Showing posts with label Maharaja Lawak Mega. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak Mega. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Adlin Aman Ramli Lancar Perang Cyber Terhadap Chef Wan!


Gua ni takda la minat sangat untuk menyekodeng gosip-gosip artis malaywood ni, tapi hari ni tetiba tertarik dengan beberapa statement yang keluar daripada seorang selebriti yang terkenal dengan kritikan-kritikan pedasnya dalam rancangan realiti tv, Adlin Aman Ramli.Kenapa?Gara-gara kena tembak dengan Chef Wan la apa lagi..

Adlin merupakan salah seorang peserta yang terkeluar dari rancangan lawak favourite gua yang juga sedang menjadi fenomena sekarang ini, Maharaja Lawak Mega.Rasanya semua orang pun tahu yang kedua-dua selebriti ini mempunyai mulut yang lancang dan laser dalam mengeluarkan pendapat dan kritikan.Mungkin tidak boleh menerima kritikan yang diberikan oleh Chef Wan, Adlin telah mengeluarkan statement 'pengisytiran perang' terhadap Chef Wan di dunia cyber.Berikut adalah print screen daripada fan page kedua-dua selebriti tersebut.Gua pun malas mau cakap banyak, lu olang baca sendiri la....






Get the story?Dua-dua pun kepala hotak batu punya, masing-masing tak mahu kalah...

Personally, gua bersetuju dengan Chef Wan.Bro Adlin, walaupun gua minat lu tapi lu memang tak lawak la bro, ada lagi baik la lu teruskan kerja lu sebagai pengkritik dan pelakon.Dah berapa minggu gua tengok lu buat lawak, takda satupun rasanya yang benar-benar buat gua tergelak sampai bumbung runtuh.Macam lawak syok sendiri ja gua tengok.Lawak is a talent, a gift, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat..

Memang benar seperti kata pepatah, "Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang"

P/S : Dua-dua pun mulut lancang, cakap tak bertapis.Padan la muka, dua-dua pun tak pernah pikir perasaan orang lain kan waktu mengkritik?Kali ni jumpa la buku dengan ruas.Ayam sudah masuk gelanggang.Mari kita tengok siapa yang kena!
(^___^)




Read more ...

Saturday, October 29, 2011

Review : Kesilapan Astro Dalam Maharaja Lawak Mega


Menghimpunkan 17 peserta berkumpulan dan solo dari 3 buah negara, Maharaja Lawak Mega telah mencatat sejarah sebagai rancangan TV pertama seumpamanya yang pernah diterbitkan di Asia Tenggara.Memang lawak tahap bumbung rumah tercabut!Gua sendiri dah ada peserta faveret...BOBOI, lu memang terbaek dari ladang!Gabungan 2 orang pelawak otai Malaysia, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik, lawak mereka sememangnya telah berjaya membuatkan gua ketawa sehingga halkum terseliuh untuk beberapa ketika.Syabas Boboi!

Boboi Terbaek!!!

Selain Boboi, terdapat juga peserta lain yang tidak kurang hebatnya berbanding mereka.Antaranya BP (Bawal Power : Bob Kuman + Sobri), Osbon, (Os + Abon), Bawel (Indonesia ~ mereka harus diberikan perhatian, antara pesaing utama) & Saehu (juga Indonesia). Peserta Singapore dilihat kureng menyengat dan gua x ada peserta faveret utk Singapore, sori.Adlin Aman Ramli, ramai yang menantikan persembahan dari personaliti ini, namun sedikit mengecewakan..Tetapi harus diberikan pujian atas percubaan beliau di atas pentas lawak.Lu memang bukan pelawak la bro, lu pergi jadi pengacara & kritik AF lagi bagus la.Lawak-lawak ni serahkan pada yang pakar...hoho.Hambik kau Adlin, selama ni kau kritik orang, sekarang aku kritik kau ^0^

Berikut senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2011.

Adlin – Malaysia

3G – Malaysia

Anje – Malaysia

Boboi – Malaysia

BP – Malaysia

Comel – Malaysia

Hiro – Malaysia

JH – Malaysia

Lanun – Malaysia

Osbon – Malaysia

Pimai – Malaysia

RAP – Malaysia

Syok – Singapura + Malaysia

Gebu – Singapura

Bawel – Indonesia

Caer – Indonesia

Saehu – Indonesia


Baiklah.Selepas episod pertama bersiaran semalam, gua selaku pengkritik tidak bertauliah telah mengesan beberapa kelemahan yang rasanya perlu diambil perhatian oleh pihak penerbitan sekiranya ingin menobatkan rancangan ini sebagai the best lawak show on earth.Antaranya..
1.Juri
Apakehenya korang pergi lantik tukang masak, pemain bola & penyanyi jadi juri tetap?Memang benar, Dato' Siti Nurhaliza, Zainal Abidin Hassan & Chef Wan adalah nama-nama besar dalam bidang mereka...Tapi jadi juri pertandingan lawak?Biar betul?Tak sesuai rasanya..Seseorang dari pihak penerbitan Astro perlu menjawab soalan ini....

2. Lagu Tema
Kata rancangan pertama seumpamanya di Asia Tenggara, tapi takda lagu tema?Takkan yang ni pun Astro terlepas pandang?Kemon la, takkan takda sorang pun komposer Malaysia yang Astro boleh minta untuk buatkan satu lagu bagi program ni..Malu kita wei...Ni rancangan satu nusantara tengok....

Pihak Astro tidak seharusnya memandang remeh isu ini kerana hal sekecil ini sedikit sebanyak boleh merencatkan program tersebut sekiranya tidak ditangani dengan cara sepatutnya.Apapun sama-sama kita nantikan episod seterusnya Maharaja Lawak Mega..And Boboi, Lu memang terbaeekkk!!Ala tomey-tomey....(^__^)V


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!