Ooops wait seminit!Jangan salah sangka.Gua bukannya mau buang tebiat dengan menggunakan bahasa bebudak zaman sekarang, ataupun berlagak seperti remaja 16 tahun yang meminati K-Pop sampai tidur pun peluk poster kumpulan super junior.Eh betul kumpulan k-pop ka tu?Lantakla..Gua mana tau...hehe.
Tajuk ni gua ambik daripada satu posting yang dibuat oleh seorang blogger remaja yang dengan selamba badaknya telah mengutuk artis k-pop.Yang menariknya, posting tersebut telah mendapat respon yang cukup tinggi daripada ramai bebudak yang meminati k-pop dan setakat entry ini ditulis, lebih dari 1800 komen telah diberikan pada entry tersebut!Gila siot, gua rasa Hanis Zalikha pun tak pernah dapat komen sampai sebanyak tu untuk satu entry.Nak tau apa budak tu tulis?Nah baca sendiri....
Tu sajalah yang dia tulis hehe..Biar betul, entry seringkas ini boleh dapat komen sampai 1800?Tak percaya?Silalah baca sendiri entry tersebut di sini dan lihat sendiri apa respon kebanyakan pengomen yang rata-rata bebudak peminat k-pop tentang posting tersebut.Gua rasa nak ketawa tergolek-golek waktu mula-mula baca entry ni.Nama blog pun semacam, budak gigi rabbit hahaha..Alahai kelakarnya..Hebat sungguh rupanya penangan K-Pop ni terhadap bebudak sekarang.Kau kutuk siap la kau.Maki hamun sumpah seranah tuut sana tuut sini semua keluar..Hai macam-macam...
Gua yang boleh dikatakan dah agak lama jugak jadi blogger ni pun tak pernah lagi dapat komentar lebih dari 100 untuk satu entry, yang budak ni senang-senang ja dapat respon lebih 1800 untuk entry yang bengong...Ini baru betul 'The next female top blogger'.Lepas ni cik Epal, cik Hamis, cik Namee dan blogger pompuan yang sewaktu dengannya boleh gulung blog la nampaknya hahaha...
(^___^)V
P/S : Gua sebenarnya memang tak faham dengan menatang K-Pop ni, tapi takdalah nak kutuk-kutuk.Biarla bebudak zaman sekarang dengan trend muzik diorang, masing-masing ada minat tersendiri.Setiap orang ada zamannya...
Credit : Encik Google & Budakgigirabbit.blogspot.com
20comments:
mungkin sebab bebudak k-pop nih jambu2 kut yg bebudak skrg suka nak follow2 cara drg..tapi tak suai kut..sb mmg tak suailah...
benda blog tu sebenarnya fake....kesian je bdk pompuan tu yg jd mangsa...
fake?macamana plak jd fake, x faham la...blog tu mmg ada la.....
xpala, mmg da trend skrg mcm tu bagi can la ngan diorang...hehe..btw, masalah susah nk komen masih ada lg tak?klu still ada tolg respon k...makaseh ye cik CZ... ;)
dah boley komen daa...hehhe
Huhuhu~ blog fake yang timbulkan banyak kontraversi. Btw TQ sebab bro hormati minat budak-budak kpopers tu :) Blogger macam bro la yang akan disenangi ramai kpopers ^^
LOL , pasal kpop pun tak puas hati ? kelakar la baca budak2 skrg ni punya blog n komen . immature. emosi je . wani minat kpop gak , cool je , masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . tak yah nak amik hati sangat la kan ? hikhik. chill :D
ya betul, wlaupun tak suka tak payah kutuk-2 :)
btw, sy dah follow back :)
bagus la klu camtu.minat x salah, tp kalau da smpi tahap hardcore fanatik tu susah sikit la nk cakap...orang yg kita minat tu takda nk tolg kita pn klu kita dpt susah gara2 minat dorg...kenalah pndai2 kawal diri ;)
saya pun minat kpop jugak tapi tak la terlalu fanatik sangat. terlalu fanatik pun parah jugak sebenarnya.
-___-"
hehe takda hal la...tiap generasi ada minat dan ikutan tersendiri..zaman berubah sama jg dgn trend...jgn kutuk2 jgn gaduh2, kena bagi keadilan untuk semua... ;)
ok..thanks utk respon k ;)
Ehhh??betullah blog tu fake..laporan polis pun da dibuat rupanya....x sangka smpi begitu serius sekali gara2 k-pop...boleh baca ttg laporan polis yg dibuat tu disini http://www.hazrey.com/2011/12/780-salah-internet-salah-tv-salah-kawan.html budak tu mangsa keadaan rupanya,acc dia kena hack..kesian..parah betul...yang dah maki hamun n mengugut tu siap la korang...k-pop punya pasal smpi masuk ke balai,tak berbaloi langsung....apa nk jadi la budak2 sekarang..hmmm....
1 lagi lupa kak yong, mercun pop-pop...hahaha ;)
tak lama g hilanglah k pop...tinggal chicken pop je....tak pun loli pop...haha
@DayanaAZMAN ok..thanks a lot ;)
musim je semua ni.. sebelum ni kan ke gothik ke palstik ke apa nama. haha..
@ahowk orang islam gothic plastik...haha...jangan bro, nti ngamuk lg kipas susah mati k-pop...tengok ja la apa yg jd dekat budak tu yg kena frame tu..tak pasal2 jd mangsa maki hamun...sian dia... :)
kene serang habis dek peminat k pop... bahahahahha~~
@AiSyA LiEzA a'ah.nasib baik tak kena ganyangan kpop haha :)
Post a Comment