Thursday, December 1, 2011

Permainan Paling Kotor Di Dunia!!!


Politik.Orang Indon cakap politisi.Dalam banyak-benda kotor di atas muka bumi ni, bagi gua inilah benda yang paling taik sekali di antara segala taik-taik yang ada.Memang benar, politik adalah perkara penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara bangsa, tapi...Banyak tapinya.Kenapa gua benci politik?Salah satu sebabnya adalah kerana kebanyakan orang yang terlibat dengan politik sanggup dan tidak kisah untuk menghalalkan cara demi mencapai matlamat politik mereka.Akhlak, moraliti dan agama yang sepatutnya dijadikan panduan ditolak tepi, yang penting matlamat akhir tercapai, demi menggapai kuasa dipuncak singgahsana.Dan sesungguhnya inilah permainan paling kotor di dunia, the dirtiest games ever...Pergh macam sasterawan la pulak kau...

Semalam gua buka tv jam 8, ingatkan nak tengok berita dan update info-info semasa yang berlaku sepanjang hari.Tengok-tengok hampir semua chanel berita dah jadi buletin UMNO.Mentang-mentang la sekarang ni persidangan bengong sedang berlangsung,(eh silap, persidangan agung la bengong) habis semua chanel engkau bolot untuk siarkan propaganda politik.Tapi takpalah, kasi can.Cuma apa yang gua kesalkan, bagaimana pentas persidangan yang sepatutnya dijadikan platform untuk golongan pemimpin ini bermuhasabah dan memperlihatkan sifat kepimpinan yang terpuji kepada orang yang dipimpin telah dimanipulasikan dan dijadikan sebagai pentas untuk menuding jari dan menghentam pihak seteru mereka.Yang Berhormat, duit yang digunakan untuk mengadakan persidangan dan konvensyen serta ceramah-ceramah politik anda itu datang dari poket kami, orang yang dipimpin yakni rakyat.Dan orang-orang yang dipimpin ini tidak mahu melihat duit poket mereka disia-siakan sekadar untuk mendengar dan melihat kamu memaki hamun dan mencarut menyalahkan pihak seteru kamu.Orang-orang yang dipimpin ini cuma mahu satu perkara sahaja sebenarnya, pemimpin yang boleh menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam hidup setiap golongan yang dipimpin tanpa mengira latar belakang.Pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, dan bukannya pemimpin yang mendajjalkan poket rakyat.Mudah bukan?Takkan itu mau kena bagitau...Adesss...


Gua tidaklah terlalu anti sangat kepada mereka-mereka yang terlibat dengan politik ni, tapi apa yang membuatkan gua seringkali rasa nak muntah dengan politik ni adalah propaganda.Propaganda melampau ni buat orang muak tau tak?Korang kena sedar, tak semua orang minat tengok ahli politik ni berucap, sebab memang ramai orang sedia maklum ucapan korang banyak yang auta daripada faktanya.Tidak kiralah dari pihak pemerintah mahupun pihak oposisi, pentas persidangan, konvensyen ataupun ceramah sepatutnya jadi tempat untuk bermuhasabah, memberi penerangan dan mengambil tahu jerih payah mereka yang dipimpin, bukannya tempat untuk menuding jari kepada pihak seteru menyalahkan itu ini.Yang disini salahkan pihak yang sana, yang disana pulak salahkan pihak disini.Orang yang dipimpin pulak, nganga.Abis tu siapa yang salah kalau masing-masing tuding menuding salah menyalah?Hantu, setan, dajjal?

Statement gua ni tidak ditujukan kepada sesiapa, baik pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang.Terus terang cakap, gua ini golongan atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.Bagi gua dua-dua pun sama saja, masing-masing ada kebaikan dan keburukan.Masing-masing ada bodoh ada pintar.Masing-masing ada malaikat ada dajjal.Cuma satu perkara yang para politician ini perlu tahu, at the end of the day, yang menang pastinya rakyat juga.Kuasa yang diberikan ditangan anda itu datangnya daripada rakyat, dan rakyat jugalah yang akan merentap kuasa itu dari tangan anda-anda semua sekiranya anda tidak memberikan apa yang diharapkan oleh orang-orang yang dipimpin ini.Kemewahan dan kekuasaan yang anda miliki itu milik rakyat, dan semua itu boleh hilang sekelip mata jika amanah dan tanggungjawab yang diberikan dibahu anda itu dipersia dan dijadikan alat untuk mencapai cita-cita peribadi.Dan ingatlah juga, sesungguhnya pemimpin yang tidak menjalankan tugasnya dengan amanah, tidak adil dan menzalimi orang yang dipimpinnya itu akan dipertanggungjawabkan diatas perbuatannya kelak.Nanti di padang Mahsyar jawabla sendiri...

Baiklah.Cukupla entry serius gua untuk kali ni, tak boleh tembak lebih-lebih nanti kena bom pulak..haha..As-Salam..Adioss...

"Abu Ja’la (Ma’qil) bin Jasar R.A berkata bahawasanya beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga. (riwayat Bukhary, Muslim)"

"Ibn umar R.A berkata bahawasanya bersabda Nabi Muhammad SAW : seorang muslim wajib mendengar dan taat pada pemerintahnya, dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui, kecuali jika diperintah maksiat.Maka apabila disuruh maksiat, maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat."




P/S : Semalam nampak Lisa Surihani pakai baju kaler pink terima anugerah dalam persidangan agung Umno..Makin bertambah-tambah shantek & shweeet la cik Lisa, beruntung la lu brader Yusry...Eh lari topik, apa daa..(^__^)







2comments:

hardy_hunt2said...

undilah parti cap haram....eh ayam....haha ;)

cintazulaikhasaid...

x suka politik, nak plak politik yg cam hayam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!