Thursday, November 17, 2011

Rusuhan Di Gelora Bung Karno!


Waduh, gempak banget tajuknya pak!Calm down, rileks..Tak ada apa yang berlaku sebenarnya hehehe.Tapi mungkin situasi itu akan berlaku ESOK di stadium Gelora Bung Karno sekiranya pasukan Malaysia berjaya menundukkan pasukan tuan rumah dalam acara bolasepak sukan SEA ke-26.


Terdapat 3 kemungkinan yang bakal berlaku dalam perlawanan malam esok : 

1.Pasukan tuan rumah menang, dan para penyokong Indon akan berpesta seolah-olah memenangi piala dunia (padahal baru peringkat kumpulan je pun)

2.Perlawanan berakhir seri, dan kedua-dua pasukan akan saling jeling-menjeling manja sambil berkata dalam hati, "takpa nanti kita jumpa lagi aku belasah kau".

3. Perlawanan dimenangi oleh team Malaysia dan para penyokong Indon akan mula mengutuk Malaysia seperti yang sering mereka lakukan.Worst case scenario, rusuhan akan berlaku.Bendera dibakar, serangan caci maki di twitter, facebook dan blog akan bermula seperti yang pernah berlaku semasa kemenangan Malaysia di piala AFF Suzuki dulu.(Jauh sungguh imaginasi aku..tapi tak mustahil berlaku, al-maklum sajalah perangai orang seberang tu macamana)

Apapun aku harap perlawanan esok akan dimenangi oleh Harimau Malaya.Kalau tak menang, dapat keputusan seri pun jadilah untuk melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir.Namun sekiranya pasukan Malaysia seri ataupun kalah dalam perlawanan esok, pasukan yang bakal menanti adalah Vietnam yang pastinya menyimpan dendam kesumat untuk membalas kekalahan mereka kepada skuad Malaysia semasa perlawanan akhir sukan SEA 2 tahun lepas.Pasukan Singapore juga sebenarnya masih mengintai peluang untuk layak ke separuh akhir sekiranya mereka berjaya menewaskan Thailand, tetapi memerlukan jumlah jaringan yang besar untuk memintas kedudukan Malaysia di tempat kedua, sambil berharap Malaysia akan tewas perlawanan esok.


Pasukan mana yang bakal ditentang pada separuh akhir, itu kemudian.Sekarang mereka perlu fokus untuk menumbangkan keegoan pasukan tuan rumah dan penyokong fanatik mereka terlebih dahulu.Laser sudah pasti akan terpancar bersimpang siur semasa perlawanan malam esok, ditambah lagi dengan permainan psikologi dan kutukan caci maki yang pasti akan berlaku sepanjang perlawanan berlangsung.Apapun good luck team Malaysia, don't let us down.Patahkan sayap Garuda, Go HARIMAU MALAYA!

P/S : Aku sebenarnya tak suka dengan aktiviti kutuk mengutuk melampau ni, tapi dah cara diorang macam tu nak buat macamana lagi.Kalau kita diam makin naik kepala plak diorang.Tunggu dan lihat ja la apa akan berlaku esok.Kalau aku dengar benda menyakitkan hati dari kem tuan rumah sok, aku tak akan berdiam diri.."Bagi gua mati dululah baru gua diam"....Adioss..




Photo Credit : Google Images

6comments:

hardy_hunt2said...

betui betui betui hohoho...kak yong,suruh org2 kita standby k, mana tau diorg main kasar lg kita kasi lanyak sama diorg...diorg belum kenal ini min siam n kak yong lagi hahaha ;P

siti nor sabikahsaid...

yang penting kita sudah menang...hahaha...

hardy_hunt2said...

ya alhamdulillah menang jg...tp dengar khabar pasukan kita terpaksa pulg dengan menaiki 'baracuda' (kenderaan anti huru-hara)...memang dasar bangsat tak sedar diri betol..dah kalah tu buat lah cara kalah..haik ptuih....padan muka diorang kalah tempat sendiri...

amoiMiyaSyasaid...

alhadulillah , Malaysia menang semalam . 

hardy_hunt2said...

absolutely bro,2 thumbs up for ong kim swee!rasain lo kalah ditempat sendiri haha...itulah akibatnya bila tak menghormati lagu kebangsaan negara lain...they just eat their own sh*t (^____^)

Burnkelanasaid...

I believe M'sia team will do their best & won the game!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!