Keputusan PRU13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya untuk mengekalkan tampuk pemerintahan walaupun dengan majoriti yang semakin berkurangan.Slogan 'Tatap BN' nampaknya berjaya mengatasi slogan 'Ini Kalilah' dan 'Ubah' yang digunapakai oleh PR pada kali ini.Walaupun begitu, nampaknya kemenangan BN kali ini kelihatan begitu kontroversi sekali dengan pelbagai dakwaan penipuan yang wujud, yang dikatakan dilakukan oleh 'pakar-pakar silap mata' BN untuk mengubah keputusan PRU di banyak kawasan.PR selaku seteru BN mendakwa telah pun memenangi pilihanraya kali ini jika penipuan-penipuan tersebut tidak berlaku.Desas desus mula kedengaran yang petisyen pilihanraya akan difailkan oleh PR di kawasan-kawasan yang mereka dakwa berlaku penipuan.Apapun, kita tunggu dan lihat bagaimana kisah selanjutnya yang akan berlaku dalam scenario politik Malaysia kali ini.Bak kata pepatah, 'rumah siap, pahat masih berbunyi'.
Anyway, berikut adalah sedikit analisis yang hadir dari kepala hotak gua sendiri, berkenaan keputusan PRU kali ini.Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membacanya.Ok.
1. "Tsunami" Orang Cina
Istilah baru yang muncul ini sebenarnya cuba menggambarkan bagaimana sokongan orang cina yang beralih sepenuhnya dari MCA/Gerakan kepada DAP.MCA dan Gerakan kalah teruk .Masyarakat cina menolak parti MCA dan Gerakan secara total untuk mewakili mereka.Namun anda jangan silap, kerana pada realitinya, ia sebenarnya cuma satu proses 'peralihan kuasa' melalui satu 'jambatan gelap' yang mereka bina secara diam."Lu jaga kita punya orang", kata MCA kepada DAP.Kalau anda berkawan dengan orang cina maka anda akan mengetahui perkara ini.Luarannya mereka nampak macam berpecah, tapi realitinya mereka sentiasa berpaut erat.
Siapa yang menang PRU13 kali ni?Orang cina.Suara orang cina menjadi semakin kuat, dan mereka semakin bersatu dibawah DAP.Ketika ini sedang trending di twitter hash tag #ApaCinaMahu akibat daripada tajuk satu tulisan akhbar Utusan Malaysia hari ini.Isu ini kelihatan menjadi semakin panas, dan oleh sebab itu gua tidak akan melanjutkan ulasan berkenaan perkara ini.(Sebab gua pintar dan gua nda mau ditangkap polisi kerana membangkitkan isu sensitif.kuikui...Lain kalilah baru gua ulas)
Risalah ini dikatakan merupakan sebagai punca utama bagaimana terjadinya 'Tsunami politik cina' pada PRU kali ini.Sejauh mana kebenarannya Wallahualam.Sila lihat link INI untuk bacaan selanjutnya.Sesuatu yang kelihatan bersifat 'racist & provokasi', tapi mungkin berbaloi untuk difikir-fikirkan.
..................................................................
2. Melayu/Bumiputera Islam semakin berpecah
Mungkin sudah tiba masa untuk penyatuan semula orang-orang Melayu/Bumiputera Islam ini dibawah satu panji yakni Islam.Bubarkan UMNO, bubarkan PAS, bubarkan PKR.Namun persoalannya, adakah Melayu Pas, Melayu Umno dan Melayu PKR ini akan bersetuju dengan idea penyatuan ini dan sanggup mengetepikan semua kepentingan peribadi demi untuk penyatuan ummah?Pendapat gua mudah : selagi sistem demokrasi masih diangkat sebagai 'raja' dalam sistem pemerintahan Malaysia, maka selagi itu penyatuan ummah tidak akan berlaku.Agen 'Si mata satu' juga sudah pasti tidak akan membenarkan perkara itu berlaku selagi cita-citanya belum tercapai.Siapa yang gua maksudkan dengan agen 'si mata satu'?Kepada yang mengkaji dan membaca tulisan gua yang terdahulu, pasti boleh meneka siapa yang gua maksudkan.Tak payah la gua sebut nama.Kalau tak tahu, sila baca posting-posting terdahulu gua yang berkaitan dengan politik serta lakukan kajian sendiri berkenaan siapakah agen 'si mata satu' dibumi Malaysia ini.Tapi rasanya, korang boleh teka siapakan?
Apapun, masa untuk penyatuan ummah itu pasti akan tiba InsyaAllah...
....................................................................
3. Pembangkang mula mendapat tempat di Sabah
Parti pembangkang berpangkalan dari semananjung dilihat mula mendapat tapak dibumi Sabah.BN Sabah yang sebelum ini selesa dengan kemenangan 59 kerusi DUN & 24 kerusi Parlimen pada PRU 2008 kali ini terpaksa akur dgn kekalahan 12 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen kepada pembangkang yakni kepada PKR, DAP dan parti tempatan STAR.PKR berjaya menembusi tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini hanya memiliki satu kerusi Dun, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor manakala satu lagi parti bersifat tempatan iaitu Parti Progresif Sabah (SAPP) gagal mendapat sebarang kerusi malahan pengerusinya sendiri Datuk Yong Teck Lee hilang wang deposit dalam pertandingan 4 penjuru di Likas.
Nampaknya penerimaan rakyat Sabah terhadap parti berasaskan tempatan masih belum dapat direalisasikan pada PRU kali ini.Faktor pemimpin dalam parti-parti tersebut merupakan punca signifikan penolakan rakyat Sabah terhadap parti-parti bersifat tempatan.Secara dasarnya, gua tidak melihat perjuangan parti-parti tempatan ini salah, malah jika dilihat dari segi prinsip perjuangan mereka yang memperjuangkan hak-hak Sabahan dalam Malaysia adalah amat baik dan sihat untuk politik tempatan.Cuma faktor orang yang mengetuai parti-parti ini yang menyebabkan mereka tidak mendapat sokongan Sabahan.Pemimpin tempatan seperti Yong Teck Lee yang mengetuai parti SAPP dilihat sudah tidak lagi relevan dalam arena politik Sabah.Rekod masa lampau beliau yang dilihat mempunyai pendirian yang tidak tetap serta track record ketika memegang jawatan ketua menteri Sabah semasa sistem penggiliran jawatan dijalankan dahulu yang tidak memperlihatkan sumbangan signifikan dalam pembangunan negeri merupakan faktor utama penolakan ini.Walaupun begitu, pengerusi parti STAR Jeffrey Kitingan nampaknya kali ini berjaya untuk melakukan comeback dalam arena politik Sabah dengan kemenangan tipis di DUN Bingkor.Walaubagaimanapun, hanya beliau seorang sahaja dari parti STAR yang berjaya mendapat tempat dalam DUN Sabah manakala lain-lain calon dari parti tersebut yang bertanding dihampir semua kawasan di negeri Sabah gagal untuk mempengaruhi Sabahan untuk mengundi mereka.
Jika dilihat secara keseluruhan, seandainya tidak berlaku pecahan undi, kemungkinan pembangkang terutamanya PKR untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen & DUN di Sabah adalah amat besar.Ketidaksepakatan pembangkang di Sabah merupakan faktor signifikan mengapa mereka gagal untuk merampas kerusi yang sepatutnya boleh dimenangi mereka.
Berikut gua kongsikan beberapa keputusan yang sepatutnya boleh menyebelahi pembangkang di Sabah sekiranya pertandingan 1 lawan 1 berlaku.Ini sebenarnya merupakan satu isyarat jelas bahawasanya kebanyakan rakyat Sabah mahukan perubahan dikawasan mereka CUMA dikekang oleh kebodohan pakatan pembangkang itu sendiri yang tidak bersatu dalam menghadapi BN.Diharap keputusan PRU kali ini akan menjadi wake up call kepada pemimpin-pemimpin BN di Sabah agar mendengar rintihan dan keluhan Sabahan dan berusaha seupaya mungkin untuk membawa perubahan yang diinginkan oleh Sabahan kerana jika tidak, berkemungkinan besar PRU13 ini adalah penggal terakhir kamu berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat di kawasan kamu!
Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di DUN N.31 Tambunan - 5,905 undi
Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di DUN N.29 Kundasang - 5,825 undi
Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di DUN N.11 Kiulu - 5,372 undi
Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di Parlimen P.182 Pensiangan - 11,429 undi
Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di Parlimen P.168 Kota Marudu - 16,998 undi
....................................................................
4. Dakwaan penipuan undi/Blackout insiden
Bukan tak boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :
1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-Sumber FB
Selepas tamat pengundian jam 5 ptg, DSAI mengumumkan PR dah menang berdasarkan kiraan undian di tempat mngundi...Dr MAZA pn dah ucap tahniah Malaysia dpt kerajaan baru..THEN...apa jadi selepas itu?????
Cuba tanya Najib dan UMNO.. Kalau Dia Betul2 Menang PRU13..Kenapa tak Umum Kemenangan Jam 9 ?? Kenapa Terpucat2 Umum jam 2 Pagi ? Takkan dia tak tahu dia Menang berdasarkan Info SPR jam 6 Ptg dalam Kiraan Undi di Tempat Mengundi? Ini Bermakna ..mereka Memerlukan 5jam Untuk Tukar keputusan.. Dan Itu Sebab Ade Kotak Undi Sampai Jam 10Malam Selepas Blackout..
Negeri di bawah BN:
1) Kedah (PR menang kiraan pertama)
2) Terengganu (PR menang kiraan pertama)
3) Pahang
4) Johor
5) Melaka
6) Negeri Sembilan
7) Perak (PR menang kiraan pertama)
Sabah
9) Sarawak
10) Perlis (PR menang kiraan pertama)
Negeri di bawah PR:
1) Selangor
2) Penang
3) Kelantan
PR menang kiraan pertama ➜ Kiraan semula ➜ Blackout ➜ BN menang di Kedah, Terengganu, Perak dan Perlis!
Bagaimana 16 PUSAT MENGUNDI boleh blackout serentak di 4 negeri ini?
Sumber : FB
2 petikan diatas diambil daripada sumber yang tersebar meluas dilaman sosial.Dakwaan pengundi hantu, penipuan kertas undi, insiden 'blackout' dibeberapa buah negeri tersebar dengan begitu viral selepas keputusan PRU mula diumumkan.Terbaru, kedengaran dari kem pembangkang dibeberapa negeri terutamanya di Perak dan Terengganu, keputusan PRU kali ini bakal diprotes dan petisyen pilihanraya akan difailkan dalam tempoh terdekat.Wait & see apa yang akan berlaku.Jika benar perkara ini berlaku, mudah-mudahan Allah akan tunjukkan kekuasaannya terhadap orang yang dizalimi...
...................................................................
5. Kekalahan Pemimpin 'Pioneer' BN & PR
Kedua-dua pihak, baik BN mahupun PR mengalami kehilangan sokongan terhadap pemimpin pioneer mereka.Berikut antara senarai pemimpin pioneer dari BN & PR yang tewas dalam PRU kali ini.
Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri - BN - Parlimen Penampang)
Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
Zulkifli Nordin (Naib Presiden PERKASA - Calon 'Direct' BN - Shah Alam)
....................................................................
Peristiwa 13 Mei Bakal Berulang???
Head line kepada posting kali ini.Walaubagaimanapun, gua tidak akan mengulas tentang perkara ini.Kita biarkan printscreen berikut berbicara dengan sendirinya...
Printscreen ini gua ambik dari FB dan sebuah blog yang terkenal dengan penulisan ekstrim.Gua takda apa nak komen tentang hal ni, pada gua ada lebih baik mengunci mulut daripada berbicara tentang perkara yang sensitif.Dengar cerita penulis ni sudah ditahan pihak polis untuk siasatan.
Memang apa yang ditulis oleh mereka-mereka ni melampau dan wajib disiasat kerana boleh mencetuskan ketegangan kaum.Sampai situ ja lah komen gua.Selebihnya, kita biarkan the authority untuk menanganinya.
Kesimpulan
Pertarungan paling sengit dalam sejarah sistem demokrasi Malaysia yang akhirnya dimenangi semula oleh BN.Namun PR yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim tidak menerima keputusan PRU13 ini dan menganggap pilihanraya kali ini sebagai yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.Berdasarkan info yang sedang beredar di laman sosial, 8 May yakni esok (Rabu) dijangkakan pihak PR akan mengadakan satu perhimpunan 'besar-besaran' bagi membantah keputusan PRU kali ini.Gua berharap sekiranya perhimpunan itu benar-benar berlangsung, tidak akan ada perkara yang tidak baik yang akan berlaku memandangkan ketika ini keadaan politik semasa tanah air masih berada tahap 'high tension'.Diharap pihak berkuasa akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
Adakah sudah tiba masanya Malaysia mula menolak sistem demokrasi yang semakin nyata menjadi punca perpecahan masyarakat khususnya umat Islam ini?Sesuatu yang memang gua tunggu-tunggu, kejatuhan sistem demokrasi.InsyaAllah, masa itu akan tiba juga
Apapun, gua berharap tidak akan ada apa-apa yang buruk yang berlaku dibumi Malaysia ini.Jangan hanya kerana perbezaan fahaman politik, kita sanggup memusnahkan apa yang telah terbina sekian lama di bumi bertuah ini.Keamanan dan kesejahteraan hidup di bumi Malaysia ini sesungguhnya tidak ternilai harganya.
SAY NO TO RACISM, SAY NO TO CHAOS.
SAYA PILIH MALAYSIA!
Sumber dan kredit : papagomo.com, facebook, google images & kepala hotak aku
6comments:
Semakin kita menunduk hormat pada dia,semakin menjadi-jadi dia memijak kepala kita..
Sudah diberi nyawa,semakin macam-macam pula yng dimintanya lagi..
Kalau ditempat lain,spisis yg sebegini apakah nasibnya ye?..
Agaknya dah lama habis kot..
Cuma pertanyaan aku,'sabar' kita ni masih banyak lagikah bakinya??????
Gua paham mksd lu bro..gua xda apa nk ckp ttg komen lu, sbb gua mmg paham sepaham-pahamnya...isu makin panas, n gua pn x ingin tmbh mengeruhkn keadaan...*kunci mulut*
firman ALLAH dlm Surah Al Hujuraat, ayat ke 13 yang bermaksud :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
tu ja lah komen gua.Peace.
As-salam.
orang cina saling menjaga sesama mereka. orang melayu? berpecah sbb masing2 ada kepentingn sendiri... bukan nak rasist tp selagi melayu berkuasa, selagi itu islam boleh bebas diamalkan... lg pun orang melayu hanya ada kuasa politik. kuasa ekonomi? kaum lain dah pegang byk.
kuasa ekonomi dimonopoli oleh kaum cina.mereka maju krn kita.brape ramai org cina yg keja dgn bos melayu?boleh dihitung dgn jarikan.apa pun yg penting skrg adalah perpaduan sesama melayu.melayu perlu bersatu untuk memajukan ekonomi, bukan bersatu untuk pergaduhan dgn kaum lain.
@kopi pasta apa yg lu suarakan ni, mmg dah ada lama dlm fikiran gua bro..gua jg takut kuasa politik ni akan hilg dr tgn melayu/bumiputera.skrg ni pn kelihatan mcm dah 'dihujung tanduk' situasinya.kunci utk mengekalkn kuasa politik ditangan melayu/bumiputera cuma satu - perpaduan.tp persoalannya mcmna nk capai perpaduan tu klu masing2 sibuk pertahankn agenda n kptgn masing2???
gua pn x nk bersifat racist, org cina pn ramai yg Islam di Malaysia ni..cuma...kebimbangan gua adalah kpd mereka yg berfahaman cauvinis & yg disokong oleh agenda luar..kena buat sikit kajian or baca 'The Li Bloodline' utk fhm mksd gua..
apapun, semoga ALLAH akan melindungi bumi kita drpd gangguan dan permainan sulit tangan-tangan hitam ini...
@latifah zainal melayu perlu bersatu untuk memajukn ekonomi..hmmm..rasanya point yg lebih tepat adalah 'melayu/bumiputera perlu bersatu utk mempertahankan kuasa politik mereka'..sbb kuasa ekonomi Malaysia skrg terang2an dah dipegang oleh kaum lain yang non bumi..sndiri mau ingatlah siapa,tengoklah bandar2 utama diseluruh Malaysia tgn siapa yg pegang?yg tgl ditgn Melayu/Bumiputera ketika ini hanyalah kuasa politik, dan itu wajib dipertahankn, seandainya tidak mahu menjadi sprti melayu singapore yg hilang kuasa politik dibumi mereka...
kita mengajak spy melayu/bumiputera bersatu bukannya krn ingin bergaduh dgn kaum lain..bersatu utk perpaduan ummah, kerana rata2 Melayu/Bumiputera yg terpecah dibawah umno,pas & pkr ini adalah org Islam...org Islam berpecah belah kerana sistem demokrasi itu sendiri.doktrin pecah n perintah yg terdapat dlm sistem demokrasi sgt berjaya dilaksanakn terhadap melayu/bumiputera Islam.masing2 seolah mnjd dungu dlm mengejar kptgn dan agenda masing2 melalui sistem dajjal ini.So, adalah mnjadi tggjwb kita yg sedar ini utk berusaha dan menyatukannya semula..mungkin sesuatu yg sukar utk dilaksanakan, tp ianya bukan sesuatu yg tidak mungkin ataupun mustahil.persoalanya cuma, siapa dari kalangan pemimpin melayu/bumiputera Islam kita yg mahu memulakannya???
Apapun, cepat atau lambat, janji Allah itu pasti akan tiba.Islam akan bersatu semula di akhir zaman, cuma persoalan bila dan bagaimana.dan yg pastinya, sistem demokrasi akan hancur ketika itu.No more democracy, no more divide n rules.martabatkan Islam dibawah sistem khalifah.
Wallahualam
Post a Comment