anda nilaikan sendiri!

Stairway To Heaven (Backmasking)

Stairway to Heaven (Original)

Sebenarnya terdapat banyak lagi kumpulan rock era 80an yang dikatakan menggunakan backmasking sebagai medium untuk menyampaikan message subliminal satanic mereka.Slayer, Cradle Of Filth dan Queen adalah antara beberapa nama kumpulan rock yang pernah terlibat dalam kontroversi backmasking.Kontroversi inilah yang akhirnya telah membawa kepada munculnya terma 'black metal' yang secara terang-terangan menjadikan syaitan/lucifer sebagai Tuhan.Venom adalah salah sebuah kumpulan terkenal yang mempelopori ideologi black metal ini..

Itu era 80an.Terkini?Tekaan anda??Tepat sekali!Britney Spears, Lady Gaga, Rihanna, Jay-z dan Justin Bieber adalah antara beberapa nama yang menggunakan populariti mereka untuk menyampaikan message satanic Illuminati anutan mereka kepada para peminat dan pendengar mereka secara subliminal (bawah sedar).Sebagai contoh, berikut adalah lagu "Paparazzi" nyanyian Lady Gaga yang telah di'backmasking'kan.Dengar & perhatikan perincian dalam video berikut...


Berikut adalah lirik yang disebutkan oleh Lady Gaga selepas backmasking ~
"Star above,above he follow you speak to me if you believe me! Star above,above he follow you.Lucifer I want to be me Star above,above He follow you if you believe me! Help me!! Star above,above he follow you speak to me if you believe me! Star above,above he follow you Lucifer i want to be its not funny! Help me!!!"
(Untuk lebih jelas, sila gunakan headphone dan dengarkan berapa kali perkataan 'lucifer'(iblis/syaitan) muncul!!)

Pendedahan di atas adalah beberapa contoh penggunaan backmasking dalam penyampaian subliminal message.Selebihnya anda boleh mencarinya sendiri di Youtube untuk maklumat lanjut.Anda cuma perlu menggunakan keyword 'backmasking' untuk mendengar lagu yang anda inginkan.Contoh : Justin Bieber backmasking dan anda akan menemui pelbagai pendedahan dan contoh yang bukan sedikit tentang backmasking subliminal message ini...

Kesimpulan
Sesungguhnya, lagu dan muzik yang melalaikan merupakan salah satu senjata ampuh syaitan dalam menyesatkan anak Adam.Seperti yang telah dijanjikan oleh syaitan kepada ALLAH S.W.T di dalam Al-Quran,
"Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Hijr:39) 
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (ikhlas)". (Hijrr:40)



(Moral of the story : Tak salah berhibur, tapi biarlah berpada-pada.Aku sendiri pun adalah peminat dan pendengar kepada nama-nama yang tersebut diatas terutamanya kumpulan rock, even black metal pun aku layan..Tapi cukup sekadar dengar.Tak payah nak ikut perangai diorang.Yang penting kita tahu batas kita...P/S Nanti nak cari software untuk backmasking lagu-lagu penyanyi Malaysia, manalah tau ada yang terjangkit...Wallahualam)




Rujukan & Kredit : Wikipediaislamdaniman.blogspot.comlistverse.com, Youtube & Google Images

8comments:

hardy_hunt2said...

betui betui betui ;)

amoiMiyaSyasaid...

setuju ! setakat dengar dah memadai . ;)

hardy_hunt2said...

masalahnya kalau lagu tu dah dimasukkn unsur subliminal message ni, kita takkan tahu message tersiratnya sehinggalah kita backmasking kn lagu tu..tp takkn semua lagu nak backmasking dulu sblm dgr,gilo ko apo...hmm....yg ptg jgn ikut perangai mereka cukup la..kn ^0^

hardy_hunt2said...

hehe..setakat dengar ja xpa kot kak yong..yg penting jgn ikut perangai dajjal diorg...tak gitu ;)

hardy_hunt2said...

yah really scary...

farah alyaasaid...

it is scary!

siti nor sabikahsaid...

kak yong nak dengar lagu nasyid je lah;..almaklumlah makin hari makin tua..ada baiknye layan lagu yan g mendamaikan...hehe

cik tikahsaid...

betul betul. kena hati hati dgn apa yg kita nyanyi tuh. amati liriknya terlebih dahulu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!