Thursday, January 24, 2013

'Kambing' Dihadapkan Ke Mahkamah?


Joke of the year.Perkara paling kelakar yang aku dengar untuk awal tahun 2013 ini.Ya, seekor 'kambing' telah dihadapkan ke mahkamah!



Australia - Seekor kambing telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan vandalisme namun kemudiannya 'dibebaskan' tanpa perlu membela diri..apa kejadah...hahaha...

Kambing itu, yang diberi nama 'Gary the goat' telah dituduh melakukan kesalahan mengunyah bunga diluar sebuah muzium di Sydney.Majistret Carolyn Barkell berkata, "kambing itu telah memakan bunga itu ketika polis tiba ke tempat kejadian".Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti yang menunjukkan 'Gary the goat' yang datang bersama tuannya James Dezarnaulds aka Jimbo Bazoobi 'berniat' untuk memusnahkan tanaman di Muzium itu.

Peguam yang mewakili encik kambing, Paul McGirr berkata, pihak polis telah mengeluarkan notis penalti yang salah, kerana ia sepatutnya merujuk kepada orang dan bukannya kambing.Tuan kepada kambing itu, Jimbo Bazoobi sebelum itu telah dikenakan denda sebanyak AUS$440 namun telah dibatalkan oleh mahkamah.

'Gary the goat' yang hadir dengan topi warna-warni, ketika ditemui wartawan diluar mahkamah tidak 'memberikan sebarang komen' dan hanya mengembek tanda faham ketika mahkamah memberi keputusan...yang hujung tu aku tambah sendiri....haahaha...

Kambing kambing...apa punya malang la nasib kau...makan bunga punya pasal pun sampai naik court...yang bapak polisinya pun satu, yang korang berfikir guna otak kambing tu apahal...kan dah menyusahkan encik kambing dan tuan hakim..banyak lagi kes penting nak kena selesai..pasal kambing makan bunga pun nak kecoh...bengong betul....

emmbeeekkk....hahaha....

(^__^)






10comments:

Veesaid...

What the.. HAHAHAHA. Sudah la baru terjaga ni, fresh terus mata baca ni. LOL!!

Unknownsaid...

itu la tu moi..sy pn smpai sakit perut ketawa mula2 baca berita ni...hehehe (^__^)

miss kecohsaid...

kambing di dakwa?? bia betol... haha.. adakah si pendakwa tu waras? haha

Unknownsaid...

si pendakwa disyaki telah menggunakan otak kambing ketika melakukan pendakwaan..haha :)

krolesaid...

miahahahaha!ada jgk mcm ni ya...adoila~

Unknownsaid...

ada bro..haha :)

Unknownsaid...

adoiii gia..apa ka hal si polis ni kasi penalti sama kambing..hehehe..

Unknownsaid...

ndada karaja sd ba mangkali tu polis2 sna, itu la kambing pn durg mo saman haha :)

Daritadipagisaid...

mcm2 jk..nsb baik kna kc batal..kambing btul~ haha

Unknownsaid...

komen encik kambing semasa ditemuramah wartawan, "kambing punya pulis".. hahah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amazing!