Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Orang UMNO Rupanya...


As-Salam..

Alangkah lamanya blog ini diam tanpa suara...Tangan aku memang sentiasa gatal untuk menulis, tapi komitmen hidup membataskan aktiviti maya..Apapun, benda yang sudah menjadi darah daging, memang susah untuk ditinggalkan, dan aku akan terus menulis jika ada masa, selagi hayat dikandung badan...

Baiklah.Untuk kali ini, aku ingin mengulas sesuatu yang ketika ini sedang hangat diperkatakan di media-media.Politik.Pemilihan UMNO."Hekeleh, lu selama ni pompang pompang kritik itu ini yang kerajaan buat, rupanya lu pun orang UMNO juga", kata seorang sahabat...Ya, aku mengaku, aku memang ahli UMNO.Tapi bukan sebagai ahli yang aktif.Lebih kepada 'anak bulan' sahaja.Cuma baru kali ini lah, aku 'menjebak'kan diri untuk melihat secara dekat bagaimana pertarungan dalam gelanggang pemilihan UMNO ini berlangsung.

Kenapa aku tergerak hati untuk menjebakkan diri?Berikut antara sebab-sebabnya....

1. Aku ingin mengetahui bagaimana sistem pemilihan yang dikatakan demokratik itu berlangsung dalam UMNO.Bagaimana proses pembuangan undi berlangsung, adakah bersifat transparent...ataupun sama juga mempunyai insiden 'blackout' disana sini?Bagi gua, cara dan sistem pengundian tidak ada masalah..Kelemahan-kelemahan kecil disana-sini adalah perkara biasa.Human error..Tak tahu la pula jika ada yang tersembunyi dari pemerhatian gua.Tapi as far as i can see, sistem yang diguna pakai berjalan dengan agak baik...Cuma masa yang di ambil ketika membuang undi melalui sistem 'electoral college' memakan masa yang agak lama, iaitu sekitar 12 ke 15 minit bagi seorang perwakilan.Sesuatu perlu dilakukan agar dapat memendekkan masa ketika proses pengundian, kerana cara pengundian dengan menulis nombor calon ke kertas undi agak mengambil masa dan kurang praktikal kerana para perwakilan perlu merujuk terlebih kepada buku/risalah yang mencatatkan nombor-nombor calon yang bertanding sebelum mencatatkannya pada kertas undi.Pada pendapat aku, ada lebih baik jika sistem pemilihan diselaraskan dengan cara yang digunakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seperti yang dilakukan dalam pilihanraya umum, iaitu dengan menggunakan cara memangkah calon yang ingin diundi, dan bukannya dengan cara menulis nombor calon yang ingin dipilih....

2. Aku ingin melihat bagaimana cara perwakilan menilai kredibiliti seorang calon itu.Adakah visi dan cara kepimpinan menjadi pedoman, ataupun kuasa 'raja kertas' yang bakal jadi penentu kemenangan.Dan, seperti yang aku dan lu orang semua tahu...UMNO dan 'raja kertas' memang tidak boleh dipisahkan....Ya, memang wujud calon yang baik dan berwibawa, yang mempunyai semangat 'melawan arus', memiliki 'semangat Hang Jebat' yang cuba membuka mata perwakilan supaya berubah dan menyanggah cara lama yang semakin hari semakin membinasakan, yang cuba untuk mewujudkan semangat 'reformasi dalaman' dikalangan perwakilan agar menjadi kumpulan pendesak dan tidak hanya menjadi pak turut...Namun, terus terang aku katakan..Berdasarkan pemerhatian aku, memang agak mustahil untuk memenangi pertandingan di dalam UMNO jika hanya berbekalkan semangat dan gaya kepimpinan sahaja...'Raja Kertas' yang bakal menentukan segala-galanya, tidak kira lah samada calon itu berkebolehan untuk jadi pemimpin atau tidak, yang penting jika 'Raja Kertas'nya botingkek-tingkek, maka confirm lah dia yang MANANG!

Jika masih ada yang kurang faham dengan apa yang aku maksudkan mengenai 'Raja Kertas'...2 perkataan ini akan menerangkan sejelas-jelasnya...POLITIK WANG!Pembelian undi berlaku secara begitu berleluasa sekali..Namun, apa yang menghairankan aku, tiada satupun laporan mahupun kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM terhadap mana-mana bahagian yang menjalankan pemilihan UMNO ni...Ataupun memang politik wang ni 'halal' dalam umno???Ah malas la aku nak komplen banyak...Sendiri mau ingatlah...komplen banyak pun bukan dapat buat apa-apa.....Jika sudah menjadi budaya, sudah sebati....Maka terima sajalah hakikat bagaimana permainannya.....

......................................................................

Kenapa UMNO?Hmmm..Kalau aku mau jawab soalan ni secara detail, sampai besok pun belum tentu habis lagi.Cukuplah aku katakan, yang aku sebenarnya lebih kepada 'pemerhati'.Pemerhati yang ingin melihat secara dekat bagaimanakah hal-hal yang sering diperkatakan mengenai UMNO itu berlaku.Jika lu orang mengikuti blog ini, pasti lu orang pernah terbaca yang aku adalah seorang 'a non-partisan' dan 'against the system' bukan?Dan sememangnya itulah ideologi yang terfaktab dikepala hotak aku..

Lagipun, jika aku benar-benar ingin menjadi seorang ahli UMNO yang aktif, aku akan menjadi kumpulan pendesak, kumpulan yang menongkah arus.Kerana aku tau, masih wujud orang-orang sebegini di dalam UMNO.Golongan yang benar-benar berjuang untuk satu kelompok besar dan bukan hanya untuk diri sendiri, kaum keluarga dan kroni sahaja.Sebagai contoh, jika boleh, aku akan mendesak UMNO untuk mengubah polisinya terhadap Sabah dalam pelbagai hal.Hal apa, tak perlu diterangkan.Semua orang sudah maklum tentang hal-hal berbangkit mengenai Sabah.Itu contoh.Tapi persoalannya ; adakah wujud tempat bagi mereka-mereka yang berfahaman sebegini di dalam UMNO?Golongan yang enggan menuruti cara dan arahan taiko taiko besar UMNO?Golongan yang ingin keluar dari kepompong cekaman kekuasaan 'raja kertas'???

Well, i think we all know what the answer is....


Memang benarlah seperti kata Ku Li, UMNO masih belum berubah.Dan mungkin tidak akan berubah sampai bila-bila...


Perjuangan dalam UMNO sebenarnya adalah perjuangan untuk diri sendiri sahaja.Jika UMNO tidak berani untuk merubah dan mereformasikan parti ini, gua ulangi sekali lagi...'Mereformasikan' dan bukan sekadar 'mentransformasikan' sahaja...Believe me...Masa kejatuhan pasti akan tiba.....

Akhir kalam....
Terus terang aku katakan, aku tidak membenci UMNO, tapi aku amat kecewa dengan UMNO kerana terus bertuhankan $$$!


Wassalam




Photo credit : google image

Read more ...

Wednesday, January 25, 2012

Ber'Wang' Vs Mata Duitan

Huaah!!Lama x update..Salam blogger.Komitmen dan keterbatasan masa telah melimitkan kelibat gua di dunia maya.Sesungguhnya jari jemari ini tersangatlah gatal untuk menghunus semula 'pedang pena' yang ditinggalkan..Dan hari ini gua nak asah balik pedang, kot-kot ada makhluk yang masih boleh 'mati terbunuh' di mata pedang gua...hehe..


Sebelum apa-apa, gua ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru cina, gong xi fa chai kepada semua sahabat cina dan rakyat Malaysia yang meraikannya.Tokey-tokey sekalian, where is my angpow?Lu olang sula manyak kaya, hulur wa satu dua keping itu ong tala lugi punya maa...Tahun naga mesti manyak ong punya....hehe..

Baiklah.Bercakap pasal duit, siapa yang tak mahu duit..betul tak?Tidak ada manusia yang hidup diatas muka bumi ini yang akan menolak bila dihulurkan kertas yang dinamakan duit..Salah satu ciptaan menusia yang paling agung sebenarnya.Disebabkan duit, orang jadi senang lenang.Disebabkan duit, keluarga boleh bercerai berai.Disebabkan duit, dunia boleh kacau bilau.Pendek kata, kalau lu ada duit, apa pun lu boleh buat..*Gua tak kira lu ayahanda ka lu abang long ka, gua ada duit ini KL gua punya*..hohoho...merapu la kau...


Cara untuk mendapatkan duit ada banyak, cara halal cara haram.Kerja halal, InsyaAllah rezeki diberkati Allah.Kerja haram, sendiri mau ingat.Dan dalam banyak-banyak cara manusia untuk menghalalkan duit yang haram, gua paling bebulu dengan cara yang satu ni.RASUAH.Cara yang sangat jijik, yang menjadi tabiat dan cara hidup ramai golongan berpangkat dan peringkat atasan dalam menekan golongan bawahan yang ingin mencari rezeki secara halal.Disebabkan perangai golongan sebeginilah yang mewujudkan jurang perbezaan yang semakin jelas diantara orang miskin dan kaya.Tidak kira halal haram, yang penting money first, then u get the job.No undertable, no deal.Kepada golongan bawahan, yang sebenarnya boleh dan layak untuk mencari rezeki di situ dinafikan hak.Kenapa?Sebab takda duit nak sumbat penguasa-penguasa rakus.Duit yang ada pun cukup-cukup makan, macamana nak bagi orang lagi?Maka akan bertambah kayalah si polan bin si polan yang ber'wang' kerana boleh menyumbat kantung perut para penguasa yang bermata ringgitan untuk mendapat apa yang mereka inginkan..Orang bawahan?Nganga sajalah...Mau buat macamana, no money no talk..

Pergilah kemana-mana tempat sekalipun yang mempunyai 'penguasa' yang perlu dilalui untuk 'meluluskan' sesuatu, perkara sebegini pasti akan berlaku..Gerenti wa cakap lu, confirm 200%.Gua sebenarnya sangat geram dan bengang dengan sikap para penguasa seperti ini, sehinggakan kadangkala gua terfikir untuk mengebom pejabat-pejabat para mangkuk hayun ini dengan C4 ataupun grenade, habis cerita..Memang menyakitkan hati!Tapi memandangkan gua masih lagi boleh bersabar, dan bom pun bukannya sesuatu yang boleh beli dikedai runcit seperti membeli tepung sekilo dua ringgit, maka gua pun memendamkan saja hasrat murni gua...Apa boleh buat, sabar sajalah...Hanya itu yang dapat dilakukan...Huhu...

Kadangkala terdetik juga dihati gua untuk melaporkan perangai sial para mangkuk hayun ini ke pihak berwajib seperti SPRM, tapi....tapi....Hmm...Bukan tidak percaya dengan kemampuan pihak berwajib dalam menangani isu yamg melibatkan bidang tugas mereka, cuma kurang yakin..Entahlah, cuma masa yang dapat memberi jawapan.Kredibiliti dan kemampuan mereka yang sering dicanang di media arus perdana belum dapat meyakinkan gua lagi.Sekali lagi ingin gua tegaskan, bukan tidak percaya, tapi kurang yakin.Dan jika ada diantara orang-orang mereka yang terbaca tulisan ini, well..You know what i mean...Macamana nak improve your service dan meningkatkan kredibiliti, lu sendiri tau la macamana mau buat..Wa tak payah cakap banyak sendiri mau ingatla...Itupun kalau masih mau ini olang-olang susah sokong sama lu olang...Remember, PRU13 is just around the corner..Ingat....

Ok la, rasanya thats all for now.Kepada yang terasa, apa boleh buat.Gua sekarang dah malas nak tapis-tapis gua punya cakap.Kalau terasa padan muka, dan ambillah iktibar (itupun kalau mau mengambil iktibar, kalau x lantak lu la..Dosa masing-masing tanggung...).Dan pesanan terakhir untuk para mangkuk hayun yang masih tegar menyusahkan orang-orang yang sudah sedia susah : pangkat dan kedudukan yang lu miliki bukan sesuatu yang kekal.Orang-orang susah dibawah ini yang memberikan lu apa yang lu ada sekarang.Dan orang-orang susah inilah juga yang bakal menyentap keselesaan yang lu miliki sekarang..Teruskanlah bermimpi dikerusi empuk, insyaAllah kertas undi bakal merubah takdir lu.....As-Salam...


P/S : Dah daftar mengundi?Jangan abaikan tangunggjawab anda sebagai warganegara Malaysia..Power to the people! 
(^___^)V

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!