Sunday, November 27, 2011

Bau Ketiak Lelaki Pengubat Stress Wanita??

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Sekadar gambar hiasan
Manakala menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki (yuucckkk..aku sendiri pun mau pengsan kalau tercium) dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik.Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA, Feb 2004.


P/S : So kepada wanita di luar sana kalau tengah stress tu, bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend anda kalau nak menghilangkan tekanan, insyaAllah berkesan..Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu untuk orang tersayang..Lebih afdal untuk diamalkan selepas sang suami ataupun boyfriend anda baru selesai bersukan dan beriadah..Selamat mencuba...Hahahaha...
(^___^)




Credit To : Majalah Pa & Ma keluaran Feb 2004 & Encik Google

6comments:

TiraPengemissaid...

makin stress ade la...ahakssss

hardy_hunt2said...

mantop punya bau la kak yong...hahaha ;P

siti nor sabikahsaid...

haha..tidakkk! kak yong nak ketiak abg long...hahaha...

hardy_hunt2said...

apasal nak mandi pulak..simpan la bau tu utk yg tersayang..peram bagi kaw2 dulu....hahaha LOL (^__^)

niqro923said...

rasa mcm xnk mndi pulak :P

hardy_hunt2said...

cuba dulu baru tau...haha ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!