Monday, November 28, 2011

History Yang Misteri!

Ini bukan sejarah kita, tapi gua tertarik untuk memaparkannya disini untuk sama-sama kita fikirkan sejauh mana kebenarannya, fakta atau auta.Antara dua orang Presiden Amerika yang paling terkenal dalam sejarah, yang mana mereka berdua ini juga mempunyai sejarah sisi gelap pelik yang mungkin tidak diketahui oleh kebanyakan orang...Cakap banyak pun tak guna, baca sajalah...
Abraham Lincoln Vs John F. Kennedy

Abraham Lincoln
Abraham Lincoln telah dipilih ke Dewan Congress pada tahun 1846. 
John F. Kennedy pula telah dipilih ke Dewan Congress pada tahun 1946. 

Abraham Lincoln telah dipilih sebagai Presiden pada tahun 1860. 
John F. Kennedy telah dipilih sebagai Presiden pada tahun 1960. 

Kedua-dua mereka memperjuangkan hak asasi manusia.
Kedua-dua isteri mereka juga kehilangan anak semasa tinggal di Rumah Putih (White House)

Kedua-dua Presiden A.S ini ditembak pada hari jumaat,
dan kedua-duanya juga mati akibat tembakan di kepala!

Dan sekarang ia akan menjadi benar-benar pelik... 

Setiausaha Lincoln's bernama Kennedy, 
manakala setiausaha Kennedy's pula bernama Lincoln! 

Kedua-duanya dibunuh oleh orang yang berasal dari selatan,
dan kedua-duanya juga digantikan oleh orang dari selatan bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln , dilahirkan pada tahun 1808,
manakala Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, dilahirkan pada tahun 1908.

John Wilkes Booth, orang yang membunuh Presiden Lincoln , dilahirkan pada tahun 1839. 
Manakala Lee Harvey Oswald, yang telah membunuh Presiden Kennedy, dilahirkan pada tahun 1939.

Kedua-dua pembunuh ini mempunyai 3 suku kata dalam nama mereka, 
yang nama kedua-duanya juga berjumlah 15 huruf jika dicampurkan!

John F. Kennedy
Lincoln telah ditembak dalam sebuah panggung teater bernama 'Ford.' 
Manakala Kennedy pula telah ditembak dalam sebuah kereta bernama 'Lincoln' yang dicipta oleh 'Ford.' 

Lincoln telah ditembak di dalam sebuah panggung teater dan pembunuhnya telah lari dan bersembunyi di dalam sebuah gudang, 
manakala Kennedy pula telah di tembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya telah lari dan bersembunyi dalam sebuah teater! 

Booth dan Oswald, kedua-duanya telah dibunuh sebelum hari perbicaraan mereka..

Dan yang paling panas...

Seminggu sebelum Lincoln ditembak ; dia berada di Monroe, Maryland..
Manakala seminggu sebelum Kennedy ditembak ; dia berada di..err, bersama Marilyn Monroe.


P/S : Tanya dengan cikgu sejarah, ni fakta ka auta?Pelik bukan?Kebetulan atau tidak, fakta atau auta...Wallahualam..Adioss...





Sumber asal : takda, dapat dari yahoomail group..

7comments:

Beckhrooysaid...

nice

hardy_hunt2said...

rasanya la kot, kebetulan...Allah lebih mengetahui... ;)

cintazulaikhasaid...

pernah baca pasal nih..mmg banyak tul persamaan diorang, tp mungkin jugak kut kebetulan ja..

hardy_hunt2said...

kalau bercakap tentang fakta sejarah sebenar, memang unsur bias/berat sebelah x ble dielakkan..sbb sesuatu naskah atau tulisan sejarah tu adalah bedasarkn perspektif ahli sejarah yg menulis tu...yg tulisan diatas ni plak x tau botul atau tak...untuk perkongsian n hiburan saja...;)

unie farahanisaid...

~ Ad yg betul ad yg x rasenya sebab bile belajar sejarah kita akan tahu sejarah itu ad unsur bias~ Lebih kepada pndgan ahli sjrh yg menulis~ tidak 100% yg sebenarnya.

hardy_hunt2said...

tak tau la bro, ni fakta ka auta..tapi menarik jugak...

Muhammad Saiazuansaid...

wow! fakta menarik! ia mungkin satu konspirasi.. tp kena ingat yg kita mencipta sejarah, bukan sejarah mencipta kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!