Friday, February 13, 2015

Anwar Ibrahim, Hasbullah Awang & Tuan Guru Nik Aziz

Anwar masuk penjara.Haji Hasbullah & Tuan Guru Haji Nik Aziz meninggal dunia.Al Fatihah.

Assalamualaikum WBT.

Aku tanya apa khabar,semua???

Sekian lama tidak menulis apa2 di ruangan picisan ini.Kesibukan dengan komitmen hidup membuatkan ruangan picisan ini terabai sepenuhnya.Namun tiga kejadian besar yang berlaku di dalam negara dalam tempoh beberapa hari ini membuatkan tangan ini tiba2 ingin menulis sesuatu...



Baiklah.Tak perlu mukadimmah panjang2.Direct to the point senang.Aku mulakan dengan Anwar Ibrahim.sSeperti yang ramai sedia maklum, dia telah kembali ke tirai besi.Adakah dia benar2 bersalah melakukan perbuatan luar tabi'e tersebut?Wallahualam.Walaupun mahkamah Malaysia telah memutuskan bahawa dia 'bersalah', entah mengapa aku enggan untuk menerima keputusan itu 100%.Kisah yang amat memeningkan kepala ramai orang.kedua2nya bertegas bahawa mereka berada dipihak yang benar.Bagi aku pula, ada 1 perkara yang aku tak habis fikir sampai sekarang.Jikalau benar Anwar telah melakukan perkara terkutuk itu terhadap Saiful, mengapa Saiful tidak melawan, atau dalam ertikata lain, memberikan penyepak terajangnya kepada Anwar yang sudah tua itu semasa kejadian itu berlaku.Adakah dia 'dengan rela' memberikan 'lubangnya' itu untuk dinikmati oleh Anwar???Sampai sekarang aku tak habis fikir lagi...pffttt............Entah la..

Aku bukan penyokong Anwar Ibrahim lagi.Dulu mungkin ya, masa terpengaruh  dengan laungan reformasi.Zaman masih berhingus, senang terpengaruh.Tapi tidak sekarang.Time flies.Persepsi aku kini berubah 100% terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim.Liberalisasi Anwar adalah salah satu MUSUH TERBESAR bagi aku.Namun begitu, jika benar dia dizalimi oleh seteru politiknya seperti yang di dakwa, maka satu penganiayaan yang terbesar dalam sejarah negara telah berlaku.Satu jiwa yang benar (seandainya) telah teraniaya dan dizalimi dengan kejamnya hanya kerana...Wang?Kelangsungan kuasa???Wallahualam.

Aku enggan untuk mengulas panjang tentang perkara ini.Apapun, ada satu perkara yang benar2 pasti bagi aku ; salah seorang daripada mereka berdua ini, yakni Anwar & Saiful, telah 'menjual jiwa mereka kepada makhluk yang dilaknat'.Hanya Anwar, Saiful & ALLAH SWT saja yang tahu siapakah yang benar sebenar-benarnya...



Haji Hasbullah Awang, seorang pengulas sukan negara yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Aku membesar dengan mendengar tuturan dan ulasan daripada mulut manusia berkarisma ini.Kehilangannya pasti akan memberi impak kepada arena sukan tanah air.Jasa, idea serta buah fikirannya yang sentiasa mahu melihat arena sukan tanah air maju kehadapan pasti akan dirindui oleh segenap pelusuk manusia di bumi Malaysia.Tiada lagi suara ulasan keramat yang akan didengari dari bibir manusia istimewa ini.Suaranya pasti akan sentiasa diingati oleh seluruh peminat sukan tanah air.Semoga roh Haji Hasbullah Awang dicucuri rahmat dan diletakkan dibawah perlindungan ALLAH SWT In Sha Allah...



Dan akhir sekali, perginya seorang ulama tersohor, seorang pejuang Islam...Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat.Salah seorang manusia dibumi Malaysia ini yang sangat aku sanjung.Seorang yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk memartabatkan Islam dibumi Malaysia ini.Seorang yang sangat ingin aku temui, namun tidak berkesempatan.Sayu rasanya hati ini.Mungkin banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini merupakan satu petanda bahawa seorang ulama ulung akan dipanggil pulang menghadap Yang Maha Pencipta.Awan & langit terlebih dahulu menangisi pemergiannya..

Tuan Guru, walaupun tidak berkesempatan untuk bertemu namun dari jauh aku titipkan doa mudah-mudahan roh mu sentiasa berada dibawah perlindungan ALLAH SWT.DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.AL-FATIHAH....


.............................................................................


3 individu yang banyak memberi input dan inspirasi dalam hidup ramai orang termasuklah aku.2 daripadanya pergi untuk selama-lamanya, manakala seorang lagi 'pergi bercuti untuk sementara waktu', namun tidak pasti samada akan kembali lagi ataupun tidak.Mungkin untuk Allahyarham Haji Hasbullah, pemergiannya tidak akan mengubah lanskap sosial dan politik negara namun sumbangan serta jasanya dalam arena sukan tanah air pasti akan dikenang dalam lipatan sejarah.Manakala untuk Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, pemergiannya sudah pasti memberi impak spiritual, politik dan sosial.Perginya TGNA bermakna akan semakin berkuranglah sumber rujukan ilmiah spiritual Islam daripada ulama ulung negara.Kehilangan yang tidak akan ada galang gantinya lagi...

Manakala 'perginya' Anwar Ibrahim ke tirai besi juga bakal mengubah suasana geo-politik tanah air.Pengaruh ketua umum pembangkang ini sudah diketahui umum.Hilang sudah tangan yang selama ini memegang tangan PAS & DAP dalam pembentukan kerjasama dalam pakatan pembangkang.Situasi yang pasti akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh seteru politik mereka.Ditambah lagi dengan keadaan pakatan pembangkang yang semakin bercelaru, kehilangan Anwar pasti akan menambahkan lagi kesukaran dan kemungkinan gabungan pakatan pembangkang untuk berpecah (?) pasti akan semakin menjadi nyata.Namun dari sudut positifnya,(ini pendapat aku,orang lain aku tak tahu) hilangnya Anwar Ibrahim bermakna sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan aktiviti perpecahan dikalangan umat Islam yang semakin parah dibumi Malaysia ini kerana figura ini seperti yang ramai sedia maklum mempunyai abiliti yang sangat hebat dalam mempengaruhi pemikiran orang lain untuk menuruti idea liberalisme acuannya.Bukan hendak menuding jari dengan mengatakan Anwar lah punca kepada segala permasalahan & perpecahan umat Islam di Malaysia ini, namun signifikan dan pengaruh Anwar merupakan salah satu 'key factor' dalam membentuk keadaan sosial politik yang wujud dalam negara kita pada hari ini.Dalam erti kata lain, proses penyatuan umat mungkin boleh dimulakan perlahan2 selepas bercutinya Anwar.Namun begitu, satu persoalan besar yang timbul adalah tentang siapa yang boleh menyatukan umat Islam di Malaysia ini.SIAPA???Soalan yang sukar untuk dijawab.Hanya masa yang akan menentukan siapakah yang bakal memikul tanggungjawab hebat itu....


Apa yang pasti, pemergian TGNA bertemu Ilahi dan bercutinya Anwar di tirai besi merupakan satu turning point dalam lanskap politik negara.Bagi UMNO dan BN, tugas untuk menggempur & memecahkan gabungan pembangkang mungkin akan menjadi sedikit mudah dengan ketiadaan Anwar.Manakala di pihak Anwar, sahabat2 luar negara Anwar terutama Amerika pasti akan diminta untuk campurtangan bagi menuntut 'keadilan' bagi pihaknya.Amerika, seperti yang ramai tahu, sejak akhir2 ini dilihat semakin galak untuk campurtangan dalam urusan dalaman negara Malaysia.Isu pemenjaraan Anwar ini pasti akan dijadikan alasan untuk campurtangan yang lebih hebat daripada Amerika, dan ianya sudah terbukti melalui wujudnya petisyen di laman web White House untuk membebaskan Anwar.Dan rasanya itu hanya permulaan.Sudah pasti ada sesuatu yang lebih besar sedang menuju ke arah bumi Malaysia ini.SOMETHING BIG IS COMING.Ada sesuatu yang mereka mahukan disini.Perhatikan segala yang berlaku terhadap negara kita sejak kebelakangan ini.Dari peristiwa Lahad Datu, TPPA yang belum dimuktamadkan, kehilangan MH370, MH17 ditembak jatuh, gerakan membawa Sabah & Sarawak keluar dari Malaysia SSKM, kejatuhan nilai matawang Ringgit dan yang terbaru terhempasnya QZ8501...Anda rasa tiada perkaitan?Fikirkan semula.

Aku tidak mahu mengulas lanjut tentang segala teori konspirasi yang berlegar-legar disebalik semua kejadian itu.Mungkin dalam tulisan akan datang, jika aku rajin lah...

Akhir kalam, sampai disini saja coretan ini.Untuk Anwar Ibrahim, jika anda dibebaskan semula dengan apa cara sekalipun, samada dengan pengampunan yang dipertuan Agong mahupun melalui campurtangan asing (?), for the sake of this Ummah, sudah-sudah la.Berhentilah dari terus memecahbelahkan umat ini.Jika kau tidak bersalah, biarkan ALLAH SWT membalas segala perlakuan mereka yang mengkejami mu.Sudah tiba masa untuk umat Islam di Malaysia ini bersatu untuk menghadapi 'peperangan terancang dan tersembunyi' golongan al kafirun yang semakin hebat ketika ini.
Untuk Haji TGNA & Haji Hasbullah selamat berangkat ke Rahmatullah .Semoga bertemu damai disisi Pencipta kita semua disana.

Wassalam.


Innalillahiwainnalillaihirajiun
AL FATIHAH BUAT TUAN GURU HAJI NIK AZIZ & HAJI HASBULLAH AWANG. 












Foto : Google

0comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!