Tak tau mau update pasal apa sebenarnya.Tapi lepas terbaca list kesyukuran si Hanis Zalikha yang panjang berjela, rasa2 macam terdetik juga rasa untuk buat list kesyukuran sendiri..Bukan apa, rasanya semua orang patut mensyukuri setiap kejadian yang dikurniakan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta.Ucaplah ALHAMDULILLAH, bukannya susah...kan....
Dan untuk tahun 2010 yang telah melabuhkan tirainya,
aku bersyukur....
1. aku masih dipanjangkan umur & diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ALLAH ini..
2. aku masih berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan.Biasalah, manusia sentiasa buat kesilapan, cuma kadang2 kealpaan & kegoan buat kita lupa betapa beruntungnya kita masih diberikan peluang untuk memperbetulkannya...
3. aku masih wujud untuk mengejar cita2 yang belum terlaksana.It's better late than NEVER....
4. aku masih sihat walafiat.Walaupun ada kalanya terkena juga sakit macam orang lain, tapi setakat ni belum ada lagi sakit kronik yang menimpa.Syukur ALHAMDULILLAH....
5. aku pernah jatuh & putus cinta.PENGALAMAN itu sangat memberi pengajaran dan mendewasakan.TERIMA KASIH kepada yang berkenaan...
6. aku masih memiliki keluarga yang tercinta.Walaupun telah melalui beberapa kehilangan, namun itu semua telah membuatkan aku sedar betapa berharganya keluarga yang kita miliki.Jadi sayangilah keluarga anda. AL-FATIHAH kepada yang telah pergi..
7. aku dapat menurunkan berat badanku muahahaha..kisah yang sangat mahal untuk 2010.Memang bida' betul rasanya berjalan dengan hanya 1 pack diperut hahaha.Sedang menuju kearah 6 pack, harap2 berjaya ;)
8. aku masih ada sahabat yang mau berkongsi susah senang. Sekarang ni bukan senang mau dapat sahabat yang tidak hilang semasa kita dalam kesusahan.Thank you for being my friend, you know who you are!!!
9. aku masih boleh bercakap, menulis, mendengar, berjalan, berlari.Kadang2 kita lupa bahawasanya ada orang yang tidak mampu untuk berbuat seperti apa yang kita mampu lakukan.Jadi bersyukurlah, kerana tidak semua orang bernasib baik seperti kita...
10.Dan yang PALING PENTING, aku bersyukur, kerana OTAK & AKAL ku masih berfungsi dengan baik dan masih tidak terformat.Walaupun banyak perkara yang berlaku telah membuatkan perncernaan akal & mindaku kadang-kala bertukar menjadi 3.5 suku setengah ataupun dalam ertikata lainnya sewel, namun syukur ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih memberikan kesihatan yang sempurna kepada bahagian tubuh terpenting itu kepada aku...
Sebenarnya ada banyak lagi yang patut dan harus aku syukuri.Tapi memandangkan mataku sudah terlalu berat seperti 10 guni beras, maka sampai sini sajalah list kesyukuranku untuk tahun 2010.Apapun ALHAMDULILLAH, syukur kerana masih dikurniakan nafas untuk terus berjuang......
*Bida' = Hodoh
0comments:
Post a Comment