Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.
Laporan media Filipina, InterAksyon menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian.
Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.
Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu.Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.
- Malaysiakini
TERKINI 1530@03:30PM
Malaysia tidak terima tawaran genjatan senjata kecuali penyerahan diri tanpa syarat - DS Zahid Hamidi
TERKINI (LIVE) SIDANG MEDIA PM DI LAHAD DATU @ 04:00 PM
1. Special security area(3 komponen - awam, tentera, polis) akan diwujudkn di pantai timur sabah,meliputi kawasan Tawau sehinggalah Kudat - PM (info penuh menyusul)
2. Sabah adalah wilayah Malaysia selama-lamanya dan akan dipertahankan dengan segala kekuatan yang ada.
3. Malaysia boleh terima genjatan senjata dengan syarat pengganas menyerah diri dan letak senjata tanpa syarat.
Foto berikutnya ini agak mengerikan..Susah mau cakap.Nak tengok juga?Baiklah.AMARAN : VIEWER DISCRETION IS STRONGLY ADVISE!
(Sebelum ini foto ini telah dikeluarkan daripada blog ini.Tetapi memandangkan foto tersebut telah pun tersebar meluas di internet, jadi makanya, gua letak ajalah balik.Sekali lagi amaran, viewer discretion is strongly advise.Kalau terbawa-bawa dalam mimpi, tanggung sendiri)
~ via Samang Kiri-Kiri
Terkini : Royal Malaysian Airforce bersama dengan ATM & PDRM telah memulakan operasi untuk mengempur habis-habisan kedudukan pengganas Sulu di Kg. Tanduo Lahad Datu.Bersama kita panjatkan doa agar pejuang-pejuang kita sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan semoga krisis pencerobohan ini akan cepat berakhir.
Penduduk Kampung Sungai Merah, Lahad Datu meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.
Org kampung mula penempatan semula di sekolah - askar kata 1 hr shj. perlukan bantuan di sabah...!!! aku x perlu gurau ttg semporna sekarang - mmg kmi tgh sitting duck - panik - dan mcm2 lagi - dimana pertahanan malaysia - tlg jgn bg alasan - km nk tggu kmi semua mati ke baru nk hntr bantuan? sudahlah sng2 penceroboh masuk ikut jln air.
Rumours mengatakan terdapat bunyi tembakan dari arah kampung tapi kurang jelas.sekarang askar sudah masuk ke kawasan kmpg utk bantu kuarkan org awam.Teruskan berdoa untuk sahabat dan orang-orang disana ~ via Malaysian Update
SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP
KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.
Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.
Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.
Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA
Lagi perwira negara gugur.Al-Fatihah kepada roh mereka, semoga diterima sebagai SYAHID disisi ALLAH SWT...
TERKINI
NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!
Tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!! Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM akukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dgn maklumat yg anda sebarkan... Anda hanya akan mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat2... TOLONG SEBARKAN! sabahtech: rasanya update pasal info berapa yg terkorban itu tiada masalah.. atau update info agar semua orang lebih berhati-hati itu tiada masalah.. cuma jangan update info yg berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di luar sana..
Pembetulan : Situasi semasa akan terus diupdate, cuma maklumat-maklumat lokasi PDRM n ATM sahaja yg akan disembunyikan agar tidak mendedahkan rahsia dan strategi pasukan keselamatan kita.Semoga ALLAH bersama dengan para perwira kita dalam mempertahankan Sabah tanah tumpah darah ini.ALLAHUAKBAR!!!
TERKINI DARI SEMPORNA @2200/10:00 PM
Ketua Polis Negara (KPN) melalui satu sidang media sebentar tadi mengesahkan kesemua penceroboh di Kg. Seri Jaya, Semporna telah berjaya diberkas.Namun begitu, KPN juga mengesahkan bahawa seorang lagi perwira kita gugur di Semporna menjadikan jumlah kesemua pahlawan kita yang gugur Syahid menjadi 8 orang semuanya...
Al-Fatihah, semoga roh pahlawan yang terkorban akan diletakkan di Syurga Firdausi bersama-sama orang2 yang beriman....
Sumber : Facebook, Twitter & maklumat langsung dari kawan-kawan
FOTO & SITUASI TERKINI 01.03.2013 (*Akan di update dari masa ke semasa)
Suasana Lahad Datu sekarang..Askar berkampung di tengah bandar..Banyak kedai tutup..
Sekolah petang cuti..Orang awam di suruh balik ke rumah..Kenderaan awam tak dibenarkan masuk ke bandar.. info-info lain mcm nda boleh share.. Setakat ini sahaja untuk info kawan-kawan... Doakan kami.
Situasi di Hospital Lahad Datu ~ Kita sama-sama doakan, pejuang kita yang tercedera ini selamat dan cepat sembuh. Tahniah atas keberanian mereka
Shop, bank, school Closed. Ambulance rushed to hospital. Army cars rushing. MAS wing flights suspended. Local people said many military flights flew in this morning. Police told town people to lock gates/doors. Many people have gone home.Askar berkampung di tengah bandar, orang awam di suruh balik ke rumah jadi traffic jam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke bandar.
Suasana di Pantai Timur Sabah (Sandakan). Suasana panik melanda ibubapa skstp1 (Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1) yg hendak mengambil anak2 pulang gara2 khabar dr seberang 'LD'..moga x ada perkara dasyat brlaku d SDK pula...
Dikhabarkan, bermula jam 2 petang tadi kenderaan mula dilarang untuk keluar masuk ke bandar Lahad Datu.Rumours mula beredar mengatakan perintah berkurung akan dikeluarkan bermula jam 4 petang ini di Lahad Datu.
Update terkini dari twitter TV3 ~ 2 komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, lokasi pencerobohan warga Filipina di sini hari ini.
AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006 INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006, semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman...
Kenyataan Rasmi PDRM menerusi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib : 2 anggota Komando TERKORBAN, 3 CEDERA & 12 orang Penceroboh MAUT. TIADA PERINTAH BERKURUNG DIKELUAKAN DI LAHAD DATU. Cuma langkah berjaga-jaga.
Suasana sekitar bandar Lahad Datu pada petang tadi, lengang.
#Lets Pray For Lahad Datu...
TERKINI 2230 @ 10:30 PM
Rumours mengatakan korban ketiga anggota keselamatan Malaysia adalah TIDAK BENAR.Hal ini disahkan oleh bapa saudara kepada anggota yang dikatakan terkorban itu.Hj. Madun Bin Buyong, pakcik kepada Kpl. Azman Ampong menyatakan KEKESALAN seluruh keluarga mereka terhadap laporan yang menyatakan anak saudaranya Kpl. Azman Ampong telah terkorban adalah TIDAK BENAR. Bermakna, hanya 2 anggota Keselamatan Negara (Komando) yang terkorban.Alhamdulillah... ~ via Ares Arapa
UPDATE 02.03.2013
Terkini dari Lahad Datu ~ dikhabarkan hospital Lahad Datu ketika ini mengalami situasi kekurangan bekalan bank darah.Kepada yang ingin menderma, anda boleh melakukannya di hospital terdekat yang kemudiannya nanti akan disalurkan ke hospital Lahad Datu. ~ via @mariahdoksil
UPDATE 1100 @ 11:00 AM
Terdapat satu video yang telah disebarkan melalui laman sosial yang dikatakan sebagai rakaman situasi pertempuran yang berlaku semalam.Anda dinasihatkan agar TIDAK MEMPERCAYAI ataupun MENYEBARKAN video tersebut kerana video tersebut adalah rakaman yang dibuat DITEMPAT LAIN (dipercayai berlaku di Selatan Filipina) dan bukannya gambaran pertempuran yang berlaku semalam.Sila berhati-hati dengan maklumat yang anda post di blog & laman-laman sosial kerana unit IT PDRM sedang memantau maklumat dan khabar angin yang sengaja ingin memburukkan keadaan. ~ via Rozza Rothman
#Keep Praying For Lahad Datu
UPDATE 03.03.2013 @ 09:40 AM
Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.- Bernama
Sumber : Facebook, Twitter & Maklumat langsung dari rakan-rakan di Lahad Datu
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan bot laju combat boat 90 disekitar perairan Tanjung Labian, Lahad Datu bagi memantau situasi dengan lebih dekat.
Unit Komando PDRM (VAT69) yang ditempatkan disekitar kawasan standoff
Memantau rapi sekitar kawasan pencerobohan
(Untuk foto lanjut, sila lawati link pada rujukan)
Foto-foto diatas diambil oleh seorang jurufoto professional yang mempunyai access untuk mengambil foto di sekitar kawasan pecerobohan.Difahamkan sehingga saat ini, penceroboh bersenjata di kawasan itu masih enggan untuk berundur dan rundingan masih lagi berlangsung.(?)
Jika menurut beberapa laporan media luar negara terutamanya media Indonesia, keadaan ketika ini dilihat 'semakin tegang'.Tapi rasanya tidak perlulah kita berasa terlalu percaya dengan berita yang disiarkan oleh media Indonesia, al-maklum sajalah perangai media negara seberang itu yang sangat suka membuat provokasi melampau apalagi jika sesuatu hal itu berkaitan dengan Malaysia.Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spekulasi yang dibuat oleh media Indonesia, sila google (hehehe...aku malas mau bagi link...melambak tu pandai-pandailah kamurang pilih sendiri mana satu yang kamu mau baca)
Untuk memanaskan lagi keadaan, (jengjejeng) menurut satu sumber dalaman Malaysia pula, dikhabarkan kenderaan canggih 'electronic warfare' kategori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jerman telahpun dihantar ke kawasan standoff tersebut bagi menghalang komunikasi keluar masuk di kawasan situasi tersebut.Dari mana maklumat ini aku dapat?Silla lihat pada rujukan...
Contoh kenderaan COMMJAM yang dikata tersebut.
Terlalu banyak kisah dan spekulasi yang timbul daripada kejadian yang berlaku ini.Macam-macam ada.Dari kisah Sultan 'jadi-jadian', wang pampasan tahunan sehinggalah pembabitan 'covert operation' CIA.Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu.Naik poneng dah asyik membaca isu heavy ja 2 minggu kebelakangan ni....
Teori Baru
Kejadian yang telah berlarutan hampir 2 minggu ini telah menimbulkan beberapa teori dan kemusykilan baru kepada aku.Antaranya :
1. Kemungkinan penglibatan ahli politik Malaysia (dari sudut pandangan yang berbeza daripada apa yang bermain dalam kepala hotak aku sebelum ni) dalam merancang situasi ini.Aku tak mahu cakap banyak berkenaan politik ni, kisahnya boleh dibaca di SINI.
2. Siapakah waris kesultanan Sulu yang sebenar?Terlalu ramai manusia yang mengakui dirinya sebagai waris kepada kesulatanan itu, dan masing-masing menganggap diri sendiri sebagai pemegang daulat sebenar kerajaan itu.Menurut satu sumber, dikatakan di Filipina saja jumlah mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini adalah tidak kurang daripada 300 orang (punya ramai!!!).Di Sabah pula, dikhabar sekurang-kurangnya sebanyak 3 individu telah mengangkat diri sebagai Sultan Sulu, termasuk 'Sultan Akjan' yang telah mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu di Likas, Kota Kinabalu sekitar tahun 2011 dulu.Dengar cerita, asal ada keturunan 'Datu' di depan nama, boleh sudah klaim untuk jadi Sultan.Kalaulah begitu, ramai betul la pula yang buli klaim jadi Sultan Sulu ni.Hmmm....
3. Keterlibatan kerajaan Filipina (belakang tabir) disebalik konflik ini.
Sesuatu untuk difikirkan..
Kesultanan Sulu itu sendiri masih lagi terjajah oleh Filipina, yang selama ini diperangi oleh mereka (Tausug) sejak berdekad lamanya.Jadi, secara logik, sekiranya tuntutan mereka terhadap Sabah ini berhasil (*palis-palis), bukankah Sabah secara automatiknya akan menjadi sebuah wilayah baru kepada Filipina, dan bukannya Sulu?Sulu itu sendiri masih belum merdeka daripada Filipina, jadi tindakan mereka hanya akan menguntungkan Filipina sebenarnya.
Disinilah aku melihat bagaimana role yang dimainkan oleh Filipina dengan menggunakan 'Sultan Sulu' (dari keturunan yang mengakui dirinya sebagai waris Kiram) untuk membangkitkan semula tuntutan tidak berasas terhadap Sabah.Sekiranya tuntutan tersebut berhasil, yang pastinya akan bertepuk sorak adalah kerajaan Filipina dan bukannya Kesultanan Sulu kerana mereka sebenarnya hanya dipergunakan oleh untuk mencapai matlamat yang telah lama diidamkan oleh Filipina, iaitu kedaulatan Sabah!
Bagaimana dengan teori ini, masuk akal bukan?Fikir.
Akhir kalam, sebagai Sabahan tulen, aku berharap situasi tidak menyenangkan ini akan dapat ditangani dengan secepat mungkin oleh pihak berkuasa.Isu yang sudah berlarutan hampir 2 minggu ini sebenarnya pada pendapat aku sedang diperhatikan dengan rapat bukan sahaja oleh orang-orang Sabah, malahan seteru negara seperti adik bongsu Israel di selatan Malaya juga rasanya sedang mengikuti dengan penuh minat situasi ini.
Aku faham kemungkinan pihak berkuasa cuba untuk mengambil pendekatan 'umpama menarik rambut dari tepung', namun ramai yang berpendapat (terutamanya Sabahan) tindakan kerajaan yang terlalu berlembut ini akan menyebabkan pihak yang menceroboh itu naik kepala.Dan semakin ramai yang menganggap kejadian ini sebagai 'wayang' menjelang PRU13...
Apapun, semoga hal ini akan segera dapat diselesaikan dan keadaan akan dapat dipulihkan seperti sediakala.Sebenarnya ada banyak lagi benda aku nak tulis, tapi memandangkan mata aku dah mengantuk tahap gaban kena buasir, lain kalilah aku sambung...
Wasallam.
*Palis-palis = bahasa tempatan Sabahan yang membawa maksud 'minta dijauhkan'