Friday, May 17, 2013

Kenapa Orang Cina Lebih Maju Daripada Orang Melayu


Ini bukan post racist.Diulangi sekali lagi, INI BUKAN POST RACIST.Apa yang aku cuba ceritakan disini tidak sesekali menjurus ke arah racisme atau perkauman, kerana aku sendiri adalah orang anti kepada racisme.Apa yang cuba diketengahkan disini adalah satu perkongsian dan kupasan ringkas, yang perlu diketahui oleh orang melayu/bumiputera (bagi tidak mengetahui) tentang mengapa orang cina lebih maju daripada kita.Post ini cuma mengajak untuk kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri, serta berhenti menuding jari dan menyalahkan orang lain diatas kekurangan dan kekhilafan diri kita sendiri.

Kenapa orang cina lebih maju daripada orang melayu?Bagaimana kaum yang dianggap pendatang dibumi melayu/bumiputera ini berjaya menguasai ekonomi kita disini?Satu persoalan yang selama ini sebenarnya mempunyai jawapan yang berada benar-benar dihadapan mata kita.

Semoga bermanfaat untuk difikir-fikirkan.Salam Jumaat.


1. Pendidikan.
Orang cina sangat mementingkan pendidikan.Seawal usia tadika (4-6 tahun), dikala anak-anak orang melayu sibuk bermain guli, bergelumang dengan lumpur dibawah kolong rumah, melastik burung dan mencuri buah rambutan dikebun Pak Kordi, orang cina sudah mula menghantar anak-anak kecil mereka ke kelas tuisyen.Mereka tidak kisah membelanjakan wang ringgit untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.Matapelajaran yang paling ditekankan oleh mereka kepada anak-anak mereka adalah, MATEMATIK.Bukan nak kata apa, tapi ini adalah realiti : subjek ini rata-ratanya sangat dibenci oleh anak-anak melayu.Tak dapat dinafikan sesiapa.Tanyakan kepada anak-anak melayu, pasti ramai yang mengiyakannya.Mindsetnya mudah : Matematik + Nombor + Susah = MALAS.Tapi tidak kepada orang cina.Mereka sangat mengutamakan kemahiran dalam subjek matematik, kerana mereka sedar melalui penguasaan subjek inilah mereka akan dapat meneruskan legasi perniagaan mereka kepada anak-anak mereka di masa hadapan.

Mereka sedar dan tahu, mereka adalah 'kuasa ekonomi'.Matematik adalah kunci untuk meneruskan kesinambungan penguasaan mereka terhadap ekonomi.Orang Melayu, biarlah mereka yang 'berkhidmat untuk negara'.Perhatikan di jabatan-jabatan awam, bagaimana jurang ras boleh dilihat dengan begitu ketara sekali antara melayu/bumiputera dan orang cina.Mengapa orang cina begitu kurang sekali memasuki perkhidmatan awam?Jawapannya mudah : 'kuasa' mereka bukan disitu.Kuasa mereka dibidang ekonomi, dan disitulah punca 'ong' sebenarnya datang, bukannya dari bidang 'yang menurut perintah & berkhidmat untuk negara'.

Perhatikan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, siapa yang menguasai senarai itu?Well, semua orang tahu jawapannya bukan.Adakah mereka berkerja di jabatan awam?Jawapannya sudah tentu tidak.Jadi kesimpulannya mudah : bagi orang cina, perkara yang akan mendatangkan kekayaan adalah penguasaan ekonomi, yakni perniagaan, dan bukannya melalui jalan 'berkhidmat untuk negara'.Bagaimana untuk menggenggam kuasa ekonomi itu dan ilmu apakah yang perlu dipelajari dan dikuasai supaya ia tidak akan terlepas dari tangan mereka?Jawapannya MATEMATIK.Oleh sebab itulah, anak-anak mereka begitu didedahkan dengan ilmu pengiraan matematik diperingkat awal agar legasi penguasaan ekonomi itu akan dapat dijayakan dengan kesinambungan yang berterusan

Aku sendiri mempunyai sedikit pengalaman di zaman sekolah dahulu tentang bagaimana pentingnya pendidikan kepada mereka.Kisahnya, sewaktu tingkatan 2 dulu, aku telah terpilih memasuki kelas 'A', yakni kelas pelajar-pelajar pintar.Bangga jugalah kerana terpilih memasuki kelas yang rata-rata pelajar didalamnya adalah terdiri daripada mereka yang bijak dan ber'IQ' tinggi.(Hns hns hns bangga gua hahaha poyo).Namun apa yang lebih menarik sebenarnya, yang ingin gua kongsikan adalah, pelajar dari kaum apa yang menguasai kelas tersebut.Rata-ratanya (80%) adalah pelajar cina!Believe it or not, hanya aku seorang sahaja pelajar lelaki Islam dari kaum melayu/bumiputera yang berada di dalam kelas itu.Pelajar perempuan ada lah beberapa orang yang muslim melayu/bumiputera, namun pelajar lelaki memang aku seorang saja.(Sian aku kan huhu)

Walaupun kisah itu sudah lama berlalu, namun aku masih dapat mengingatinya dengan jelas.Setelah zaman persekolahan berakhir dan mula memasuki alam dewasa, barulah aku sedar kenapa situasi tersebut berlaku.Semuanya kerana penekanan yang diberikan oleh orang cina terhadap anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan kepada kesinambungan generasi mereka.Jumlah penguasaan majoriti mereka dalam melahirkan anak-anak yang pintar di sekolah sebenarnya menggambarkan situasi sebenar bagaimana mereka dapat menjadi taikun dan kuasa ekonomi di bumi Malaysia ini.Dan rasanya, situasi ini memang berterusan sehingga hari ini, dimana pelajar cina terus menguasai pencapaian akademik di sekolah-sekolah...

Sesuatu yang patut dicontohi dan diaplikasikan oleh ibu bapa melayu/bumiputera jika ingin melihat anak-anak kita bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak mereka.Penekanan pendidikan perlu diberikan seawal mungkin kepada anak-anak melayu.Minda mereka perlu diasah seawal mungkin agar memberi keutamaan kepada pendidikan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang cina tehadap anak-anak mereka.Persoalannya cuma mahu atau tidak saja.

2. Perniagaan


Cara perniagaan orang cina sangat berbeza dengan cara orang melayu.Peniaga cina tidak akan SESEKALI berniaga secara hutang kepada sesiapapun.No cash, no bussiness.Ini adalah perkara benar.Kalau kurang percaya, boleh cuba sendiri.Pergi ke kedai orang cina yang anda kenal dan tanyakan, "Tauke, ini barang boleh hutang ka?".Sudah tentu jawapan yang akan anda perolehi adalah "Haiya soli a kawan, wa bisnes cuma terima cash only".Tanyakan soalan yang sama kepada peniaga melayu.Anda masih boleh menemui peniaga melayu yang boleh memberikan hutang kepada anda.Entahlah, mungkin atas dasar sifat orang Melayu itu sendiri, yang mewarisi sifat 'murah hati' dalam kehidupan seharian dari generasi terdahulu dan terbawa-bawa dalam perniagaan.Konsep yang sangat salah pada mata peniaga Cina.

Bagi orang cina, bussiness is bussiness.Biar dengan kawan baik sekalipun, mereka tidak akan sesekali membenarkan aktiviti perniagaan secara hutang berlangsung.Tapi anda jangan silap, cara mereka berurusniaga berbeza mengikut 'jenis' orang.Bila mereka berurusniaga dengan orang yang bukan cina,(melayu, bumiputera) mereka akan menggunapakai peraturan 'no hutang, cash only'.Mungkin ada beberapa orang tertentu sahaja dikalangan sahabat melayu mereka yang boleh berurusniaga secara hutang dengan mereka, itupun atas dasar percaya dan mereka benar-benar rapat dengan orang itu.Kalau tidak, jangan harap.Berbeza bila mereka berurusniaga dengan orang mereka sendiri (cina), walaupun orang itu tidak dikenali/rapat, namun sekiranya dia adalah orang cina, maka mereka akan 'membuka jalan' kepada orang tersebut selagi dia adalah orang cina.Semua benda boleh runding, asalkan orang itu adalah orang mereka.

Inilah keistimewaan orang cina berbanding melayu.Bukan setakat hutang, pertolongan lain pun boleh diberikan.Untuk pengetahuan anda, bagi yang tidak tahu, (ini aku nak pecah lobang) harga urusniaga antara orang cina dengan orang cina adalah berbeza dengan urusniaga mereka dengan orang melayu.Of course la dalam urusniaga barangan tertentu dan dalam jumlah yang pukal/besar, takkan jual air oren setin nak bagi lain-lain harga plak.Baik tak payah meniaga kalau macam tu.Ok, sebagai contoh, harga jualan umum sebijik tayar di kedai tayar Chong adalah RM100, mungkin harga selepas diskaun adalah RM95, tapi harga untuk orang cina berkemungkinan sekitar RM80-90 sahaja.Itu contoh.Sudah tentu mereka tidak mewar-warkan harga ini kepada umum, cuma dikalangan mereka saja yang tahu.Dan ini adalah benar, kerana aku sendiri selalu menggunakan kawan-kawan cina aku untuk membeli sesuatu barang dengan harga 'cina sesama cina'.Tak caya, sila buat eksperimen sendiri.

Inilah realitinya.Mereka boleh saling membantu walaupun pada awalnya tidak saling mengenali.'Jambatan tersembunyi' sebenarnya memang sudah sedia terbina antara mereka, dan mereka akan menggunakannya bila diperlukan.Luaran nampak terpecah, tapi zahirnya mereka sebenarnya bersatu.Jika dibandingkan dengan orang melayu, umpama langit dan bumi.Pergilah si melayu kepada melayu yang telah sedikit berjaya dan punya pengaruh untuk meminta pertolongan.Believe me, amatlah sukar untuk menemui melayu yang mahu membantu melayu sebagaimana orang cina membantu kaum mereka.Perangai PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang dimiliki dan tertanam dalam jiwa melayu merupakan satu penyakit yang telah lama menjadi duri dalam daging dikalangan melayu.Pantang berjaya sikit dan mendapat nama dimata mayarakat, mulalah mendabik dada.Sombong tak tentu pasal.Bukannya nak tolong bangsa dia, malahan memperlekeh dan memperkecilkan bangsa sendiri.Malahan ada yang sanggup sampai menjatuhkan dan mencantas bangsa sendiri semata-mata bimbangkan persaingan dan kepentingan periuk nasi tergugat.Ini sangat berbeza dengan orang cina.Orang cina lagi suka semakin ramai orang mereka yang naik dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, kerana itu akan menjadi satu mercu tanda dan penunjuk aras yang rata-rata bangsa mereka adalah orang yang pintar dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.Patut disokong dan dibantu seboleh yang mungkin...

Disinilah kelemahan melayu yang paling ketara sekali.Memang ada juga dikalangan melayu yang telah berjaya yang mahu membantu bangsanya sendiri, tapi boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang benar-benar serius.Selebihnya hanya umpama melepaskan batuk ditangga.Entah bilalah perangai PHD ni akan hilang dari jiwa orang melayu...


3. Sifat Khianat.
Orang cina amat pantang dengan orang yang mengkhianati mereka.Tidak kira dalam hal apa sekalipun, sekali mereka dikhianati, sampai matilah orang itu tidak akan diberikan muka atau dipercayai lagi.Apalagi dalam bidang perniagaan.Sekali tertipu tidak akan ada kedua kalinya.Ini berbeza dengan melayu.Sifat memaafkan sangat diterapkan dalam sanubari orang melayu, kerana ianya sangat dituntut oleh ajaran agama Islam, yang dianuti oleh orang-orang melayu.Memaafkan itu sangat dituntut, malahan ia adalah satu sifat yang amat mulia dalam ajaran mana-manapun agama.

Tapi bagi orang cina, untuk mempercayai semula orang yang pernah mengkhianati mereka adalah satu perkara yang sangat-sangat 'suwey' kepada mereka.Disinilah terlihatnya satu lagi kelemahan orang melayu dimata cina.Sifat memaafkan orang melayu dan suka memberi peluang kedua dianggap sebagai sesuatu kesilapan yang tidak patut dilakukan.Untuk apa memberikan peluang kepada orang yang pernah menipu dan mengkhianati kita?Orang putih bilang, "Everybody deserves a second chance".Believe me, ini tidak terpakai kepada orang cina.Bagi mereka, "once broken, consider sold" lebih terpakai.

Mungkin sudah tiba masa kita orang melayu/bumiputera menggunapakai teori sebegini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita, apalagi jika terlibat dalam bidang perniagaan dan ingin berjaya seperti mereka.Mencontohi dan belajar sifat-sifat baik yang membuatkan mereka berada berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, terutamanya perniagaan.Memang terdapat beberapa sifat-sifat mereka yang tidak patut untuk kita contohi, yakni sifat buruk yang tesembunyi disebalik kejayaan mereka menguasai ekonomi, namun itu tidak akan aku kupas untuk kali ini.Lain kali.Atau mungkin, sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah membaca artikel "The Li Bloodline" untuk pengkisahan yang lebih detail.Mana nak baca tu?Sila google.Artikel yang ditulis oleh Mistisfiles.


Kesimpulan
Inilah sedikit sebanyak maklumat yang dapat aku kongsikan.Sebenarnya ada lagi, tapi nanti jadi terlalu panjang la pulak.Ni pun dah cukup panjang.Macamana aku tau semua ini?Sebab aku berkawan dengan mereka.Aku punya ramai kawan orang cina, dan sepanjang pergaulan dan pengamatan aku terhadap mereka, inilah kesimpulan yang aku dapat tentang bagaimana dan mengapa mereka lebih maju daripada orang kita, yakni melayu/bumiputera.

Aku tulis artikel ini bukanlah untuk menyanjung mereka, jauh sekali untuk memperlekehkan orang melayu/bumiputera bangsaku sendiri, tapi untuk membuka mata dan menyedarkan orang kita terutama generasi muda tentang dimana sebenarnya letaknya kesilapan kita selama ini.Berhentilah dari menuding jari dan menyalahkan orang lain, dan bermuhasabahlah dengan diri sendiri tentang bagaimana untuk meletakkan bangsa kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan mereka.Buanglah sifat-sifat iri dan PHD yang terdapat dalam diri kita, kerana sifat-sifat inilah yang menyebabkan kita ketinggalan jauh dibelakang mereka.

Believe me, selagi sifat PHD masih meracuni jiwa orang-orang melayu/bumiputera, maka selagi itulah nama orang-orang melayu/bumiputera akan terus tercicir dari senarai 'manusia paling kaya di Malaysia'.Renung-renungkan.

Wassalam




Photo credit : encik google

17comments:

penbirusaid...

Saya setuju. Orang melayu kebanyakan nya suka train anak jadi pemalas, Contoh hujan sikit tak pyah pegi sekolah, anak batuk sikit tak pegi sekolah, kaki luka sikit tak pegi sekolah. Mcmtula anak melayu. Orang cina tua2 pun cari duit, org melayu dah tua suka menyusahkan anak2. Sebab dah abuse fahaman agama yg makbapak tanggungan anak. Ya tapi kadang2 sampai melampau.

El Hardysaid...

@penbiru hmm penambahan yg baik bro.mmg ada dlm kepala hotak saya, cuma mls nk ckp, sbb mcm keterlaluan.takut ada org yg terasa nti.tp memandangkn bro dah ckp, saya iyakan saja.lgpun mmg itulah realitinya yg harus kita terima...

lebih baik menerima kelemahan dan mengaku kesilapan sendiri, daripada terus menuding jari...

latifah zainalsaid...

stuju semua yg diats..kebanyakkan melayu ada sikap hasad dengki & khianat sesama sendiri.dalam bisness cthnya.baru buka bisness tak besar mana pun dah kena itu ini.

El Hardysaid...

mudah2an org kita dpt berubah..org lain xkn tolng kita melainkn kita yg mengubah diri kita sendiri...

faisal jaafarsaid...

banyak kebenaran ttg apa yang dikata diatas.. walaubagaimanapun saya berpendapat sebenarnya kuasa ekonomi ada pada orang melayu/bumiputera.. cuma kuasa ekonimi kita dari segi kuasa membeli sahaja.. orang cina sebenarnya tidak la membeli sangat dari kedai cina di negara ini.. mereka terutama yang kaya sebenarnya lebih suka membeli barangan jenama dari luar negara.. sebaliknya kita orang melayu/bumiputera yang banyak membeli dari kedai cina.. sekiranya tiada orang melayu/bumiputera membeli barang dari kedai2 cina di malaysia.. aku confirm sekurang2nya 70% perniagaan orang cina akan lingkup.. orang cina sedar akan hal ni dan mereka tidak mahu orang melayu/bumiputera mempunyai kesedaran mengenai hal ini.. kerana itu mereka membuat pelbagai cara yang memberikan bayangan pada rakyat di malaysia yang menunjukkan seolah2 kaum cina yang menguasai ekonomi negara ini...

Jaysaid...

Nak kaya. Rebut peluang bisnes ni.
Sertakan tindakan, usaha dan doa

wan zulhairysaid...

Sy mula2 bukak kedai dah ada org melayu ckp..sampai bila nak berniaga dkt sini..selepas pada tu rezeki dia berkurangan dan rezeki aku bertambah..biar la org nak buat apa dkt kita ttpi jgn kita yg melakukannya

El Hardysaid...

@faisal jaafar ada benarnya spt apa yg anda katakan.kuasa ekonomi itu sbnrnya masih ada d tgn melayu, cuma org kita yg x sedar ataupun x tahu bgmna utk mgunakn kuasa itu..

@wan zulhairy bykkn bersabar bro..mmg itulah perangai org kita yg sgt sukar utk dikikis...ataupn mungkin x kn hilg smpi bila perangai PHD...

Jonathan Smithsaid...

Salah tu bro..just pengetahuan korang cina pon malas..dengki..busuk hati..kuat pinjam along..mencuri..amik rasuah..Dan mcm² benda negatif dorang buat...key yg buat dorang berjaya adalah SEMANGAT dorang.... mcm mamak. juge dia orang bukan pandai Sgtpon matematik to Bab meniaga champion berjaya kaya ..tu je beza...smgt mesti nak kuat

muhamad fahimsaid...

Ape yang saya perhatikan ialah remaja2 cina jarang bergaduh manakala remaja2 melayu sngat suka dan beria apabila gaduh sesama bangsa sendiri. Ini akan memberi kesan kepada masa hadapan dan jangan terkejut apabila suatu hari nanti mungkin Orang Cina akan menjadi Perdana Menteri .

Wanni Dsaid...

Yup agreed with you Penbiru as for myself parents in law dua2 ada pencen,tanah dan rumah sewa tapi masih harapkan anak2 bagi elaun bulanan sampaikan kami menantu kesian pada suami yang penat jerih budget gaji utk hulur duit yang xwajib pun dlm fahaman Islam. Ustaz sendiri gariskan nafkah pada isteri tu lebih wajib apatah lagi bila ibubapa tu berkemampuan tp semua dah tertanam dlm minda typical Melayu bila anak2 besaq2 dah boleh harap duit dari anak2 bukannya nak menabung sendiri untuk hari tua.

Zubli quzairovsaid...

Ayuh bangsaku kita bekerjasama dan bersatu.katakan tidak pada Perasaan Hasad Dengki(PHD)

MuhdNasirLuvUallsaid...

Dunia sudah akhir zaman..islam bakal meneraju dunia dlm semua bidang...mgkn masa tu baru melayu buka mata n brjaya...betul x info ini?

Habok Turbosaid...

ANAK MELAYU VS ANAK CINA

Anak Melayu belajar dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh diwaris kepada anak

Anak Cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.

Perbandingan di atas itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina. Tidaklah kita nak kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok "Diari Akademi" and all the lagho thing.

Anak Melayu berhibur pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.

Orang Melayu Raya, orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua kedai Cina tutup.

Saya bukan nak rasis. Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk dicontohi.

Umur 25 tahun Anak Cina ada RM20 Juta, anak Melayu hutang PTPTN RM20 Ribu

Belajar BERSUKATAN atau belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik. Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa?

SAIFUL NANG
Pengamal Pendidikan Tanpa Sukatan.

yaya hendersonsaid...

Jgn under estimate kpenting ilmu dah ijazah dlm zaman seba modern ni..tgk saja bilangan doktr ramainya dipelopori bgsa cina.all the specialist byknya sape?dah pasti cina tahu ilmu itu sgt pntg! Nisbah yg bjya tanpa pljrn n yg bjaya dgn pljrn sgt jauh...ilmu dn pndidikn mcm smart tag hari ni.wlpn bkn stu pnentuan kjyaan tp ia mbantu n mmudahkn kt mcapai apa yg kt hjati.back to basic in islam pn srh kt iqra..mksdnya bacalah..(meaning kt perlu bljr).nabi pn Allah bg ilmu dlm bentuk wahyu.lg stu nak bg contoh kdai cermin mata sin kong dah brusia lbh 30thn,yg take over ank dia n buat rebranding tukar nama lain n interior lbh canggih harga pn lbh mahal n plan perniagaan yg lbh baik.carry brand premium like channel gucci etc etc n dah ade optometrist mata..untung blipat kali ganda...tp bila tny,yea i study master in UK dlu! Fikir2 kan lah.. :)

N by the way tntg mak mertua n ayh mertua @ ibubpa tu biarlh mrk nk mintak sikit je dr gaji suami/isteri kt.sb hutang mbsrkn n duit bulanan kat univst n pnt lelah pn xtbls smp mati..stu hari nnt kt akn tua.xnk ke kita ank buat bnda yg sama? klu mrk xjga psgn kt baik2 n endup jd pnagih dadah or pgangur /pnjenayh mahukh kt kawin dgn mrk?so pd siapa kt ptut btrm ksh?yea i guess we know the answer.Ptut la cina kaya mak@mertua dah nyanyuk naik wheelchair pn bwak pg mkn angin smp luar negara.xpnh rasa ssh pn.hdp n rezeki pnuh bless.

IBU.SUMIASIHsaid...

Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL DISINI

rosman mohamedsaid...

cikgu sy cakap org pemimpin melayu hye pentingkan duit atau burit atau/dan kedua2nya sekali...mungkin cikgu ira ckp tu betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!