Tuesday, November 22, 2011

Bung Menangis Lagi!

Bung menangis lagi!Keegoan, keangkuhan, ketaksuban, ke'kurang-ajaran' dan perangai biadap tidak bertamadun kebanyakan penyokong pasukan tuan rumah di stadium Gelora Bung Karno akhirnya terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal oleh mereka, dengan menghadiahkan pingat emas bolasepak sukan SEA kepada Malaysia!Tahniah kepada skuad Harimau Muda dibawah kendalian Ong Kim Swee kerana berjaya membuat penyokong tuan rumah meraung digelanggang sendiri.Berikut antara gambaran kesedihan penyokong tuan rumah...sian dia.(padan muka haha)



Sepanjang acara bolasepak berlangsung, pasukan Harimau Muda telah menghadapi pelbagai rintangan dan kepayahan yang bukan sedikit.Walaubagaimanapun, provokasi melampau dari penyokong pasukan Indon tidak sedikitpun mematahkan semangat barisan muda Malaysia untuk mengekalkan status 'raja bolasepak' Asia Tenggara.Berikut aku senaraikan kronologi insiden dan tragedi yang menimpa pasukan Harimau Muda sepanjang acara bolasepak sukan SEA edisi ke 26 berlangsung, yang pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai penganjuran sukan paling buruk pernah diadakan!

1. Provokasi melampau penyokong tuan rumah.Photo di bawah menceritakan segala-galanya..

2. Tindakan penyokong tuan rumah yang tidak menghormati dan mempersendakan lagu Negaraku.Tidak mengapa, kerana kebiadapan kamu telah pun terbalas dengan tangisan kamu..Gimana rasanya pak, enak?(^___^)

3. Insiden tidak bertamadun pembakaran Jalur Gemilang berserta perkataan lucah tertulis diatasnya..Tak tahu nak cakap apa der, sabo je la...

4. Para pemain dan jurulatih Malaysia terpaksa menaiki Baraccuda-kenderaan anti rusuhan untuk mengelakkan provokasi dan ancaman daripada penyokong-penyokong fanatik tuan rumah.Takpo, nanti team korang datang sini kita bagi naik lori sampah..Nak?Tapi kami tidak sejahil kamu, tetamu yang datang akan kami layan dengan baik...

5. Insiden kaunter tiket stadium Gelora Bung Karno dibakar.Yang ni takda kena mengena dengan pasukan Malaysia, aku cuma nak memaparkan bagaimana bengapnya mentaliti segelintir penyokong mereka.Takpolah korang punya sendiri jugak..Bako la bako la...Apasal tak bako stadium sekali....

6. Insiden bas yang membawa pasukan Malaysia disekat dan diserang oleh penyokong tuan rumah semasa hendak memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.Setelah hampir sejam terkandas barulah mereka berjaya memasuki stadium dengan selamat..Memang biadap tahap b**i hutan...haish aku dah nak mencarut dah ni sabo sabo... ^0^

7. Insiden kemasukan pasukan doping control untuk memeriksa air kencing pemain Malaysia setelah tamat perlawanan dan Harimau Muda sudah sah bergelar juara.Memang terdesak betul diorang nak pingat emas bolasepak sampai cara paling bodoh pun mereka gunakan..Mentaliti kelas ketiga betul....


8. Insiden kematian 2 orang penyokong tuan rumah semasa berasak-asak untuk memasuki stadium.Apa nak buat, dah takdir macam tu.Takziah untuk keluarga si mati..

9. Tidak puas hati dengan kemenangan pasukan Malaysia, dukun santet pula mula memainkan peranan.Santau pula pula cuba dihantar...
Tetapi malangnya mereka tersantau team sendiri..Ok yang ni merapu, aku tambah sendiri hehehe...

10. Dan akhir sekali inilah hasilnya, setelah pelbagai kepayahan yang diharungi oleh skuad bawah 23 tahun Malaysia...
Juara pingat emas acara bolasepak sukan SEA edisi ke-26!Terima kasih kepada para penyokong-penyokong Indonesia kerana disebabkan sifat tidak bertamadun andalah, impian kami menjadi nyata!!

Selamat tinggal sang garuda, sampai kita ketemu lagi....Oit, salah gambar eh?Ops sorry..Ok apa angry birds tukar garuda...huahahaha ^0^

Moral of the story : Kepada penyokong Indonesia, belajarlah untuk respect orang lain.Inilah harga yang perlu kamu bayar diatas kebiadapan yang kamu lakukan selama ini terhadap kami.Doa mereka yang teraniaya pasti akan dimakbulkan Allah...

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee

P/S : Nak gi makan bakso kaki garuda..sluurrp...Eh boleh makan ke?Lantak la hehehew...Adios amigoss....
(^___^)V






Photo Credit : Google Images

2comments:

hardy_hunt2said...

ekeleh..yg mana satu boipren kak yong, titus bonai ke huehehe ;)

siti nor sabikahsaid...

sabo min siam..hehe yang penting boypren kak yong jadi hero malam tu..hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!