Sunday, January 9, 2011

Microsoft Security Essential 2 : Perisian Antivirus Percuma Untuk Komputer Anda!

Aku rasa macam sangat bermurah hati la hari ni.Memandangkan kemurahan hatiku berada di tahap cheap sale discount 100%, maka dengan murah hatinya aku ingin berkongsi sesuatu yang PERCUMA untuk anda semua pada entri kali ni.Siapa yang tak mau benda percuma, kan.Free wa cakap lu.Kepada yang tidak mengetahui apakah menatang yang dinamakan sebagai Microsoft Security Essential (MSE) ni, berikut adalah deskripsi ringkas mengenai perisian ini :
- Merupakan Antivirus yang dibangunkan sepenuhnya oleh Microsoft Corporation.Selamat, mudah digunakan & user friendly.Alternatif kepada perisian antivirus yang sedia ada.
- Ringan (hanya menggunakan 4MB RAM resources semasa scanning proses) serta installation package yang kecil (7Mb - bergantung dengan jenis operating system yang digunakan)
- Memiliki daya pengesanan virus (detection level) yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan perisian antivirus percuma (Avast contohnya) yang wujud pada hari ini.
- BOLEH diinstall bersama2 dengan antivirus sedia anda di komputer anda tanpa sebarang komplikasi.


Microsoft Security Essentials provides real-time protection for your home PC that guards against viruses, spyware, and other malicious software


Perisian ini diberikan secara percuma oleh Microsoft khas kepada pengguna Windows Operating System (Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) DENGAN SYARAT....(free bersyarat sebenarnya hahaha) Operating System yang anda gunakan adalah ditanggung HALAL, LEGAL & disahkan GENUINE oleh Microsoft Validation Centre.Dalam ertikata lain, sekiranya operating system yang anda gunakan adalah tidak halal ataupun lebih tepat disebut sebagai 'crack version windows' (pirated / cetak rompak la senang cerita), maka anda secara automatik telah melayakkan komputer anda untuk disenarai-skrin-hitam-kan oleh Microsoft sekiranya anda bertebiat untuk mencuba proses Genuine Validation tersebut.Senang story,kalau rasa2 version windows yang anda gunakan itu bukannya genuine, maka janganlah gatal tangan untuk mencuba proses validation tersebut dan perisian percuma ini bukannya untuk anda huhuhu. (Sebenarnya there is a way to by-pass the windows genuine validation process, tapi bukan sekarang la, maybe akan aku revealkan caranya in the next tutorial ok.tungguuu ;P)
Ok,mari kita teruskan.Kepada sesiapa yang rasa2 komputernya cukup 'akil baligh' untuk melepasi proses windows genuine validation, berikut adalah minimum requirement yang diperlukan oleh komputer anda untuk perisian percuma ini :
  • Seperti yang telah dinyatakan di atas, operating system yang diperlukan adalah Windows XP (service pack 2 & service pack 3 - x86),Windows Vista (service pack 1 & service pack 2 -x86 & x64) & Windows 7 (x86 & x64) yang BERJAYA melepasi windows validation process.
  • Bagi pengguna Sistem Operasi Windows Vista & 7, komputer anda perlu dilengkapi dengan kelajuan CPU 1.0 GHz (atau lebih), serta minimum 1GB RAM (atau lebih).
  • Manakala bagi pengguna Windows XP pula, komputer anda perlu mempunyai kemampuan minimum kelajuan CPU 500 MHz serta 256 MB RAM atau lebih.
  • Free hard disk space sekurang-kurangnya 140MB
  • Internet connection untuk proses validation & muat turun database/definition update, serta
  • web browser (sudah semestinya!kalau takda web browser camana mau baca carutan ni & download perisian ni kan) - Internet Explorer 8, Mozilla Firefox @ Google Chrome recommended.
Selamat mencuba!!!Eh lupa pula, ini link download ok Microsoft Security Essential.Sila pilih language anda sebelum memulakan proses muat turun, nanti terdownload dalam bahasa Bulgaria kang habis haru-biru haha.Selamat!!!
mrgreen


0comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!