Tuesday, April 9, 2013

Tips Mencegah Maksiat Paling Efektif


Cinta itu ibarat kurap,makin digaru makin sedap.Asam jawa rasa cuklat, kupi pahit rasa lazat.Lautan api sanggup kuak lentang, gunung Everest sanggup bungee jump.Pendek kata, semuanya indah belaka.Siapa yang pernah bercinta tu tau la camano raso eh...

Salam.Bertemu kita kali ini dalam sebuah rancangan baru 'Maran Perapu Kepunden Paran Sekeper'.Sebuah rancangan yang akan membawa para pembaca untuk menjadi blur disebabkan membaca tulisan yang merapu meraban tentang kisah cinta jiwang asbestos yang entah apa-apa entah.Rancangan ini juga akan memberikan kepada anda tips-tips terkini tentang bagaimana untuk menanam sayur hydroponic di angkasa lepas..EHH???Der..Mabok ke lu?

Hehehe.
Gua boring derr.Tadak idea mau update hapa.Nak tido, mata tak ngantuk lagi.So, merayaulah gua di alam tenet...

Sedang gua merayau tak tentu arah, gua tersesat masuk twitter.Rayau punya rayau punya rayau, tetiba gua terserempak dengan satu twit dari sorang artis ni.Artis terkenal nyah.Dia bagi tips.Agak-agak terbaik jugalah tips tu.Khas untuk gadis-gadis yang tengah kapel.Tips terbaik untuk mencegah maksiat.Kepada para gadis yang ada BF perangai camni, agak-agak bolehlah disarankan untuk mencuba tips ni ok...


Terbaek nyah.Azwan Ali AKA Baby AA bagi tips u'olls.Ala yang rambut pink & cakap pakai healer dalam Propaganza tu...hewhew.... :)


Dengar cerita terkini dia nak masuk politik, nak celen Najib di Parlimen Pekan.Tapi lu jangan main derr, se'nyah2' si baby AA ni, ada Degree in Law.Dari segi akademik, dia memang layak.Tapi dari segi lain, itu gua tak tau.No comment.Nanti dia saman.Hewhew.Jangan saman gua yer baby AA.Gua pun minat lu hapa.(Minat la sangat hewhew).Apapun kalau jadi bertanding nanti gud luck la untuk baby AA...

Sekian 'rapuan' gua untuk kali ni.Adios amigos.

P/S : Gua terbayang camana la reaksi pengundi Parlimen Pekan kalau la baby AA ni bagi ceramah guna healer.Hambik kau hehehe...

(^__^)V




Credit & Source : Twitter & Google Image

Read more ...

Wednesday, April 3, 2013

Character Assassination


'Character Assassination' atau dalam bahasa melayunya 'Pembunuhan Karekter' adalah suatu perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh satu pihak untuk merosakkan reputasi dan peribadi seseorang atau pihak seterunya.Tujuan dan objektif utamanya hanya satu : melakukan total damage (kemusnahan seteruk mungkin) terhadap reputasi dan peribadi seterunya sehingga karakter beliau dilihat seperti 'mati' di mata orang-orang disekelilingnya...

As-salam readers..

Penerangan ringkas di atas adalah topik yang akan gua cuba kupas kali ini.Kenapa?Kerana perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama sekali jika anda adalah seseorang yang dikenali dan berstatus tinggi di mata masyarakat sekeliling.Penyanyi, ahli korporat, tokoh politik bahkan pak imam sekalipun boleh menjadi mangsa kepada pembunuhan karakter ini.Sebab kenapa berlakunya tindakan 'psyco-ganas' ini amat mudah : hasad dengki, iri hati, dan juga KEINGINAN UNTUK MENDAPATKAN SESUATU DENGAN CARA MENJATUHKAN ORANG LAIN...

Ketepikan kisah tentang pembunuhan karakter penyanyi, ahli korporat mahupun pak imam.Lets go to the main point, POLITIC, ataupun dalam ertikata sebenarnya ahli Yang Berhormat.Hahaha.Ni yang gua suka ni.Gua jarang tulis pasal politik, tapi rasanya ketika dan waktu ini, di kadai-kadai kupi, topik inilah yang paling hangat sekali dan gua pun mau juga join 'mengupi' sama...

Politik dan pembunuhan karekter adalah umpama aur dengan tebing, sesuatu yang tidak mungkin akan dapat dipisahkan.Gua berani potong jari jika ada ahli politik di dunia ini yang berani mengatakan beliau sebagai seorang yang 'clean & fair', yang tidak menggunakan cara character assassination sebagai medium untuk memenangi sokongan orang sekeliling terhadapnya.Tidak kiralah parti cap apa yang diwakili oleh si politician, alkisahnya tetap sama : pembunuhan karakter tetap menjadi senjata paling ampuh dalam menjahanamkan seterunya.Bagi gua, cuma satu perkara yang membezakan para politician, iaitu sejauhmana kesanggupan mereka untuk pergi dalam menjahanamkan karekter seteru mereka.Pendek kata persoalannya adalah, adakah mereka sanggup untuk 'do whatever it takes to win'?Jawapannya, clap chest, ask the candidate...

Baiklah.Sekarang mari kita lihat contoh character assassination yang berlaku disekeliling kita.Tidak perlu pergi ke masa lampau, kita lihat yang terkini, yang masih panas-panas macam guring pisang yang baru diangkat dari kuali.Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.Kenapa gua kaitkan pencerobohan Lahad Datu dengan character assassination?Perhatikan dan perhalusi hujah-hujah berikut...

1. Pihak pembangkang (PR-Pakatan Rakyat) mengatakan pencerobohan tersebut sebagai konspirasi terancang kerajaan BN dan UMNO.Semua sedia maklum dengan kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mengatakan insiden pencerebohan Lahad Datu itu sebagai 'konspirasi terancang' untuk menakutkan penduduk Sabah agar tidak menyokong pembangkang dan terus menyokong kerajaan sedia ada.Kenapa pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa?Hujahnya mudah, character assassination.
Mereka cuba untuk merosakkan reputasi kerajaan sedia ada sekarang (BN) pimpinan DS Najib Razak di mata rakyat Sabah, dengan cuba mengatakan bahawasanya insiden yang berlaku itu adalah suatu konspirasi yang telah dirancang dengan teliti.Mereka (pembangkang) cuba untuk menggunakan isu tersebut untuk mem'brainwash' orang-orang Sabah agar berhenti menyokong kerajaan sedia ada dengan hujah : kerajaan ini (BN) adalah kerajaan yang jahat, yang sengaja mencetus suatu situasi tegang dan sanggup untuk menggadai nyawa anggota keselamatan semata-mata untuk survival politik mereka.Walaupun kerajaan telah menafikan tuduhan itu dengan sekeras-kerasnya dan telah mengambil tindakan perundangan terhadap salah seorang pemimpin pembangkang (Tian Chua) di atas tuduhan ini, persoalan sebenarnya adalah : adakah tuduhan konspirasi terhadap kerajaan dalam insiden ini telah berjaya mempengaruhi pola sokongan orang-orang Sabah terhadap kerajaan?Adakah character assassination telah berjaya dilakukan oleh pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib Razak selaku ketua di dalam kerajaan BN?Jawapan, sekejap.Bagi gua habis dulu.Baiklah, next.

2. Manakala di pihak kerajaan BN, mereka juga kelihatan cuba untuk melakukan perkara yang sama, iaitu mengaitkan individu-individu tertentu dikalangan pemimpin pembangkang sebagai dalang yang mencetuskan tragedi berdarah di Lahad Datu itu.Media-media pro kerajaan dilihat begitu aktif dalam menyerang dan mengganyang karakter pimpinan tertinggi pembangkang dan 'mendedahkan' perkara-perkara yang dikatakan mempunyai pertalian antara pimpinan tertinggi pembangkang dengan insiden Lahad Datu.DS Anwar Ibrahim, selaku ketua dan pimpinan tertinggi pembangkang Malaysia, adalah fokus utama character assassination oleh media pro-kerajaan ini.
Terdapat pelbagai kisah dan info dikeluarkan yang dikatakan sebagai 'maklumat' yang mengaitkan beliau dengan insiden Lahad Datu, antaranya pertemuan beliau dengan salah seorang pemimpin di selatan Filipina yang turut dikatakan sebagai sahabat karib beliau iaitu Nur Misuari.Dikhabarkan pertemuan itu adalah satu perbincangan sulit yang diadakan diantara Anwar dan Misuari untuk mengatur strategi dalam mencetuskan tragedi berdarah di Lahad Datu.Anwar dikatakan mencetuskan tragedi tersebut demi untuk membangkitkan kebencian rakyat sabah terhadap kerajaan sedia ada (BN) yang kononnya kerajaan ini telah gagal dalam mempertahankan perbatasan Sabah daripada ditembusi oleh anasir-anasir luar yang bakal mengganggu-gugat keselamatan awam.Dikatakan juga Anwar telah meminta sahabat baiknya Misuari untuk mencetuskan huru-hara di Sabah ini agar beliau dapat dilihat sebagai 'hero' yang bakal menyelamatkan rakyat Sabah daripada pemerintahan rejim BN yang kejam dan lemah, dan seterusnya menggapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang telah diidamkannya sekian lama.

Walaupun belum dapat dibuktikan secara nyata sejauhmanakah kebenaran pembabitan beliau (Anwar) dalam insiden berdarah tersebut, namun media pro-kerajaan telah menggunakan isu ini untuk menyerang karakter dan peribadi beliau sehabis mungkin.Apapun persoalannya tetap sama seperti poin 1 : adakah kerajaan BN melalui media-medianya berjaya untuk membunuh karakter pemimpin pembangkang ini?Adakah karakter pemimpin pembangkang yang telah cuba untuk 'dibunuh' beberapa kali ini akan terkubur selamanya kali ini?To be honest, gua tidak ada jawapan untuk soalan-soalan ini...Rasanya, kita akan dapat melihat dan mengetahui jawapan kepada semua persoalan ini melalui satu cara saja, iaitu kertas undi!


Ada banyak lagi contoh kisah character assassination di persada politik Malaysia ni.Yang di atas ni rasanya belum apa-apa lagi, sebab sehingga saat ni masih belum ada lagi karakter yang 'mati' gara-gara insiden Lahad Datu.Ada banyak lagi kisah character assassination yang hebat-hebat dan telah pun memberi kesan terhadap si mangsa dan pemangsa.Tidak perlulah gua senaraikan disini, terlalu banyak rasanya.Apapun, believe me, menjelang musim pilihanraya yang semakin hampir ni, peluru-peluru fitnah yang bakal melakukan pembunuhan karakter ini akan berterbangan disana sini dan pastinya, ada pihak yang akan 'terbunuh' dalam 'peperangan' ini nanti.

Pembunuhan karakter adalah cara yang amat kotor, namun ianya amat 'praktikal' dan penggunaannya dapat dilihat dimana-mana saja tempat dimuka bumi ini.Dalam konteks Malaysia, memandangkan negara kita kini sedang berada diambang pilihanraya umum yang akan berlaku dalam masa terdekat ini, gua kira pastinya ketika ini pihak-pihak yang berkepentingan semestinya telah menyediakan 'peluru-peluru ghaib' untuk membunuh karakter seteru mereka.Dosa pahala belakang kira, yang penting MANANG!

Sendiri mau ingat la bro.Politik memang benda paling kotor yang pernah diciptakan ALLAH di atas muka bumi ni.Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk membuat pilihan kelak, yang mana satu intan dan yang mana satu kaca, pandai-pandailah menilai...Apa yang pastinya, fitnah pasti akan berleluasa...


"Sesungguhnya fitnah itu lebih kejam (dahsyat) daripada membunuh"- Surah Al Baqarah ayat 217








Photo Credit : Encik Google

Read more ...

Friday, March 29, 2013

Unpublish Lahad Datu ~ Lokasi Mayat Pengganas Dikebumikan

Ini bukannya artikel yang gua sedang usahakan tu.Cuma satu info yang seorang kawan gua telah 'terpublish' di FB...


Memandangkan perkara ini telah pun dibahaskan di laman sosial, maka dengan ini gua pecahkanlah sedikit 'lobang'..

Perkara ini sebenarnya telah sampai ke telinga gua sejak beberapa hari lepas.Salah satu lokasi pengkebumian yang telah terdedah kepada umum, Ranau.Berikut antara komen orang tempatan Ranau.





Thats all.For confirmation, please refer to the nearest police station and PDRM FB page....Seperti yang telah dinyatakan diatas, bila melibatkan soal keselamatan jangan tanya gua, tanya terus kepada pihak yang berkenaan untuk menjaga kerahsiaan.Jawapan skema dari gua.hehe. :)


Info sampingan : Semalam lebih 500 buah rumah 'atas air' di Sepanggar, Kota Kinabalu telah musnah dalam satu kebakaran.Coincidence or _________________ (fill in the blanks).Jawapan atas tanggungjawab anda sendiri... :)

Sekian.Wassalam.



*Identiti para pengomen dan sumber terpaksa dirahsiakan untuk menjaga privasi.


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!