Ini adalah video penting kajian 9 / 11 dan ramalan Bill Cooper, dari bukunya "Lihatlah Kuda Pale - Behold a Pale Horse" dan agenda Illuminati. Bill Cooper adalah salah seorang peneliti utama konspirasi dunia, ia aktif di mengekspos Illuminati (kerajaan rahsia) dan yang paling penting ialah agenda syaitan yang terkait dalam dengan penipuan mengenai UFO.
Berikut adalah daftar 25 prinsip / tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula membiayai konspirasi Illuminati.
25 matlamat berikut akan di laksana oleh Amerika dan seluruh dunia, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana konspirasi Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua rancangan jangka panjang mereka, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.
25 OBJEKTIF ILLUMINATI
1. Aturkan semua manusia supaya lebih mudah cenderung ke arah kejahatan berbanding kebaikan.
2. Anjurkan gerakan Liberalisme (keluar dari dogma keagamaan)
3. Gunakan idea "kebebasan" untuk melahirkan pertentangan atau krisis antara kelas masyarakat
4. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang ditetapkan.
5. Perolehi "Hak" untuk berbohong ke atas setiap perkara yang berlaku.
6. Kekuatan sumber dan keupayaan kita harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh di permainkan atau kekuatan yang tidak boleh dirosakkan.
7.Galakkan kecenderungan untuk merusuh (secara psikologi) sebagai cara menguasai masyarakat.
8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.
9. Miliki harta atau aset dengan apa cara pun
10. Gunakan slogan-slogan seperti hak, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan rakyat jelata dalam peperangan psikologi
11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing
12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan "calon" yang dipilih dan ditempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka dan akan digunakan sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat mereka harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.
13. Mengawal akhbar atau media.
14. Agen akan muncul ke depan selepas mencetus kacau bilau dan berlagak sebagai penyelamat orang awam.
15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan/kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan menggunakannya sebagai alat untuk mengawal orang ramai ataupun perusuh dan kemudian gunakan perusuh untuk menghapuskan semua penghalang.
16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.
17. Kendalikan nilai penipuan secara sistematik, dengan menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapan dan taburkan janji hidup mewah kepada masyarakat walaupun semua itu palsu
18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, membahas halacara pertempuran jalanan, mana-mana yang perlu untuk menyegerakan penguasaan terhadap penduduk.
19. Gunakan agen sebagai penasihat di belakang tabir selepas perang dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.
20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia .
21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.
22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.
23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh para pengarah.
24. Menyusup ke semua kelas dan tahap masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, mempermain dan merosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.
25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.
*Artikel ini di copy-paste sepenuhnya dari blog SufiSense.Segala kredit harus diberikan kepada penulis blog SufiSense di atas penerbitan artikel ini.Artikel diterbit semula atas tujuan penyebaran dan peringatan kepada umat Islam tentang bahaya konpirasi akhir zaman yang dikepalai oleh organisasi sulit seperti Illuminati.Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.Wallahualam
4comments:
betul tu bro,segalanya telah diaturkn mereka sejak zaman berzaman..semoga kita terselamat drp agenda sulit mereka Amin...
Sekarang ni hampir semua kerajaan di dunia ni ada tali barut Illuminati ni. Memang tiada yang boleh lari dari diorang. Segala apa yang berlaku sekarang ni, semua dalam perancangan diorang. Pedulikan saja mereka. Yang penting, kita teruskan usaha kita untuk mengumpul bekalan dunia akhirat, sambil berdoa dijauhkan dari anasir-anasir Dajjal ni. Amin.
semoga kita semua umat Islam dpt mngelak dari suntikan jarum halus Dajjal, InsyaAllah
adehh ! takut betul. before ni , ade ceramah pasal iluminati . betapa halus pergerakan dan cara diorang untuk jauhkan umat Islam dari kebenaran . semoga Allah sentiasa bersama kita.
Post a Comment