Showing posts with label Lahad Datu StandOff. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu StandOff. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Lahad Datu StandOff ~ The Untold Story


Salam!

Lama gua tak update blog ni.Tuan tanah kedaun sibuk dengan urusan dunia.Biasalah, nak hidup, kena fight sikit...

Baiklah.Kali ni gua nak cerita sikit tentang hal yang sudah agak sejuk macam teh o ais.Kes pencerobohan mundu' Kiram di Lahad Datu.(Mundu' bermaksud penceroboh/lanun dalam bahasa tempatan Sabah).Apa yang gua nak cerita ni boleh dikatakan sebagai ekslusif la juga, sebab perkara ni tak pernah keluar dimana-mana media baik mainstream mahupun alternatif.Senang cakap, cerita kadai kupi.Hanya orang-orang tempatan saja yang pernah dengar & tahu tentang hal-hal ni.

Let's get rollin!

1.Penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh

Menurut cerita yang sampai ke telinga gua di kadai-kadai kupi, terdapat seorang orang tempatan (yang berasal dari tempat gua menetap ketika ini) telah menyertai pasukan penceroboh Sulu ketika pertempuran di Lahad Datu.Entah apa bodohnya dia pergi join mangkuk-mangkuk Sulu tu pun gua tak tahu.Dia diberitakan telah terbunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan kita, dan mayatnya telah dihantar pulang dan dikebumikan dikampung halamannya.Pada awalnya, maklumat ini dikatakan cuba untuk disembunyikan kerana ada sumber yang mengatakan bahawa mangsa yang terkorban ini adalah seorang anggota tentera kita  (ATM) yang telah berpaling tadah.Gua tidak dapat mengesahkan kebenaran maklumat ini, namun beberapa sahabat gua dan orang-orang kampung dimana mangsa dikebumikan telah 'mengiyakan' berita ini.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah tentang penglibatan orang tempatan dalam pasukan penceroboh, namun kisah-kisahnya agak kabur.Cuma kisah ini saja yang gua dapat cerita penuh memandangkan lokasi si mangsa yang berada dalam lingkungan kawasan daerah tempat gua menetap.Apapun, kisah sebenarnya cuma ALLAH yang tahu.Wallahualam.


2. Kes kecederaan seorang lelaki akibat kesan tembakan.

Maklumat ini datangnya daripada salah satu sumber kuat gua dan sangat boleh dipercayai.Menurut sumber gua ini, sekitar penghujung bulan March dulu ketika isu pencerobohan ini masih panas, terdapat satu kes seorang lelaki datang meminta rawatan di klinik 1Malaysia daerah Kota Marudu akibat kesan tembakan ditangan.Apa yang menarik, sumber gua mengatakan bahawa lelaki yang cedera tersebut TIDAK PANDAI BERBAHASA MELAYU & DIKAWAL OLEH 10 ORANG LELAKI LAIN YANG SEOLAH-OLAH BERTINDAK SEPERTI PENGAWAL KEPADA YANG TERCEDERA ITU.Mereka dikatakan datang ke klinik itu dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota 'Ninja', dan selepas mendapat rawatan, lelaki itu bersama 'orang-orangnya' menghilangkan diri menuju ke arah daerah Pitas...

Walau bagaimanapun, menurut sumber gua itu, Special Branch Officer (SB) dari Bukit Aman telah turun ke kawasan berkenaan untuk menyiasat perkara tersebut.Namun hasilnya 'remain classified' sehingga hari ini.Biasalah, kalau perkara ini betul sekalipun, pihak keselamatan kita pasti tidak akan mendedahkannya kepada umum.Let them do their job...


3. Kemasukan pasukan penceroboh di beberapa kawasan di sekitar pantai timur sabah.

Menurut sumber-sumber gua, memang terdapat kemasukan di beberapa tempat disekitar pantai timur Sabah, namun berjaya dikesan dan dipantau dengan rapi oleh pasukan keselamatan kita.Terdapat beberapa tangkapan yang tidak disiarkan didalam media arus perdana seperti yang berlaku di Kudat dan Beluran.Kes di Beluran gua tidak begitu pasti bagaimana ceritanya, tapi kes tangkapan di Kudat gua ada ceritanya..

Menurut sumber gua, seorang lelaki bersenjata sepucuk pistol telah ditangkap di pasar kudat.Apa yang menariknya, sumber gua itu mengatakan lelaki tersebut ditangkap dengan berpakaian perempuan, yakni berbaju kurung.Penyamaran lelaki tersebut dikatakan terbongkar setelah seorang penjual ikan di pasar tersebut memegang tangan lelaki tersebut dan merasakan tangan lelaki itu agak kasar dan kuat untuk seorang wanita.Penjual ikan di pasar tersebut kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang hal itu dan lelaki itu kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa.Namun hasil siasatan terhadap lelaki tersebut juga 'remain classified' sehingga hari ini...


4. Kisah lucu

Yang ini pula, kisah yang telah membuatkan satu 'kawasan' menjadi panik gara-gara seorang anggota terlepas' sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja.Menurut sumber gua, kejadian itu terjadi diwaktu malam, ketika seluruh pantai timur negeri Sabah masih dalam keadaan berjaga-jaga dan siap sedia.Kejadian itu telah membuat seluruh orang di 'kawasan' itu meniarap ke lantai dan ada yang panik, memikirkan yang kemungkinan kawasan itu telah diserang oleh penceroboh.Sumber gua, yang juga tinggal dikawasan itu turut bertiarap di atas lantai.Namun setelah beberapa ketika keadaan sunyi,(seolah-olah dikawasan perkuburan katanya..haha) barulah dia memberanikan diri untuk perlahan-lahan bangun dan melihat keadaan persekitaran.Apabila keadaan telah pulih semula, barulah cerita sebenar muncul yang salah seorang anggota dikawasan itu telah tertembak sedas tembakan ke udara secara tidak sengaja...

Haru betul.Panik nak mampus kata sumber gua tu haha.Dimana lokasinya, dan kawasan apa yang gua maksudkan..well, itu gua tak boleh dedahkan.Biarlah ia 'remain classified' ok...hehehe....


..................................................


Gua baru nak pecah lobang cerita-cerita ni sekarang, sebab dulu keadaan masih panas dan faktor-faktor keselamatan tidak mengizinkan.Nanti orang jadi panik la pulak bila dengar cerita-cerita gini.Tapi memandangkan keadaan sudah pulih seperti sedia kala sekarang dengan tertubuhnya ESSZONE & ESSCOMM, maka gua kongsikanlah cerita ini untuk pengetahuan bersama.Namun gua tidak dapat mengesahkan kisah ini 100%, bak kata gua diawal tadi, 'cerita kadai kupi'...


Ketika ini, situasi sudah kembali aman dan pulih seperti sedia kala.Gua sendiri pun menetap di salah sebuah daerah yang diliputi oleh ESSZONE.Daerah mana, korang takyah tau lah.Yang penting keadaan disini baik-baik saja..

Bagi yang tidak mengetahui perbezaan antara ESSCOMM & ESSZONE, ESSCOMM sebenarnya adalah pusat pentadbiran (command centre).Kiranya semua arahan untuk ESSZONE akan datang dari ESSCOMM yang berpusat di Lahad Datu...

Apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan dan kesejahteraan di Sabah dan Malaysia umumnya akan sentiasa terpelihara dari gangguan anasir-anasir yang gilakan harta dunia dan kuasa.

Adiosss!


*Katanya dalang pencerobohan tu ada 3 orang dari kalangan ahli politik Malaysia.Bila nak dedahkan tu.Kami urang Sabah mau tau siapa itu dajjal, dan harap-harap memang durang la dajjal sebenar pencerobohan tu...Stop the wayang.

Wassalam





Credit : Google Images & my 007 agent..

Read more ...

Friday, March 29, 2013

Unpublish Lahad Datu ~ Lokasi Mayat Pengganas Dikebumikan

Ini bukannya artikel yang gua sedang usahakan tu.Cuma satu info yang seorang kawan gua telah 'terpublish' di FB...


Memandangkan perkara ini telah pun dibahaskan di laman sosial, maka dengan ini gua pecahkanlah sedikit 'lobang'..

Perkara ini sebenarnya telah sampai ke telinga gua sejak beberapa hari lepas.Salah satu lokasi pengkebumian yang telah terdedah kepada umum, Ranau.Berikut antara komen orang tempatan Ranau.





Thats all.For confirmation, please refer to the nearest police station and PDRM FB page....Seperti yang telah dinyatakan diatas, bila melibatkan soal keselamatan jangan tanya gua, tanya terus kepada pihak yang berkenaan untuk menjaga kerahsiaan.Jawapan skema dari gua.hehe. :)


Info sampingan : Semalam lebih 500 buah rumah 'atas air' di Sepanggar, Kota Kinabalu telah musnah dalam satu kebakaran.Coincidence or _________________ (fill in the blanks).Jawapan atas tanggungjawab anda sendiri... :)

Sekian.Wassalam.



*Identiti para pengomen dan sumber terpaksa dirahsiakan untuk menjaga privasi.


Read more ...

Thursday, March 7, 2013

Terkini ~ Pengganas Sulu Akhirnya Memohon Untuk Genjatan Senjata


Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.
Laporan media Filipina, InterAksyon menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian.

Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.

Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu.Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.
- Malaysiakini


TERKINI  1530@03:30PM

Malaysia tidak terima tawaran genjatan senjata kecuali penyerahan diri tanpa syarat - DS Zahid Hamidi



TERKINI (LIVE) SIDANG MEDIA PM DI LAHAD DATU @ 04:00 PM

1. Special security area(3 komponen - awam, tentera, polis) akan diwujudkn di pantai timur sabah,meliputi kawasan Tawau sehinggalah Kudat - PM (info penuh menyusul)
2. Sabah adalah wilayah Malaysia selama-lamanya dan akan dipertahankan dengan segala kekuatan yang ada.
3. Malaysia boleh terima genjatan senjata dengan syarat pengganas menyerah diri dan letak senjata tanpa syarat.

Read more ...

Friday, March 1, 2013

Situasi Terkini Pertempuran Di Lahad Datu


FOTO & SITUASI TERKINI 01.03.2013 (*Akan di update dari masa ke semasa)

Suasana Lahad Datu sekarang..Askar berkampung di tengah bandar..Banyak kedai tutup..
Sekolah petang cuti..Orang awam di suruh balik ke rumah..Kenderaan awam tak dibenarkan masuk ke bandar.. info-info lain mcm nda boleh share.. Setakat ini sahaja untuk info kawan-kawan... Doakan kami.


Situasi di Hospital Lahad Datu ~ Kita sama-sama doakan, pejuang kita yang tercedera ini selamat dan cepat sembuh. Tahniah atas keberanian mereka

Shop, bank, school Closed. Ambulance rushed to hospital. Army cars rushing. MAS wing flights suspended. Local people said many military flights flew in this morning. Police told town people to lock gates/doors. Many people have gone home.Askar berkampung di tengah bandar, orang awam di suruh balik ke rumah jadi traffic jam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke bandar.


Suasana di Pantai Timur Sabah (Sandakan). Suasana panik melanda ibubapa skstp1 (Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1) yg hendak mengambil anak2 pulang gara2 khabar dr seberang 'LD'..moga x ada perkara dasyat brlaku d SDK pula...

......................................................

Dikhabarkan, bermula jam 2 petang tadi kenderaan mula dilarang untuk keluar masuk ke bandar Lahad Datu.Rumours mula beredar mengatakan perintah berkurung akan dikeluarkan bermula jam 4 petang ini di Lahad Datu.

Update terkini dari twitter TV3 ~ 2 komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, lokasi pencerobohan warga Filipina di sini hari ini.

AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006 INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006, semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman...

............................................................


UPDATE 1900 ( 07:00 PM )


Kenyataan Rasmi PDRM menerusi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib : 2 anggota Komando TERKORBAN, 3 CEDERA & 12 orang Penceroboh MAUT. TIADA PERINTAH BERKURUNG DIKELUAKAN DI LAHAD DATU. Cuma langkah berjaga-jaga.

Suasana sekitar bandar Lahad Datu pada petang tadi, lengang.



#Lets Pray For Lahad Datu...



TERKINI 2230 @ 10:30 PM 

Rumours mengatakan korban ketiga anggota keselamatan Malaysia adalah TIDAK BENAR.Hal ini disahkan oleh bapa saudara kepada anggota yang dikatakan terkorban itu.Hj. Madun Bin Buyong, pakcik kepada Kpl. Azman Ampong menyatakan KEKESALAN seluruh keluarga mereka terhadap laporan yang menyatakan anak saudaranya Kpl. Azman Ampong telah terkorban adalah TIDAK BENAR. Bermakna, hanya 2 anggota Keselamatan Negara (Komando) yang terkorban.Alhamdulillah... ~ via Ares Arapa



UPDATE 02.03.2013



Terkini dari Lahad Datu ~  dikhabarkan hospital Lahad Datu ketika ini mengalami situasi kekurangan bekalan bank darah.Kepada yang ingin menderma, anda boleh melakukannya di hospital terdekat yang kemudiannya nanti akan disalurkan ke hospital Lahad Datu. ~ via @mariahdoksil




UPDATE 1100 @ 11:00 AM
Terdapat satu video yang telah disebarkan melalui laman sosial yang dikatakan sebagai rakaman situasi pertempuran yang berlaku semalam.Anda dinasihatkan agar TIDAK MEMPERCAYAI ataupun MENYEBARKAN video tersebut kerana video tersebut adalah rakaman yang dibuat DITEMPAT LAIN (dipercayai berlaku di Selatan Filipina) dan bukannya gambaran pertempuran yang berlaku semalam.Sila berhati-hati dengan maklumat yang anda post di blog & laman-laman sosial kerana unit IT PDRM sedang memantau maklumat dan khabar angin yang sengaja ingin memburukkan keadaan. ~ via Rozza Rothman


#Keep Praying For Lahad Datu




UPDATE 03.03.2013 @ 09:40 AM





Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.


Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.- Bernama







Sumber : Facebook, Twitter & Maklumat langsung dari rakan-rakan di Lahad Datu

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!