Discomgoogolation, apa tu?Mau terbelit lidah menyebutnya..Perkataan yang mungkin membuatkan anda malas untuk membaca post ini, nampak macam 'nerd' ja topik ni.TAPI, mungkin anda adalah salah seorang yang menghidap 'penyakit merbahaya' ini (bahaya?biar betul..) Jadi, teruskan membaca untuk mem'brain-storming'kan minda anda...
Adakah anda merasa seperti tidak keruan, stress, tidak tenang, moody, dijangkiti demam panas, demam kepialu, demam malarindu dan sebagainya,(yang 3 terakhir tu saja aku tambah untuk menyedapkan masakan hehe) bila berjauhan dari....INTERNET?? Adakah aktiviti otak dan tekanan darah anda meningkat dengan drastik seolah-olah mendapat tenaga seperti gaban dan ultraman bila anda online?Jika jawapan anda adalah 'YA' untuk kedua-dua soalan di atas, maka dengan rasminya saya mengumumkan anda adalah seorang penghidap sindrom DISCOMGOOGOLATION!
Disebut sebagai 'dis-kom-google-lation', sindrom ini sebenarnya dialami oleh kebanyakan kaki online, terutama mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai 'online-gamerer','facebooker','twiterer','bloggerer','yahoorer','googlerer' dan pelbagai lagi 'rer' yang sewaktu dengannya.Di ambil dari kata dasar 'Discombulate' yang bermaksud 'bingung/keliru' (confuse), frust/kecewa (frustration) yang digabungkan dengan perkataan 'Google'.Menurut Dr. David Lewis (seorang psychologist),"when unable to get online, discomgoogolation take over".Bermakna, seseorang yang sentiasa dan sudah terbiasa menggunakan internet dalam kehidupan sehariannya akan mengalami sindrom ini sekira terputus hubungan dengan dunia internet.Ini boleh dibuktikan dengan melalui komen-komen anda, anda, anda dan saya sendiri juga (hehe) dalam facebook, twitter dan pelbagai social networking yang lain sekiranya line internet anda terputus mahupun bila broadband anda bergerak selaju siput gondang emas.Akan muncullah status di facebook @ twitter yang berbunyi seperti (contoh) "tuuut punya line,bikin panas","tuuut punya broadband, siput sedut belakang rumah aku lagi laju...tuuut", ataupun status melalui text message "oh tidak, karan rumah aku abis cas" dan pelbagai lagi status & komen yang secara tidak langsung membukti anda-anda dan saya sendiri adalah penghidap discomgoogolation...
contoh penghidap discomgoogolation tahap gaban ;) |
Dalam kes-kes tertentu (yang kronik la, boleh tahan suda teruk diorang ni), sesetengah penghidap sindrom ni berpendapat adalah lebih baik rumah mereka tidak mempunyai karan (electricity) daripada tidak mempunyai perkhidmatan internet (tapi macamana mau connect to internet kalau takda karan?bengap betul juga orang yang cakap tu) malah ada yang sampai memberikan perhatian yang lebih kepada aktiviti online berbanding dengan 'aktiviti' dengan pasangan mereka sendiri.(gila ka apa,memang kronik tahap gaban suda ni)
Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, boy-boy dan girl-girl pembacaku yang dihormati sekalian, bagaimanakah untuk menghindarkan diri kita daripada menjadi salah seorang penghidap sindrom ini?Salah satu jalan yang terbaik buat masa ini adalah, silalah pergi ke pusat internet service provider yang terdekat dengan anda dan mulalah melanggan pakej-pakej broadband dan talian tetap yang berlambak di pasaran sekarang hahaha..Untuk pengetahuan semua, sindrom ini memang tidak ada pengubatnya, so terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk mengawal ketagihan dan ketaksuban terhadap internet.Meminimakan aktiviti di internet mungkin salah satu jalan terbaik untuk menangani masalah ini (minima?jangan nak mengarut la hahaha).Kepada yang dah tersampuk sindrom discomgooglotion ni, tak dapek den nak nolong, sindri mau ingat la k....Pandai-pandailah kita meng'googolation'kan diri masing-masing okeyyy....tata ;)
P/S ~ bayangkan, sedang korang khusyuk meng'googolation'kan diri, tiba-tiba terjumpa page di atas ni...hahaha...kita fikirlah sama-sama...bye ;)
0comments:
Post a Comment