Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Malaysian Should Murder Sabah BN Politician??!

Nama amoi ni Venus Cheng Siew Fun.Sekarang dia duduk Australia.Tetapi ini bukan gambar amoi baru aku.Aku secara tak sengaja jumpa amoi ni masa tengah godek-godek dalam Facebook.Sekarang ni, dia antara amoi yang popularitinya sedang mencanak naik di internet disebabkan beberapa postingnya di Facebook.Sayang, harap muka ja cantik, tapi mulut dan hati bau macam longkang...

Aku pun tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak amoi ni.Tapi apa yang dia tulis dalam akaun FB dia ni memang melampau.Tengok print screen di bawah, dan nilaikan sendiri...





Antara komen yang terdapat pada FB amoi tersebut...


Kalau nak puas hati lagi, boleh pergi ke link INI

Entahlah, mungkin fake account atau kena hack kot.Fake tak fake, hack tak hack kalau menurut Akta Keterangan 114A, pemilik akaun tetap kena bertanggungjawab terhadap content yang datang daripada akaun maya miliknya.Sipemilik harus membuktikan yang dia tidak bersalah terhadap content tersebut sekiranya wujud unsur-unsur jenayah dalam akaun miliknya.(Bagi yang kurang tahu, sila klik link di atas untuk keterangan lanjut tentang akta 114A)

Bagi aku, amoi ni memang BANGANG, seandainya apa yang tertulis dalam akaun FB ini adalah datangnya daripada kepala hotaknya sendiri.Tetapi boleh bertukar menjadi MALANG - sekiranya akaun FBnya ini telah dihack.Apapun, pihak berwajib harus menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun dan rasanya report polis dah pun dibuat terhadap akaun ni.Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap amoi ni.

Nasihat aku untuk amoi ni, kalau betul apa yang tertulis dalam akaun FB tu datang dari kepala hotak dia - "Leng moi a, u tak payah balik Malaysia la kalau betul u punya kepala hotak ada fikir ini macam.U duduk la Australia sampai bila-bila.Malaysia is not suitable for u..."

Kalau nak berpolitik, berpolitik la cara sihat.Nak sokong siapa pun itu lu punya hal.Masing-masing ada hak maa.Tapi janganlah berpolitik sampai jadi bangang macam ni...

What You Say?




Source : Facebook

Read more ...

Monday, May 20, 2013

Harga Minyak Bakal Turun Berkuatkuasa Tengah Malam Ini???


BREAKING NEWS!Harga Minyak Bakal Diturnkan Tengah Malam Ini.
Penurunan Harga Minyak dikatakan akan berkuat-kuasa bermula esok. Sumber gua hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen, disemua stesen minyak di seluruh negara.Perkara ini disahkan melalui satu sumber top secret gua selepas selesai mesyuarat mereka tengahari tadi.

Kabinet dalam meetingnya petang tadi, dikatakan  telah dengan sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini.

Kabinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat. Walaupun tiada dalam manifesto, namun atas sikap prihatin kerajaan BN maka penurunan harga minyak di lakukan.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga tersebut...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)
2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit
5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat
6.Minyak Belacak..............

...........................................................

Keh keh keh jangan marah nanti kena jual.Gua pun terkena juga...
Peace yaww..
(^__^)V



Sumber : Facebook

Read more ...

Friday, May 10, 2013

Jawatan Timbalan Perdana Menteri II Malaysia Untuk Sabah & Sarawak

Masih dengan politik.Memang belum habis lagi, dan for sure takkan habis punya.But seriously, perkara ini sedang hangat diperkatakan oleh orang-orang Sabah & Sarawak ketika ini.Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 Malaysia (TPM 2) untuk Sabah & Sarawak.


The reason why Sabahan & Sarawakian bangkit dengan idea ini (sebenarnya sudah lama) :

1. Sabah dan Sarawak adalah penyumbang utama kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang baru lepas.Jika dilihat statistik di atas, BN sebenarnya telah kalah kepada Pakatan Rakyat (PR) di Semenanjung.Sabah & Sarawak adalah penyelamat kepada maruah BN.Oleh yang demikian, pengwujudan & perlantikan pemimpin dari Sabah & Sarawak ke jawatan TPM 2 ini adalah wajib (?) bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat di dua buah 'negara' dalam Malaysia ini.Kumpulan pendesak kerajaan dalam BN perlu memainkan peranan mereka untuk mendesak Perdana Menteri agar merealisasikan permintaan ini.

2. Untuk mengelakkan berlakunya 'crossover' a.k.a lompat parti a.k.a lompat si katak lompat.
Ketika ini juga sedang hangat diperkatakan kebarangkalian untuk berlakunya fenomena lompat parti.Sibuk beliau-beliau bercerita di kadai kupi tentang hal ini. Si gaman mau lompat pigi sini, si bayau mau lompat pigi sana.Spekulasi.Bilang durang, untuk mempercukupkan majoriti 2/3 bagi pihak BN yang ketika ini hanya kekurangan 15 kerusi parlimen lagi (Bagi yang pro kepada PR).Bagi yang pro kepada BN pula, kisahnya PR sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan BN yang terbentuk hanya dengan majoriti mudah.89 kerusi Parlimen yang dimiliki oleh PR ketika ini hanya kekurangan 23 kerusi lagi untuk memperoleh majoriti mudah 112 kerusi dan seterusnya meruntuhkan kerajaan BN.Dan salah satu cara untuk mencapai matlamat itu adalah dengan memancing ahli Parlimen BN yang telah menang pada PRU13 lepas dengan jawatan-jawatan tertentu dalam kabinet Malaysia sekiranya bersetuju untuk melakukan acara lompat si katak lompat ke pihak PR dan seterusnya meruntuhkan kerajaan BN yang terbina hanya dengan majoriti yang sangat rapuh.

Untuk mengelakkan fenomena katak-katak berlompatan ini menjadi realiti, pengwujudan jawatan TPM 2 ini dilihat amat perlu bagi memperlihatkan keseriusan pimpinan BN dalam menangani tuntutan dan permintaan penduduk Sabah Sarawak.

Namun sekiranya fenomena tersebut menjadi kenyataan, terpaksalah pihak yang berkenaan mengupah para penangkap katak untuk menangkap katak yang berlompatan ini sebab dikuatiri akan menyebabkan ketidakstabilan ekosistem makhluk amphibia ini.(Selingan-jangan serius sangat).hahaha..

3. Calon
Bagi gua, siapa yang patut dilantik ke jawatan tersebut tidak penting.Siapa pun boleh.Yang penting dia boleh mewakili kepentingan dan dapat membawa pembangunan serta kemajuan yang diharapkan sekian lama oleh penduduk Sabah & Sarawak.Masalah yang telah lama dibangkitkan oleh rakyat Sabah harus ditangani dengan lebih drastik dan efektif, terutamanya masalah KEBANJIRAN PENDATANG TANPA IZIN (PTI).Penat sudah orang Sabah bercakap tentang hal ni, namun sehingga kini masih belum ada satu tindakan yang benar-benar efektif dilakukan untuk menanangi permasalahan ini.Keberkesanan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan begi menangani masalah PTI di Sabah ini masih belum dapat dilihat sehingga hari ini.

Gua harap, siapapun yang bakal dilantik ke jawatan TPM 2 kelak (mudah-mudahan menjadi realiti) akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu yang memerlukan perhatian segera seperti kebanjiran PTI ini.Usah jadi 'kerbau yang dicucuk hidung' lagi.Kita harus menyedarkan pimpinan di Putrajaya, yang Sabahan punya hak untuk mendapat layanan sebaik mungkin sebagai imbalan kepada 'loyalti' kepada kerajaan BN.

Diwar-warkan ketika ini, 3 nama yang berpotensi untuk menyandang jawatan tersebut dari Sabah adalah Naib Presiden UMNO Datuk Shapie Apdal, bekas Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Huguon Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan Dusun Tan Sri Pairin Kitingan.Untuk Sarawak, gua tidak pasti.Tapi rasanya mereka juga telah menyediakan nama untuk dipertimbang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi seterusnya, dan gua amat berharap yang idea jawatan ini akan menjadi realiti...

........................................................

Bagi gua, benda ni perlu disuarakan dan direalisasikan.Ini harapan orang Sabah & Sarawak.Dah lama minta benda ni.Diharap kali ni perkara ni akan menjadi kenyataan.Pembangunan Sabah & Sarawak yang jauh ketinggalan perlu diseragamkan dengan Semenanjung.Satu hal lagi, perkara-perkara remeh seperti penggunaan terma 'diseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak' juga perlu dimansuhkan.Dah katanya 'seluruh Malaysia', buat apa lagi ditambah 'termasuk Sabah & Sarawak' dalam ayat tu,kan?Penggunaan terma 'bangsa lain-lain' bagi mewakili bangsa di Sabah & Sarawak dalam borang permohonan juga harus dimansuhkan.Ini cuma sedikit contoh.Banyak lagi perkara remeh lain yang perlu diambil kira oleh kerajaan jika ingin memperlihatkan keseriusan dalam menjaga hati Sabahan dan Sarawakian,Katanya 1Malaysia kan?So, perlihatkanlah 1Malaysia itu dengan sebenar-benarnya.

Grafik tentang jalanraya di Sabah ini bukan sekadar 'troll', tapi ini adalah realiti yang memang berlaku di Sabah.


Bagi mereka yang memperjuangkan hak-hak Sabahan & Sarawakian dalam Malaysia, terutamanya hal yang berkaitan dengan 'Perkara 20', mungkin ini masih belum cukup.Jawatan TPM 2 ini masih belum menjamin pengembalian keseluruhan hak 'Negara' Sabah & Sarawak seperti yang pernah termeterai dalam perjanjian penubuhan persekutuan Malaysia.Terlalu banyak isu sebenarnya.Tp bagi gua, as a start, why not?Sebagai permulaan.Remember, Rome wasn't built in a day...

Untuk sahabat-sahabat gua di Semenanjung, diharap kamurang tidak salah sangka dengan tulisan ini.Ini sebenarnya cuma satu interpretasi dan luahan dari seorang rakyat Malaysia yang ingin mendapat layanan sama rata seperti yang dinikmati oleh para sahabat di Semenanjung.Sabahan dan Sarawakian sudah lama menginginkan hal ini ditangani dengan seadilnya oleh kerajaan, dan rasanya waktu ini adalah paling sesuai untuk menjadikan impian ini satu realiti.Walapun gua pernah cakap yang gua ni adalah seorang yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi seorang yang 'against the system' yakni penentang demokrasi, tapi gua sayangkan Sabah dan Malaysia.Gua adalah seorang nasionalis yang mendukung idea keadilan sejagat dan berharap, permintaan untuk keadilan bagi Sabahan & Sarawakian ini akan menjadi realiti kali ini Insya Allah...

Akhir kalam.Rumah siap, tapi pahat masih berbunyi.Ada 'hantu' ka rumah tu???
Mungkin, pengundi 'hantu' main pahat...heeeeeeeeeee.......


As-Salam

*MALAYSIAN AGAINST RACISM*





Read more ...

Wednesday, May 8, 2013

Analisis Keputusan PRU13 ~ Peristiwa 13 Mei Bakal Berulang???



Keputusan PRU13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya untuk mengekalkan tampuk pemerintahan walaupun dengan majoriti yang semakin berkurangan.Slogan 'Tatap BN' nampaknya berjaya mengatasi slogan 'Ini Kalilah' dan 'Ubah' yang digunapakai oleh PR pada kali ini.Walaupun begitu, nampaknya kemenangan BN kali ini kelihatan begitu kontroversi sekali dengan pelbagai dakwaan penipuan yang wujud, yang dikatakan dilakukan oleh 'pakar-pakar silap mata' BN untuk mengubah keputusan PRU di banyak kawasan.PR selaku seteru BN mendakwa telah pun memenangi pilihanraya kali ini jika penipuan-penipuan tersebut tidak berlaku.Desas desus mula kedengaran yang petisyen pilihanraya akan difailkan oleh PR di kawasan-kawasan yang mereka dakwa berlaku penipuan.Apapun, kita tunggu dan lihat bagaimana kisah selanjutnya yang akan berlaku dalam scenario politik Malaysia kali ini.Bak kata pepatah, 'rumah siap, pahat masih berbunyi'.

Anyway, berikut adalah sedikit analisis yang hadir dari kepala hotak gua sendiri, berkenaan keputusan PRU kali ini.Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membacanya.Ok.


1. "Tsunami" Orang Cina
Istilah baru yang muncul ini sebenarnya cuba menggambarkan bagaimana sokongan orang cina yang beralih sepenuhnya dari MCA/Gerakan kepada DAP.MCA dan Gerakan kalah teruk .Masyarakat cina menolak parti MCA dan Gerakan secara total untuk mewakili mereka.Namun anda jangan silap, kerana pada realitinya, ia sebenarnya cuma satu proses 'peralihan kuasa' melalui satu 'jambatan gelap' yang mereka bina secara diam."Lu jaga kita punya orang", kata MCA kepada DAP.Kalau anda berkawan dengan orang cina maka anda akan mengetahui perkara ini.Luarannya mereka nampak macam berpecah, tapi realitinya mereka sentiasa berpaut erat.

Siapa yang menang PRU13 kali ni?Orang cina.Suara orang cina menjadi semakin kuat, dan mereka semakin bersatu dibawah DAP.Ketika ini sedang trending di twitter hash tag #ApaCinaMahu akibat daripada tajuk satu tulisan akhbar Utusan Malaysia hari ini.Isu ini kelihatan menjadi semakin panas, dan oleh sebab itu gua tidak akan melanjutkan ulasan berkenaan perkara ini.(Sebab gua pintar dan gua nda mau ditangkap polisi kerana membangkitkan isu sensitif.kuikui...Lain kalilah baru gua ulas)


Risalah ini dikatakan merupakan sebagai punca utama bagaimana terjadinya 'Tsunami politik cina' pada PRU kali ini.Sejauh mana kebenarannya Wallahualam.Sila lihat link INI untuk bacaan selanjutnya.Sesuatu yang kelihatan bersifat 'racist & provokasi', tapi mungkin berbaloi untuk difikir-fikirkan.

..................................................................

2. Melayu/Bumiputera Islam semakin berpecah


PRU13 juga menyaksikan perpecahan yang semakin ketara di kalangan orang Melayu/Bumiputera beragama Islam.Doktrin 'pecah & perintah' yang merupakan teras utama dalam sistem demokrasi telah berjaya 'dengan jayanya' memecah-belahkan lagi orang Melayu/Bumiputera yang sudah memang sedia berpecah.Melayu PAS, Melayu UMNO, Melayu PKR.Semuanya Melayu, tapi mempunyai agenda yang berbeza.Masing-masing ingin mengangkat agenda yang mereka perjuangkan, tanpa menyedari sebenarnya ada pihak yang sedang ketawa melihat kaum ini bercakaran sesama sendiri.

Mungkin sudah tiba masa untuk penyatuan semula orang-orang Melayu/Bumiputera Islam ini dibawah satu panji yakni Islam.Bubarkan UMNO, bubarkan PAS, bubarkan PKR.Namun persoalannya, adakah Melayu Pas, Melayu Umno dan Melayu PKR ini akan bersetuju dengan idea penyatuan ini dan sanggup mengetepikan semua kepentingan peribadi demi untuk penyatuan ummah?Pendapat gua mudah : selagi sistem demokrasi masih diangkat sebagai 'raja' dalam sistem pemerintahan Malaysia, maka selagi itu penyatuan ummah tidak akan berlaku.Agen 'Si mata satu' juga sudah pasti tidak akan membenarkan perkara itu berlaku selagi cita-citanya belum tercapai.Siapa yang gua maksudkan dengan agen 'si mata satu'?Kepada yang mengkaji dan membaca tulisan gua yang terdahulu, pasti boleh meneka siapa yang gua maksudkan.Tak payah la gua sebut nama.Kalau tak tahu, sila baca posting-posting terdahulu gua yang berkaitan dengan politik serta lakukan kajian sendiri berkenaan siapakah agen 'si mata satu' dibumi Malaysia ini.Tapi rasanya, korang boleh teka siapakan?


Apapun, masa untuk penyatuan ummah itu pasti akan tiba InsyaAllah...

....................................................................

3. Pembangkang mula mendapat tempat di Sabah

Parti pembangkang berpangkalan dari semananjung dilihat mula mendapat tapak dibumi Sabah.BN Sabah yang sebelum ini selesa dengan kemenangan 59 kerusi DUN & 24 kerusi Parlimen pada PRU 2008 kali ini terpaksa akur dgn kekalahan 12 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen kepada pembangkang yakni kepada PKR, DAP dan parti tempatan STAR.PKR berjaya menembusi tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini hanya memiliki satu kerusi Dun, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor manakala satu lagi parti bersifat tempatan iaitu Parti Progresif Sabah (SAPP) gagal mendapat sebarang kerusi malahan pengerusinya sendiri Datuk Yong Teck Lee hilang wang deposit dalam pertandingan 4 penjuru di Likas.

Nampaknya penerimaan rakyat Sabah terhadap parti berasaskan tempatan masih belum dapat direalisasikan pada PRU kali ini.Faktor pemimpin dalam parti-parti tersebut merupakan punca signifikan penolakan rakyat Sabah terhadap parti-parti bersifat tempatan.Secara dasarnya, gua tidak melihat perjuangan parti-parti tempatan ini salah, malah jika dilihat dari segi prinsip perjuangan mereka yang memperjuangkan hak-hak Sabahan dalam Malaysia adalah amat baik dan sihat untuk politik tempatan.Cuma faktor orang yang mengetuai parti-parti ini yang menyebabkan mereka tidak mendapat sokongan Sabahan.Pemimpin tempatan seperti Yong Teck Lee yang mengetuai parti SAPP dilihat sudah tidak lagi relevan dalam arena politik Sabah.Rekod masa lampau beliau yang dilihat mempunyai pendirian yang tidak tetap serta track record ketika memegang jawatan ketua menteri Sabah semasa sistem penggiliran jawatan dijalankan dahulu yang tidak memperlihatkan sumbangan signifikan dalam pembangunan negeri merupakan faktor utama penolakan ini.Walaupun begitu, pengerusi parti STAR Jeffrey Kitingan nampaknya kali ini berjaya untuk melakukan comeback dalam arena politik Sabah dengan kemenangan tipis di DUN Bingkor.Walaubagaimanapun, hanya beliau seorang sahaja dari parti STAR yang berjaya mendapat tempat dalam DUN Sabah manakala lain-lain calon dari parti tersebut yang bertanding dihampir semua kawasan di negeri Sabah gagal untuk mempengaruhi Sabahan untuk mengundi mereka.

Jika dilihat secara keseluruhan, seandainya tidak berlaku pecahan undi, kemungkinan pembangkang terutamanya PKR untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen & DUN di Sabah adalah amat besar.Ketidaksepakatan pembangkang di Sabah merupakan faktor signifikan mengapa mereka gagal untuk merampas kerusi yang sepatutnya boleh dimenangi mereka.

Berikut gua kongsikan beberapa keputusan yang sepatutnya boleh menyebelahi pembangkang di Sabah sekiranya pertandingan 1 lawan 1 berlaku.Ini sebenarnya merupakan satu isyarat jelas bahawasanya kebanyakan rakyat Sabah mahukan perubahan dikawasan mereka CUMA dikekang oleh kebodohan pakatan pembangkang itu sendiri yang tidak bersatu dalam menghadapi BN.Diharap keputusan PRU kali ini akan menjadi wake up call kepada pemimpin-pemimpin BN di Sabah agar mendengar rintihan dan keluhan Sabahan dan berusaha seupaya mungkin untuk membawa perubahan yang diinginkan oleh Sabahan kerana jika tidak, berkemungkinan besar PRU13 ini adalah penggal terakhir kamu berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat di kawasan kamu!

Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di DUN N.31 Tambunan - 5,905 undi


Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di DUN N.29 Kundasang - 5,825 undi


Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di DUN N.11 Kiulu - 5,372 undi


Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di Parlimen P.182 Pensiangan - 11,429 undi


Total jumlah undi yang tidak mengundi BN di Parlimen P.168 Kota Marudu - 16,998 undi

....................................................................

4. Dakwaan penipuan undi/Blackout insiden

Bukan tak boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :

1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-Sumber FB



Selepas tamat pengundian jam 5 ptg, DSAI mengumumkan PR dah menang berdasarkan kiraan undian di tempat mngundi...Dr MAZA pn dah ucap tahniah Malaysia dpt kerajaan baru..THEN...apa jadi selepas itu?????

Cuba tanya Najib dan UMNO.. Kalau Dia Betul2 Menang PRU13..Kenapa tak Umum Kemenangan Jam 9 ?? Kenapa Terpucat2 Umum jam 2 Pagi ? Takkan dia tak tahu dia Menang berdasarkan Info SPR jam 6 Ptg dalam Kiraan Undi di Tempat Mengundi? Ini Bermakna ..mereka Memerlukan 5jam Untuk Tukar keputusan.. Dan Itu Sebab Ade Kotak Undi Sampai Jam 10Malam Selepas Blackout..

Negeri di bawah BN:
1) Kedah (PR menang kiraan pertama)
2) Terengganu (PR menang kiraan pertama)
3) Pahang
4) Johor
5) Melaka
6) Negeri Sembilan
7) Perak (PR menang kiraan pertama)
Sabah
9) Sarawak
10) Perlis (PR menang kiraan pertama)

Negeri di bawah PR:
1) Selangor
2) Penang
3) Kelantan

PR menang kiraan pertama ➜ Kiraan semula ➜ Blackout ➜ BN menang di Kedah, Terengganu, Perak dan Perlis!
Bagaimana 16 PUSAT MENGUNDI boleh blackout serentak di 4 negeri ini?

Sumber : FB


2 petikan diatas diambil daripada sumber yang tersebar meluas dilaman sosial.Dakwaan pengundi hantu, penipuan kertas undi, insiden 'blackout' dibeberapa buah negeri tersebar dengan begitu viral selepas keputusan PRU mula diumumkan.Terbaru, kedengaran dari kem pembangkang dibeberapa negeri terutamanya di Perak dan Terengganu, keputusan PRU kali ini bakal diprotes dan petisyen pilihanraya akan difailkan dalam tempoh terdekat.Wait & see apa yang akan berlaku.Jika benar perkara ini berlaku, mudah-mudahan Allah akan tunjukkan kekuasaannya terhadap orang yang dizalimi...

...................................................................

5. Kekalahan Pemimpin 'Pioneer' BN & PR

Kedua-dua pihak, baik BN mahupun PR mengalami kehilangan sokongan terhadap pemimpin pioneer mereka.Berikut antara senarai pemimpin pioneer dari BN & PR yang tewas dalam PRU kali ini.

Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri - BN - Parlimen Penampang)
Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil)
Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor - BN - Parlimen Gelang Patah)
Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor - Parlimen Sepang)
Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas - Parlimen Pendang)
Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas - Parlimen Arau)
Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas - Parlimen Pulai)
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas - Dun Jengka)
Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas - Parlimen Putrajaya)
Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Silam)
Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR - Parlimen Pasir Salak)
Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa - Bebas - Parlimen Pasir Mas)
Zulkifli Nordin (Naib Presiden PERKASA - Calon 'Direct' BN - Shah Alam)

....................................................................


Peristiwa 13 Mei Bakal Berulang???

 Head line kepada posting kali ini.Walaubagaimanapun, gua tidak akan mengulas tentang perkara ini.Kita biarkan printscreen berikut berbicara dengan sendirinya...






Printscreen ini gua ambik dari FB dan sebuah blog yang terkenal dengan penulisan ekstrim.Gua takda apa nak komen tentang hal ni, pada gua ada lebih baik mengunci mulut daripada berbicara tentang perkara yang sensitif.Dengar cerita penulis ni sudah ditahan pihak polis untuk siasatan.

Memang apa yang ditulis oleh mereka-mereka ni melampau dan wajib disiasat kerana boleh mencetuskan ketegangan kaum.Sampai situ ja lah komen gua.Selebihnya, kita biarkan the authority untuk menanganinya.



Kesimpulan

Pertarungan paling sengit dalam sejarah sistem demokrasi Malaysia yang akhirnya dimenangi semula oleh BN.Namun PR yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim tidak menerima keputusan PRU13 ini dan menganggap pilihanraya kali ini sebagai yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.Berdasarkan info yang sedang beredar di laman sosial, 8 May yakni esok (Rabu) dijangkakan pihak PR akan mengadakan satu perhimpunan 'besar-besaran' bagi membantah keputusan PRU kali ini.Gua berharap sekiranya perhimpunan itu benar-benar berlangsung, tidak akan ada perkara yang tidak baik yang akan berlaku memandangkan ketika ini keadaan politik semasa tanah air masih berada tahap 'high tension'.Diharap pihak berkuasa akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Adakah sudah tiba masanya Malaysia mula menolak sistem demokrasi yang semakin nyata menjadi punca perpecahan masyarakat khususnya umat Islam ini?Sesuatu yang memang gua tunggu-tunggu, kejatuhan sistem demokrasi.InsyaAllah, masa itu akan tiba juga

Apapun, gua berharap tidak akan ada apa-apa yang buruk yang berlaku dibumi Malaysia ini.Jangan hanya kerana perbezaan fahaman politik, kita sanggup memusnahkan apa yang telah terbina sekian lama di bumi bertuah ini.Keamanan dan kesejahteraan hidup di bumi Malaysia ini sesungguhnya tidak ternilai harganya.
SAY NO TO RACISM, SAY NO TO CHAOS.

SAYA PILIH MALAYSIA!







Sumber dan kredit : papagomo.com, facebook, google images & kepala hotak aku

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!